You are on page 1of 198

1

13 Mei - Sebelum & Selepas

sebuah buku hasil karya Tunku Abdul Rahman terbitan


1969

Buku bertajuk 13 Mei - Sebelum & Selepas adalah


hasil nukilan Tunku Abdul Rahman sendiri. Buku yang
mengandungi 23 Bab ini dibawakan untuk tatapan para
sahabat sekalian agar kita dapat menghayati detik-detik
kepayahan yang pernah dilalui oleh negara.

Bersama-samalah untuk kita menjaga agar tanah


tumpahnya darah, keringat dan air mata para pejuang
Melayu yang terdahulu tidak lagi dibasahi noda-noda hitam.
Jangan sampai cucu-cicit kita menyirami kubur kita dengan
air kencing kerana kita gagal mengekalkan kemakmuran
negara sepertimana yang kita kecapi hari ini.

Malaysiakini.com telah melaporkan, Perdana Menteri


memberi jaminan bahawa Buku “May 13″ tidak akan
diharamkan pengedarannya dalam menjawab soalan
daripada Ahli Parlimen DAP, Chow Kon Yeow di Parlimen
pada 18 Jun 2007.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara


bagi kali ke-50. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke
atas negara yang bertuah ini.

Segala komen atau ulasan mengenai buku ini boleh dibuat


dalam ruangan ini.

Terima kasih.

1
2

BAB 1 : Ilham Dari Hospital

APABILA seseorang sedang terbaring di hospital kerana


menunggu sembuh daripada pembedahan, banyaklah waktu
yang terluang baginya untuk berfikir. Di dalam kesunyian
dan kesepian sepanjang malam terbaring keseorangan,
maka akan terbayang-bayanglah di dalam fikirannya segala
kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan-kesan yang
telah timbul, sehingga jelaslah kepadanya masalah dan
keadaan yang dihadapi dan juga cara bagaimana
persoalan-persoalan itu dapat diselesaikan. Memang benar
kata orang, dalam kesepian begini datanglah
pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikianlah
yang telah terjadi kepada saya semasa sedang
keseorangan di hospital baru-baru ini.

Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisi


yang besar, maka dengan takdir Allah Subhanahu Wata’ala
saya dikehendaki masuk hospital sekalipun pada ketika itu
hati saya sedang runsing dan fikiran saya penuh dengan
peristiwa sedih yang telah berlaku di Malaysia cuma tiga
minggu yang lepas.

Saya masuk hospital bukan dengan kehendak hati saya


sendiri, tetapi dangan takdir Ilahi. Mata saya telah menjadi
lemah oleh kerana terlampau berat memikirkan siang dan
malam ketegangan dan krisis yang sedang berlaku, dan
saya sendiri telah sedar bahawa mata kanan saya telah
bertambah rosak. Jika tidak diubati dengan serta-merta,
mungkin penglihatan saya akan hilang.

Maka atas nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder


Singh dan doktor peribadi saya Dato’ Pillai, saya telah
bersetuju menjalani pembedahan mata yang telah lama
saya tangguhkan. Seorang pakar pembedahan mata yang
masyhur bernama Dr. Redmond Smith dari Moorefield

2
3

Hospital, England, telah dipanggil untuk menjalankan


pembedahan itu. Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6
Jun dan saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kuala
Lumpur pada petang itu juga dan menjalani pembedahan
pada pagi esoknya.

Semenjak menceburkan diri dalam politik, adalah menjadi


kelaziman saya untuk berfikir dengan semasak-
masaknya apa jua masalah yang sedang dihadapi se-lepas
daripada sembahyang Suboh. Sebenarnya inilah tabiat
saya sepanjang hidup. Peristiwa sedih yang timbul dalam
beberapa minggu yang lepas telah menjadi soal yang amat
berat yang terpaksa saya pikul. Dengan kerana itu sekalipun
saya masuk hospital dengan cara terpaksa, tetapi saya
menyambut baik kesempatan itu kerana saya dapat berfikir
dengan tenang dan semasak-masaknya apa yang telah
berlaku di negara yang saya kasihi.

Buku kecil ini adalah hasil daripada renungan saya selama


10 hari dan 10 malam. Sebelum masuk hospital, saya telah
pun membuat keputusan dan telah mengisytiharkan bahawa
tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan dengan pilihan
raya baru-baru ini, rusuhan dan kesan daripadanya. Maka
bolehlah di-katakan bahawa pembedahan itu ialah satu
hikmat daripada Allah sekali pun saya terpaksa
menanggung kesakitan.

Saya suka mengambil kesempatan ini untuk


melahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada
pakar-pakar tersebut, Dato’ Professor Danaraj dan
kakitangan Hospital Universiti di atas segala layanan yang
telah diberikan kapada saya.

Sekalipun saya bukanlah seorang pengarang, tetapi oleh


kerana saya mempunyai masa yang banyak dengan tidak
ada apa-apa yang hendak dibuat semasa saya terbaring di

3
4

hospital, maka saya terfikir eloklah apa yang ada di dalam


kepala saya itu dikumpulkan menjadi sebuah buku. Saya
teringat kepada kata-kata hikmat ”Di-dalam seseabuah
negara yang pendudoknya terdiri daripada orang-
orang buta, orang yang mempunyai satu mata adalah
menjadi raja”. Ketika di hospital itu saya mempunyai sebelah
mata, dan oleh kerana saya tidak ingin negara saya dan
pendudok negara ini menjadi buta kapada segala hakikat
yang sebenar yang kita mesti hadapi, maka inilah peluang
saya untok melahirkan pandangan saya.

Saya tidak mempunya pengalaman dalam lapangan


kewartawanan, oleh itu tulisan yang merupakan pendapat
saya di dalam buku ini janganlah dinilai dari segi
kewartawanan atau kesusasteraan. Pada saya buku
ini merupakan satu ikhtiar untuk membuka mata rakyat
negara ini kapada hakikat yang sebenar, dan membuka
segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah, supaya dengan
itu timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat
memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya
untuk hadapan negara kita.

Buku ini bukanlah ditujukan kapada dunia, tetapi kapada


saudara-saudara senegara yang tahu dan kenal orang-
orang yang disebutkan di dalam buku ini. Saya suka
membentangkan kapada mereka perkara dan kejadian
menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, mengenai hal-
hal yang sebenar yang telah berlaku menurut pandangan
saya, sekalipun ia dahsyat. Inilah tujuan saya dan saya
harap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang
telah saya lakukan di atas peristiwa sedih yang kita semua
telah alami, sambil berazam bahawa kejadian itu tidak akan
berulang lagi buat selama-lamanya.

4
5

Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara


yang merdeka, kita telah menghadapi pelbagai kesulitan
yang timbul di dalam dan dari luar negara, dan telah berjaya
mengatasinya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan
sebagai satu bangsa yang bebas dan bekerjasama menurut
asas-asas demokrasi yang tulen.

Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab


dan sengsara selama tiga tahun semasa peperangan dan
pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah tiga tahun kita
berada dalam keamanan, sekali lagi kita menghadapi
pelbagai ragam percubaan dan penderitaan disebabkan oleh
pemberontakan di dalam negara yang dilancar dan dipimpin
oleh Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Darurat yang telah
berlanjutan selama 12 tahun. Dalam tempoh itulah kita telah
mencapai dua kemenangan. Kemenangan pertama kita
muncul sebagai satu bangsa yang bebas dan kedua
kemenangan yang gilang gemilang mengalahkan komunis.

Selepas penubuhan Malaysia pada 1963, sekali lagi kita


menghadapi satu ancaman pencerobohan, dan kali ini dari
luar negara. Ini ialah pergaduhan kita dengan Indonesia
selama tiga tahun yang dikenali oleh dunia sebagai
”konfrantasi”. Saya sukacita menyatakan bahawa selepas
daripada pertelingkahan yang menyedihkan itu, Malaysia
dan Indonesia sekarang ini menjadi sahabat yang rapat dan
jiran yang akrab.

Sepanjang masa tersebut, suara rakyatlah yang sentiasa


memainkan peranan penting. Mereka melahirkan
pandangan dan memberikan undi mereka empat kali dalam
pilihan raya pertama pada 1955 dalam masa penjajahan
British dan kemudian tiga kali lagi dalam masa kita menjadi
negara yang bebas iaitu pada 1959, 1964 dan
akhirnya 1969.

5
6

Sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, saya telah


ditanya berulang kali, sebagai Perdana Menteri
bagaimanakah saya telah dapat menyatupadukan
pelbagai kaum sekalipun mereka mempunyai adat istiadat,
agama dan cara hidup yang berlainan, dan mengawal
mereka supaya berbaik-baik dan hidup dengan aman.

Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak di atas


tabiat dan rasmi rakyat itu sendiri kerana semua kaum tahu
menjaga perasaan antara satu dengan lain dan mempunyai
sifat berbaik-baikl. Setiap orang bebas mencari kehidupan
masing-masing sama ada dalam perniagaan, pekerjaan
atau politik. Sebagai orang perseorangan atau kumpulan,
kita mempunyai perasaan sendiri sama ada suka atau pun
tidak di atas sesuatu perkara dan kita bebas menyimpan
perasaan itu. Kita harus bersetuju atau tidak bersetuju
dengan sesuatu perkara, tetapi kita sentiasa bekerjasama
kerana kita percaya semangat demokrasi ialah cara yang
terbaik untuk kehidupan kita.

Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang kita telah lakukan


ialah penggubalan Perlembagaan Negara kita. Isi dan
kandungan Perlembagaan itu telah di-bahaskan
secara terbuka di segenap peringkat dan golongan
masyarakat. Mereka telah mengemukakan
pandangan mereka dengan bebas sama ada secara
berseorangan atau pun beramai-ramai sehingga akhirnya
lahirlah satu persetujuan secara keseluruhan, termasuk
dalam soal-soal yang ada pertentangan pendapat seperti
kerakyatan, Bahasa Kebangsaan dan pertimbangan
istimewa untuk kedudukan ekonomi orang Melayu.
Perlembagaan kita menjadi satu perjanjian kebangsaan
yang mengikat kita semua menjadi satu.

6
7

Sungguhpun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa


yang merdeka ada batasnya. PKM telah diharamkan
sehingga ke hari ini kerana setelah mengalami pengalaman
yang pahit kita telah dapati bahawa tujuan komunis adalah
bertentangan pada asasnya dengan cara hidup yang kita
pilih. Kita tidak dapat melupakan pemberontakan yang
menyebabkan tidak terkira banyaknya nyawa yang telah
terkorban dan harta benda yang musnah. Kita terpaksa
mengeluarkan belanja yang besar daripada wang negara,
sehingga memincangkan kemajuan ekonomi negara kita.

Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik yang


seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan
bangsa dan negara kita. Malangnya, se-bagaimana yang
saya akan terangkan dalam buku ini, peristiwa yang
berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat-
pengkhianat komunis masih ada di kalangan kita dan
mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan kemanan
dan kemakmuran kita. Dari itu kita juga mesti sentiasa
berjaga-jaga bagi menentang pengkhianat itu.

Selain daripada itu Malaysia menjalankan demokrasi liberal


di semua lapangan. Parti-parti politik yang lain boleh
ditubuhkan dengan bebas dan boleh bergerak dengan
terang, dan parti-parti baru sentiasa muncul tetapi secepat
itu pula mereka lenyap. Parti saya, Perikatan, hidup terus
untuk mempertahankan demokrasi.

Maka dengan semangat persefahaman dan hormat-


menghormati antara satu dengan lain di kalangan rakyat
negara ini, negara dan bangsa kita telah maju ke -hadapan
dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang
pertama dalam pilihan raya 1955, dan semangat inilah yang
juga telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya peringkat

7
8

persekutuan dan negeri, sehinggalah berlakunya peristiwa


dalam tahun 1969 ini.

Sebenarnya dalam beberapa tahun yang lepas,


perkembangan politik dan kemajuan ekonomi telah berjalan
seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu
padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia
sehingga saya beberapa kali telah menyebut bahawa saya
adalah Perdana Menteri yang paling bahagia di dunia.
Sunggohpun begitu, pada 13 Mei 1969, dengan tidak
semena-mena saya dapati bahawa saya ialah Perdana
Menteri yang paling masyghul se-kali. Saya tidak berasa
syak bahawa dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala,
maka dalam masa yang tidak lama lagi saya akan dapat
merasakan diri saya se-orang Perdana Menteri yang
bahagia.

Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan


jika dikatakan bahawa pada umumnya rakyat Malaysia telah
hidup terlampau bebas dan bersenang- lenang, dengan
tidak mengambil berat sangat hal-hal yang terjadi. Kita telah
hidup dalam suasana kesenangan, dan tidak ada sebab
kenapa cara hidup kita yang bahagia itu tidak boleh
berlanjutan buat selama-lamanya.

Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai


kejayaan telah berkecai pada 13 Mei tahun ini dalam bentuk
rusuhan kaum di Kuala Lumpur yang aman, iaitu suatu
pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku
seumpamanya dalam sejarah negara ini.

Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-


tengah kekacauan dan rusuhan yang ngeri dan dahsyat itu,
terutamanya mereka yang berada di panggung wayang,
kelab, kedai makan dan tempat hiboran. Orang lelaki,
perempuan dan kanak-kanak dari semua kaum terpaksa

8
9

mencari perlindungan untok menyelamatkan diri mereka


seberapa yang boleh.

Banyak orang yang telah terbunuh, dan beratus-ratus pula


yang telah tercedera. Rumah-rumah telah dibakar, harta
benda dimusnahkan, kenderaan di-jahanamkan. Seluruh
bandar ibu kota yang biasanya sibuk tetapi aman telah
berada dalam kecemasan. Perbuatan-perbuatan kejam yang
berleluasa seperti itu tidak pernah berlaku pada masa
dahulu dalam negara ini yang penduduknya daripada
pelbagai kaum telah menikmati keamanan dan
ketenteraman sejak zaman berzaman.

Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati


sanubari seluruh rakyat, sehingga kita masih berasa
menggeletar setiap kali teringatkan kejadian yang dahsyat
itu. Dari segi kedudukan alam, Malaysia tidak terletak dalam
lingkungan gempa bumi, tetapi 13 Mei 1969, nyatalah
merupakan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang
amat mengerikan.

BAB 2 : Bayangan Masa Lampau

ADA orang berkata bahawa peristiwa yang lepas boleh


dijadikan alamat bagi peristiwa-peristiwa yang akan datang,
tetapi hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat
meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa
kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik
kejadian yang berlaku dalam pilihan raya umum tahun 1969.

Sungguhpun begitu, sebelum saya menghuraikan satu


persatu tentang peristiwa ini, sukalah saya jelaskan
beberapa perkara. Pertama, pilihan raya tahun 1969 dan
huru-hara yang berlaku pada 13 Mei itu ada kait-mengait.

