You are on page 1of 3

Pengenalan

Saya merupakan guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) Ambilan Januari Tahun 2011. Sepanjang empat tahun dalam program ini,
saya berpeluang menjalani empat kali Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di
sekolah-sekolah yang terdapat di Kuala Terengganu. Saya juga telah menjalani dua
fasa praktikum selama tiga bulan di sekolah-sekolah yang terdapat di sekitar Negeri
Sembilan.
Pada praktikum fasa satu, saya telah menjalani praktikum di Sekolah X. Pada
masa itu, saya berpeluang mengajar Sains Tahun Satu, Tiga dan Lima. Pada
pratikum fasa dua, saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Y dan
berpeluang mengajar Sains Tahun 5. Saya mendapati kebanyakkan murid
menghadapi kekeliruan untuk memahami ciri-ciri tumbuhan seperti jenis urat daun,
berbunga dan tidak berbunga, berbuah dan tidak berbuah, batang berkayu atau
tidak berkayu dan jenis akar walaupun saya telah mengadakan aktiviti kajian
lapangan untuk melihat ciri-ciri tumbuhan di sekitar kawasan sekolah.
Selain itu, murid juga menghadapi masalah untuk mengenalpasti jenis atau
nama tumbuhan yang ditunjukkan oleh saya semasa proses PdP dijalankan. Oleh
itu, hampir separuh murid dalam kelas iaitu 50% tidak dapat menguasai topik ini
dengan baik.
Hal ini disebabkan oleh murid kurang minat subjek sains dan murid akan
melakukan kerja-kerja lain serta mengganggu rakan sekelas semasa saya mengajar.
Kaedah atau aktiviti yang guru laksanakan juga mungkin membosankan murid. Saya
hanya menunjukkan gambar pada PdP tersebut. Murid kurang gemar dengan aktiviti
yang saya lakukan dan menyebabkan murid hilang fokus.




Penyataan masalah:
Ramai murid kurang menguasai tajuk ciri-ciri tumbuhan. Hal ini disebabkan oleh
murid kurang minat akan subjek sains dan seterusnya menyukarkan murid
mengingati fakta-fakta mengenai tajuk ini. Kesannya, murid tidak dapat menjawab
kebanyakan soalan-soalan dengan betul dan tepat. Justeru itu, aktiviti yang saya
lakukan perlulah lebih bervariasi untuk menarik minat murid.
Tujuan:
Tujuan kajian saya ialah untuk membantu murid-murid Tahun 3 meminati subjek
sains dan seterusnya mengingati fakta bagi tajuk Ciri-ciri Tumbuhan dengan
menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek iaitu membuat buku skrap.
Soalan kajian:
Bagaimanakah kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek dapat meningkatkan
kefahaman dan minat murid tahun 3 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
tajuk Ciri-ciri Tumbuhan?
Intervensi kajian:
Intervensi kajian saya ialah membantu murid meminati subjek sains dan
meningkatkan kefahaman murid menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan
Projek dengan menghasilkan buku skrap. Murid akan menghasilkan buku skrap
secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua kumpulan
dan diberi empat minggu untuk menyiapkan buku skrap. Saya bertindak sebagai
fasilitator dan memberi bimbingan serta dorongan kepada murid-murid. Saya
meminta setiap kumpulan mencari gambar-gambar bahagian tumbuhan melalui
surat khabar, buku, internet, majalah dan lain-lain. Semasa mencari gambar mereka
telah membuat bacaan lanjutan terhadap ciri-ciri tumbuhan yang dicari oleh mereka
seperti jenis urat daun, berbunga dan tidak berbunga, berbuah dan tidak berbuah,
batang berkayu atau tidak berkayu dan jenis akar. Ketua kumpulan telah
membahagikan tugas di antara ahli kumpulan. Ketua kumpulan juga telah
memastikan ahli kumpulannya mencari dan mengumpul gambar bahagian tumbuhan
dan memaklumkan perkembangan tugasan kumpulan mereka kepada saya.
Setiap ahli kumpulan telah membuat perbincangan bersama-sama untuk
meletakkan gambar-gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap.
Seterusnya, mereka telah mengklasifikasikan tumbuhan melalui ciri-ciri yang telah
dipelajari sebelum ini. Murid-murid telah mengklasifikasi dan mengenalpasti gambar-
gambar tumbuhan yang dikumpul dalam buku skrap mengikut lima ciri-ciri
tumbuhan. Seterusnya, nama tumbuhan perlu disenaraikan. Buku skrap yang belum
disiapkan telah diteruskan kepada minggu yang berikutnya.

You might also like