KelabDoktor Muda
LATAR BELAKANG DOKTOR MUDA
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yangterpilih dan terlatih sebagai
Pembimbing Rakan Sebaya
, yangbertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan,sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagimenyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya.Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat,kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan,bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dancemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihanDoktor Muda.
SEJARAH
Program Doktor Mudamula dilaksanakanpada tahun 1989 diSekolah KebangsaanSri Biram, Pekan,Pahang. Bermula darisini, program ini telahberkembang daritahun ke tahundengan bertambahnya bilangan sekolah yangmelaksanakannya.Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabilaSekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannyapada tahun 1991.Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan,Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan ProgramDoktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatanyang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan,penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negaradilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia.