You are on page 1of 19

GMGA 2023 DASAR AWAM

1 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN



1.0 PENDAHULUAN
Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang
dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana
apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang
dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan
kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap
pilih kasih dalam tindakannya.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab al-risywah. Di dalam
al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan
jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi
undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah
sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk
mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam
masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan
kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan
kepada diri mereka. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan
berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang
setimpal dengan perbuatan mereka ini.




GMGA 2023 DASAR AWAM


2 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

2.0 PENGENALAN
Selaras dengan objektif wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah menggariskan
beberapa cabaran yang perlu ditangani bagi mencapai objektif ini. Salah satu cabaran
yang digariskan ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika dan
warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan yang didorong oleh tahap
etika yang paling tinggi.
Gejala rasuah yang wujud dalam masyarakat di Malaysia dianggap sebagai
satu cabaran yang boleh memberi kesan kepada proses pembangunan negara dan
proses pembinaan moral masyarakat. Tanpa langkah yang bersepadu dan berterusan
dalam usaha membasminya, rasuah akan terus menghakis nilai-nilai murni dalam
masyarakat yang boleh membawa kepada ketidakadilan, penindasan serta menggugat
pembangunan negara.
Cabaran gejala rasuah yang melanda negara terus menjadi isu dan mewarnai
kehidupan dan perkembangan masyarakat di Malaysia. Biarpun rasuah masih belum
sampai ke tahap menjadi darah daging dalam masyarakat, namun kehadirannya
yang umpama duri dalam daging sudah cukup memeritkan dan menjadi cabaran
yang perlu dihadapi di Malaysia. Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah
makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah
masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin
rendahkan persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara terbabit
untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massa turut
menyiarkan pelbagai kes rasuah terutamanya di sektor awam dan kebanyakannya
melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi. Masalah ini semakin serius dan kian
menular dalam masyarakat kita dan berada di tahap yang membimbangkan.
GMGA 2023 DASAR AWAM


3 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

3.0 RASUAH DI SEKTOR AWAM
i. Definisi Rasuah
Rasuah didefinisikan sebagai pemberian hadiah atau wang untuk
mempengaruhi seseorang supaya memenuhi keinginannya. Rasuah merupakan satu
tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan
pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur
biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya
rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak
untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya.
Dari sudut perundangan, perbuatan rasuah menjadi satu kesalahan undang-
undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours)
daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah
keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat empat
kesalahan rasuah yang utama iaitu :
1. Meminta / Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju
menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan
atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi
tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.



GMGA 2023 DASAR AWAM


4 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

2. Menawar / Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima / bersetuju
menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan
atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi
tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
3. Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen atau ejen memberi kepada
prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya
mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai
kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
4. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan
untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan
berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara
maranya atau sekutu - nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.








GMGA 2023 DASAR AWAM


5 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

II. FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA RASUAH
1. Kepimpinan seseorang individu yang lemah
Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri
sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka
mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit,
kedudukan dan pangkat. Malah sejarah juga telah membuktikan bahawa bekas
Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon tumbang ekoran perbuatan rasuahnya
dalam skandal Water Gate.
2. Kurang didikan agama dan didikan moral
Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah
terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada
pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak
memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu
yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta
balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat.
3. Wujud birokrasi dalam sistem pemerintahan
Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem
pemerintahan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai
kerajaan daripada berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku
kerana proses pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila
keadaan ini berlaku, sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan
masa yang lama atau panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera
menyelesaikan masalah, mereka akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan
GMGA 2023 DASAR AWAM


6 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

pemprosesan permohonan didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang
demikian, sudah tentu situasi ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap
golongan yang tidak terlibat dengan rasuah.
4. Masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan
Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah
ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah
ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama
dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja
awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara
haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai
kakitangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini
5. Masyarakat tidak peka dengan isu rasuah
Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap
masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci.
Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah
dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan
oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah
rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita
terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.
6. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada
pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka
telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita
GMGA 2023 DASAR AWAM


7 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi
kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka
sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah
keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan
hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu
pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

III. KESAN GEJALA RASUAH
Amalan rasuah jika tidak dicegah akan terus merebak dan membawa banyak kesan
negatif kepada individu, masyarakat ataupun negara. Antara kesannya ialah :
1. I ndividu akan dipandang hina oleh masyarakat
Individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat.
Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila
seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan
merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera
supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara.
Masyarakat perlu mengambil sikap berwaspada agar perbuatan rasuah tidak menjadi
barah dalam masyarakat.
2. Kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan
terganggu
Sebenarnya, jika perbuatan rasuah tidak dibendung, kehidupan masyarakat dan
birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej
negara pada mata dunia tercalar. Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis
GMGA 2023 DASAR AWAM


