You are on page 1of 22

1

1.0 Pendahuluan

Pengkajian tentang sejarah masyarakat Malaysia kini telah banyak dikaji. Namun,
hal mengenai kebudayaan tidak banyak dinukilkan dalam pengkajian sejarah. Justeru,
sejarahwan perlu memahami masyarakat yang dikajinya dengan teliti. Kebudayaan
amat berkait rapat dengan masyarakat dan apa yang biasa diamalkan oleh sekumpulan
masyarakat itu. Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya
masing-masing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan
peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu
sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat
menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan
melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi
kebiasaan yang lama-kelamaan menjadi satu kemestian.

Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar
bilangannya di rantau Nusantara ini. Berdasarkan sejarah, Malaysia adalah sebuah
negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Sejarah
sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan Melayu atau Tanah Melayu
yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini. Hujah ini menunjukkan bahawa
dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan pada abad
ke-11 perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan dan merujuk kepada rumpun
bangsa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayulah yang mula-mula
mendiami Tanah Melayu dan dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang
berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam kontek
Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai
kaum asal Malaysia.






2

2.0 Konsep Dan Unsur-Unsur Yang Membentuk Kebudayaan Melayu dan
Kebudayaan Kebangsaan
2.1 Konsep Kebudayaan Melayu
Terminologi kebudayaan amat sinonim dengan semua jenis masyarakat di Malaysia
ini. Namun begitu, ramai orang hanya mengetahui bahawa kebudayaan adalah
lambang bagi adat. Sebenarnya, perkataan budaya ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Jika diretropektif kembali sejarah, perkataan budaya berasal daripada
perkataan Sanskrit buddayah yang bermaksud budi pekerti atau akal. Kebudayaan
ini adalah sesuatu yang amat berkait rapat dengan aktiviti yang dimiliki oleh seseorang
individu mahupun sesebuah masyarakat. Menurut pengkaji barat, Andreas
Eppink(1986), kebudayaan boleh diinterpretasikan sebagai keseluruhan pengertian,
nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan
selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas bagi sesebuah
masyarakat. Secara konseptual, budaya merujuk kepada corak hidup dan pemahaman
yang dipersetujui bersama dan digunakan oleh manusia dalam menjalankan aktiviti
seharian mereka.

Terdapat pelbagai pandangan tokoh yang mendefinisikan maksud kebudayaan.
Kebudayaan wajar dilihat sebagai simbol-simbol budaya seperti yang dipelopori dan
disarankan oleh Clifford Geertz (1973) dan Victor Turner (1967), iaitu ahli antropologi
yang telah membuat pengkajian khusus tentang budaya. Dalam kajian tersebut,
terdapat lebih kurang 164 definisi budaya yang disentuh dan dimengertikan oleh para
sarjana (Kreber dan Kluckhohn 1952). Jelas betapa pelbagai dan tidak seragamnya
definisi serta konsepsi seseorang tentang kebudayaan. Antara sumbangan penting
masa kini yang memberikan definisi budaya ialah daripada Clifford Greetz dalam
bukunya The Interpretation of Culture(1973). Greetz yang menggunakan perspektif
antropologi simbolik membuat perbandingan bahawa perkaitan antara manusia dengan
kebudayaan ibarat binatang yang terperangkap dalam jerat-jerat makna yang ditenun
sendiri. Budaya digariskan oleh Geertz sebagai satu sistem konsepsi warisan yang
diungkapkan dalam bentuk-benruk simbolik yang membolehkan manusia
berkomunikasi, memperpanjangkan serta membina pengetahuan dan sikap mereka
mengenai kehidupan (1973:89). Greetz juga menganggap bahawa kebudayaan
sesuatu yang berhubung dengan simbol yang tersedia di hadapan umum dan dikenali
oleh ahli masyarakat yang berkenaan.
3

Secara umumnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa budaya ini wujud
dalam tarian, muzik, dan seni lakonan. Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil
daripada unsur budaya. Budaya telah didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu
masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang
dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul
Rahman,1996). Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem
idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh
semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985).

Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada
perkataan asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya
istilah budaya (R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan
pendapat yang mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada
budi (Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai
budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya
adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1).
Budaya terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi.
Dalam proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses
budaya komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang cuma difahami oleh
individu dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat
membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat.
Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah
cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat.
Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat
resam, dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman,
1992).

Kebudayaan Melayu pula dapatlah ditakrifkan sebagai sesuatu norma, amalan
atau kebiasaan yang diterima pakai dan diakui menjadi identiti bagi masyarakat
Melayu. Gumperz (1993) sendiri mengakui yang budaya Melayu cukup unik dan
mengandugi norma, nilai dan ciri yang perlu sentiasa dikaji. Budaya Melayu ini juga
bersifat dinamik dan berubah-ubah hasil dari pemikiran masyarakat Melayu yang
semakin berkembang selain pengaruh luar yang boleh diterima pakai dan tidak
melanggar atau bertentangan dengan budaya Melayu asal.
4

Kesimpulan daripada pelbagai definisi tersebut, sarjana-sarjana Barat dan
Timur mempunyai pandangan ataupun takrifan tentang budaya ataupun kebudayaan
yang tidak jauh bezanya. Justeru itu, budaya mempunyai pengertian tertentu dalam
konteks sesuatu masyarakat tersebut. Namun, yang jelas konsep budaya luas
pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan
persoalan persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Oleh yang demikian, pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, keperibadian, dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan
masyarakat Melayu merupakan kebudayaan.

