Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
57Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pddkn Seni Dlm Pddk Khas

Pddkn Seni Dlm Pddk Khas

Ratings: (0)|Views: 1,821 |Likes:
Published by ayupurplebest

More info:

Published by: ayupurplebest on Nov 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/26/2013

pdf

text

original

 
 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30
(1)
37
KE ARAH PENINGKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENDIDlKAN SENI DALAM PENDIDlKAN KHASBERMASALAH PEMBELAJARAN
Osman Hashim
Jabatan PsikologiPendidikan & Kaunseling
Ahmed Ghazie Ibrahim
Jabatan Asas Pendidikan & KemanusiaanFakulti PendidikanUniversiti Malaya
Teaching and learning of art bring immense benefits to all children particularlychildren with special needs. Children irrespective of age, race, background and needs love art and many of them use art as a medium to communicate with others.This article discusses the teaching and learning of art in the Learning DisabilitiesProgramme in Malaysian schools. Among others this article elaborates onlearning disabilities programs in Malaysian schools, teacher training, arcurriculum, and teaching of art to learning disabled students in Malaysian schools.This article notes the various problems concerning teaching and learning art in the Learning Disabilities Programme and offers general guidelines as well assuggestions to overcome these problems.
Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif.Keunikan dan perbezaan ini perlu dihargai dan dijaga dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan guru.Walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza, semua kanak-kanak berhak mendapatpendidikan dan hak ini termaktub dalam beberapa perisytiharan antarabangsa antaranyaDeklarasi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Mengenai Hak Anak - Anak 1989 dan
'TheProclamation on the full participation and equality of persons with disabilities
1994' (SandiyaoSebestian
&
Osman Hashim, 2005). Semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan tanpa mengirakaum, latar belakang sosial, ataupun perkembangan intelek mereka. Keperluan untuk memberipendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yangpenting dalam masyarakat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004).Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian seriuskerajaan dan banyak usaha telah dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanabermasalah pembelajaran mendapat perhatian sewajarnya. Hal yang demikian ini dapat
 
38
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30
(1)
dilihat menerusi perhatian yang diberi kepada dasar pendidikan khas dalam pembangunanpendidikan negara yang berlandaskan empat teras utama iaitu meningkatkan akseskepada pendidikan, meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, meningkatkan kualiti dalampendidikan, dan meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Jaminan kerajaan tentang peningkatan akses kepadapendidikan dan ekuiti dalam pendidikan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap peluangpendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia (PKBP) telah bermula sejak 1988 dengan pembukaan kelas khas bermasalah pembelajaran yang pertama di Sekolah RendahKebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Sejak itu program pendidikan khas bermasalahpembelajaran di sekolah-sekolah kerajaan melalui pelbagai perubahan. Perubahan ini berbentuk penubuhan lebih banyak kelas khas bermasalah pembelajaran meliputi sekolah rendah dansekolah menengah seluruh Malaysia, latihan perguruan, peruntukan kewangan, penubuhansekolah vokasional pendidikan khas yang baru dan sebagainya. Kurikulum PKBP bagi sekolahrendah dan sekolah menengah juga telah digubal pada tahun 2003 serta diguna pakai di seluruhnegara sejak itu.Menurut Jamila (2005), dalam Akta Pendidikan 1996 maksud Program PendidikanKhas dikategorikan kepada tiga pengertian. Pengertian yang pertama ialah suatuprogram yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatanpenglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Keduanya program ini bererti suatu programpercantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupunkecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Pengertian ketiga ialah program inimerupakan suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yangdapat menghadiri dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid biasa. Mengikut Jamila lagi,Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan KhasPercantuman. Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan program integrasikelas-kelas khas bermasalah pembelajaran yang diwujudkan dalam sekolah-sekolah arusperdana. Murid-murid yang telah disahkan oleh doktor perubatan dan dirujuk sebagaimempunyai masalah pembelajaran ditempatkan dalam kelas-kelas khas bermasalah pembelajaranyang sedia ada.Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas ertinya murid-murid yang mempunyaikecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997). Sementara itu murid-murid bermasalah pembelajaranbermaksud murid-murid yang telah dikenal pasti menghadapi masalah-masalah dalampembelajaran mengikut tahap kefungsian keupayaan mereka dalam bidang seperti keupayaankognitif, keupayaan bahasa, pertuturan atau lisan, penguasaan kemahiran matematik, kemahirantingkah laku sosial atau perkembangan, kemahiran perkembangan, kemahiran bekerja sendiri,dan kemahiran pemiagaan/perindustrian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). MengikutBuku Maklumat Pendidikan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian PendidikanMalaysia (2002), kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawabKementerian Pelajaran Malaysia meliputi kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down,
 