8 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara.
Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara. Apatah lagi ketika
kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan
orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem
perundangan serta birokrasi negara ini.
Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi kucar-kacir dan
hancur seperti yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia seperti di
Mesir dan Mesopotamia. Natijahnya, negara tersebut bukan sahaja akan dipandang
serong oleh negara lain. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan
terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara
akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam
daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi.
3. Kekacauan dalam sektor awam
Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan
awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik
mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Jabatan awam (mungkin juga
kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan
daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak
diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya,
keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan.
Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang
dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan
bajet kerajaan.
GMGA 2023 DASAR AWAM


9 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

4. Ketidakadilan sosial
Rasuah memberi pelbagai kesan sosial yang boleh dikenalpasti seperti
berlakunya ketidakadilan sosial. Jenayah rasuah secara jelas mengakibatkan
ketidakadilan sosial, yang mana berlaku penindasan ke atas golongan miskin dan
menafikan hak golongan tertentu. Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan
lebih tertindas kerana tidak mampu membuat bayaran rasuah dan dinafikan hak-hak
mereka sebagai warganegara.
Gejala rasuah juga meninggikan kos hidup dengan para peniaga yang
memberikan rasuah terpaksa meninggikan harga barangan dan perkhidmatan bagi
menampung kos tambahan ini. Ini boleh menyebabkan inflasi dan kos hidup
meningkat.
5. Mengancam keselamatan negara
Dari perspektif yang lebih luas, rasuah juga boleh mengancam keselamatan
negara dengan berlakunya kebocoran rahsia kerajaan, penjualan senjata api secara
haram, membiarkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin kerana pegawai
penguatkuasa telah menerima rasuah. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
juga akan terus berleluasa kerana rasuah, penguatkuasaan peraturan dan undang-
undang dilaksanakan secara tidak adil dan pilih kasih. Pihak yang menjadi mangsa
adalah mereka yang tidak mampu memberi sogokan. Gejala rasuah boleh
mempengaruhi dasar pembangunan dengan akibat perbuatan rasuah, keputusan untuk
pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-
pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat dan ini
boleh mempengaruhi dan memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
GMGA 2023 DASAR AWAM


10 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

4.0 TINDAKAN KERAJAAN
Rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras
melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa. Dengan tujuan untuk
mencegah dan mengawal, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk
memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pegawai
awam. Antaranya ialah:
- Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
Usaha penting yang signifikan adalah dengan penggubalan Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan telah
berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Matlamat utama akta ini adalah untuk
menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan
swasta dengan menubuhkan satu badan pencegahan rasuah yang bebas, Akta ini juga
turut bertanggungjawab mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang
awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran awam, swasta dan
komuniti.
- I nsititut I ntegriti Malaysia (I I M)
Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) juga selari dengan hasrat kerajaan
mengurangkan rasuah disamping ianya adalah untuk meningkatkan tahap integriti
sebagai suatu cara hidup rakyat Malaysia melalui prinsip-prinsip etika yang sesuai.
IIM juga menjadi jentera penggerak dan pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN)
yang dilancarkan pada tahun 2004 yang antara lain mensasarkan peningkatan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui dwi objektif pengukuhan
prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang terbaik disamping peningkatan
integriti pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.
GMGA 2023 DASAR AWAM


11 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

- Garis panduan bagi mempertingkat tadbir urus dalam perkhidmatan
awam
Kerajaan juga telah menyediakan satu Garis Panduan Bagi Mempertingkatkan
Tadbir Urus dalam Perkhidmatan Awam dengan 4 prinsip utama yang dinyatakan
dalam garis panduan tersebut iaitu integriti, akauntabiliti, pengamanahan dan
pengawasan serta ketelusan. Dari aspek integriti, ianya berdasarkan kepada kejujuran
dan objektiviti, tahap tatasusila yang tinggi dan penuh tanggungjawab dalam
pengawasan dana dan sumber awam serta pengurusan hal ehwal jabatan/agensi.
Amalan integriti ini adalah bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan Perintah
Am Perkhidmatan Awam dan juga kepada etika peribadi dan profesional Pegawai
Awam. Integriti turut dipaparkan dalam prosedur bagaimana jabatan/agensi membuat
keputusan.
Dari sudut akauntabiliti pula menekankan kewajipan untuk memberi jawapan
dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada sesiapa yang berhak
untuk mendapat jawapan dan penjelasan. Ianya adalah satu proses di mana
jabatan/agensi adalah bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang dibuat dan
tindakan yang diambil.
- J awatankuasa Keutuhan Pengurusan (J KP)
Dalam tahun 2008 yang lalu juga, Kerajaan telah mengarahkan agar digerakkan
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) yang bertujuan untuk mengukuhkan
integriti sektor awam di peringkat persekutuan, negeri dan daerah bagi mencegah
rasuah, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pegawai awam.