9
10

Kesemua pilihan raya yang lepas di negara ini telah


dijalankan dengan sempurna dalam suasana muhibah dan
saling mengerti. Begitu jugalah pada hari mengundi pilihan
raya 1969 yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei di Malaysia
Barat, kesemuanya telah berjalan dengan licin sebagaimana
pilihan-pilihan raya yang telah lalu dengan tidak ada satu
pun kejadian yang boleh menghalangnya. Sungguhpun
begitu, semasa kempen, perbuatan-perbuatan liar telah
dilakukan dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah
dikeluarkan. Oleh itu perlulah kita mengkaji apa yang telah
berlaku sebelum pilihan raya, dan semasa pilihan raya itu
berjalan hinggalah selesai pilihan raya dengan tujuan untuk
mencari dan memahami mengapa dan bagaimana rusohan
meletus secara tiba-tiba.

Perkara kedua yang saya suka hendak tegaskan ialah


pengaruh fahaman komunis. Tidak ada negara dalam dunia
ini yang boleh berdiri keseorangan, dengan mengasingkan
diri untuk menentang pengaruh ideologi atau fahaman dari
luar. Malaysia dan semua negara di Asia pada hari ini
sedang menghadapi ancaman dari China. Dengan adanya
kemudahan alat-alat perhubungan saperti yang terdapat di
zaman kita ini, maka mustahil kita terselamat daripada
pengaroh ajaran Komunis yang dipancarkan dari Peking,
dan kemudian disebarkan di sini secara tergila-gila oleh
pihak-pihak yang tertentu.

Ada juga sesetengah orang yang mempersendakan saya


dengan mengatakan saya terlampau takut kapada Komunis,
seolah-olah ada Komunis di dalam setiap semak, tetapi
adalah menjadi kewajipan saya sebagai Perdana Menteri
untok menjaga keselamatan negara daripada sabarang
ancaman dalam dan luar negara kerana saya sentiasa
mendapat maklumat dan laporan sulit. Saya tidak pernah
memperkecilkan pengaruh yang ditanam oleh Komunis. Kita

10
11

mesti sentiasa berwaspada untok mengamati pada


sebarang waktu kesan dan pengaruh fahaman Komunis
yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan fikiran
orang-orang kita, terutama belia.

Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November


1967 adalah satu contoh yang menggambarkan sejauh
mana penyokong-penyokong Komunis, sama ada yang
bergerak secara terang atau sulit,. sanggup melakukan
sesuatu yang merosakkan kepentingan Malaysia.

Pergaduhan kaum telah timbul di sana apabila anggota-


anggota Cina dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah
mengambil kesempatan atas langkah Kerajaan menurunkan
nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untok
melancarkan hartal. Pertemporan-pertempuran telah
berlaku, dan orang-orang Melayu dan penyokong-
penyokong yang setia kapada Kerajaan menjadi sasaran
serangan mereka. Beberapa orang yang terperangkap
dalam kejadian itu telah terbunuh atau cedera. Pasukan-
pasukan keselamatan telah berjaya mengembalikan
ketenteraman dengan serta-merta dengan mengenakan
perintah berkurung dan menangkap orang-orang yang
disyaki.

Tujuan Komunis itu ialah hendak melancarkan hartal ke


seluroh negara, tetapi mereka gagal kerana pendudok di
tempat-tempat lain tidak mengindahkan seruan mereka dan
menjalankan perniagaan masing-masing seperti biasa.

Dalam bulan Jun, 1968, hukuman gantung hampir hendak


dijalankan ka atas 11 orang Cina yang menjadi anggota
Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana
membantu orang-orang Soekarno menyerang Selatan
(Semenanjung) Malaysia. Perintah hukuman gantung yang

11
12

sama telah juga ditandatangani ka atas dua orang Melayu di


Perak.

Dr. Tan Chee Khoon, yang pada ketika itu menjadi Anggota
Parlimen Parti Buruh bagi Kawasan Batu telah membuat
rayuan untuk menahan hukuman gantung itu. Bersama-
sama dengan ahli-ahli Parti Buruh dan penyokong-
penyokong Komunis, dia telah melancarkan satu kempen
yang besar dari rumah ke rumah untuk memungut
tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa
simpati di kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang
dihukum bunuh itu.

Akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen


ini.

Anasir-anasir pro-Komunis telah menghasut ibu bapa dan


waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya
mengadakan perjumpaan untok membantah. Sungguhpun
bagitu, rayuan mereka telah ditolak oleh Duli-Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor dan Sultan Perak.

Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung itu


telah hampit. Di luar pintu Penjara Pudu di Kuala Lumpur
dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu, tunjuk
perasaan secara liar telah dilakukan oleh orang-orang
tertentu termasuk belia Komunis. Mereka menbaling batu ka
atas kereta yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.

Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di


seluroh negara yang mungkin membawa kapada rusuhan
antara kaum yang boleh menumpahkan darah, maka saya
sendiri telah menyembahkan rayuan kapada Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Perak bagi pihak orang-orang yang dihukum gantung itu,
dan kedua-dua baginda telah berkenan meringankan

12
13

hukuman itu kapada penjara seumor hidup. Sama ada


tindakan saya itu betul atau pun salah, tujuan saya ialah
semata-mata hendak menyelamatkan 11 orang Komunis di
Johor dan dua orang penderhaka Melayu di Perak daripada
mati di tali gantung.

Tunjuk-tunjuk perasaan itu berhenti dan keamanan telah


dipulihkan. Sungguhpun begitu masih lagi terdapat rasa
gelisah saperti api dalam sekam, dan Kerajaan sedar
mungkin perkara ini tidak habis setakat itu sahaja. Jadi
Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mencegah
daripada berlakunya lagi sebarang kekacauan, dengan jalan
melipat-gandakan lagi pengawasan sebagai langkah
berjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan
cermat.

Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran


daripada kejadian-kejadian itu sebagaimana yang terbukti
daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku
kemudiannya. Mereka sengaja menaikkan perasaan orang
ramai dalam soal 11 orang Cina itu sahaja, tetapi tidak ada
langsung suara yang timbul bagi pihak dua orang Melayu.
Hasil daripada pengajaran ini, sekiranya orang ramai dapat
diapi-apikan hingga sampai pada satu keadaan yang boleh
menimbulkan kekacauan dalam garis undang-undang, maka
kemungkinan untuk melakukan kekacauan dengan mengapi-
apikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah
akan lebeh menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma
perlu meniup api itu untuk memarakkan satu kebakaran
yang dahsyat.

Sebenarnya anasir-anasir puak pelampau kiri yang sentiasa


menunggu kesempatan untuk menimbulkan kekacauan,
tidak belengah-lengah lagi daripada menunjukkan jalan
untuk bertindak pada masa hadapan, bertentangan dengan

13
14

kepentingan negara. Selepas enam minggu sahaja daripada


tarikh Komunis dan pengkhianat-pengkhianat itu
diringankan hukuman pada 13. Oktober, Parti Buruh (iaitu
Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan
memulaukan pilihan raya yang hendak diadakan pada 1969.

Saya tidak mengerti kenapa ahli-ahli politik boleh


terpengaruh dengan cara memulaukan pilihan raya kerana
percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysia dan
Sinagpura pada masa yang lepas sentiasa menemui
kegagalan.

Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru taktik Barisan


Sosialis Singapura yang telah enggan mengambil bahagian
dalam pilihan raya, dan dengan kedegilannya berpegang
kapada polisi ini, parti itu akhir-nya telah lenyap. Mereka
telah menarik keluar ahli-ahli mereka dari Dewan Undangan
Singapura, tetapi selain daripada itu mereka tidak
melakukan sebarang tindakan kekerasan. Mungkin kerana
Kerajaan di Singapura itu dipegang oleh kebanyakannya
pemimpin-pemimpin Cina, maka Barisan Sosialis mendapati
sesuai dengan tujuannya untok mengekalkan negara itu
sebagai tapak untuk kemasukan anasir-anasir subversif
Komunis.

Parti Buroh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu


dan barangkali juga mereka bertujuan hendak menjadi satu
parti yang kaku sebagaimana Barisan Sosialis. Pemimpin-
pemimpinnya tentulah tidak dapat meramalkan
perkembangan yang harus timbul, tetapi mereka
berpendapat bahawa sikap mereka yang baru itu mungkin
akan menimbulkan bencana yang mereka harap-harapkan.
Memanglah menjadi taktik Komunis menyalakan api di
bawah seberapa banyak cerek yang boleh, dengan harapan

14
15

moga-moga salah satu daripadanya akan meletup dengan


sendiri-nya.

Terdahulu daripada kejadian itu, tahun 1968 bolehlah


dikatakan aman di dalam gelanggang politik setakat yang
mengenai dengan parti-parti pembangkang. Satu sahaja
perkembangan baru yang telah berlaku, iaitu pengisytiharan
bagi menubuhkan sebuah Badan Politik yang baru dalam
bulan April, ia-itu Parti Gerakan, yang terdiri dari mereka
yang menggelarkan diri mereka bijak pandai dan orang-
orang terpelajar yang pendiriannya menentang dasar
kerajaan Perikatan.

Ketika itu pengisytiharan hendak mengadakan pilihan raya


belum lagi dibuat. Perikatan berkuasa mengisytiharkan satu
pilihan raya mengejut pada bila-bila masa di dalam tahun
yang penghabisan bagi tempoh perkhidmatannya, tetapi
sebaliknya saya telah mengisytiharkan bahawa Kerajaan
akan memenuhi tempoh perkhidmatannya selama lima
tahun.

Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu


muslihat, kerana mereka yakin bahawa saya akan
melakukan sesuatu yang memeranjatkan. Menurut
Perlembagaan, jika pilihan raya tidak diadakan lebih awal,
maka ia mestilah diadakan dalam tempoh 95 hari daripada
tarikh tamat tempoh perkhidmatan lima tahun yang lepas. Ini
bererti selambat-lambatnya menjelang akhir bulan April
1969.

Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan


Barisan Sosialis, iaitu satu langkah yang belum pernah
terjadi di dalam negara kita yang demokratik semenjak
merdeka. Mereka telah mengisytiharkan bahawa mereka
akan menarik keluar dengan serta-merta kesemua ahlinya
dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Dalam

15
16

Parlimen mereka mempunyai dua orang ahli iaitu Dr. Tan


Chee Khoon dan Lim Kean Siew.

Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam-kabut dan


perpechaan di kalangan ahli-ahli mereka sendiri. Jelaslah
kapada orang ramai bahawa tindakan yang baru ini telah
disokong sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. Encik
Lim mengambil masa berminggu-minggu untuk menbuat
keputusan bagi mematuhi keputusan ini, tetapi Dr. Tan telah
enggan menarik diri dari Parlimen, kemudian telah
meninggalkan rakan-rakannya dalam Parti Buruh dan
dengan serta-merta masuk Parti Gerakan yang baru
ditubuhkan.

Mungkin juga hal ini satu muslihat dan tipu-helahnya atau


partinya untuk menutup kekalahan puak-puak Sosialis dalam
pilihan-pilihan raya yang lepas. Parti baru yang Dr. Tan
sendiri menjadi Setiausaha Agongnya telah mendapat
sokongan yang kuat daripada ahli-ahli Parti Buroh yang
telah lumpuh itu dan juga daripada mereka yang dengan
bersulit-sulit mempunyai simpati terhadap Komunis.

Dengan itu tamatlah perkembangan politik bagi tahun 1968,


iaitu dengan bermulanya bulan puasa pada pertengahan
November dan perayaan bersama Hari Raya dan Hari
Krismas selama tiga hari berturut-turut. Kehidupan orang-
orang Malaysia telah berjalan seperti biasa dengan penuh
semangat persahabatan. Begitu-lah kepercayaan dan
perasaan kita pada hari menjelangnya tahun baru. Kita tidak
dapat meramalkan apa yang terjadi dalam tahun baru itu,
tetapi tidak seorang pun berasa waham tentang kejayaan
kita di masa hadapan.

16
17

BAB 3 : Pilihan Raya Umum

MENYINSINGNYA fajar tahun 1969, saya terus sibuk


dengan persiapan untuk Persidangan Perdana-Perdana
Menteri Komanwel dalam bulan Januari, dan selepas
daripada balik dari persidangan di London itu barulah
Kerajaan mengisytiharkan pada 20 Mac bahawa pilihan raya
akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei dan hari penamaan
calon ditetapkan pada hari Sabtu, 5 April.

Parti-parti pun mulalah melipatgandakan kempen yang telah


mereka jalankan sebelum itu secara sulit. Daripada
perkembangan yang berlaku selepas dari itu, maka dapatlah
diduga bahawa pilihihan raya pada kali ini akan menjadi
sungguh hebat. Gerakan politik bertambah kuat dijalankan,
dan apakala hari penamaan calon hampir tiba, pelbagai
tekaan di atas pemilihan calon telah timbul; dan parti-parti
lawan pula sekali lagi telah cuba bersatu untuk menentang
Perikatan. Usaha mereka itu telah gagal, tetapi persetujuan
telah tercapai di kalangan beberapa buah parti untuk tidak
bertanding sesama mereka.

Jelaslah juga bahawa ugutan Parti Buruh hendak memulau


polihan raya itu akan benar-benar dilakukan oleh mereka
dengan pihak Komunis menyokong di belakangnya. Pada
hari penamaan calon, Polis telah menjumpai 55 bendera
komunis di Perak dan pada hari itu juga belia Parti Buruh di
Kuala Lumpur telah mengadakan tunjuk perasaaan dengan
mengejut. Pada keesokannya, iatiu 6 April, sebuah skuter
dipunyai oleh saorang mata-mata (konstabel) telah dijumpai
terbakar di Ampang dan sembilan hari kemudian pada 15
April, sebuah kereta ronda Polis telah direjam dengan batu
di Cheras. Kedua-dua tempat ini terletak di pinggir Kuala
Lumpur.

17
18

Pada hari penamaan calon, semua parti seolah-olah


menurunkan tandatangan bagi menandakan mulanya
pertempuran, dan kempen yang telah pun berjalan dahulu
lagi, sekarang akan diperhebatkan.

Cuma sebuah parti sahaja yang bertanding untok semua


kerusi, iaitu Parti Perikatan yang memerintah, yang terdiri
daripada Pertubohan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India
Malaysia (MIC).

Lima buah parti menentang Perikatan. Parti-parti itu ialah


parti-parti yang telah bertanding dalam Pilihan Raya
Parlimen:

1. Parti Islam Sa-Tanah Melayu (PAS). Parti Islam yang


memerintah negeri Kelantan, dengan mempunyai
sembilan orang wakil dalam Parlimen;
2. Parti Gerakan, sabuah part baru yang dipimpin oleh
Syed Hussain Alatas sebagai Presiden, Dr. Lim Chong
Eu dan V. David sa-bagai naib-naib presiden dan Dr.
Tan Chee Khoon sebagai Setiausaha Agong;
3. Parti Tindakan Demokrat (DAP), sebuah cawangan dari
Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura, dengan Goh
Hock Guan sabagai Setiausaha Agung dan Lim Kit
Siang sebagai Setiausaha Penyelenggara;
4. Parti Progressif Rakyat (PPP), dengan Dato’ S.P.
Seenivasagam sebagai Presiden; dan
5. Sebuah parti baru di Seremban yang di-kenali dengan
nama Pertubuhan China Malaysia Bersatu (UMCO),
dengan Chin See Yin sebagai Presiden.

