You are on page 1of 7

PENDAHULUAN

Dalam sesuatu acara atau majlis pasti kita biasa mendengar ucapan daripada
tuan rumah dan ucapan tamu kehormat selain ucapan pengacara majlis.
Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda yang perlu menyampaikan
ucapan atau anda ditugaskan untuk menulis teks ucapan untuk ketua anda atau
tamu kehormat dalam majlis yang dianjur oleh organisasi tempat anda bertugas?
Apakah yang perlu anda lakukan pada ketika itu? Adakah anda akan mencuba
memberikan pelbagai alasan untuk menolak? Kemungkinan kali pertama, kedua
atau ketiga anda berjaya melepaskan diri, tetapi kali yang seterusnya, anda
mungkin akan perlu melakukannya juga. Oleh itu, apa kata jika anda bersedia
dari sekarang menyiapkan diri anda untuk menulis teks ucapan yang berkesan
untuk diri anda sendiri atau untuk ketua anda.

Lazimnya, terdapat banyak jenis ucapan. Ada ucapan tahniah, ucapan
penghargaan, ucapan politik, ucapan perpisahan dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, saya hanya memfokuskan kepada teks ucapan alu-aluan, teks
ucapan perasmian dan teks ucapan perpisahan.

Yang berikut merupakan ciri-ciri teks ucapan tersebut :

1) Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah
dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada
juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis. Teks
ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan ucapan terima
kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan.

Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak
penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu
melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut
dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.

2) Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tamu
kehormat bagi sesuatu majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang
daripada teks ucapan alu-aluan.

Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah
yang mengundang, maklumat yang berkaitan dengan majlis, perkembangan
institusi yang mengundang dan harapan tetamu.

3) Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan yang disampaikan dalam
majlis perpisahan. Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak
yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas oleh orang yang
diraikan.

Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak penganjur selalunya
mengandungi ucapan terima kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan
oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada
orang yang diraikan.

Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang diraikan pula
mengandungi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan puji-pujian
terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.

Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan permohonan maaf dan
menyatakan detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan
kepada semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke rumah.





PERSEDIAAN DALAM MENYEDIAKAN TEKS UCAPAN

Sebagai penulis teks ucapan, anda harus mengetahui beberapa perkara sebelum
menyediakan teks ucapan. Perkara yang perlu anda ketahui ialah:

i. Untuk siapakah teks ucapan itu disediakan?

Sebagai penulis teks ucapan, anda perlu mengetahui orang yang akan membaca
teks tersebut. Hal ini demikian kerana teks ucapan yang ditulis mesti selari
dengan jawatan, perawakan dan latar belakang pendidikan orang tersebut.

ii. Siapakah audiens yang mendengar ucapan tersebut?

Penulis teks ucapan perlu mengetahui audiens yang mendengar ucapan tersebut
sebelum mula menulis teks ucapan tertentu. Hal ini demikian kerana teks ucapan
yang ditulis perlu juga sesuai dengan tahap pengetahuan audiens. Jika teks yang
ditulis untuk disampaikan kepada audiens yang dalam golongan pelajar sekolah
menengah, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan tahap
pemikiran pelajar sekolah menengah. Dengan kata lain, penulis teks ucapan
mestilah memastikan bahawa teks yang ditulis sesuai dengan tahap pemikiran
audiens yang akan mendengar ucapan tersebut.

iii. Siapakah tetamu yang akan hadir?

Tetamu yang akan hadir juga perlu diambil tahu oleh penulis teks ucapan. Oleh
itu, penulis teks ucapan perlu mendapatkan nama tetamu dengan tepat berserta
jawatan dan kedudukan tetamu mengikut peringkat yang ditetap-kan oleh pihak
penganjur. Dengan mengetahui tetamu yang akan hadir, penulis teks ucapan
dapat menyusun bahagian kata alu-aluan tersebut mengikut protokol dan hal ini
dapat memastikan tiada pihak yang berkecil hati kerana nama mereka tidak
disebut atau tersalah panggilan hormatnya.

iv. Apakah tujuan majlis tersebut?

Tujuan majlis juga perlu diketahui oleh penulis teks ucapan. Tujuan majlis
penting dalam penulisan teks ucapan. Teks ucapan alu-aluan terutamanya perlu
menyentuh tujuan majlis tersebut diadakan. Jadi, jika penulis teks ucapan tidak
mengetahui tujuan majlis diadakan, maka longgarlah isi teks ucapan yang ditulis.

v. Berapa lamakah ucapan tersebut perlu berlangsung?