Setiap masyarakat mempunyai budayanya masing-masing. Bagi masyarakat
Melayu konsep utama yang terdapat bagi membentuk budayanya melambangkan
keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Antara ciri-ciri budaya
masyarakat Melayu dapat dijelaskan kepada beberapa perkara seperti berikut.
a. Bersifat dinamik
Semua orang mesti mengetahui bahawa budaya bersifat dinamis dan akan
berubah-ubah mengikut peredaran masa. Perubahan yang berlaku akan memperkaya
serta mempelbagaikan lagi budaya itu. Budaya berkembang dan berubah berikutan
dengan perubahan masyarakat itu sendiri. Walaupun terdapat pengaruh dari luar ke
dalam sesuatu budaya, namun ia bukanlah satu peniruan semata-mata tetapi
merupakan perolehan dan penyesuaian yang ditentukan oleh kebudayaan yang
menerimanya ( Wan Abdul Kadir,1983). Kebudayaan yang bersifat dinamik dapat
diertikan sebagai amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan
perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu telah
menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan.selapas
iti, penerimaan kepada budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu
terpinggir dan semakin dilupakan

b. Menerima dan menolak unsur tertentu
Penolakan atau penentangan merupakan aspek yang menunjukkan bahawa
budaya Melayu mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama
yang sedia ada. Penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk ke dalam budaya
Melayu tidak sesuai dengan masyarakat Melayu . Penerimaan pula berlaku kerana
rasa bersedia untuk menerima dan kesesuaiannya kepada budaya Melayu.
5

c. Diwarisi
Kebudayaan Melayu diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang
lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu
diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan
perlakuan masyarakatnya. Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia
melambangkan identity sesuatu bangsa dan masyarakat (Asma,1994). Seperti budaya
Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju kurung,
kebaya, kain batik, dan baju Melayu. Selain itu, budaya juga dapat membezakan
sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.

d. Proses kesinambungan
Kebudayaan mengalami proses kesinambungan merupakan urutan , namun
masih berlaku sedikit perubahan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam
bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai,
dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana
mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya
kreativiti masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina rumah pada hari
ini. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.

Setiap individu harus menghormati budaya individu lain kerana ia merupakan
cara hidup yang telah sekian lama diamalkan dan ada sesetengah budaya yang
berkaitan dengan kepercayaan dan adat resam menyentuh sentimen peribadi sesuatu
kaum. Sifat budaya adalah universal tetapi dalam masa yang sama terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. (A.Aziz,1994).

2.2 Unsur-Unsur Yang Membentuk Kebudayaan Melayu dan Kebudayaan
Kebangsaan

Setiap masyarakat memiliki kebudayaan. Kebudayaan setiap masyarakat
adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, ada unsur-unsur penting yang
membentuk kebudayaan dan ianya dimiliki secara umum dimiliki oleh setiap
masyarakat. Melville J. Herskovits, merupakan ahli pengkani telah menyenaraikan
empat unsur asas kebudayaan, iaitu alat-alat teknologi, sistem ekonomi, keluarga, dan
6

kekuasaan politik. Sementara itu, Manakala, Bronislaw Malinowski menyebut unsur-
unsur pokok kebudayaan meliputi sistem norma yang membolehkan kerjasama antara
anggota masyarakat dalam meneruskan kehidupan bersama mereka. Alat-alat dan
lembaga atau petugas pendidikan, termasuk keluarga sebagai lembaga pendidikan
yang utama. Di samping itu, pendapat yang paling popular mengenai unsur budaya
telah dibawakan oleh Clyde. Kluckhohn dalam karyanya Universals Categories of
Culture memaparkan ada tujuh unsur kebudayaan yang dianggap unsur kebudayaan
yang menyeluruh.










Rajah 1.0 : Unsur Kebudayaan Menurut Clyde Kluckhon

Sebenarnya, unsur-unsur yang digariskan oleh pengkaji-pengkaji ini merujuk
kepada konsep kebudayaan yang lebih besar. Kebudayaan boleh dibahagikan kepada
dua aspek iaitu aspek non-material dan aspek material. Aspek material sebenarnya
lahir daripada aspek non-material kerana cetusan pemikiran atau gagasan yang
melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau reka cipta. Walaupun ahli sains
sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek non-material seperti ilmu
pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma dan sebagainya, aspek
non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek lahiriahnya seperti
tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek budaya, yang sebenarnya lahir
daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim, 1991).
Unsur
Kebudayan
Melayu
sistem
kepercayaan
organisasi
sosial
sistem
peralatan
hidup dan
teknologi
sistem mata
pencarian
sistem
pengetahuan
kesenian
bahasa
7

Elemen budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material,
budaya material dan cultural lag. Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan
material ialah simbol, bahasa, nilai, dan norma. ( Noran Fauziah, 1987, Eshleman &
Cashion, 1985). Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan
seharian. Misalnya, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain dalam budaya
dipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam sesebuah
masyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk anak mereka.
Tetapi bagi Masyarakat Melayu lain pula caranya. Justeru, terdapat empat elimen
budaya yang lazimnya membentuk cara bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup
adalah: simbol atau lambang, norma, kawalan dan nilai.