Selain daripada itu, Parti Rakyat, ia-itu sebuah pertubohan


berfaham kiri yang di-pengerusikan oleh Kassim Ahmad dan
Syed Hussein Ali sebagai Setiausaha Agungnya, telah
meletakkan chalon dalam pilihan raya Majlis Undangan 11

18
19

buah Negeri. Beberapa orang calon bebas telah bertanding


di peringkat Parlimen dan negeri.di Malaysia Barat telah
ditetapkan pada 10 Mei; di Malaysia Timor pula hari-hari
mengundi telah ditentukan pada beberapa hari hingga
penghujung bulan Jun.

Kempen itu berjalan selama tujuh minggu sebelum daripada


rakyat menentukan pemilihan mereka pada hari
pembuangan undi 10 Mei. Pilihan-pilihan raya yang lepas di
Malaysia boleh dikatakan berjalan dalam suasana harmoni,
berbanding dengan kehebohan yang berupa kecaman,
perbuatan yang tidak sopan dan perkataan-perkataan yang
menyentuh perasaan yang telah timbul dalam pilihan raya
tahun 1969 ini.

Dari permulaan kempen itu, Pas telah memainkan sentimen


perkauman dan agama untok mendapat sokongan orang-
orang Melayu di negeri-negeri , selain dari Kelantan di mana
mereka telah pun memegang kuasa. Di satu pihak lagi,
DAP, Gerakan dan PPP yang telah mengapi-apikan
perasaan dan sentimen orang-orang Cina, dengan
mengatakan bahawa mereka akan merampas hak-hak
orang-orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan;
dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar
berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang dalam
pilihan raya itu. Dengan tidak teragak-agak lagi, keempat-
empat parti itu telah bertubi-tubi menekankan dalam
ucapan-ucapan mereka soal-soal yang sensitif, dengan
menyentuh perasaan kedua-dua kaum yang terbesar di-
Malaysia.

Sejak pilihan raya tahun 1964, parti-parti pembangkang


telah melancarkan dakyah dengan cara halus untuk
mendapatkan beberapa buah kerusi dalam pilihan raya
akan datang, tetapi cara mereka berkempen dalam tahun

19
20

1969 telah keluar daripada batas kesopanan. Dengan


perbuatan yang saperti itu, maka pergeseran antara dua
kaum terbesar nampaknya tidak lagi dapat dielakkan.
Komunis segera pula mengambil kesempatan daripada
suasana yang keruh itu.

Ancaman Komunis yang bergerak dengan berselindong di


dalam mana-mana parti dan dengan apa jua cara untuk
mencapai tujuan mereka, adalah sangat berbahaya kerana
mereka telah menggunakan cara dakyah yang baru bagi
mendapat sokongan orang-orang Cina, terutama dari
mereka yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai negara
tempat tumpah taat setia mereka. Mereka menanamkan
perkauman dalam hati dan fikiran orang-orang itu untuk
menarik mereka masuk dalam gerakan Komunis.

Pada masa dahulu, ideologi dan cara mereka telah gagal


memberi eksan, kerana rakyat telah pun mendapat
kebahagiaan hidup dan beroleh apa yang mereka perlukan
untok kehidupan mereka. Mereka sendiri telah dapat melihat
dan menanggung kesusahan dan kepahitan hidup dalam
tempoh 12 tahun Komunis mengganas, dan mereka tidak
akan lupa seumur hidup pengalaman yang pahit itu. Jadi
taktik baru mereka, tidak akan berkesan ke atas orang-orang
yang telah mengalami hidup pada zaman Darurat itu.

Sementara itu kehidupanr rakyat terus berjalan


sebagaimana biasa, orang-orang muda menjadi tua dan
kanak-kanak menjadi orang dewasa. Bilangan
terbesar pendudok Malaysia pada waktu ini adalah belia
belasan tahun atau dalam lingkungan 20-an. Kebanyakan
mereka, terutamai yang maseh kecil pada masa Darurat
dahulu tentulah tidak ingat tentang bagaimana rakyat negara
ini telah hidup dalam kesusahan dan ketakutan kerana

20
21

keselamatan dan nyawa mereka sentiasa terancam pada


waktu itu.

Parti Komunis menghalakan taktik barunya itu kapada


pemuda dan pemudi ini kerana pada masa Darurat dahulu
mereka belum cukup umur untuk memahami kesan
perbuatan komunis itu; tetapi sekarang mereka telah
dewasa dan boleh mengundi dalam pilihan raya. Komunis
juga telah mempengaruhi dan menyesatkan fikiran belia
yang belum boleh mengundi dengan harapan moga-moga
gerakan yang dijalankan oleh belia itu kelak akan
menimbulkan pelbagai kesan sehingga boleh menanamkan
rasa gelisah dan menghilangkan rasa kepercayaan di
kalangan ibu bapa.

Belia yang mendapat perhatian Komunis ialah mereka yang


mempunyai perasan kecinaan yang tebal. Jika tidak
kesemua, kebanyakan daripada mereka menumpahkan taat
setia mereka kepada negara China. Belia yang seperti ini
terdapat juga di kalangan ahli-ahli kesemua parti
pembangkang, terutama Parti Buruh yang secara terang-
terang menggunakan mereka dalam kempen.

Bukan mudah hendak mengawal belia ini atau menahan


mereka daripada masuk Komunis. Mereka boleh masuk
dengan fikiran dan fahaman, sekali pun tidak dengan tubuh
badan sebagai anggota parti itu. Oleh kerena ibu bapa
mereka tidak mengawal mereka, maka hubungan mereka
dengan keluarga menjadi renggang dan fikiran mereka
hanyut; mereka menjadi sesat dan tidak lagi dapat
mendengar dan melihat apa yang ada di sekeliling mereka
kecuali pujukan Komunis.

Satu lagi golongan di kalangan belia Cina ialah yang bercita-


cita tinggi dan berlagak pandai dan bijak bercakap, yang
menggelarkan diri mereka golongan terpelajar, dan baru

21
22

sahaja lulus universiti dan sekarang boleh mengundi, iaitu


pemuda dan pemudi yang enggan mengakui perimbangan
kuasa antara golongan politik dan golongan ekonomi, iaitu
satu hakikat yang telah diakui dahulunya oleh semua pihak
dan telah ditentukan dengan adilnya dalam Perlembagaan.

Belia ini tepat sabagaimana yang dimaksudkan oleh Robert


Louis Stevenson di-dalam tulisan-nya yang berbunyi:
“Mungkin politik ialah satu-satunya pekerjaan yang dianggap
tidak memerlukan sebarang persiapan atau pelajaran.”

Mereka bercita-cita hendak mengambil bahagian dengan


bersungguh-sungguh dalam lapangan politik, dengan
harapan akhir-nya kelak mereka akan dapat menjadi
pemimpin utama bagi orang-orang Cina di dalam kedua-dua
lapangan ekonomi dan politik di Malaysia. Mereka tidak
redha mengakui adannya lagi kekuasaaan politik di tangan
Melayu dan dengan itu mereka berpendapat konsep
Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh Lee Kuan Yew
secocok dengan cita-cita mereka. Mereka juga tidak
mengindahkan hakikat bahawa inilah juga sebabnya
Singapura telah ditolak keluar dari Malaysia. Oleh kerana
corak politik yang dimainkan oleh PAP pada ketika itu tentu
akan membawa kapada timbulnya pertelingkahan kaum,
maka saya mengambil keputusan memberi kemerdekaan
kepada Singapura untok kepentingan keamanan dan
kebahagiaan di-Malaysia.

Kedua-dua golongan belia Cina ini, iaitu belia yang masih


belasan tahun dan belia yang di dalam lingkungan umur 20-
an, tidak tertarik hati dengan MCA, iaitu parti politik orang
Cina yang terbesar yang sentiasa mendapat sokongan yang
kuat daripada golongan ahli-ahli perniagaan Cina. Mereka
merasa MCA telah berkuasa terlampau lama, dan bersikap
terlampau bertolak ansor, dan pebezaan umur di antara

22
23

pemimpin-pemimpin MCA dengan mereka itu terlampau


jauh. Oleh yang demikian mereka tidak bersetuju dengan
dasar MCA yang bekerjasama dengan UMNO untok
membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu.

Saya berani berkata bahawa cuma sesuku daripada orang


Cina di Malaysia atau pun kurang dari itu yang bersetuju
dengan pandangan-pandangan mereka itu, atau pun yang
menumpahkan taat setia mereka kepada negara China di
bawah pemerintahan Mao Tse-Tung. Tiga suku daripada
pendudok Cina mahu hidup dalam aman dan harmoni
dengan kaum-kaum lain di negara ini supaya mereka
dengan aman dapat mencari kehidupan atau menjalankan
pekerjaan mereka dalam perdagangan atau perniagaan atau
pun meneruskan perusahaan yang mereka jalankan dari
zaman nenek moyang mereka.

Walau sekuat mana pun cinta mereka itu kapada keamanan,


orang-orang Cina yang tiga suku itu tidak dapat menahan
kemaraan golongan baru itu, apatah lagi hendak menentang
mana-mana pertubuhan yang tersusun rapi yang terdiri
daripada orang-orang yang bercita-cita hendak
menimbulkan kekacauan, seperti komunis. Mereka juga
telah menunjukkan bahawa mereka tidak terdaya hendak
menentang anasir kongsi2 gelap yang menjadi kuman
masharakat yang sentiasa menindas orang-orang Cina.

BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina

KONGSI gelap bukanlah satu gerakan baru di Malaysiai.


Anggota-anggota pertubuhan haram itu adalah sebahagian
daripada masyarakat Cina. Apakala kaum Cina mendapat
kekayaan, bilangan kuman-kuman masyarakat ini juga
menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di
segenap penjuru alam, di mana ada orang Cina, sekalipun di
Chicago, San Francisco atau London.

23
24

Di Malaysia, di mana orang Cina adalah kaum yang


terkaya, kongsi-kongsi gelap telah menjadi bertambah kuat
kerana mereka mendapat wang daripada ahli-ahli
perniagaan dengan cara pemerasan, penculikan, ugutan
dan apa jua cara haram. Mereka tidak menumpukan
gerakan mereka kapada peniaga-peniaga besar sahaja.
Mangsa-mangsa mereka termasuklah perempuan sundal,
penari, rumah urut dan peniaga kecil, dengan cara
menuntut wang perlindungan daripada mereka itu.

Pada masa lalu mereka tidak pernah mengambil bahagian


dalam politik, kalau ada pun sangatlah sedikit, tetapi dalam
tahun 1969 peranan yang mereka mainkan telah menjadi
lebeh penting kerana mereka berada di mana-mana dan
ditakuti oleh orang ramai.

Banyak ahli politik Cina yang memberi kerja kapada mereka,


sama ada untuk mengawal keselamatan mereka, atau untuk
menambahkan pengaruh dan meninggikan kedudukan
mereka di kalangan kaum itu, dan dengan itu dapatlah
mereka mencapai tujuan mereka. Dengan kerana itu,
kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang tidak lagi dianggap
sebagai kuman masyarakat, telah mendapat kedudukan
penghormatan yang ganjil, seolah-olah sama saperti
kumpulan sulit Mafia di Amerika Syarikat; dan dengan
kedudukan ini mereka telah menimbulkan satu ancaman dan
masalah kapada kebahagiaan hidup masyarakat di
Malaysia.

Dalam kempen pilihan raya yang lepas mereka telah


mengambil peranan yang baru sebagai wakil calon dan
pekerja untok calon-calon yang bertanding dalam pilihan
raya itu yang manjalankan tugas mereka dengan
menggunakan segala tipu helah jahat yang mereka sahaja
tahu menjalankannya. Pengundi-pengundi telah diugut

24
25

supaya mengundi calon-calon yang tidak mereka sukai.


Dengan sebab gerakan mereka yang jahat itu, maka
perjalanan pilihan raya menurut asas-asas demokrasi yang
sentiasa diamalkan pada masa lalu telah terganggu. Di
mana-mana kuman masyarakat ini campur tangan, maka
kempen telah dijalankan dengan berbagai-bagai-bagai rupa,
tetapi tidak lagi mengikut lunas-lunas demokrasi.

Polis Diraja Malaysia sentiasa bergerak untuk menentang


anggota-anggota kongsi gelap itu, terutama dalam masa
lima atau enam tahun yang lepas. Maklumat-maklumat yang
penting telah diperoleh dalam penyiasatan yang dijalankan
mengenai gerakan kongsi gelap itu tetapi polis tidak sangka
gerakan mereka akan dijalankan dalam pilihan raya.

Sikap anasir-anasir komunis dan tiga golongan orang Cina


yang saya sebutkan di atas telah menyebabkan timbulnya
perasaan anti-Malaysia, dan perasaan inilah yang telah
ditonjolkan dalam pilihan raya. Banyak sebab-sebabnya,
tetapi yang terbesar ialah Bahasa Kebangsaan. Dari
beberapa surat yang telah saya terima, nyata-lah banyak
orang Cina dan India berasa tidak senang hati ketika
Bahasa Kebangsaan mula digunakan. Oleh kerana bahasa
Melayu telah menjadi asas kapada Bahasa Kebangsaan,
maka kaum Cina chauvinis (inilah sahaja perkataan yang
tepat untok menghuraikan sikap mereka) telah melahirkan
perasaan mereka dengan menghasut supaya diadakan
sekolah-sekolah dan hospital yang berasingan dan sebuah
universiti untuk orang Cina sahaja.

Alasan yang mereka kemukakan ialah daging babi tidak


boleh dihidangkan dalam kantin bangunan yang
menempatkan pelbagai kaum. Mungkin soal makanan ini
boleh di-jadikan satu isu, tetapi ini adalah satu perkara yang
senang diatasi dengan cara mengadakan kantin yang

25
26

berasingan, atau jika tidak dapat diadakan kemudahan


memasak yang berasingan, masih banyak makanan lain
yang boleh dihidangkan kapada semua kaum yang tidak
menyentuh perasaan mana-mana pihak dari segi agama
atau lain-lain. Kenyataan ini terbukti kebenarannya jika kita
perhatikan penjualan makanan oleh penjaja-penjaja tepi
jalan saperti di Jalan Campbell, Kuala Lumpur, yang sangat
digemari oleh semua kaum.

Soal-soal kecil saperti makanan merupakan alasan sahaja.


Hakikat yang sebenarnya ialah golongan cauvinis itu
menentang langkah menjadikan mereka orang Malaysia.
Mereka menentang tujuan ini, dan mereka mahu kekal
sebagai orang Cina. Terpulanglah kepada mereka untuk
berpegang kapada sikap yang seperti itu, tetapi di dalam
masyarakat yang berbilang kaum, marilah kita semua
membulatkan taat setia kapada negara ini, biar apa pun jua
asal keturunan kita. Apakala negara mengadakan satu
bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu, maka saya rasa
adalah menjadi kewajipan bagi semua orang memberi
sumbangan masing-masing bagi menjayakannya
sebagaimana yang telah dipersetujui dan dicatatkan dalam
Perlembagaan.

Inilah soal yang menyebabkan MCA hilang pengaruh.