GMGA 2023 DASAR AWAM


12 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

- Laporan Ketua Audit Negara
Laporan Ketua Audit Negara disediakan pada setiap tahun adalah untuk
mengesahkan sama ada penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri,
Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan
dan Majlis Agama Islam telah disediakan secara teratur mengikut piawaian
perakaunan yang diterima pakai. Selain itu, pengauditan prestasi kewangan ini dapat
menilai sejauh mana pelbagai program dan projek Kerajaan telah dirancang,
dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal
program dan projek ini telah tercapai. Penilaian sejauh mana wang awam telah
dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran juga akan dapat
dikenalpasti.
- Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kedua : Memerangi
Rasuah-
Y.A.B Perdana Menteri semasa mengumumkan 6 teras NKRA telah
meletakkan usaha memerangi rasuah sebagai salah satu daripada teras tersebut. Ini
menunjukan kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana
yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus
membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption
Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008
berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. Oleh itu, untuk
memastikan persepsi kedudukan Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan,
kerajaan beriltizam mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang
berkaitan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa
semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender
GMGA 2023 DASAR AWAM


13 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Dari segi penguatkuasaan, langkah kerajaan
menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif turut diletakan sebagai
strategi untuk mencapai NKRA ini.
Rasuah lebih bersifat abstrak dan kerana itu Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) menentang rasuah di bawah Jabatan Perdana Menteri lebih sukar
untuk diberi penilaian berbanding lima cabang NKRA yang lain. Untuk itu, NKRA ini
menumpukan perhatian dalam mengubah persepsi umum terhadap agensi penguat
kuasa, pemerolehan kerajaan dan hukuman individu berprofil tinggi.
Persepsi rendah didapati membelenggu empat agensi penyelaras dan penguat
kuasa iaitu polis, kastam, imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang
dianggap paling banyak terlibat dengan rasuah. Empat agensi itu juga mempunyai
jumlah kes rasuah tertinggi di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan skor tanggapan integriti paling rendah di kalangan orang ramai
dan komuniti perniagaan.
Persepsi sama turut dilemparkan terhadap amalan pemerolehan kerajaan
sementara individu berprofil tinggi dianggap terlepas hukuman yang banyak kepada
ikan bilis dan bukannya jerung.Bagi mengatasi persepsi itu, NKRA ini mengambil
inisiatif mengukuhkan langkah pencegahan rasuah serta penguatkuasaan lebih
berkesan terhadap penjawat awam melalui penambahbaikan penyampaian sistem
perundangan kes rasuah.
Ia akan dibantu melalui penubuhan unit pematuhan di semua badan
penyelaras dan agensi penguat kuasa termasuk juga SPRM. Untuk pemerolehan
GMGA 2023 DASAR AWAM


14 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

kerajaan, ketirisan dana awam akan dikurangkan melalui penekanan terhadap
ketelusan dan kebertanggungjawapan lebih tinggi dalam pemberian dan pelaksaan
kontrak, panduan menguruskan surat sokongan dan pendedahan maklumat kontrak
kepada umum. Untuk meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap agensi
penguat kuasa, peluang menyalah guna kuasa di kalangan kakitangan agensi terbabit
dikurangkan sementara pendakwaan kes rasuah dipercepatkan supaya selesai dalam
tempoh satu tahun.
Inisiatif lain di bawah NKRA ini termasuk hukuman lebih berat untuk pemberi
dan penerima rasuah, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, pangkalan data awam
memaparkan maklumat pesalah yang disabitkan jenayah rasuah dan Pakatan Integriti
(IP) supaya pemerolehan kerajaan bebas aktiviti rasuah.
Usaha juga akan dijalankan untuk mengukuhkan keberkesanan institusi
penting seperti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Pejabat Ketua Juruaudit
dan SPRM melalui peningkatan kebebasan (autonomi). Antara kejayaan paling
menyerlah NKRA ini adalah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang
digazetkan pada 10 Jun 2010 berkuat kuasa sejak 15 Disember 2010 untuk
melindungi identiti pemberi maklumat, imuniti daripada liabiliti sivil atau jenayah
serta perlindungan daripada sebarang tindak balas.