Simbol atau lambang iaitu kewujudan sesuatu budaya bergantung kepada
kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi.
Masyarakat pada zaman batu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk
berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli antropologi budaya turut
mengkaji simbol sebagai salah satu unsur budaya. Antara contoh simbol ialah huruf,
nombor, lambang dan bendera. Cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol
budaya. Adakalanya sesetengah simbol sama dengan masyarakat yang berlainan
tetapi mempunyai maksud yang berbeza. (Hofstede, 1991). Bahasa merupakan
sebahagian daripada unsur simbol yang penting. Bahasa merupakan aplikasi yang
sistemetik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai, dan norma boleh dikongsi
dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang mewujudkan proses
komunikasi, namun bahasa juga merupakan kaedah komunikasi yang unik dan mudah
difahami oleh khalayak. Ini kerana banyak perkara boleh diterangkan dan disampaikan
maksudnya melalui bahasa seperti mimpi dan pengalaman. Setiap masyarakat
mempunyai bahasa yang tersendiri.

Bahasa merupakan asas kepada budaya dan penting kepada masyarakat.
Penggunaan bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa. Bahasa merupakan
asas kepada setiap budaya masyarakat. Bahasa adalah sistemperkataan yang
bermakna dan bersimbol untuk setiap aspek budaya. Ia melibatkan pertuturan,
penulisan, nombor, simbol, dan pergerakan yang tidak menggunakan bahasa dan
penyataan. Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka
penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara
pelbagai bangsa.
8

Nilai merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat
tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti
hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif
dan yang negatif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai menjadi sebahagian
daripada personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti menghormati orang tua,
patuh kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong. Nilai membentuk
sistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilai tingkahlaku
yang boleh diterima dan ditolak.Namun begitu, nilai tidak semestinya menentukan
tingkahlaku kita. Norma yang menentukan persepsi tingkahlaku yang ideal dalam
sesuatu situasi. Ia tidak semestinya mencerminkan perkara atau tingkahlaku yang
sebenar. Nilai mempengaruhi tingkahlaku manusia dan digunakan sebagai kayu ukur
untuk menilai tingkah laku orang lain. Nilai, norma dan kawalan sesuatu budaya
mempunyai kaitan antara satu sama lain. Misalnya, sesuatu masyarakat yang
meletakkan nilai tinggi ke atas institusi kekeluargaan akan mewujudkan norma dan
kawalan ketat sebagai usaha untuk memastikan tidak berlakunya zina atau perceraian.
Nilai sesuatu budaya itu boleh berubah tetapi kebanyakan nilai seseorang ituakan
berkekalan sepanjang hayatnya.

Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku.
Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang
ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan dengan mengadakan
hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya. Norma menyediakan
panduan yang boleh diaplikasikan kepada tindak-tanduk manusia agar sesuai dengan
orang lain apabila terdapat situasi yang kurang jelas atau kabur. Norma menyediakan
piawai di mana seseorang itu dapat menilai orang lain dan membuat keputusan tentang
bagaimana kita berinteraksi dengan mereka. Norma merupakan ciptaan manusia, dan
manusia mengalaminya sebagai sebahagian daripada ciri-ciri persekitaran sosial.
Manusia merujuk kepada beberapa norma yang dianggap penting (kawalan) dan
hukuman dijatuhkan kepada mereka yang melanggarnya. Ahli sosiologi mengkelaskan
norma kepada dua jenis iaitu yang formal dan tidak formal.

Norma yang formal ialah normal yang yang telah didokumenkan dan ditetapkan
jenis formal hukumannya sekiranya seseorang itu melanggar norma tersebut. Undang-
undang adalah norma yang formal. Norma yang tidak formal ialah norma yang
diterimapakai oleh sebuah masyarakat tetapi tidak tidak formal didokumenkan,
9

contohnya pakaian yang sesuai dipakai. Memakai baju yang dipenuhi oleh manik
berkilat ke pejabat bukanlah salah tetapi tidak sesuai. Ia lebih sesuai dipakai ke majlis
malam.

Kawalan sosial merujuk kepada semua proses yang menyebabkan individu akur
pada norma masyarakat termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah
dan institusi tahanan. Ganjaran atau hukuman ke atas tingkahlaku bersabit dengan
norma sosial. Terdapat dua jenis kawalan iaitu, kawalan positif dengan kawalan negatif.

Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli
masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil
daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada
masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam
masyarakat yang berlainan. Budaya material yang masih wujud dan diamalkan lagi
sehingga kini ialah penggunaan pakaian, adat-adat sama ada adat diraja atau pada
rakyat, makanan dan banyak lagi.

Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan
budaya bukan material dan budaya bukan material ini pula tidak dapat menyesuaikan
dengan budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah baru yang
adakalanya tidak dapat diselesaikan. Contohnya seperti penciptaan perabot yang akan
memusnahkan banyak kawasan hutan.













10

2.3 Konsep Kebudayaan Kebangsaan
Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui
proses penghayatan yang berkesan dan mendalam Kebudayaan merupakan
keseluruhan cara hidup manusia. Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam
pelbagai bentuk perhubungan, penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan
sikap, nilai-nilai yang diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga
mewujudkan kesejahteraan hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh.
Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu
meskipun mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum. Sebagaimana yang
difahami, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Maka, ianya
berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
Malaysia menetapkan dasar bagi kebudayaan agar ianya dapat dimengerti dengan
jelas.
Sesuatu dasar kebudayaan itu boleh dilihat dari dua sudut, pertama dasar formal
yang disetujui atau diluluskan pihak pemerintah untuk menjadi dasar yang biasanya
dikepilkan dengan kuasa pelaksanaan yang jelas melalui Akta Parlimen atau dikenali
sebagai dasar ad hoc.Yakni mengikut kehendak semasa. Kedua, dasar yang mengikut
kepeduan sementara sahaia yang mekanismenya diluluskan oleh sesuatu konvesyen
atau persidangan rasmi kerajaan. Betkaitan DKK, pendekatan yang diambil ialah
melalui kaedah kedua iaitu resolusi konvensyen pada tahun 1971. DKK diwuiudkan
melalui resolusi Kongres Kebudayaan dan Kebangsaan diterimapakai sebagai
kehidupan yang murni dan bertenaga menghasilkan produk kehidupan yang bernilai.
Budaya dan kebudayaan memang boleh diterima sebagai mempunyai implikasi
pengertian yang sama berkaitan tamadun atau peradaban lantaran kedua-duanya
berkaitan belaka dengan hidup yang disaluti akal budi yang maju.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 1971 di
Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan garis
panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Penggubalan
dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah
serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan
perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat
11

pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari
pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh
perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.
Pembentukan kebudayaan kebangsaan yang mesti disedari ialah budaya bukan
menyeluruh atau homegen .Menurut Julain H. Steward (1963) konsep kebudayaan
kebangsaan dapat dilihat daripada tiga segi iaitu kebudayaan kebangsaan merupakan
hasil ciptaan kebangsaan seperti dalam bidang sains, kesusasteraan, falsafah dan
sebagainya. Julian H. Steward pula menambah bahawa terdapat institusi-institusi sosial
yang memainkan peranan dalam keseluruhan hidup sesuatu negara. Manakala perkara
ketiga dapat kita konsepsikan kebudayaan sebagai denominator umum perilaku yang
dikongsi oleh semua anggota negara.
Kebudayaan Kebangsaan sebanarnya diwujudkan bagi mennyuburkan kembali
benih-benih nilai yang terbaik dalam sesuatu bidang kerja, disiplin, hormat pada ibu
bapa dalam kalangan kanak-kanak, budaya penyayang dan nilai positif yang boleh
dikongsi bersama-sama. Malaysia yang terkenal dengan rakyat yang berbilang kaum
yang mempunyai budaya ketimuran amat menitikberatkan nilai dan norma dalam
kehidupan bermasyarakat. Tiga perkara telah dirumuskan sebagai dasar oleh kongres
tersebut iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan
rakyat asal rantau ini dan unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar bolehlah
diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Ketiga-tiga prinsip ini adalah berlandaskan kepada beberapa pemikiran
nasionalisme awalan yang banyak dipengaruhi oleh peristiwa 13 Mei 1969. Sebahagian
daripada pemikiran tersebut, seperti yang dihuraikan di dalam perbincangan dan
perbahasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, adalah menjurus kepada
matlamat-matlamat murni dari sudut kepentingan rakyat asal rantau ini. DKK
dianggap sebagai perkara kontroversi oleh sesetengah pihak lantaran beberapa
matlamat dan olahan bahasa di dalam DKK itu menimbulkan kesamaran atau
kekeliruan. DKK adalah dijuruskan kepada keutamaan kebudayaan rakyat asal rantau
ini, suatu klausa yang boleh menimbulkan kekeliruan atau kesamaran kerana ia tidak
persis dari segi definisi.

12

2.4 Unsur Budaya Kebangsaan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia terbina berlandaskan tiga prinsip atau unsur
yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai dasar yang dinamakan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Ketiga-tiga unsur itu terdapat pada rajah di bawah.

