• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Pengenalan.Bagi meningkatkan keunikan tarikan terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan diMalaysia, Kerajaan terus mempromosi kelebihan tradisional negara iaitu kebudayaan danwarisan semula jadi. Penekanan bagi mempromosi budaya dan warisan sejarah sertaekopelancongan dan agropelancongan telah mempopularkan destinasi seperti Melaka, PulauPinang, pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Produk pelancongan laintermasuk membelibelah, liburan, aktiviti sukan serta acara berkaitan perniagaan khususnyasegmen persidangan, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).Ekopelancongan, Agropelancongan dan Program Inap Desa. Dalam tempoh Rancangan,Kerajaan terus menggalakkan dan membangunkan ekopelanconganseperti yang digariskandalam Pelan Ekopelancongan Kebangsaan yang mengenal pasti 48 kawasan utama. Malaysiamendapat faedah dalam penyenaraian Gua Mulu dan Taman Kinabalu dalam Senarai WarisanDunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO) serta kawasan alam semula jadi lain seperti taman marin di Pulau Tioman dan PulauRedang yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi dipromosi sebagai daya tarikan pelancong. Program Inap Desa telah meningkatkan penyertaan penduduk luar bandar dalamaktiviti berkaitan pelancongan serta memberi peluang kepada isi rumah luar bandar untuk memperoleh pendapatan sampingan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 463 pengusaha inapdesa telah dilatih dan diberikan lesen menjadikan jumlah keseluruhan pengusaha 1,089 orangdari 79 buah kampung.Pelancongan Kebudayaan dan Warisan. Sebilangan projek telah dilaksanakan sebagai usahauntuk memelihara tempat kebudayaan dan warisan serta memenuhi minat khusus pelancongyang akan melawat. Lebih daripada 60 monumen dan 25 tempat bersejarah telah dinaik taraf sebagai tarikan pelancong. Pusat kebudayaan sedia ada dan baru menyediakan saluran untuk mempamerkan seni dan kraf tradisional Malaysia termasuk batik, pua kumbu dan songket.Acara Bertema. Usaha yang lebih giat diambil untuk sebagai mempromosi negara destinasiyang menganjurkan sambutan dan pesta secara berterusan sepanjang tahun. Acara yangdijalankan termasuk Citrawarna, Pesta Makanan dan Buah-buahan, Pesta Air Kebangsaan sertaPersembahan Tahunan Fesyen KL yang memperagakan tekstil Malaysia termasuk batik dansongket. Memandangkan membeli-belah merupakan satu produk pelancongan yang menarik dan berpotensi besar, Karnival Jualan Mega dipromosi dengan lebih giat dan dilengkapkandengan pelbagai acara untuk menarik pelawat antarabangsa dan domestik.
 
Pelancongan Di Kedah.Sektor pelancongan di negeri ini sejak dua dekad lalu telah menjadi antara penyumbangekonomi yang utama selain sektor industri dan pertanianAntara tempat-tempat yang diketengahkan adalah Muzium Padi, Memori Tunku AbdulRahman, Muzium Negeri, Menara Alor Star, Istana Kuning, Rumah Merdeka, Galeri SultanAbdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Pekan Rabu, Kota Kuala Kedah, TempatKelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Muzium Pentadbiran Negeri, Menara Alor Star, TanjungChali, Galeri Kebudayaan Negeri, Stadium Darul Aman, Gua Gunung Keriang, Pekan Melayuserta Maktab Mahmud.Kesemua tempat tersebut mempunyai peninggalan sejarah serta warisannya tersendiri yangmampu menarik ribuan pelancong datang ke Kedah. Ini merupakan sau produk pelanconganyang baru.Selain daripada 21 tempat tersebut, Kedah dicankupi dengan alam semulajadi yang menarik danunik, terdapat juga eko-pelancongan yang menjanjikan kedamaian serta seribu kenangan kepada para pengunjung, seperti Gunung Jerai, Hutan Rekreasi Bukit Hijau, Langkawi, Tasik Pedu, TitiHayun, Lata Mengkuang dan banyak lagi.Pelancongan bukan sahaja membuatkan sesebuah negeri popular, tetapi, ia juga membuka ruangkepada sektor pelaburan serta membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Tempat-tempat menarik di Kedah. Pantai MerdekaPulau Langkawi
 
 Gunung JeraiTop Tree Walk Sedim Menara Alor SetarAir Terjun Bukit Hijau
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...