GMGA 2023 DASAR AWAM


15 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

5.0 TINDAKAN PENYELESAIAN
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini
pihak kerajaan perlu menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah
tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada
pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka
pengadilan yang menimbulkan rasa tidak percaya rakyat akan keikhlasan kerajaan
menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke
mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada
peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak
yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah
akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan
jenayah ini.
Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh
dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu
mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah
ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen
tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya
meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka
menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu
wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.
Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan
terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan
universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat
awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep
GMGA 2023 DASAR AWAM


16 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk
membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan
kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu
memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.
Di peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan
lambat perlu dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan
seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang awam khususnya
para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari
bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.
Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan
memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai awam.
Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras
gejala kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat
diatasi. Kekuatan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa
yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan
Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu
bidang pekerjaan malah secara tidak langsung si pelakunya mengambil atau mencuri
hak orang lain.
Rasuah adalah senjata yang amat mujarab untuk memburuk-burukkan imej
dan kredibiliti seseorang. Ini kerana sifat rasuah itu sendiri yang berlandaskan
ketidakadilan, penyelewengan dan tiada integriti. Justeru itu, jalan singkat untuk
memalukan dan menjatuhkan seseorang ialah menuduhnya melakukan rasuah. Telah
GMGA 2023 DASAR AWAM


17 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

menjadi lumrah segelintir masyarakat pada hari ini yang menerima bulat-bulat
tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan. Seseorang yang disiasat oleh
pihak berkuasa dianggap telah bersalah dan patut dihukum. Hakikatnya, siasatan yang
dijalankan adalah untuk mencari kebenaran dan bukannya mencari salah orang yang
ditohmah.
Isu rasuah menjadi topik hangat di gelanggang politik. Rasuah terlalu
dipolitikkan. Kesannya semua tindakan pihak berkuasa dianggap sebagai tindakan
politik. SPRM dianggap alat politik pemerintah. Siasatan SPRM dianggap suatu
konspirasi. Jadi bagaimana boleh agensi ini memainkan peranannya dengan berkesan
jika semua tindakannya dipolitikkan.
Masyarakat harus sedar dan dapat membezakan antara politik dan rasuah.
Rasuah adalah jenayah dan kesalahan ini termaktub dalam undang-undang negara.
Amat berbahaya jika rasuah dijadikan modal politik. Ini menyemarakkan lagi
perbuatan fitnah dan rasa benci-membenci dalam masyarakat.
Tindakan SPRM tidak wajar dicampuradukkan dengan politik. Biarlah SPRM
laksanakan tugas dan tanggungjawabnya memerangi rasuah. Yang harus kita perangi
adalah perasuah, pelindung kepada perasuah dan orang yang bersubahat dengannya.
Kenapa pula kita harus perangi agensi yang memerangi rasuah? Bersama-samalah kita
lakukan perubahan. Bersama-sama kita mengingatkan semua pihak untuk tidak
mempolitikkan isu rasuah kerana ia akan membawa lebih banyak kebinasaan kepada
keharmonian yang sedang kita kecapi hari ini.


GMGA 2023 DASAR AWAM


18 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulanya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus
diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Berdasarkan pendekatan dan
langkah yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan komitmen kerajaan adalah serius
ke arah memastikan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dihapuskan.
Prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti juga perlu diserapkan ke dalam
ketetapan minda (mind set) masyarakat terutama penjawat awam. Ini membolehkan
wujudnya rasa tanggungjawab dalam diri di samping akan meningkatkan tahap
motivasi, kecekapan dan mutu kerja mereka. Memang agak sukar mencapai tahap
rasuah sifar di negara kita di era kebendaan dan glamor ini. Namun tidak sukar untuk
membenci perbuatan rasuah. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk pihak
berkuasa dalam membasmi gejala rasuah adalah penting tanpa mengambil kira sektor
awam mahupun di sektor swasta dan badan badan bukan kerajaan. Pokoknya adalah
kesediaan, keazaman dan komitmen yang bersungguh-sungguh dan berterusan dari
semua pihak dalam mengajak masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran seperti rasuah.
Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu
jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi
masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk
dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada
mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat
yang sepatutnya.


GMGA 2023 DASAR AWAM


19 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

7.0 RUJUKAN
Abdullah Al-Qari Hj Salleh. (2004). Hukum dan ancaman rasuah terhadap
masyarakat dan negara. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2008). Rasuah: Punca, kesan dan penyelesaiannya.
Terengganu: MAIDAM.
Mohamad Ezam Mohd Nor & Sapto Waluyo. (2010). Islam, persoalan dan rasuah.
Selangor: Generasi Buku Nusantara Sdn Bhd.
Mohd Zaini Abdul Samad. (2008). Memerangi jenayah rasuah komitmen bersama:
Antara hukuman & kesedaran. Perak: Pustaka Al Ameer Sdn Bhd..
Muhamad Al Hafis Zakaria. (2012). Membongkar konflik masyarakat: Rasuah dan
tidak ketelusan. Kedah: Setitis Ilmu.
Tunku Abdul Aziz. (2005). Fighting corruption: My mission. Kuala Lumpur: Konrad
Adenauer Foundation.
Bennard Selvarajo. (2012). Rencana khas SPRM. Perak: SMK Raja Muda Musa
Diambil dari website http://www.sprm.com.my pada 15 Jun 2013

You might also like