Rajah 2.0: Unsur Kebudayaan Kebangsaan

i) Berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau Ini
Unsur yang pertama melibatkan penerimaan berasaskan kebudayaan serantau.
Rantau ini merujuk kepada semua kawasan daerah kepulauan Melayu yang pastinya
mempunyai corak kebudayaan yang hampir sama dan pasti ada pertaliaan
diantaranya. Tamadun Melayu meliputi rantau yang luas termasuklah Malaysia,
Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan
Selatan Pasifik. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan
Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan
keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca).
Unsur
Kebudayaan
Kebangsaan
Teras
budaya
serantau
Agama
Islam
Unsur
budaya
luar
13

Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam
bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan
geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai
keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti
dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan
satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal
rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan
Kebangsaan.
(ii) Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai, Diterima
Sebuah kebudayaan besar biasanya memiliki sub-kebudayaan atau biasa disebut sub-
kultur, Iaitu sebuah kebudayaan yang memiliki sedikit perbezaan dalam hal perilaku
dan kepercayaan dari kebudayaan induknya. Sungguhpun begitu , tidak bermakna
sesuatu budaya itu tidak boleh diterima pakai apabila berlaku sebarang perubahan
demi kebaikan dan kemudahan. Justeru, unsur kedua kebudayaan ialah sifat dinamik.
Sesuatu budaya itu akan sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan
penyesuaian secara berterusan. Hal ini kerana, zaman dan situasi dahulu dan kini
berbeza dan faktor kehidupan berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya
membuatkan sesuatu budaya itu dapat menerima unsur budaya lain. Sebagai contoh
masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan
budaya masyarakat setempat. Oleh itu, jika unsur budaya Cina, India, Arab dan lain-
lain didapati sesuai dan wajar, maka ia boleh diberikan pertimbangan dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Penerimaan ini bergantung pada
ketidakwujudan percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada
amnya, dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi
mulia. Agama Islam memberikan panduan kepada manusia untuk mengisi kehendak
emosi dan fizikal. Oleh itu, agama Islam menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan tambahan pula dengan kedudukannya
sebagai agama rasmi negara. Fakta sejarah membuktikan bahawa nilai-nilai Islam
telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
14

Ketiga-tiga insur di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971. Ia juga lambang atau simbol kepada asas
pembentukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan memaparkan kesejagatan
dalam menentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berpihak kepada semua
kaum namun masih lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi
pegangan dan sekatan norma kepada masyarakat Malaysia.
Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dalam pelaksanaan
matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan
pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan,
persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia
perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat
bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-
badan antarabangsa.
Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, penglibatan
pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah
Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan
Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan
kebudayaan.
Peranan kementerian atau jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di
dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan
ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan
kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai
penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
Tuntasnya. penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat
menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang
bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun perlulah diingat, pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam
masa yang singkat.
15

3.0 Kedudukan Kebudayaan Kebangsaan Pada Masa Kini, Masa Depan Dan
Langkah-Langkah Penambahbaikan.
Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan rakyatnya daripada pelbagai kaum,
bangsa, keturunan dan agama. Walaupun begitu, amat sukar untuk mencapai
kemajuan yang sempurna jika tidak menitikberatkan aspek perpaduan. Ini kerana
setiap etnik dan bangsa mementingkan kedudukan dan kepentingan sendiri, malahan;
terdapat juga etnik yang tidak menghiraukan kepentingan bangsa lain. Kemajuan
Negara yang sempurna hanya akan tercapai melalui kerjasama setiap etnik dan
bangsa dalam Negara. Pendek kata penduduk negara perlu Sehati Sejiwa Untuk
Malaysia.
Jika ditinjau jiran benua asia kita iaitu Jepun,satu negara yang merupakan
sebuah negara maju dan berkembang dengan pesat selepas Amerika Syarikat. Jepun
mempunyai budaya yang mirip kepada Malaysia. Namun begitu, kegemilangan jepun
mempunyai kisahnya tersendiri. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Jepun
mementingkan kejayaan dalam kuasa, ketenteraan dan penaklukkan. Hal ini
disebabkan oleh pabila kekalahan teruk Jepun dalam peperangan kepada Barat, ia
masih tidak berputus asa untuk membina sebuah empayar tersendiri yang mewah dan
maju. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun tukar strategi penaklukkan ke atas ekonomi
seluruh dunia. Kini, jelas kelihatan Jepun berjaya menggenggam ekonomi lebih
separuh daripada Dunia. Dari aspek perpaduan pula, orang Jepun amat menghormati
antara satu sama lain. Perpaduan wujud dalam masyarakat Jepun dengan sikap
bertimbang rasa dan saling bantu-membantu. Contohnya, kebanyakkan orang Jepun di
Jepun atau luar negara membeli barangan buatan tempatan. Bagi mereka, ini menjadi
satu tanggungjawab untuk melindungi kepentingan-kepentingan negara mereka
tersendiri.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, unsur
perpaduan sangat penting. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman,
keharmonian dan kestabilan, yang memungkinkan negara mencapai kemajuan
setanding dengan negara-negara maju dengan mudah. Jika hal tersebut tercapai,
negara ini boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain.
Adakah perpaduan terlaksana sepenuhnya di negara ini? Perkara yang menjadi
isu pokok dalam hal ini ialah penyatuan budaya. Setiap kaum mempunyai budaya yang
berlainan yang melambangkan identiti kaum masing-masing. Memang sukar untuk
melaksanakan penyatuan dalam kepelbagaian ini. Kebersatuan ini dapat wujud jika
16