Mestilah diakui bahawa dasar Perikatan adalah selaras
dengan kehendak Perlembagaan. Maka sokongan MCA
terhadap dasar yang seperti itu adalah betul dan dengan
yang demikian patutlah mendapat sokongan daripada orang-
orang Cina di Malaysia yang berfikiran waras dan taat setia
kapada negara ini. Keengganan orang Cina untuk menyahut
seruan supaya terbentuknya satu bangsa Malaysia yang
bersatu telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-
Melayu. Sikap ini disedari oleh orang Melayu, dan oleh
kerana marah kapada orang Cina yang tidak memberi

26
27

kerjasama di atas perkara yang telah dipersetujui, maka


mereka pula telah menghasut supaya timbul perasaan anti-
Cina, sambil menuduh Kerajaan bersikap lembut.

Perasaan melampau yang ditunjukkan oleh puak kanan atau


puak kiri sesuatu kaum itu akan melemahkan usaha hendak
menubuhkan satu bangsa Malaysia yang bersatu.
Malangnya dalam pilihan raya baru-baru ini, mereka yang
tidak mempunyai rasa tanggungjawab telah mengambil
kesempatan yang sepenuhnya untuk meniupkan perasaan
yang seperti itu.

Saya telah melawat seluruoh cerok dan rantau negara


selama dua bulan dan mengingatkan pendudok dari semua
kaum tentang bahaya corak politik ini, dan juga pergaduhan
antara pendudok boleh memecahbelahkan masyarakat dan
menjahanamkan negara yang kita telah bina. Kutub Utara
dan Kutub Selatan mustahil akan dapat bertemu , tetapi
manusia boleh bercampur gaul di mana-mana jua di atas
muka bumi ini.

Saya telah terperanjat apabila orang Cina yang telah


menunjukkan sokongan yang kuat kapada calon-calon
UMNO pada masa lalu, dengan tidak semena-mena
mengubah sikap mereka dan berpaling tadah menyokong
calon-calon Pas pula. Semasa saya melawat bersama-sama
dengan kawan-kawan saya ahli MCA, saya telah dapat
melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini
berlaku di kawasan saya. Saya telah melihat orang-orang
Cina pergi ke pondok calon Pas. Tentulah saya terperanjat,
dan saya fikir mereka tersalah pergi ke pondok Pas itu.

27
28

Apabila saya memberhentikan motokar untuk bertanya,


pengundi-pengundi Cina itu telah meradang kerana mereka
menyifatkan perbuatan saya itu sebagai mengganggu
kebebasan mereka untok mengundi. Saya telah berasa
cemas apabila mendapati kejadian yang sama berlaku di
merata tempat di Utara Kedah.

Sesunggohnya susah hendak difahami kenapa kejadian ini


berlaku kerana semasa kempen, calon-calon PAS terang-
terang telah menunjukkan sikap anti-Cina, tetapi apabila
mengundi parti itu mendapat sokongan daripada orang Cina.

Nyatalah ada perkara sulit yang telah berlaku pada ketika


itu. Mungkin mereka telah menerima arahan daripada pihak-
pihak tertentu, atau pun mereka telah diugut dan mereka
mengundi partiparti pembangkang kerana takut. Apabila
salah seorang daripada mereka disoal kenapa mereka telah
pergi ke pondok Pas, dia telah menjawab bahawa tidak ada
sebab bagi orang Cina takut kepada Pas di Kedah atau di
tempat-tempat lain sekalipun dasar parti itu anti orang Cina,
kerana orang Cina di Kelantan tidak teraniaya sekalipun
parti itu berkuasa dic negeri tersebut.

Satu lagi sebab yang mereka beri ialah beberapa hari


sebelum hari mengundi, seorang calon Perikatan telah
menghina orang China dengan mengatakan bahawa
sekalipun orang Cina tidak menyokongnya, dia masih
mempunyai harapan untok menang. Calon itu ialah Dr.
Mahathir Mohamad.

Saya dapat tahu kejadian ini daripada Pengerusi MCA


Kedah, Dato’ Dr. Cheah Toon Lock. Saya telah berkata
kepadanya bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiap
orang China berdiri di belakang Parti Perikatan, kecualilah
jika ia menjadi ahli parti pembangkang. Tidaklah patut

28
29

mereka menghiraukan apa yang dikatakan oleh Dr.


Mahathir.

Orang Cina tidak berhak menjadi ahli Parti PAS tetapi


sebelum tahun 1966 mereka boleh menjadi ahli bersekutu
dalam UMNO, dan ahli biasa dalam MCA yang berikat
dengan UMNO. Dengan kerana itu tidak ada sebab kenapa
orang Cina patut mengundi calon Pas melainkan untok
menunjukkan sikap permusuhan terhadap Perikatan atau
pun kerana mereka takut.

Di antara parti-parti pembangkang, Pas adalah parti yang


tertua. Dalam pilihan raya yang pertama, iaitu semasa
pemerintahan British dalam tahun 1955, Parti Perikatan
telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingkan,
dan seuah kerusi telah dimenangi oleh ahli PAS dari Perak.

Allahyarham Dato’ Onn dengan secara tidak langsong


adalah bertanggungjawab melahirkan Pas semasa beliau
menjadi Yang Dipertua Agung UMNO. Ketika itu dalam
UMNO terdapat sebuah jawatankuasa agama yang
mempunyai tujuan untok menasehatkan UMNO dalam hal
ehwal agama.

Apabila Dato’ Onn meninggalakan UMNO, ahli-ahli


jawatankuasa agama itu kemudiannya telah menukarkan
corak agama kapada politik supaya dapat bertanding dalam
pilihan raya. Langkah itu telah menyebabkan pecahnya
kekuatan orang Melayu. Dengan itu muncullah Pas dalam
gelanggang politik tanah air kita. Mereka melancarkan
gerakan dengan menggunakan agama semata-m,ata kerana
pada keseluruhannya orang Melayu berpegang kuat kepada
agama Islam. Pada permulaan-nya, parti itu tidak mendapat
sambutan yang besar tetapi lama kelamaan mereka telah
berjaya mendapat pengikut yang lebeh ramai, terutama di

29
30

Kelantan di mana Perikatan memegang kuasa semasa


merdeka dahulu.

Dengan kejayaan mereka mendapat penyokong yang besar


bilangannya, maka mereka telah mengalahkan Perikatan di
Kelantan semasa pilihan raya 1959 dan juga di-Trengganu,
dan telah dapat menubohkan kerajaan di kedua-dua negeri
itu. Sungguhpun bwgitu, pada 1962 kerajaan mereka di
Trengganu telah dijatohkan oleh Perikatan setelah beberapa
orang ahli Majlis Mesyuarat parti itu melompat
masuk Perikatan. Dengan itu tinggallah Pas di Kelantan
sahaja yang memegang kuasa kerajaan negeri sementara
Perikatan berkuasa di kesemua negeri lain.

Pas tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau


rancangan yang tertentu. Mereka bergantung semata-mata
kapada isu agama Islam untuk mendapatkan sokongan.
Mereka tidak mempunyai pengetahuan untok menggubal
satu dasar ekonomi yang membangun sebagaimana yang
patut dibuat oleh sesebuah parti politik. Pada satu ketika,
seorang ahli wanita Pas, Che’ Khatijah Sidek, yang menjadi
ahli Parlimen, telah mengugut hendak keluar dari Pas jika
parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonomi yang
tersendiri dalam tempoh enam bulan. Desakan ini tidak
menghasilkan sebarang natijah, dan selepas dari itu Che’
Khatijah telah keluar dari gelanggang politik. Pas terus
berjalan dengan dasar keagamaannya yang sempit dengan
tidak mengubahkan coraknya sehingga hari ini, bahkan
menambahkan lagi soal-soal perkauman yang sempit.

Mereka berkata, Tunku telah menjual Singapura kepada


orang China dan kemudiannya akan menjual Malaysia pula.
Apa yang sangat mengecewakan ialah orang ramai percaya
dengan tuduhan itu.

30
31

BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen

PAS telah cuba hendak meluaskan pengaruhnya keluar dari


Kelantan ke negeri Kedah dan Perak dengan mengambil
bahagian dalam pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi
mereka telah gagal. Saya diberitahu soal-soal agama tidak
begitu menolong parti itu di negeri-negeri Pantai Barat,
kerana orang-orang di situ lebih luas pandangannya dan
lebeh menghormati hak-hak orang lain untuk memilih agama
masing-masing. Mereka lebeh progresif atau lebeh maju
dalam cara pemikiran berbanding pandangan sempit orang
Kelantan.

Dalam pilihan raya 1969 pula, Pas telah mengubah taktiknya


dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik
UMNO dengan mempermain-mainkan sentimen bangsa
sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai
kapada parti itu. Cara itu telah memberi kejayaan yang
besar kapada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina
dan menjual negara kapada orang Cina. Mereka telah
menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen
anti-Cina yang mereka lancarkan di kawasan luar bandar di
negeri-negeri Utara Pantai Barat. Mereka menanamkan
perasaan takut dan curiga di hati orang Melayu yang
memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama
bahawa orang Cina hendak memegang kuasa seluruh
negara dan menuduh saya telah memberi peluang itu
kapada orang Cina.

Untuk menjadi bukti kapada dakwaan mereka, maka mereka


telah menyebar ke seluruh kampong gambar Khir Johari,
seorang Menteri Kabinet dan isterinya memakai pakaian
orang Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hongkong
secara bersuka-suka untuk dihantar kapada kawan-
kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. Pakaian ini

31
32

ada disediakan di restoran untok pelancong


menggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda
ingatan lawatan mereka ke Hongkong.

Khir Johari ialah seorang yang suka melawak, dia dan


isterinya telah menggunakan gambar ini untuk kad Selamat
Tahun Baharu Cina yang telah mereka kirimkan kepada
kawan-kawan Cina mereka dalam bulan Februari sebagai
menunjukkan rasa muhibah. Masing-masing yang
menerima-nya telah gelak ketawa melihat gambar itu. Pas
segera mengambil kesempatan menggunakan gambar ini
sebagai satu senjata untuk kepentingan politik mereka.
Gambar ini telah diedarkan seluas-luasnya di kalangan
orang Melayu sambil memburuk-burukkan Khir dan
menuduh dia telah menjadi orang Cina. Kasihan Khir!
Tujuannya hendak berjenaka itu telah merugikan dirinya dan
dia telah kehilangan banyak undi dalam pilihan raya itu.

Ini satu sahaja contoh yang menunjukkan sejauh mana


pihak Pas sanggup melakukan perbuatan kotor dan tipu
helah untok mencari kemenangan dalam politik. Perbuatan
mereka sangatlah khianat dan liar. Inilah satu penipuan yang
sehabis busuk yang belum pernah berlaku dalam sejarah
politik Malaysia.

Misalnya Pas telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan


saya seorang Siam, pada hal mereka tahu ayah saya ialah
Almarhum Sultan Kedah. Mereka juga menuduh saya
beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara
kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam
semenjak lepas Merdeka. Saya bukanlah seorang yang
takbur, tetapi saya boleh mendakwa bahawa jasa saya
kapada agama Islam adalah setanding dengan yang dibuat
oleh mana-mana pemimpin negara Islam yang lain di zaman
moden ini.

32
33

Dalam kempen pilihan rayanya, Pas telah memburokkan


peribadi pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka telah
menyerang peribadi pemimpin UMNO secara kotor yang
tidak mungkin sesapa pun tergamak melakukannya. Mereka
tahu apa yang mereka katakan mengenai pemimpin UMNO
termasu saya sendiri tidaklah benar, tetapi mereka pergi dari
kampug ke kampung untuk melancarkan kempen yang
bohong dengan tidak menghiraukan apa jua akibatnya atau
pun apa yang mereka lakukan itu boleh memarakkan api
permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli apa yang
akan terjadi asalkan mereka dapat menang kerusi dengan
apa jua cara sakalipun.

Saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan gambar yang


telah ditunjukkan oleh Pas kepada orang ramai di kawasan
pilihan raya saya. Gambar itu kononnya menunjukkan saya
menggunakan chopstick di satu majlis makan Cina. Dengan
secara tipu mereka telah meletakkan satu gambar lain ke
atas gambar yang tersebut yang menunjokkan seekor anak
babi terhidang di tengah-tengah meja di majlis itu. Saya
berani bersumpah bahawa seumor hidup saya, saya tidaklah
pernah menghadziri majlis jamuan makan Cina yang ada
menghidangkan daging babi, atau pun apa jua makanan lain
yang haram bagi orang Islam. Kawan-kawan Cina saya
sentiasa menjaga supaya kejadian seperti ini tidak berlaku,
kerana mereka sendiri tahu apa yang haram dimakan oleh
orang Islam.

Tuduhan yang mengatakan saya bukan Islam adalah satu


fitnah yang sangat kotor kerana mereka sendiri tahu bahawa
saya telah pergi ke Mekah untok menunaikan fardu haji, dan
mereka juga tahu bahawa saya anak kapada seorang yang
warak dan lebai. Saya percaya orang-orang yang akan
membaca kandungan buku ini akan terperanjat dengan
perbuatan sebuah parti politik seperti Pasyang sanggup

33
34

meletakkan dirinya begitu rendah untuk mencari


kemenangan.

Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kapada ajaran


Islam, tetapi sebagai Perdana Menteri saya telah menerima
banyak jemputan ke majils sosial dan sebagainya, dan telah
menikmati makanan Eropah, makanan Cina atau makanan
India. Saya telah merasmikan pembukaan tempat-tempat
ibadat bagi orang-orang yang beragama lain, dan saya juga
telah mengarahkan supaya wang diberi untok membina
tempat-tempat ibadat bagi agama-agama lain di Malaysia.

Wang yang diperoleh adalah daripada orang-orang yang


berbagai-bagai-bagai agama, dan dengan itu patutlah
diberikan juga wang untuk tempat ibadat mereka. Saya
masih ingat lagi bagaimana orang-orang daripada pelbagai
agama telah menghulurkan derma yang berjumlah berjuta-
juta ringgit ketika saya melancarkan derma untok membina
Masjid Negara.

Kesemua orang dalam negara telah memberi sumbangan


mereka kapada kekayaan negara dan dengan wang ini
dapatlah kita membuat bermacam perkara yang memberi
manafaat kepada orang Islam, seperti membina masjid,
surau dan sekolah agama. Begitu juga untuk mengadakan
perayaan agama. Semua perkara ini dilakukan untuk
kepentingan agama Islam, agama rasmi kita.

Orang-orang bukan Melayu tidak pernah menimbulkan


bangkangan terhadap apa yang telah dibuat dan sedang
diusahakan oleh Kerajaan untuk agama Islam. Mereka juga
tidak pernah menyoal berapa banyak wang yang telah
dikeluarkan untok mengembangkan Islam. Saya berani
berkata dengan tegas bahawa Kerajaan Perikatan telah
membuat lebih banyak kebajikan untuk Islam daripada yang

34
35

boleh dibuat oleh Pas, sekalipun dalam negeri pemerintahan


mereka sendiri.