Setiap teks ucapan yang ditulis bergantung pada masa yang diperuntukkan oleh
penganjur. Teks ucapan yang baik ialah teks ucapan yang dapat mengikut masa
yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Jadi, penulis teks ucapan perlu
mengetahui masa yang ditetapkan oleh penganjur bagi setiap teks ucapan yang
diperlukan. Sebagai contohnya, jika masa yang diperuntukkan selama lima minit
untuk tamu kehormat menyampaikan ucapan, maka teks yang ditulis hendaklah
dalam lingkungan 10 muka surat bersaiz setengah A4 yang ditaip dengan tulisan
bersaiz 16 dengan langkauan dua baris.

vi. Apakah bahan atau maklumat yang perlu dicari?

Bahan atau maklumat yang perlu dicari bergantung pada majlis. Jika majlis yang
akan dilangsungkan berkaitan dengan sambutan kemerdekaan, maka bahan
atau maklumat yang perlu dicari mestilah berkaitan dengan kemerdekaan atau
semangat patriotisme.


CIRI-CIRI
Secara lazimnya ucapan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara yang
tertentu seperti majlis pertandingan, perhimpunan, majlis rasmi dan juga lain-lain.
Walau bagaimanapun, ucapan agak berbeza dari pidato, syarahan, ceramah dan
sebagainya terutama dari segi penglibatan dan majlis. Teks ucapan ini biasanya
mempunyai tajuk tertentu yang diberikan terlebih dahulu. Unsure kiasan,
peribahasa dan jenaka boleh diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih
menarik. Teks ucapan juga harus disertai dengan penerangan, penjelasan,
pujian atau sanjungan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan. Bahasa
yang digunakan haruslah mudah, padat, tegas dan berkesan.

BENTUK-BENTUK PANGGILAN HORMAT
Panduan penggunaan kata panggilan hormat dalam teks ucapan :
Pihak terlibat Kata panggilan Hormat
Pengerusi/Pengacara Majlis Yang Dihormati/Yang Mulia
Tuan Pengarah/Ketua Jabatan Yang Berusaha
Golongan Kehormat Yang Berbahagia
Guru-guru/ Ibu bapa Yang Dihormati
Rakan-rakan Yang Dikasihi

FORMAT
- Pengenalan : Dimulakan dengan kata-kata aluan kepada hadirin
mengikut protokal atau tingkat kedudukan masing-masing.
- Isi : Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menyatakan
tujuan ucapan dan seterusnya isi ucapan.
- Kata Penghadapan : Kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara sekalian
dan sebagainya bertujuan menarik perhatian.
- Penutup : Dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan
atau menandakan ucapan akan diakhiri. Misalnya Akhir sekali....

TIPS-TIPS UCAPAN YANG BAIK

Mulakan karangan ucapan dengan kata-kata alu-aluan dan mengakhirinya
dengan ucapan penutup.
Nyatakan tujuan ucapan.
Ucapan biasanya lebih kepada tertumpu kepada penerangan, pujian, atau
penghargaan.
Memastikan isi-isi yang hendak disampaikan itu meyakinkan dan menarik
perhatian para hadirin.
Boleh menyelitkan pantun, ungkapan atau peribahasa untuk menyedapkan
ucapan sama ada pada permulaan atau penutupnya.
Teks ucapan mesti ditulis mengikut format.


GAYA BAHASA UCAPAN

Mengandungi gaya bahasa yang mudah, jelas, dan lancer.
Isi haruslah tepat, munasabah dan meyakinkan.
Format ucapan :
1. Pengenalan Kata-kata aluan kepada hadirin mengikut protocol.
2. Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menyatakan tujuan
ucapan. Seterusnya isi ucapan.
3. Kata-kata Penghadapan kata-kata seperti hadirin sekalian, saudara
sekalian dan sebagainya.
4. Penutup dimulakan dengan kata-kata yang dapat membayangkan
atau menandakan ucapan akan ditamatkan.



KEKUATAN UCAPAN

Antara kelebihan semasa menyampaikan ucapan ialah :

- Dapat mempengaruhi pembaca / pendengar secara tidak langsung
kerana ia lebih kepada penerangan, pujian ataupun sanjungan.
- Bahasa yang digunakan sejajar dengan sasaran pembaca atau
pendengar mudah dan dapat difahami dengan mudah.





KELEMAHAN UCAPAN

Antara kelemahan semasa menyampaikan ucapan ialah :

- Pembinaan teks memerlukan penyelidikan terlebih dahulu sesuai
dengan majlis dan khalayak.
- Pembaca / pendengar tidak banyak berdasarkan majlis dan tujuan
ucapan itu sahaja.

You might also like