tunjangnya, iaitu budaya dapat kita satukan tanpa menghilangkan identiti satu-satu
kaum. Inilah yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak kerajaan.
Perkara yang menjadi punca kesukaran dalam pelaksanaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan ialah jarak sosial antara anggota masyarakat yang dahulunya sangaja
dilakukan oleh penjajah agar rakyat di tanah Melayu tidak bersatu. Imlikasinya, hal ini
menyebabkan kurangnya interaksi antara kaum. Begitu juga apabila wujudnya sekolah
vernakular, murid Melayu belajar di sekolah kebangsaan, murid India di sekolah Tamil
dan murid Cina di sekolah Cina tidak dapat berinteraksi dan bersatu padu.. Kurangnya
interaksi ini berlarutan hingga sekolah menengah dan seterusnya di Universiti. Banyak
Universiti swasta yang ditubuhkan mempunyai pelajar yang majoritinya didominasi oleh
satu-satu kaum.
Apabila sekolah berdasarkan kaum, soal bahasa menjadi isu penting. Bahasa
Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu yang mempersatukan kaum tidak dikuasai dengan
baik oleh bukan penutur asli bahasa tersebut. Masing-masing menggunakan bahasa
kaum masing-masing. Inilah yang menghalang komunikasi antara kaum, sekali gus
mengurangkan hubungan. Pelbagai usaha dilakukan, misalnya mengadakan
pertandingan yang melibatkan pelbagai kaum, dengan menggunakan bahasa
Kebangsaan tetapi belum menampakkan kejayaan yang besar dari segi pelaksanaan
dasar ini.
Kecenderungan anggota masyarakat untuk mengekalkan identiti masing-
masing dan keengganan untuk membuka dunia sosial kepada kaum lain juga menjadi
penghalang pada pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Setiap kaum
mempunyai adat resam yang berbeza-beza mengikut kaum. Jadi isu ini menyebabkan
kurangnnya wujud perpaduan kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu juga,
di Malaysia, jelas kelihatan selama beberapa waktu rakyatnya tidak mempunyai
semangat yang sama, persefahaman dan perpaduan sebagai satu rupa bangsa.
Walaupun mempunyai sistem undang-undang negara yang sama, mereka masih
mewarisi undang-undang adat dan tradisi hidup yang berlainan dari segi perkahwinan,
adat resam, moral, kepercayaan dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan
yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat
yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk
17

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara
tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan
sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar.
Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang
mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti
yang dihasratkan oleh kerajaan.
Perpaduan kaum di Malaysia amat sukar direalisasikan dengan kata-kata
kosong sahaja. Ia memerlukan tindakan atau usaha semua pihak untuk mewujudkan
satu negara yang bersatu padu dan maju dalam pelbagai aspek. Misalnya pelajar-
pelajar institut pendidikan guru yang bakal menjadi penjana utama anak-anak Malaysia
perlu mempunyai minda yang kental dan inovatif untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, kesemua pihak
haruslah memainkan peranan terutamanya kerajaan. Antara usaha yang kerajaan
dapat lakukan ialah dengan menambah baik pelan ekonomi negara. Seperti yang kita
maklum, Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) banyak merapatkan jurang ekonomi antara
kaum. Perapatan jurang ekonomi ini dapat membantu semua kaum lebih bertolak
ansur. Kerjasama antara kaum dalam bidang ekonomi dapat menjana ekonomi negara
dengan lebih baik. Peristiwa berdarah 13 Mei terjadi juga disebabkan oleh jurang
ekonomi yang terlalu besar antara kaum terutamanya kaum Melayu dan kaum Cina.
Kaum Cina menguasai ekonomi pada ketika itu kerana mereka mendiami kawasan
bandar dan lombong.
Sistem pendidikan yang mantap dapat menyediakan generasi yang lebih
berilmu dan berfikiran terbuka. Generasi muda merupakan pewaris negara. Oleh sebab
itu, pihak kerajaan haruslah menyediakan satu pelan pendidikan yang mantap dan
sesuai agar dapat menyediakan generasi muda pada masa kini menjadi generasi yang
dapat memaju negara ke tahap yang tertinggi. Ini terbukti apabila Kementerian
Pelajaran telah memperkenalkan PPPM 2013-2025 yang mana dikatakan merupakan
18