Saya telah memberi beberapa contoh di atas mengenai


kelakuan khianat yang dilakukan oleh Pas, tetapi masih
banyak lagi dakayah bohong dan fitnah yang terlampau
kebudak-budakan dan terlalu menyentuh peribadi untuk
saya catatkan di dalam buku ini. Kalau sekalipun saya
menulisnya, tidak ada siapa yang akan percaya.

Orang-orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami


perbuatan Pas semasa pilihan raya itu. Sesiapa yang kasih
kapada negara tentu tidak dapat bersetuju dengan kelakuan
mereka. Dalam pilihan raya itu satu perkara ganjil tetapi
benar telah dilakukan oleh Pas. Jika benar sebagaimana
yang mereka katakan bahawa mereka anti-China, kenapa-
kah pula mereka bersubahat dengan DAP, Gerakan dan
PPP?

Tujuan Pas nyatalah untuk memecahkan undi Melayu


supaya calon-calon Perikatan yang bertanding di beberapa
kawasan tertentu tidak akan menang, dan pakatan mereka
yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon-calon
mereka di kawasan-kawasan di mana pengundi Melayu
tidak pun mencukupi untok menjayakan seseorang calon
Pas dan dalam sesetengah kawasan pula mereka mungkin
hilang wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya
mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan
perbuatan mereka berpakat dengan partiparti pembangkang
yang anti-Melayu, Pas telah membuktikan sejauh mana
mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan
dalam politik.

Jika begitulah sikap mereka, lebeh baiklah mereka


menolong MCA, iaitu sebuah parti yang sentiasa mempunyai
pandangan Malaysia dan telah membuktikan taat setianya

35
36

kapada negara ini. Tetapi sebalik, di mana-mana MCA


bertanding melawan calon dari parti yang anti-Melayu, Pas
juga akan masuk dalam kawasan itu untok menghalang
orang Melayu daripada mengundi calon MCA, atau
sekurang-kurangnya memecahkan undi se-hingga calon
Perikatan itu kalah dalam pertandingan tiga penjuru,
samalah seperti yang mereka lakukan di kawasan di mana
calon UMNO bertanding.

Saya suka menunjokkan dua kejadian yang membuktikan


mereka telah menolong partiparti anti-Melayu. Di kawasan
Setapak, Selangor, seorang yang saya tidak suka hendak
sebutkan namanya telah kelihatan memberi wang kapada
seorang ahli Pas. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan
Sepang, juga dii Selangor, calon-calon DAP dan Pas telah
melancarkan kerja mereka dari sebuah pejabat, dan pekerja-
pekerja DAP yang terdiri daripada orang Cina telah
menampalkan poster untok calon Pas. Bukti ini cukuplah
untuk menafikan dakwaan Pas bahawa mereka sebuah parti
Melayu yang berdasar Islam. Mereka sanggup menghina
agama untuk kepentingan politik dan wang.

Mereka berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau


kerajaan Islam jika mereka memegang kuasa. Tetapi
mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan
yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui sama
ada mereka akan memenuhi janji mereka jika mereka
berkuasa kelak.

Pas sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk


mengambil kuasa negara ini dan kemungkinan yang seperti
ini belumlah lagi terbayang. Dengan kesedaran yang seperti
ini, maka mereka boleh melakukan perbuatan yang tidak
bertanggungjawab dan membuat janji-janji palsu untuk
menyedapkan telinga orang Melayu yang jahil tentang hal

36
37

ehwal dunia. Tentulah banyak orang Melayu yang tertarik


dengan janji hendak menubuhkan sebuah Kerajaan yang
tidak berchampor dengan kaum-kaum lain. Orang Melayu
tentu-lah sangat tertarik dengan kemungkinan negara ini
dikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara
tumpah darah mereka.

Dalam masa berkurun-kurun lamanya, dari satu keturunan


ka satu keturunan, Malaysia telah diperintah oleh kuasa-
kuasa asing _ Belanda, Siam, British dan Jepun. Oleh itu,
kemungkinan negara ini di-perentah oleh orang Cina
tentulah sangat dibenci oleh orang Melayu, kerana
persetujuan telah dichapai semasa Merdeka dahulu bahawa
Malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corak
kebangsaan yang berteraskan Melayu. Beberapa perkara
hak orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Menurut
apa yang di-katakan oleh Pas, semua hak ini akan hilang
kiranya Perikatan menang.

Sementara itu, lain-lain parti pembangkang bertalu-talu pula


menggembur-gemburkan konsep Malaysian Malaysia, dan
ini mengurangkan sokongan orang ramai kepada MIC dan
MCA dan menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu.
Oleh itu, konsep Malaysia untok orang Melayu sahaja yang
ditonjolkan oleh PAS lebih senang mendapat sokongan
orang Melayu. Sebagaimana kebanyakan orang China
menyokong konsep Malaysian Malaysia yang dianjorkan
oleh Lee Kuan Yew, maka begitulah juga orang Melayu
menyokong cita-cita ini. Dengan cara itu, kedua-dua
pendapat cauvinis yang tersebut telah saling menolong.

Langkah Pas menolong atau menggunakan parti-parti


pembangkang yang pro-Cina dan parti-parti lain yang
diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang
diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang

37
38

melampau itu tentulah ada sebab yang tertentu. Tindakan


mereka sangatlah berbahaya seperti bom atau torpedo yang
telah di-tentukan masa meletup-nya.

Sebuah akhbar Hongkong bernama ”The Star” telah


melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of China di
Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira
kewangannya kerana beberapa jumlah wang yang besar
telah dikeluarkan ”untok membiayai gerakan kekacauan di
Singapura dan Malaysia”. Ada keterangan yang
menunjukkan bahawa wang itu telah diberi kapada beberapa
pihak yang tertentu di Kelantan untuk membiayai
perbelanjaan kempen Pas. Terang dan jelaslah bahawa
orang Melayu yang menyokong Pas tidak terdaya hendak
mengeluarkan berjuta-juta ringgit untok pilihan raya itu.
Wang itu tentulah datang dari satu punca tertentu, dan saya
suka menegaskan bahawa punca itu bukan diketahui oleh
Parti Pas sahaja.

Sekiranya Pas telah menerima bantuan wang daripada


Komunis, maka berertilah pemimpin-pemimpin parti itu telah
memperdaya dan mempermainkan orang-orang mereka
sendiri. Kebanyakan daripada soaln agama yang
dibangkitkan oleh Pas itu tidak selaras dengan fahaman
Islam zaman tamadun dan bertentangan dengan keadaan
yang terdapat di sekitar Malaysia pada hari ini. Pas telah
mengambil kesempatan daripada kejahilan orang-orang
miskin untok menjalankan taktik tipu helahnya, tetapi dosa
mereka yang lebih besar lagi terhadap orang-orang mereka
sendiri dan juga ke atas agama Islam, yang menjadi tunjang
politik mereka, ialah perbuatan mereka membiarkan diri
mereka digunakan oleh kuasa-kuasa lain untuk
memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

38
39

BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah

SALAH satu daripada perkara yang sangat dikesali dalam


kempen pilihan raya tahun 1969 ialah sewaktu Pas sedang
mengecam Kerajaan Perikatan, terutamanya UMNO dalam
soal-soal agama Islam, maka pada ketika itulah juga
Malaysia sedang mencipta satu sejarah baru untuk dunia
Islam. Sungguhpun Malaysia bukan sebuah negara yang
bercorak ugama, tetapi Islam ialah agama rasminya.

Tidak kurang daripada 23 buah negara Islam yang terdiri


daripada pelbagai bangsa telah bersidang di Kuala Lumpur
untuk membuat keputusan mengenai berbagai-bagai
masaalah yang melibatkan orang-orang Islam di merata
dunia. Inilah julung kalinya negara-negara Islam telah
berkumpul di satu tempat untok membincangkan agama
Islam dan hubungannya dengan dunia moden, dan Malaysia
patut mendapat kepujian yang penuh di atas kejayaannya
menganjurkan persidangan yang bersejarah itu.

Berlakunya persidangan ini dalam masa kempen pilihan


raya adalah dengan secara kebetulan sahaja kerana kerja-
kerja merancang dan membuat perhubungan untuk
menyediakan persidangan itu telah dijalankan selama
beberapa tahun yang lepas. Se-benarnya saya telah
melahirkan cita-cita saya di Masjid Woking, London dalam
tahun 1961. Cita-cita saya ialah untuk mengadakan satu
badan negara-negara Islam yang di-panggil “Komanwel
Islam”.

Tetapi sebelum daripada saya melanjutkan penerangan


mengenai persidangan ini, elok-lah saya menegaskan
terlebih dahulu perkara-perkara yang telah dibuat oleh
Malaysia untuk agama Islam kerana Pas telah mereka
pelbagai tuduhan yang tidak berasas dalam pilihan raya.
Sebenarnya dalam hati kecil saya, saya sentiasa berasa

39
40

bangga kerana kesemua kejayaan yang telah dicapai untok


kemajuan agama di negara ini adalah di luar dugaan kita.

Pertama, kita telah mengantikan dengan bangunan-


bangunan baru kesemua masjid lama dan tempat-tempat
ibadat saperti surau dengan perbelanjaan wang kerajaan
yang besar, dan tsetiap bangunan itu berbentuk mengikut
yang sesuai dengan keadaan dan keinginan orang-orang di
tempat itu sendiri.

Kenapa Kerajaan memberi pandangan yang sebagitu berat


terhadap pembinaan masjid? Pertama ia-lah untuk
menawan hati semua orang di negara ini yang berpegang
teguh kapada agama Islam; dan kedua ialah untuk
meletakkan agama Islam di tempat yang tinggi dan mulia,
sesuai dengan tarafnya sebagai agama rasmi negara ini
menurut Perlembagaan.

Tuan-tuan akan dapati bahawa masjid-masjid yang dibina di


kawasan baru adalah terletak di atas tapak yang elok,
sepadan dengan kedudukan martabat agama rasmi negara.
Orang ramai berkumpul di surau-surau yang beratus-ratus
banyaknya untuk sembahyang, untuk berbual-bual dan
bergaul dengan bebas pada setiap ketika, sama ada di
majlis bercorak agama atau pun sosial. Perbelanjaan yang
secukupnya telah diberi, dan segala keperluan untuk
pembinaan telah diadakan. Mishalnya, jalan-jalan masuk
dan ekalan air paip telah diadakan di semua masjid dan
surau baru, walhal pada zaman dahulu orang-orang Islam di
negara ini bergantung kapada perigi yang dikorek di tempat-
tempat yang tidak menurut kehendak kesihatan, atau pun
bergantung kapada air hujan yang ditakung dalam kolah
tempat berwuduk. Banyak masjid telah buruk dan
bangunannya yang rosak tidak dibaiki kerana tidak ada

40
41

wang. Kejadian ini berlaku sebab pada umumnya taraf


ekonomi orang Melayu adalah rendah.

Soal yang kedua ialah sekolah-sekolah ugama. Kerajaan


telah membina banyak sekolah dengan perbelanjaan yang
besar, dan merancangnya menurut kehendak rakayat. Guru-
guru telah dilatih khas untok mengajar di sekolah-sekolah
agama itu. Semua sekolah ini disesuaikan dengan sistem
pelajaran yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Selain
bahasa Arab yang menjadi bahasa Quran, penuntut diajar
bukan sahaja bahasa kebangsaan, bahkan juga bahasa
Inggeris. Sebenar-nya Kerajaan mengadakan apa jua yang
di-perlukan oleh sekolah-sekolah agama itu, padang-padang
permaianan dan kemudahan-kemudahan lain.

Usaha besar untuk membina bangunan-bangunan itu


berjalan di segenap pelusuk Malaya sebelum tertubuhnya
Malaysia, dan dasar ini terus diamalkan hingga sekarang.
Sekalipun Kerajaan Kelantan dikuasai PAS, tetapi hal ini
tidak menghalang Kerajaan Perikatan daripada
menghulurkan bantuan wang untuk membina bangunan
agama di negeri itu. Bolehkah terbayang dalam fikiran
sesiapa jua yang Kerajaan PAS Kelantan akan
menghulurkan bantuan walau satu sen pun untuk membina
sebuah masjid atau surau di luar negeri Kelantan? Sebenar-
nya dalam negeri mereka sendiri pun mereka tidak berbuat
bagitu; mereka telah bergantung sepenuhnya kapada
Kerajaan Perikatan untuk membuat kemajuan bagi
kepentingan agama dari segi pembangunan, tetapi mereka
yang dapat nama.

Dalam bulan puasa, Kerajaan Pusat menggalakkan masjid-


masjid memberi jamuan kapada orang ramai dan
mengadakan majlis supaya kuranglah kepenatan berpuasa
dan menunjukkan keistimewaan bulan Ramadan sebagai

41
42

bulan umat Islam melebihkan amalan ibadat yang kyusuk


kapada Tuhan. Pertandingan membaca Quran dianjurkan
dengan diberi hadiah kapada pemenang. Bermacam-
macam-macam perkara lain dibuat untuk menyambut bulan
yang mulia itu supaya mereka yang berpuasa merasa
dirinya hampir kapada Allah, dan meletakkan mereka di
tempat yang lebeh mulia daripada orang-orang yang tidak
dapat menahan nafsu mereka dengan kesenangan dunia.
Orang-orang Islam yang ada di seluruh negara telah ditolong
oleh Kerajaan untuk menyambut bulan yang berkat ini
dengan sepatut-nya.

Malaysia adalah negara yang pertama memulakan


Pertandingan Al-Qur’an pada tahun 1960. Pertandingan ini
diadakan tiap-tiap tahun di peringkat negeri untuk memilih
johan bagi memasuki pertandingan peringkat kebangsaan.
Selain itu, negara-negara luar juga dijemput untuk
mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat
Antarabangsa.

Sejak pertandingan Quran diadakan, Malaysia telah


menerima sanjugan yang besar dan pandangan yang tinggi
oleh dunia Islam yang tidak pernah diberikan kapada
negara-negara Islam yang lain kecuali Arab Saudi di mana
terletak kota suci Mekah dan Madinah.

Pada zaman atom lebih laju dari suara, Malaysia telah


menjadi masyhur di seluruh dunia Islam sebagai sebuah
negara yang terkemuka untuk memberi nafas baru kapada
agama Islam. Pada zaman inilah juga manusia telah
menunjukkan tanda-tanda kelemahan, hilang iman kapada
Tuhan dan kepercayaan sesama manusia, sambil itu
mencari pendapat-pendapat yang baru, cara hidup yang
baru dan dunia untuk ditakluki. Bagi kita orang Islam, kita
berpegang teguh kapada agama kita untuk menguatkan

42
43

iman kita. Malaysia telah memberi pimpinan ini kepada


dunia Islam semasa kerajaannya dipegang oleh Perikatan.

