Bab 1 Pengenalan Kepada Pengurusan Projek
1.1Pengertian Projek dan Pengurusan Projek
Menurut PIM (Project Management Institute) definasi Projek:
“Projek adalah satu usaha sementara terdiri dari pada beberapa siri aktivitidan tugas yang dibuat untuk mencipta satu produk atau servis yang unik”
Projek adalah aktiviti yang dirancang. Projek selalunya adalah suatu aktiviti yangdirancang dengan teliti untuk mencapai keputusan yang diidamkan. Projek bolehdibahagikan kepada beberapa tugas yang mesti dicapai(dipenuhi) dalam usahautuk mencapai cita-cita yang diinginkan.Contoh projek:
Pembinaan Bangunan
Pengeluaran Produk
Pembinaan Pakej Perisian Payroll
Projek mempunyai objektif yang spesifik yang perlu diselesaikan di dalamspesifikasi tertentu, menentukan tarikh mula dan tamat, dilakukan oleh manusiaatau sumber bukan manusia (duit, bahan dll), dirancang, dilaksanakan dandikawal, dengan sumber yang terhad (budget, orang, peralatan, masa dll yang terhad).
Syarikat yang melaksanakan sesuatu projek biasanya akanmembahagikan projek mereka kepada beberapa fasa atau peringkat untukmembolehkan kawalan pengurusan yang lebih baik. Semua fasa projek inidikenali sebagai Kitar Hayat Projek (project life-cycle).Projek adalah sangat komplek sehinggakan pecahan tugasan memerlukanpenyelarasan yang teliti dan kawalan terhadap masa, kos dan pretasi.Seperti benda hidup, projek juga mempunyai kitar hayat. Dari permulaan yangperlahan, ianya akan terus maju sehingga tahap kemuncak dan seterusnyaberkurangan dan akhirnya perlu ditamatkan. Tujuan asas projek adalah untukmencapai tujuan yang spesifik.
Pengurusan Projek (Project Management)
adalah penggunaan terhadappengetahuan, skil, perkakasan dan teknik terhadap aktiviti projek untukmenyiapkan sesuatu projek. Ianya adalah proses penggabungan kesemuanyauntuk membolehkan projek itu disiapkan sejajar dengan perubahan projek didalam kitar hayatnya di dalam mencapai matlamat (cita-cita) projek.Kejayaan Pengurusan Projek berlaku apabila mencapai objektif projek dalammasa dan budget yang telah ditetapkan. Pengurusan Projek melibatkanperancangan projek, menganjurkan (organising), pengambilan kakitangan(staffing), arahan (directing), pemantauan, kawalan, memperkenalkan sesuatuyang baru (
innovating
) dan mewakili. Pengurus Projek bermatlamat untukmencapai sasaran atau lebih dari sasaran yang diharapkan oleh pemegangsaham (stakeholder).
2