pelan pembangunan pendidikan yang terbaik pernah dihasilkan sebelum ini kerana
ianya merupakan terjemahan daripada kehendak dan pendapat pelbagai pihak
daripada semua peringkat baik pihak golongan atasan dan cendekiawan hinggalah
kepada golongan bawahan dan orang kampung di negara ini. Generasi muda akan
lebih berfikiran jauh dan mengetahui kesan buruk disebabkan oleh perpecahan
perpaduan. Generasi yang diberi pendidikan yang baik akan lebih menghargai
perpaduan yang sedia ada seterusnya berusaha untuk memperbaikinya lagi. Walau
bagaimanapun, cabaran dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025 ini amatlah besar
kerana ianya memerlukan kefahaman dan penghayatan yang sangat dalam terhadap
kehendak dan kemampuan kerajaan oleh semua pihak.
Kerajaan juga dapat memantapkan perpaduan dengan memperkasakan aktiviti
keagamaan dalam kalangan rakyat. Malaysia mempunyai pelbagai agama, tetapi tidak
menjadi satu batu penghalang bagi memantapkan lagi perpaduan antara kaum. Semua
agama menyuruh penganutnya berkelakuan baik dan menghormati orang lain. Dengan
peneguhan agama yang lebih baik, nescaya rakyat negara ini menjadi individu yang
lebih baik. Penerapan nilai agama akan menjadikan seseorang lebih bertolak ansur dan
menghormati oeang lain tanpa mengira agama. Agama persekutuan adalah agama
Islam tetapi agama lain bebas diamalkan menurut perlembagaan. Jadi, tiada menjadi
halangan untuk agama sebagai satu ejen menyatupadukan rakyat Malaysia.
Di samping itu juga, kerajaan boleh memperbanyakkan aktiviti-aktiviti sosial dan
beramah mesra sesama rakyat. Antaranya ialah aktiviti rumah terbuka pada musim
perayaan yang sering diadakan oleh menteri-menteri di Malaysia tidak kira bangsa juga
merupakan salah satu langkah terbaik dalam mengeratkan hubungan antara kaum.
Rumah terbuka yang dianjurkan oleh menteri-menteri yang dihadiri oleh ramai rakyat
Malaysia yang berbilang kaum mampu mengeratkan hubungan masyarakat majmuk di
Malaysia ini. Sebagai contoh rumah terbuka Perdana Menteri bagi Hari Raya Aidilfitri
yang menyediakan juadah yang menunjukkan pelbagai budaya masyarakat Malaysia,
seperti juadah masyarakat Melayu, Cina dan India dapat memperkenalkan masyarakat
terhadap juadah-juadah pelbagai kaum di Malaysia. Tidak kurang semangat berjiran
walau berlainan bangsa, bangsa lain untuk datang ketika majlis perkahwinan atau
ketika perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.
Aktiviti-aktiviti ini perlu diteruskan untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia
agar setiap kaum dapat menghormati budaya dan memahami budaya kaum lain. Ini
secara tidak langsung dapat mengelakkan salah faham antara kaum.
19

Dengan aktiviti seumpama ini, penglibatan rakyat akan menunjukkan perpaduan
dalam kalangan mereka. Aktiviti ini memerlukan penglibatan daripada rakyat sendiri
dan dana daripada kerajaan. Dana yang kerajaan sumbangkan akan merealisasikan
segala perancangan aktiviti. Rakyat juga turut bersemangat untuk melibatkan diri
apabila kerajaan sendiri turun padang. Pergaulan dan interaksi sesama rakyat akan
memperkukuhkan lagi perpaduan dengan lebih mengenali satu sama yang lain.
Dengan mengenali sesama rakyat, mereka akan lebih memahami adat budaya masing-
masing seterusnya akan lebih menghormati adat kaum yang lain. Anjuran secara
besaran-besaran juga boleh diadakan dengan mempromosi menggunakan media
massa supaya segala maklumat boleh disampaikan kepada semua.
Selain itu juga, bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu terutamanya
kepada golongan belia Negara, aspek kebudayaan kebangsaan perlu diterapkan dalam
diri setiap anak Malaysia lebih-lebih lagi pada zaman ini terdapat banyak budaya-
budaya luar yang tidak sihat yang semakin mempengaruhi golongan
remaja.Contohnya, kerajaan boleh memperkenalkan subjek kebudayaan di setiap
sekolah agar murid-murid tanpa mengira bangsa dapat belajar dan mendalami
kebudayaan di Malaysia dengan lebih terperinci.Secara tidak langsung, perpaduan
antara kaum dapat diperkukuhkan dan diterapkan dalam diri setiap murid kerana bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, kempen-kempen kebudayaan juga boleh diadakan di setiap negeri
bagi meningkatkan kebudayaan kebangsaan dalam diri setiap individu.Kempen-
kempen ini perlu mengetengahkan kebudayaan masyarakat di Malaysia tanpa mengira
kaum agar semua orang dapat mempelajari kebudayaan setiap kaum secara tidak
langsung.Kempen-kempen yang diadakan boleh dibuat pada peringkat sekolah,
daerah, negeri dan jabatan-jabatan swasta atau kerajaan. Pada kempen tersebut
pelbagai aktiviti boleh diadakan seperti pameran, pertandingan pakaian kebudayaan,
pertandingan makanan kebudayaan dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.
Akhir sekali, kerajaan juga boleh menguatkuasa undang-undang atau Akta bagi
kesalahan yang boleh menggugat perpaduan negara. Dengan tertubuhnya Akta
Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan 1948 menunjukkan bahawa
kerajaan serius dalam isu yang boleh menggugat kehormonian masyarakay majmuk di
Malaysia.