Di negara-negara Asia yang lain, pemimpin-pemimpin politik


telah menyedari bahawa kemajuan dan pembangunan
negara mereka telah terjejas apabila ahli-ahli agama
mengganggu perjalanan politik sesebuah negara, tetapi
kesedaran mereka itu telah terlambat sehingga merugikan
negara mereka sendiri. Seorang Perdana Menteri telah
hilang jiwanya, dan negaranya telah mundur akibat
gangguan agama di dalam politik. Sesungguhnya keadaan
yang seperti ini telah berlaku pada zaman dahulu, tetapi
dalam dunia bertamadun pada hari ini kejadian yang saperti
itu tidak lagi berlaku di negara-negara Eropah yang
progresif. Sebenarnya di kebanyakan negara Islam, agama
Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk dijadikan
makanan rohani, dan politik untuk kemajuan negara, dan
sebagaimana yang pernah di-katakan “politik ialah satu ilmu
yang digunakan pada waktu yang diperlukan.”

Kejayaan yang paling tinggi yang dicapai oleh Malaysia


dalam menjalankan dasarya yang luas untuk agama Islam
ialah Persidangan Negara-Negara Islam yang telah
diadakan dalam bulan April, 1969 di Kuala Lumpur. Dalam
persidangan ini pemimpin-pemimpin Islam yang terkemuka
dari seluruh dunia telah berhimpun untuk mengambil
keputusan atas masalah-masalah agama yang dihadapi
bersama oleh seluruh umat Islam saperti waktu sembahyang
di sesetengah tempat yang tidak nampak matahari, atau pun
apakah hukum Islam di atas pemindahan anggota orang
Islam kapada orang yang bukan Islam untuk kepentingan
sains dan perubatan.

Perkara yang terbesar ialah persidangan ini merupakan satu


peristiwa yang sangat menggembirakan kerana inilah kali

43
44

pertama begitu banyak negara Islam, iaitu 23 buah


semuanya telah datang dengan perasaan muhibah dan
persaudaraan untuk berbincang, sama ada hal-hal politik
atau ekonomi, dan mereka itu datang sebagai wakil
Kerajaan masing-masing.

Pada masa lalu, kebanyakan negara Islam telah berpecah


atau pun tidak mengambil hirau antara satu dengan lain.
Malaysialah Negara Islam yang pertama berjaya
mengadakan satu mesyuarat di peringkat Kerajaan yang
boleh menimbulkan rasa kecenderungan di kalangan
pemimpin-pemimpin Islam, dengan harapan perjumpaan di
Malaysia ini akan disusuli pula dengan beberapa
persidangan lain pada masa akan datang dan juga akan
merapatkan ikatan persaudaraan di kalangan semua negara
Islam.

Saya suka mengulangi sekali lagi bahawa persidangan yang


penting saperti itu sangatlah bersejarah, tetapi malangnya
ada orang-orang yang tidak menyedari tentang makna
peristiwa yang bersejarah itu. Pada saya nilai Persidangan
Negara-Negara Islam ini hampir sama dengan kejayaan
mencapai kemerdekaan Malaya. Kemerdekaan memberi
taraf kapada manusia yang telah hidup berkurun-kurun
lamanya sebagai hamba abdi. Persidangan ini menarik
pandangan dunia.

BAB 7 : Upacara Pengkebumian “Pahlawan Merah”

KETIKA sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka


dengan bersungguh-sungguh di dalam Persidangan Antara
Bangsa yang bagitu penting, kempen pilihan raya telah
berjalan dengan hebatnya di seluruh Malaysia Barat.

Dalam kempen itu timbullah perkara-perkara yang


menyakitkan hati, yang boleh menimbulkan permusuhan dan

44
45

pergaduhan antara satu dengan lain. Saya telah pun


memberi beberapa contoh tentang apa yang telah berlaku,
dan tentang bagaimana hasutan-hasutan dan fitnah telah
dijalankan dengan cara terang-terangan dan umpat keji yang
terlalu bersifat peribadi telah dibisikkan dari mulut ke mulut.

Memang telah menjadi kelaziman di mana-mana jua dalam


dunia bebas ini perkataan-perkataan yang pedas dan
kenyataan yang tidak bijak dikeluarkan dalam kempen
pilihan raya. Amalan-amalan yang serupa itu juga tentulah
dijangka berlaku di Malaysia, tetapi kebebasan berucap
dalam pilihan raya tidaklah sekali-kali boleh dijadikan alasan
untuk mengeluarkan kata-kata yang melanggar batas,
terutama di dalam sebuah negara berbilang kaum di mana
perasaan penduduknya mudah tersinggung dalam perkara-
perkara mengenai kaum mereka.

Perasaan hangat ini jelas kelihatan terutama di sebelah


utara Semenanjung. Di selatan kempen pilihan raya telah
berjalan dengan cara yang lembut dan teratur tanpa
sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam suasana yang seperti inilah komunis telah meresap


masuk di kalangan mereka. Tujuan utama mereka semakin
jelas kelihatan dari hari ke hari. Mereka berazam untuk
menjatuhkan Perikatan dari memegang kuasa dengan
memecahkan pengaruhnya sama ada dengan cara baik atau
jahat. Mereka mengamalkan pengaruh jahat menerusi dua
saluran dan menghalakan serangan-serangan mereka
kepada dua sasaran besar - melemahkan UMNO melalui
PAS, dan melumpuhkan MCA menerusi Gerakan dan parti-
parti politik Cina yang lain.

Pada pendapat mereka pilihan raya telah memberikan


kesempatan yang sangat baik kepada komunis untuk
melakukan perbuatan-perbuatan provokasi supaya timbul

45
46

peristiwa, sama ada besar atau kecil, dengan tujuan hendak


menjayakan rancangan mereka memulaukan pilihan raya
umum. Lebih luas mereka dapat menyebarkan perasaan
bimbang, atau kecewa, atau pun takut, maka lebih besarlah
harapan mereka untuk menjayakan pemulauan ini.

Apabila kempen pilihan raya itu telah berjalan separuh,


mereka telah melancarkan kempen menulis dengan cat
merah cogan kata dan tanda di atas jalan raya dan tembok.
Merah ialah warna pertubuhan Komunis. Cogan kata yang
ditulis menggesa setiap orang supaya memulaukan pilihan
raya dan yang lain mengandungi perkataan-perkataan yang
menyanjung tinggi sifat-sifat dan ajaran-ajaran Mao Tze
Tung. Mereka tidak peduli bahawa perbuatan mereka itu
melanggar undang-undang, dan amatlah sukar bagi
Kerajaan hendak menangkap mana-mana orang yang
menulis cogan kata itu kerana ia ditulis pada malam yang
gelap, tetapi tulisannya dapat dibaca dengan jelas oleh
semua orang pada siang hari yang terang benderang.

Mereka memperhebatkan kempen dengan menggunakan


ancaman terhadap keselamatan orang ramai, dan
menyebarkan risalah di kalangan orang-orang Cina untuk
menggesa mereka supaya memulaukan pilihan raya. Tujuan
mereka jelas untuk menunggu berlakunya sesuatu peristiwa
yang boleh mereka gunakan untuk mengambil kesempatan
bagi menjayakan rancangan mereka itu.

Kesempatan timbul apabila satu peristiwa telah berlaku pada


24 April, iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari mengundi.
Pada kira-kira jam 8.30 malam itu seorang pekerja UMNO
bernama Kassim Omar yang sedang dalam perjalanan
pulang ke rumahnya telah melihat beberapa orang
berkumpul di kawasan Jelutong, Pulau Pinang. Dia telah
memberhentikan motosikal yang sedang dinaikinya untuk

46
47

melihat dan bertanya kerana pada fikirannya satu


kemalangan telah berlaku. Ketika itu juga dia telah diserang
oleh kumpulan yang ada di situ dan telah dibunuh dengan
kejamnya. Setelah itu mereka mencontengkan cat merah ke
seluruh badan mayat orang yang telah mereka bunuh itu.
Perbuatan mereka adalah satu pembunuhan yang disengaja
dan boleh berlaku ke atas sesiapa pun. Pembunuh-
pembunuhnya adalah pemuda-pemuda Parti Buruh.

Pembunuhan yang kejam ini tentulah telah menimbulkan


rasa cemas di kalangan pasukan keselamatan kerana
kejadian itu boleh mencetuskan rusuhan kaum. Oleh kerana
bimbang berlakunya tindak balas, maka Kerajaan telah
meminta keluarga si mati dan pemimpin-pemimpin Melayu di
Pulau Pinang supaya bersabar, dan mereka telah bersetuju
tidak menyebarkan berita pembunuhan itu supaya Komunis
tidak akan mendapat kesempatan untuk menghalang pilihan
raya. Kesabaran mereka itu telah memberi pertolongan yang
sangat besar untuk menyekat buat sementara cita-cita
Komunis, tetapi mereka telah bertanggungjawab
mengalirkan darah.

Sepuluh hari kemudian, iaitu pada 4 Mei, Komunis telah


mendapat peluang yang selama ini ditunggu-tunggunya
apabila satu kejadian berlaku di negeri Selangor. Kejadian
ini berlaku enam hari sebelum hari membuang undi. Pada
pagi itu, tiga orang mata-mata (konstabel polis) yang sedang
meroda telah bertembung dengan sekumpulan pemuda di
Kepong, yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Pemuda-
pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan
raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-
anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api,
besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah
berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang
berdekatan.

47
48

Selepas mengenalkan diri mereka, ketiga-tiga orang mata-


mata itu pun menghambat pemuda-pemuda tersebut. Rupa-
rupanya mereka keluar bersiap sedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan dan memang hendak mencari
gaduh, dan sekarang mereka telah dapat apa yang mereka
mahu. Mereka telah melawan bersungguh-sungguh
sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan
untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada
pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di
hospital. Namanya ialah Lim Soon Seng, berumur 24 tahun.
Keluarga dan rakan-rakannya telah membawa mayat si mati
untuk di simpan di rumah mayat di Jalan Sultan, jalan yang
paling sibuk di kawsan Cina di bandar Kuala Lumpur. Mayat
itu sepatutnya dibawa balik ke rumahnya di Kepong.

Si mati bukanlah seorang yang terkenal dan pada lazimnya


mayatnya itu memadailah dikebumikan secara sederhana,
tetapi Komunis tidak hendak melepaskan peluang yang
begitu baik untuk membuat sesuatu yang boleh
mendatangkan faedah kepada perjuangan mereka. Akhirnya
mereka dapat juga seorang daripada rakan seperjuangan
untuk disanjung sebagai “pahlawan” yang akan menjadi
lambang perjuangan mereka.

Polis telah menerima permohonan untuk mengadakan satu


perarakan mayat pada 10 Mei, iaitu hari mengundi. Tujuan
mereka hendak mengadakan perarakan itu pada 10 Mei
sangatlah jelas. Anasir-anasir yang menganjurkan perarakan
itu berniat hendak menimbulkan satu kejadian yang akan
menghalang pilihan raya atau pun mencegah pembuangan
undi pada hari itu.

Polis telah mengambil keputusan yang bijak dengan


menolak permohonan hendak mengadakan perarakan pada
hari itu, tetapi setelah ibubapa si mati dan pemimpin-

48
49

pemimpin Parti Buruh Kepong bertalu-talu membuat rayuan


hendak mengadakan istiadat pengkebumian secara
terhormat, maka polis bersetuju membenarkan perarakan
mayat itu diadakan pada 9 Mei. Ketika membenarkannya,
polis telah meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya
perarakan itu melalui jalan-jalan yang tertentu, dan mereka
yang hadir atau mengiringi mayat itu hendaklah dihadkan
kepada satu bilangan kecil orang yang berkabung.
Ringkasnya, istiadat pengkebumian itu hendaklah diadakan
menurut sebagaimana yang lazim dibuat sahaja.

Meskipun begitu, apa yang berlaku ialah perarakan mayat


itu telah bertukar menjadi satu perarakan yang terbesar
pernah dilihat di Kuala Lumpur. Dalam hal ini Komunislah
yang bertanggungjawab. Ia tidak sekali-kali merupakan satu
perarakan mayat, tetapi lebih merupakan satu tunjuk
perasaan politik yang sangat liar. Gambar-gambar yang
saya siarkan dalam buku ini dapat menceritakan sendiri
peristiwa itu dan dapat membuktikan bahawa Komunis dan
anasir-anasir jahat lain adalah bertanggungjawab di atas
kejadian yang buruk itu. Tunjuk perasaan itu berjalan sejauh
lapan batu dengan beribu-ribu orang mengambil bahagian di
dalamnya atau menyaksikannya dari kaki lima atau pun di
tepi-tepi jalan.

Saya siarkan kenyataan-kenyataan itu di sini supaya orang


ramai di Malaysia ini dapat mengetahuinya dengan sejelas-
jelasnya, selain daripada apa yang telah tersiar dan dibaca
dalam akhbar, mengenai segala hal yang telah terjadi dan
siapa yang berdiri di belakang perarakan itu hingga
menimbulkan pelbagai rupa perbuatan provokasi sebelum
hari mengundi.

Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis


Kuala Lumpur, telah menyatakan :

49
50

“Pada 7 Mei 1969, bapa si mati (Lim) telah dipanggil


berjumpa saya untuk menyiapkan peraturan bagi perarakan
mayat anaknya. Selepas berjumpa dengan saya, dia telah
bersetuju mengadakan perarakan mayat itu pada hari
Jumaat 9 Mei 1969. Sungguhpun begitu dia mengaku
kepada saya yang dia tidak bertanggungjawab di atas
segala persiapan bagi perarakan itu dan dia akan bawa
kemudian orang-orang yang bertanggungjawab membuat
persiapan itu untuk berjumpa saya.

“Kemudian datang orang lain bernama Yap Kau, Miss Tan


Siew Eng dan seorang Melayu ke pejabat saya. Mereka
berkata yang mereka telah menentukan sendiri jalan-
jalannya dengan menunjukkan kepada saya di atas
sekeping kertas. Kemudia saya berhubung dengan Encik
Mansor, Pegawai Penjaga Lalulintas, yang kemudiannya
telah datang ke pejabat saya. Setelah itu kami telah
membincangkan bersama-sama jalan-jalan yang akan dilalui
itu. Jalan-jalan itu ialah sebagaimana yang diterangkan oleh
Encik Mansor dalam kenyataannya.

“Yap kau telah memperkenalkan Miss Tan kepada saya


sebagai salah seorang dari ahli-ahli yang mengaturkan
perarakan mayat itu, dan kemudiannya memperkenalkan
Syed Hamid sebagai seorang ahli Jawatankuasa
Penyelenggara yang menjaga hal-hal mayat bagi perarakan
itu. Kemudian saya telah memperkenalkan Encik Mansor
kepada tiga orang itu.”

“Kedua-dua orang cina itu iaitu Yap Kau dan Miss Tan telah
bercakap kepada kami dalam bahasa Melayu dan mereka
faham bahasa itu. Syed Hamid telah hadir bersama. Apakala
saya tanya Syed Hamid kenapa dia datang, dia berkata dia
datang untuk memperhatikan supaya tidak timbul silap
faham di atas apa yang telah di persetujui, dan juga kerana

50
51

dia salah seorang ahli jawatankuasa yang


bertanggungjawab untuk menguruskan perarakan mayat itu.

“Sebelum Syed Hamid meninggalkan pejabat saya, dia telah


berkata “sekarang kita telah bersetuju,” Tujuannya berkata
demikian ialah supaya kami tidak boleh lagi mengubah jalan-
jalan yang telah pun dipersetujui.