 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30
(1)
39
 Attention-Deficit Hyperactivity Disorder 
atau gangguan kekurangan tumpuan dan hiperaktif,terencat akal minimum, dan masalah pembe1ajaran spesifik. Murid dalam kategori tersebutmewakili komposisi murid dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di seluruhnegara.Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran meliputi kelas khas bermasalahpembe1ajaran yang diwujudkan dalam sekolah arus perdana yang sedia ada. Kelas-kelas initerletak di bawah tanggung jawab pentadbiran sekolah terbabit. Kelas khas bermasalahpembelajaran ini diketuai oleh seorang penye1aras. Selain terlibat dengan aktiviti sekolah, guru-guru kelas khas bermasalah pembelajaranjuga terlibat dengan aktiviti peringkat daerah danaktiviti yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas negeri masing-masing apabila merekadiperlukan. Kelas khas bermasalah pembelajaran ini melaksanakan Kurikulum Pendidikan KhasBermasalah Pembe1ajaran. Kelas ini juga mempunyai aktiviti kokurikulum sendiri sepertikumpulan pengakap, kesenian, lawatan, terapi berkuda, terapi berenang dan sebagainya. Secaraamnya kelas khas bermasalah pembelajaran berkongsi iklim persekitaran persekolahan yangsarna, berkongsi kemudahan fizikal yang sarna dan terlibat dalam aktiviti sekolah seperti yangdikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah. Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran(PKBP) ini ada yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil bergantung kepada enrolmenmurid bermasalah pembelajaran di sesebuah sekolah serta kemudahan yang ada disediakan.
Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Guru program PKBP merupakan guru yang terlibat mengajar murid-murid bermasalahpembelajaran dalam kelas khas bermasalah pembelajaran yang ada dalam sekolah rendah dansekolah menengah arus perdana. Guru-guru tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakangpendidikan. Ada antara gurunya mempunyai latihan khusus dalam pendidikan khas sarna adakursus dalam perkhidmatan, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. Terdapat guru yangmenerima kursus pendedahan sahaja dan ada juga yang tidak mempunyai latihan khusus dalampendidikan khas.Latihan perguruan untuk guru-guru dijalankan di beberapa buah Insitusi Pendidikan Gurudan universiti awam. Antara universiti awam yang menawarkan latihan perguruan dalampendidikan khas termasuk Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, UniversitiPendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia. Latihan di Insitusi Pendidikan Guruadalah pada peringkat sijil dan diploma serta tempohnya antara empat belas minggu hingga tigatahun. Manakala di universiti awam, program pengajian berlangsung se1ama empat tahun.Antara subjek yang diajar di peringkat universiti termasuk Pengenalan Kepada Pendidikan Khas,Pengurusan Tingkahlaku, Intervensi Awal, Kaedah Bacaan, Pendididkan Seni dan sebagainya.Guru PKBP tersebut mempunyai tugas yang mencabar dalam mendidik murid-muridyang terdiri daripada pelbagai kategori masalah pembe1ajaran. Meskipun demikian dalammelaksanakan kurikulum pendidikan khas para guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahanbantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas (Kementerian PendidikanMalaysia, 1997). Hal yang demikian ini bererti guru pendidikan khas digalakkan lebih kreatif dan berinovasi semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Activity (57)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Noralyati Yahya liked this
Noralyati Yahya liked this
aniz_dR liked this
Zainawan Jipin liked this
saktee liked this
saktee liked this
saktee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->