Bab 1 : Pengenalan
C++ adalah bahasa pengaturcaraan yang merupakan lanjutan daripada bahasa pengaturcaraan C,dengan penambahan kepada beberapa paradigma antaranya sokongan kepada pengaturcaraan berasaskan objek. Nota ini disediakan dengan seringkas mungkin, dengan cuba mengambil konsep mudah faham,mudah ingat “
cheat sheet
” tetapi dengan penjelasan ringkas.
Konsep Pembolehubah
Pembolehubah atau “
variable
” merupakan kaedah pemudahcara bagaimana sesuatu bahasa pengaturcaraan menerima, menghantar, memproses dan pelbagai operasi lagi terhadap sesuatu input.Ada pelbagai jenis data bagi pemeboleh-ubah:
JENIS DATA (
DATA TYPE
)KESESUAIAN
charAksaraintNombor bulat/integer floatNombor perpuluhandoubleNombor perpuluhanstringPerkataan
Jadual : Jenis data dan jenis input yang boleh ditampung
Kaedah penggunaan pembolehubah
Secara asasnya, adalah sangat mudah untuk memperkenalkan sesuatu pembolehubah. Secara kasarnyasintaksnya adalah<jenis data> <nama pembolehubah>;Sebagai contoh,
int integerku;char aksaraku;string perkataanku;
© 2008 Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi3
Add a Comment