“Miss Tan juga berkata iaitu untuk mengelakkan dari


menyakitkan hati mereka yang mengambil bahagian dalam
perarakan itu, lebih baik polis tidak menghantar orang-
orangnya yang memakai uniform menjaga perarakan itu
lebih-lebih lagi anggota-anggota Pasukan Simpanan (FRU).
Dia berkata bahawa dengan adanya anggota-anggota polis
yang beruniform dari Pasukan Simpanan, maka orang-orang
yang akan mengambil bahagian dalam perarakan akan
merasa sakit hati kerana si mati yang telah ditembak oleh
polis itu dianggap oleh mereka sebagai seorang ‘Pahlawan’.
Mereka minta supaya lesen itu dikeluarkan atas nama Yap
Kau”

Yap Kau yang tersebut dalam kenyataan Abu Bakar itu ialah
seorang Ahli Jawatankuasa Parti Buruh Cawangan Kepong.
Miss Tan Siew Eng ialah Naib Pengerusi bagi cawangan itu.
Orang Melayu yang mengenalkan dirinya sebagai Syed
Hamid ialah Syed Hamid bin Syed Ali yang menjadi Yang
Dipertua Persatuan Penuntut-penuntut Universiti Malaya.
Anggota-anggota F.R.U. ialah Pasukan Simpanan
Persekutuan, iaitu anggota-anggota pasukan polis yang
mendapat latihan yang tinggi mutunya, terutama sekali
dalam kerja-kerja menyuraikan tunjuk perasaan dan
rusuhan.

Dari kenyataan itu dan dengan adanya tiga orang yang


tersebut tadi, maka nyatalah bahawa perarakan mayat itu
telah diambil alih dari keluarga si mati oleh anasir-anasir

51
52

politik yang mempunyai tujuan-tujuan yang jahat supaya


peluang ini dapat dipergunakan untuk membangkitkan
ancaman politik yang berpanjangan.

Sebenarnya perkara membawa mayat ini hanyalah satu


perkara yang mudah dan kecil sahaja, tetapi mereka
sengaja membesarkannya.

“Pada jam 9.55 pagi, hari Khamis, 8. Mei 1969, saya telah
berada di pejabat OCPD (Ketua Polis Daerah) untuk
berunding dengannya mengenai jalan-jalan yang akan dilalui
oleh perarakan mayat Lim Soon Seng. Pada jam 10.15 pagi,
tiga orang telah datang ke pejabat OCPD. itu – mereka ialah
Yap Kau, Tan Siew Eng (seorang perempuan cina) Naib
Pengerusi Parti Buroh Selangor, dan seorang Melayu, Syed
Hamid bin Syed Ali

“Ketiga-tiga orang ini telah datang ke pejabat dan memohon


kebenaran mengadakan perarakan mayat Lim Soong Seng.
Mereka menuntut supaya perarakan itu melalui jalan-jalan
yang telah ditetapkan oleh mereka, tetapi OCPD dan saya
tidak bersetuju dengan jalan-jalan yang dicadangkan.

“Saya berkeras supaya jalan-jalan yang patut dilalui ialah


daripada Jalan Sultan terus ke Jalan Kuching, Jalan
Maxwell, Jalan Ipoh, kemudian terus ke Kepong. Sebaliknya
mereka menuntut jalan-jalan yang lain iaitu Jalan Petaling,
Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman
dan Jalan Ipoh.

“Ini bererti perarakan itu akan melalui jalan-jalan di tengah-


tengah ibu kota. Mereka berkeras hendak melalui jalan-
jalan ini, sambil berkata bahawa sama ada polis bersetuju
atau pun tidak, mereka akan melalui juga jalan-jalan itu.
Oleh yang demikian saya terpaksa bersetuju dengan syarat
bilangan orang-orang yang akan mengikut dalam perarakan

52
53

itu tidak boleh lebih dari seribu. Kemudian OCPD telah


mengeluarkan lesen”

Dari kenyataannya itu dapatlah kita saksikan bahawa jalan-


jalan yang dicadangkan oleh polis akan membawa
perarakan itu melalui jalan-jalan yang kebanyakannya
bersempadan dengan sepanjang sungai, iaitu jalan-jalan
besar yang tidak melalui kawasan yang penuh dengan
bangunan-bangunan. Sementara jalan-jalan yang
dicadangkan oleh pihak yang menguruskan perarakan itu
ialah jalan-jalan dari Utara ke Selatan yang melalui tengah-
tengah kota yang penuh dengan kedai-kedai perniagaan.
Jalan-jalan ini pada lazimnya penuh sesak dengan orang
ramai sepanjang siang hinggalah ke tengah malam.

Keadaan pada ketika itu meletakkan pihak polis berada


dalam kedudukan yang terdesak, kerana keesokan harinya
ialah hari mengundi. Untuk kepentingan negara, maka
mustahaklah diambil segala langkah yang perlu bagi
menghindarkan dari berlakunya sesuatu perkara yang boleh
menghalang pilihan raya. Sebagai pihak yang
bertanggungjawab untuk menjaga undang-undang dan
keamanan, pihak polis tidak bertujuan hendak membuka
sebarang peluang kepada pihak-pihak yang liar untuk
melakukan kekacauan.

Keluarga si mati mempunyai hak untuk membawa mayat,


dan mengikut sebagaimana biasa, kenalah mereka
mendapat kebenaran dari polis bagi mengadakan satu
perarakan. Inilah cara hidup kita di Malaysia, dan boleh
katakana hampir setiap hari kita dapat melihat perarakan
yang seumpama itu di Kuala Lumpur. Polis tidak dapat
membantah langkah menyerah persiapan mengadakan
perarakan mayat itu kepada Parti Buruh cawangan Kepong
dan juga kepada anasir-anasir yang lain yang tidak ada

53
54

kaitan dengan keluarga si mati, tetapi pihak polis


sebenarnya faham dan mengerti tujuan pihak-pihak yang
menganjurkan perarakan itu.

Oleh yang demikian tentulah pihak polis perlu bersiap sedia


untuk menjalankan kewajipan mereka yang biasa dan
berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang tunjuk perasaan
yang mungkin timbul semasa perarakan itu, tetapi mereka
juga mesti berhati-hati supaya kekacauan yang mungkin
timbul itu tidak akan berlanjutan. Mereka cuma dapat
meletakkan syarat-syarat yang tertentu untuk perarakan itu,
dan ini telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak dan
juga pihak keluarga si mati. Bagaimana persetujuan itu akan
dilaksanakan tidaklah dapat diagakkan sehingga keesokan
harinya.

Di dalam satu kenyataan, Mansor bin Mohd Noor telah


melaporkan sebagaimana berikut:

“Pada jam 8.45 pagi, 9 Mei 1969 saya telah pergi ke rumah
mayat (Chik Sin Tong) di Jalan Sultan untuk menyaksikan
sama ada persiapan dan peraturan bagi perarakan mayai itu
di jalankan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh polis.
Sekumpulan besar orang ramai telah berhimpun di situ.
Menurut lesen yang telah dikeluarkan, perarakan itu patutlah
dimulakan pada jam 9.30 pagi, tetapi tidak dimulakan
sehingga 9.55 pagi.

“Perarakan itu sepatutnya membelok ke kiri dari Jalan Sultan


menghala ke Bulatan Merdeka, tetapi sebaliknya telah
membelok ke kanan dan berjalan melalui Jalan Petaling,
mereka telah menyorak-nyorak dan mengejek Polis
Lalulintas yang sedang bertugas dengan tujuan hendak
menaikkan kemarahan mereka (polis) itu. Dengan
membelok ke kanan, maka mereka telah melanggar syarat
yang pertama.”

54
55

“Kemudian perarakan itu telah berhenti dipenjuru Jalan


Petaling dengan Jalan Cecil. Semasa di situ mereka telah
mula berucap kepada orang ramai, menyanyi lagu-lagu dan
menyebarkan risalah-risalah ajaran Mao, dan menampalkan
risalah-risalah di tembok-tembok dan tiang-tiang rumah
kedai. Salah satu risalah itu berbunyi “Rejim Tunku Abdul
Rahman Kejam” dan yang satu lagi berbunyi “Ajaran Mao
sahaja yang boleh diamalkan di sini.” Mereka telah
membawa sepanduk-sepanduk gambar Mao dalam
perarakan itu. Saya tidak dapat menyatakan berapa
banyakkah sepanduk gambar itu.

“Saya telah mendahului perarakan itu untuk pergi ke Foch


Avenue dan telah menyoal ketua mereka yang berada di
kepala perarakan (kerana mereka telah mengikut jalan yang
salah), “Kamu hendak ikut jalan mana?” Jawabnya “Aku tak
tahu dan aku tak peduli.

“Perarakan itu telah berhenti setiap lima atau enam ela


untuk berucap kepada beribu-ribu orang yang membanjiri
kedua-dua belah jalan raya. Ketika itu saya sedang berdiri di
hadapan Bangunan Malayan Banking di mana saya dapat
menyaksikan orang ramai telah bertambah ramai.
Bilangannya sudah pun meningkat beribu-ribu orang, iaitu
berkali ganda melebihi daripada seribu orang yang telah
dipersetujui. Mereka menjerit “Polis anjing buruan Kerajaan!”

Dari laporan itu jelaslah bahawa pihak polis telah bersabar


daripada melakukan tindakan ke atas perarakan. Sekalipun
perarakan itu baru bergerak kira-kira satu batu jauhnya,
tetapi jelaslah bahawa mereka yang mengambil bahagian
dalam perarakan itu bukan sahaja terdiri daripada orang-
orang yang berkabung, sama ada yang diupah atau
sebaliknya, bahkan juga penunjuk-penunjuk perasaan yang
cuba hendak membangkitkan kekacauan, dan pemimpin-

55
56

pemimpinnya tidak terdaya hendak mengawal perarakan itu.


Penunjuk-penunjuk perasaan itu tahu bahawa polis tidak
akan menjalankan sebarang tindakan kecuali ada sebab-
sebab yang besar untuk mereka berbuat begitu. Perbuatan-
perbuatan provokasi adalah sebahagian daripada rancangan
mereka tetapi usaha dan cabaran mereka tidak berjaya
menyentuh perasaan polis.

Kenyataan Mansor Bin Mohd. Noor selanjutnya memberikan


gambaran yang umum mengenai perarakan itu, dan
menunjukkan kelakuan mereka yang telah mengambil
bahagian, dan juga apa yang telah berlaku di beberapa
tempat di sepanjang jalan yang dilalui oleh perarakan itu.
Kenyataan itu adalah sebagaimana berikut :

“Apakala perarakan itu tiba di penghujung Jalan Petaling


berhadapan dengan Malayan Banking, mereka telah
membelok ke kanan masuk ke Jalan Yap Ah Loy, iaitu jalan
yang tidak dibenarkan, menghala ke Jalan Klyne dan
kemudianya berpusing masuk ke Jalan Mountbatten –
semua jalan-jalan ini adalah jalan yang di tegah masuk.

“Kemudian mereka bergerak melalui Jalan Mountbatten


hingga mereka sampai di penjuru Jalan Mountbatten dengan
Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 11.25 pagi
perarakan itu telah tiba di penjuru jalan ini. Kemudian
mereka bergerak perlahan-lahan menuju ke Jalan Ipoh.

“Di hadapan Bangunan MARA kira-kira 500 orang yang


menaiki motosikal yang sedang menuju ke situ telah
menyertai perarakan. Pada ketika itu saya telah menulis
seberapa banyak nombor-nombor motosikal itu. Mereka
telah berhenti di hadapan Bangunan MARA untuk sekali lagi
membuat ucapan kepada orang ramai.

56
57

“Pada jam 12.35 tengah hari mereka telah sampai di


hadapan Ibu Pejabat UMNO dan sekali lagi membuat
ucapan kepada orang ramai dan mengeluarkan kata-kata
yang menghina.

“Pada jam 3.00 petang mereka telah tiba di Ibu Pejabat Parti
Buruh Malaysia, Kepong. Di Kepong beribu-ribu orang telah
beratur di kiri dan kanan jalan untuk memberi minuman
kepada mereka. Mereka telah berhenti selama 45 minit di
tempat itu untuk menyusun semula perarakan tersebut.

“Pada jam 5.00 petang mereka telah sampai ke Balai Polis


Kepong dan bergerak sehela demi sehela sambil memberi
ucapan kepada orang ramai dengan menyebarkan ajaran-
ajaran Mao dan memaki polis. Perasaan orang ramai telah
mula menjadi hangat dan kami menjangka kekacauan akan
meletus pada saat itu.

“Pada jam 5.30 petang mereka telah tiba di penjuru jalan


kecil yang menuju masuk ke tanah perkuburan dan terus
berjalan menghala ke perkuburan.

“Setelah itu saya telah balik dan tiba untuk membuat laporan
di pusat kawalan pada jam 6.00 petang.

“Kelakuan orang-orang yang mengikuti perarakan mayat itu


amatlah liar dan merupakan perbuatan provokasi, dan
sekiranya pihak polis tidak dapat menahan kesabaran maka
tentulah kekacauan telah tercetus pada hari itu juga.
Bilangan mereka tidak kurang 10,000 orang. Beribu-ribu
orang mungkin terbunuh sekiranya kami tidak menahan
sabar. Saya tidak syak lagi inilah yang mungkin berlaku.
Mereka memang telah mengatur segala-galanya dengan
rapi.

57
58

“Menurut Inspektor Sakunathan, dia telah melihat senjata-


senjata disembunyikan di dalam keranda dan mayat si mati
telah di usung di luar keranda itu dan dibalut dengan kain. Ini
telah disahkan oleh Inspektor itu.”

Sikap polis yang bijak menghadapi keadaan yang sangat


berbahaya yang telah ditimbulkan oleh Komunis dan puak-
puak pelampau kiri untuk mengambil kesempatan daripada
perarakan mayat itu patutlah diberi kepujian yang setinggi-
tingginya. Memandang kepada peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku kemudiannya, dan kepada perasaan yang
semakin bertambah hangat apakala perarakan itu semakin
dekat dengan tanah perkuburan, maka kenyataan Mansor
itu bolehlah dikatakan sederhana. Biarlah saya
mengulanginya “beribu-ribu orang mungkin terbunuh
sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi
inilah yang mungkin berlaku.”

Dari gambar-gambar yang telah diambil dan laporan-laporan


yang telah dibuat, maka nyatalah tunjuk perasaan yang
besar ini telah dirancang dan diatur dengan rapi. Nyatalah
bahawa dari saat Parti Buroh dengan secara kebetulan
mendapat seorang ‘Pahlawan’, maka Komunis dan puak
pelampau kiri ini bertujuan hendak mengambil kesempatan
itu untuk kepentingan mereka dengan sepenuhnya.

Mereka telah Berjaya mengambil alih untuk mengaturkan


perarakan mayat itu. Mereka menuntut supaya perarakan
mayat itu diadakan pada hari mengundi. Mereka
mengarahkan semua cawangan dan penyokong-penyokong
parti itu supaya bersiap sedia untuk menggunakan
sepenuhnya perarakan mayat itu bagi kepentingan mereka.
Dalam masa 5 hari mereka telah sibuk menyediakan beribu-
ribu poster dan cogankata. Mereka telah mengaturkan satu
persatunya dengan tersusun rapi.