20

4.0 Kesimpulan
Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah dinyatakan budaya bolehlah
dirujuk sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan
diterima secara umum secara positif dan termasuklah fenomena manusia yang berlaku
dalam masyarakat yang bukan berunsur biologi. Sememangnya terdapat beberapa
pendapat berkaitan dengan dengan definisi budaya. Begitu juga pendapat tentang
elemen-elemen budaya yang berbeza-beza mengikut tokoh. Aspek pentingnya
terbahagi kepada dua ketegori iaitu meterial dan bukan meterial. Kepentingan budaya
akan membolehkan masyarakat sedar dan menghargai warisan budaya, disamping
menghormati budaya sendiri dan orang lain.
Jika dilihat melalui perkembangan semasa, kebudayaan Melayu dilihat
menghadapi cabaran yang besar kerana ia semakin tersisih dari segi pengamalannya.
Golongan pelapis iaitu golongan muda sekarang semakin meminggirkan kebudayaan
Melayu kerana mereka lebih mengagungkan budaya barat. Unsur-unsur kebudayaan
Melayu tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Umum mengetahui
bahawa budaya barat mempunyai banyak kesan negatif.sepatutnya, penerapan adat
dan budaya Melayu tradisional Malaysia perlulah diperkenalkan kerana ia merupakan
suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu
ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan
budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan
budaya tradisional ini kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai
Islam. Ini kerana ianya diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan
kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting
suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang
berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang
berkaitan dengan agama.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat
dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan
Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan
kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang
melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan
Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah



21

5.0 Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan hidayahnya, saya dikurniakan ketenangan hati dan kewarasan minda
dalam menyempurnakan tugasan ini. Segala cetusan idea dan segala bantuan
hanyalah kehendak Allah semata. Pada hari pertama saya mendapat tugasan ini,
seperti biasa, saya mendapat penerangan lengkap dari pensyarah pembimbing saya,
Pn Norainah Mohd Salleh. Pn Norainah banyak menerangkan mengenai keperluan
yang perlu ada dalam membuat tugasan yang cemerlang. Pn Norainah ada
menekankan tentang skop tugasan agar penerangan tidak tersilap tentang tugasan
kebudayaan ini. Matapelajaran Kebudayaan Melayu ini berkait rapat dengan skop
bidang budaya dan masyarakat Melayu. Sehinggakan saya sendiri sebagai orang
Melayu mula mengenali budaya dengan lebuh dalam dan menanam minat untuk
mengamalkannya
Untuk tugasan kali ini, durasi masa yang diberikan adalah selama satu bulan
bersamaan empat minggu. Pada minggu pertama, saya masih belum memberikan
fokus kepada tugasan kerana bebanan tugas lain dan masa kamisangat padat dengan
kuliah. Namun pada masa terluang, saya sempat menjengah ke perpustakaan dan
melakukan sedikit rujukan. Rujukan utama yang menjadi kitab panduan saya ialah buku
Budaya Melayu yang dikarang oleh Syed Ismail Syed Mustapa. Buku itu menjadi asas
dalam yang saya pelajari. Buku lain ada juga dalam bahasa Inggeris yang saya cari
melalui laman sesawang. Rujukan lain yang mengikut profoma ialah buku Open
University Malaysia dan Modul Budaya Melayu.
Saya mula serius dalam menyiapkan tugasan bermula pada 29 Febuari dan
pada mulanya saya menyangka tugasan ini mudah pada awalnya. Namun setelah
membuat kolaborasi bersama rakan, barulah saya mula mendapat gambaran penuh
dan terperinci tentang tugasan yang diberikan kepada saya. Seterusnya, tajuk yang
saya perlu kupaskan dalam tugasan ialah mengenai Budaya Melayu, takrifannya serta
mengenai unsur Budaya Melayu dan Unsur Dasar Budaya Kebangsaan. Terlebih
dahulu, saya membuat pembacaan tentang pentakrifan dan konsep budaya agar daya
tidak terkeluar dari skop tugasan yang diberi. Sekali imbas, tugasan memerlukan saya
mengupas tentang Budaya Melayu serta unsur-unsur yang membentuk budya Melayu.
Namun apabila ditegur oleh rakan saya, barulah saya sedar bahawa penjelasan
tentang dasar budaya Melayu perlu mempunyai perkaitan juga dengan unsur Dasar
Kebudayaan Kebangsaan.
22

Justeru alhamdulillah saya dapat perbetulkan kembali konsep yang telah silap
tadi. Saya sangkakan unsur budaya Melayu dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
adalah sama. Rupanya tidak dan banyak pendapat lain tentang unsur-unsur yang
membentuk kebudayaan Melayu.
Kebudayaan mempunyai pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya
didefinisikansebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistemsosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam , sikapdan nilai. Kebudayaan pula merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat
yang diwarisidan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan
menolak yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem
kehidupan,didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial,
kepercayaandan sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat.
Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat memahami dengan
lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi pantang larang, adat resam,
agama dan sebagainya.

Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya pelajari.
Antaranya ialah pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu. Terdapat
beberapa pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu. Maka, kerajaan
perlulah menetapkan satu dasar yang menggariskan kebudayaandi Malaysia.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai masalah yangbesar. Hal ini
kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman sesawang untuk dirujuk.
Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan adalah terhad sedangkan
banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal inimenyebabkan saya
perlu mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yang penting dalam tugasan ini.
Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi. Apabila bahan rujukan banyak,
terkadang saya juga menjadi keliru dan akhirnya saya hanya memuatkan beberapa
pendapat sahaja dari tokoh-tokoh pengkaji budaya.
Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan dan dapat
mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerja
kursus projek ini. Alhamdulillah. Semoga semua insan yang membantu saya
menyiapkan tugasan ini diberkati oleh Allah.

You might also like