58
59

Tidaklah mudah hendak mengumpulkan 500 buah motosikal


untuk berada di satu tempat dan satu masa yang tertentu,
kecuali untuk perlumbaan motosikal, tetapi mereka telah
berada dan menunggu untuk bersama-sama menyertai
perarakan itu di petengahan jalan. Kita tentu dapat
menggambarkan bagaimana bising bunyi enjin motosikal
yang beratus-ratus itu dapat menaikkan lagi perasaan di
dalam suasana yang telah pun sedia hangat.

Ini mungkin bukan satu kejadian yang berlaku secara


kebetulan, dan bukannya perhimpunan yang terjadi dengan
sendiri. Ia telah diatur dan dirancang terlebih dahulu.
Perarakan motosikal inilah satu-satunya peristiwa yang
dapat menggambarkan bagaiman pihak Komunis telah
bersungguh-sungguh berusaha untuk menggunakan
perarakan mayat itu sebagai satu helah untuk menimbulkan
suasana yang tegang yang boleh merebak sehingga tidak
terkawal lagi. Dengan itu mereka mengharapkan supaya
kota Kuala Lumpur dan seluruh negara terperangkap di
dalam kedaan huru-hara.

Mereka telah gagal dalam usaha mereka yang besar ini.


Sekarang soalnya ialah sama ada mereka akan mencuba
sekali lagi. Ketika itu tidaklah dapat hendak diramal setakat
manakah kesan daripada peristiwa-peristiwa tegang di
sepanjang hari Jumaat itu akan mencacatkan pilihan raya
pada keesokan harinya. Satu perkara yang nampak dengan
jelas pada malam itu ialah sekalipun adanya seruan supaya
memulaukan pilihan raya, tetapi pilihan raya tetap
berlangsung sebagaimana yang telah ditetapkan. Komunis
sekali lagi gagal kerana bilangan pengundi yang telah keluar
untuk mengundi pada keesokannya ialah paling ramai dalam
sejarah Malaysia.

59
60

BAB 8 : Pengundi-Pengundi Membuang Undi

CUACA di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia pada hari


mengundi yang jatuhnya pada hari Sabtu, 10 Mei, kelihatan
begitu cerah. Ini telah diberitahu kepada saya semasa saya
berada di Alor Star kerana terdahulu sehari daripada hari itu
saya telah melawat kawasan pilihan raya saya Pulau
Langkawi. Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada
hari itu saya bukanlah seorang Perdana Menteri lagi tetapi
sebagai seorang calon yang menyerahkan nasibnya kepada
pengundi-pengundi untuk mendapatkan persetujuan mereka
menurut asas-asas demokrasi.

Akhirnya tamatlah kempen yang hangat yang belum pernah


berlaku seumpamanya dalam sejarah negara kita yang telah
timbul semata-mata dengan sebab adanya perasaan
dendam politik. Hari itu adalah hari untuk menentukan nasib.
Suruhanjaya pilihan raya telah mengambil tanggungjawab
penuh untuk mengawal pilihan raya itu, dan sebelum
pengundi-pengundi memberi mandat mereka, dan sebelum
laporan-laporan diterima mengenai pengundian itu, tidak ada
siapa pun yang dapat meramalkan hasil pilihan raya.

Sungguhpun terdapat kempen-kempen yang liar yang belum


pernah saya alami pada masa lalu, saya berasa begitu
yakin bahawa Parti Perikatan akan menang sekali lagi
dengan kelebihan dua pertiga sebagaimana dalam pilihan
raya sebelumnya.

Saya rasa adil sekiranya saya katakana bahawa keputusan


yang seperti inilah yang diharap-harapkan oleh seluruh
negara, kecuali ahli-ahli parti pembangkang yang telah
bersungguh-sungguh hendak menumbangkan Parti
Perikatan. Mereka berdoa dan berharap tetapi mereka
sendiri tidak menaruh kepercayaan terhadap kejayaan
mereka.

60
61

Pilihan raya di Malaysia lebih susah daripada yang


dijalankan di kebanyakan negara lain kerana pengundi-
pengundi dikehendaki membuang undi mereka pada satu
masa yang sama untuk memilih calon-calon bagi Parlimen
dan bagi Dewan Undangan Negeri. Dengan adanya sebelas
buah Dewan Undangan Negeri dan sebuah Parlimen maka
bererti 12 pilihan raya dijalankan pada satu hari yang sama.

Saya telah menjelaskan bahawa UMNO dan MCA telah


menjadi sasaran hebat parti-parti pembangkang menyerang
Kerajaan Perikatan dalam kempen. Tetapi apakah pula
sikap yang diambil oleh parti-parti pembangkang terhadap
Persatuan India Malaysia (MIC), parti yang ketiga dalam
Perikatan?.

Pas telah membuat serangannya dengan cara yang jahat


terhadap UMNO; parti-parti pembangkang yang lain pula,
sama ada dengan perhitungan yang tertentu atau pun cuma
untuk kepentingan pilihan raya, telah menumpukan
serangan mereka terhadap calon-calon MCA. Manakala
penyokong-penyokong Parti Komunis telah menghasut
anasir-anasir pembangkang sama ada dengan cara terang
atau sulit.

Parti-parti pembangkang pada umumnya tidak menunjukkan


sebarang rancangan yang bersatu menentang MIC. Mereka
rasa lebih berkesan kiranya mereka menggongcang dua
tiang Parti Perikatan, UMNO dan MCA kerana mereka
percaya MIC akan tumbang dengan sendirinya setelah
mereka dapat menjatuhkan UMNO dan MCA. Berbanding
dengan UMNO dan MCA, MIC Cuma mengemukakan tiga
orang calon Parlimen sahaja. Oleh itu pihak pembangkang
boleh menyifatkan MIC sebagai anggota Perikatan yang
tidak penting.

61
62

Mereka menganggap MIC sebagai lawan yang kecil.


Sungguhpun begitu, untuk menjamin kemenangan maka
mereka telah memecahkan kempen-kempen mereka
menentang calon-calon MIC menerusi dua parti; DAP
menyerang dalam dua kawasan dan PPP menumpukan ke
atas pemimpin MIC, Tun Sambanthan yang bertanding satu
lawan satu.

MIC ialah satu-satunya parti untuk orang-orang India di


Malaysia, sekalipun bilangan orang-orang yang
berketurunan India lebih dari sejuta. Tiga buah parti
pembangkang telah mengemukakan calon-calon India, iaitu
Gerakan, DAP dan PPP. Calon-calon Gerakan ialah bekas
ahli-ahli Parti Buruh. DAP dahulunya telah diwakili dalam
Parlimen oleh seorang ahlinya sahaja, dia ialah C. Devan
Nair, tetapi pada kali ini dia tidak mahu bertanding, sekalipun
beliau dahulunya adalah salah seorang dari ahli-ahli Dewan
Rakyat puak pembangkang yang terkenal. Mengapa dia
tidak bertanding tentulah menjadi satu tanda tanya. Mungkin
DAP sahaja yang tahu jawapannya. Selain dari tiga orang
calon India untuk Parlimen, DAP telah mengemukakan
seorang calon Melayu yang tunggal, tetapi dia kalah. Inilah
rupanya yang dikatakan konsep Malaysian Malaysia!

Dalam keseluruhannya kaum India di Malaysia ini


mempunyai sifat keperibadian yang berlainan dari kaum-
kaum Melayu dan Cina. Orang-orang Melayu pada
keseluruhannya menjadi kaum tani, sementara orang-orang
Cina pula umumnya berpecah dalam lapangan perniagaan,
pertanian dan perlombongan. Orang-orang India terdapat
dalam semua bahagian masyarakat Malaysia, kira-kira
separuh di luar bandar dan separuh dalam bandar.

Orang-orang India juga kebanyakannya menguasai


kesatuan sekerja dan bergerak menerusi kesatuan-kesatuan

62
63

sekerja inilah mereka menekankan pengaruh.


Sesungguhnya bolehlah dikatakan bahawa orang-orang
India Malaysia lebih banyak menceburkan diri dalam
kesatuan daripada parti politik, dan bagi mereka yang
cenderung dengan parti politik tidak pula ketinggalan
daripada mengadakan hubungan yang rapat dengan
kesatuan sekerja.

Sebagai contoh, orang-orang India terdapat di mana-mana


jua sebagai pekerja perusahaan dan buruh kasar, terutama
dalam Keretapi Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Lembaga
Pelabuhan dan Perusahaan Getah. Kesatuan Kebangsaan
bagi Pekerja-pekerja Ladang (NUPW) yang sebilangan
besar anggotanya terdiri adalah rang India, ialah sebuah
kesatuan yang paling besar di negeri ini dan salah sebuah
dari yang terbesar di Asia. Ia tidak terikat kepada mana-
mana parti politik, dan pucuk pimpinannya sangat
berpengaruh dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.
Kongres ini juga menjauhkan dirinya daripada pengaruh
parti-parti politik, tetapi pemimpin-pemimpin kongres
membiarkan ahli-ahlinya memilih sendiri corak-corak politik
yang mereka sukai. Orang-orang India juga sangat kuat
dalam Kongres Kesatuan-kesatuan Sekerja dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

Oleh yang demikian tidaklah memeranjatkan jika dikatakan


bahawa orang-orang India pada keseluruhannya tidak begitu
cenderung dalam lapangan politik jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain, tetapi mereka lebih mengambil berat dalam
soal kenaikan gaji. Dari masa ke masa pemimpin-pemimpin
kesatuan mereka telah mengangkat rayuan kepada
Kerajaan menuntut kenaikan gaji bagi pekerja-pekerja
kerajaan. Oleh kerana Kerajaan ialah majikan yang
terbesar dalam negara, tentulah Kerajaan tidak dapat
memberi sambutan terhadap setiap tuntutan kenaikan gaji

63
64

itu, kerana perbelanjaan menjadi begitu besar sehingga


Kerajaan tidak akan mampu membayarnya.

Contohnya dalam tahun 1965, perbelanjaan sebenar bagi


gaji dan pencen serta lain-lain berjumlah RM540.7 juta atau
33.2 % dari jumlah perbelanjaan biasa. Sementara dalam
tahun 1969 adalah dianggarkan bahawa angka itu
meningkat kepada RM650.6 juta atau 33.8 % dari
perbelanjaan. Angka-angka ini tidaka termasuk gaji bagi
guru-guru dalam Perkhidmatan Guru Yang Disatukan atau
pekerja-pekerja bergaji hari. Jika gaji ini dicampurkan dalam
perbelanjaan gaji tahunan Kerajaan Persekutuan, maka
jumlahnya akan melebihi 50 peratus daripada jumlah
perbelanjaan biasa. Ini pada peringkat Persekutuan sahaja,
tidak termasuk gaji yang dibayar dalam 13 buah negeri.

Pemimpin-pemimpin kesatuan yang berjuang menuntut


kenaikan gaji pekerja-pekerja tidak sedar tentang kesulitan
yang dihadapi oleh Kerajaan. Sekiranya semua tuntutan
mereka dipenuhi, maka Kerajaan akan menghadapi
keruntuhan ekonomi.

Sungguhpun begitu pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja


terus membuat janji kepada pekerja bahawa mereka akan
memperjuangkan soal kenaikan gaji sekiranya mereka
dipilih, dan tentulah pekerja-pekerja tertarik dengan janji itu.
Mereka juga berkata bahawa MIC sangat kurang menolong
pekerja-pekerja.

Semasa menjalankan tugas di kementerian masing-masing,


Tun Sambanthan dan Manickavasagam sentiasa
mempunyai perhubungan rapat dengan pekerja-pekerja.
Sungguh pun begitu oleh kerana mereka insaf bahawa
Kerajaan tidak terdaya memenuhi segala tuntutan gaji, maka
mereka tidak boleh membuat janji sebagaimana yang dibuat

64
65

oleh pemimpin-pemimpin kesatuan atau ahli-ahli politik yang


memujuk pekerja-pekerja untuk kepentingan diri mereka. i.

Dalam kempen plihan raya, pemimpin-pemimpin politik dan


kesatuan menuduh menteri-menteri ini tidak menolong untuk
mendapatkan gaji yang lebih, walhal setiap orang tahu apa
yang telah dibuat oleh Tun Sambanthan untuk menubuhkan
syarikat-syarikat kerjasama memiliki harta di kalangan
pekerja-pekerja India untuk mengatasi masalah pemecahan
ladang-ladang. Sungguh pun begitu pemimpin-pemimpin
kesatuan dengan tidak bertanggungjawab telah berjanji yang
mereka akan mendapatkan kenaikan gaji bagi mencari
sokongan pekerja-pekerja.

Satu peristiwa yang telah berlaku dalam pilihan raya lepas


dapat membuktikan sejauh manakah kempen menentang
Kerajaan telah diperhebatkan di kalangan pekerja-pekerja
India. Tun Sambanthan telah memberitahu saya bahawa dia
telah pergi ke sebuah berhala di Jalan Bangsar untuk satu
istiadat, dan apabila dia keluar dari rumah berhala itu, dia
dapati bendera Persekutuan di keretanya telah dikoyak.
Kawasan ini ialah sebuah sarang kediaman pekerja-pekerja
India, dan kerana itu tentulah orang-orang di situ jugalah
yang melakukan perbuatan itu.

Peristiwa-peristiwa menentang Kerajaan yang seperti ini


sangatlah mendukacitakan, terutama sekali jika diingatkan
bagaimana Kerajaan telah menyediakan banyak faedah
untuk pekerja-pekerja, tetapi mereka tidak menghargai jasa-
jasa Kerajaan itu. Bandingkan Malaysia dengan Negara-
negara lain di sekeliling kita, dan tuan-tuan akan insaf
“bagaimana bertuahnya tinggal di sini”.

Pekerja-pekerja India ini telah lama menaruh perasaan


dendam, tetapi ketika itu tidak dapat diagak sikap mereka

65
66

sebagai pengundi dalam pilihan raya 1969. Adakah mereka


akan menyokong Perikatan atau parti-parti lain?

BAB 9 : Hasil Yang Mengejutkan

DALAM pilihan raya tahun 1969, banyak masalah besar


yang perlu dihadapi, seperti pengundi-pengundi yang baru
didaftarkan yang besar bilangannya. Apakah sikap yang
akan mereka ambil apabila mereka masuk ke tempat
mengundi untuk menanda kertas-kertas undi mereka?.

Perikatan boleh merasa yakin bahawa dengan jasa-jasa


yang telah dibuat olehnya itu, ia akan mendapat sokongan
daripada pengundi-pengundi dan sekalipun diramalkan
keputusan-keputusan pilihan raya itu dengan berdasarkan
kepada sambutan yang begitu kecil terhadap parti-parti lain
pada masa yang lepas, tetapi puak-puak pembangkang
menggantungkan harapan di atas kemungkinan berlakunya
sikap berpaling tadah di kalangan pengundi-pengundi.
Tetapi dalam pilihan raya terdahulu, kejadian yang seperti itu
tidak pernah berlaku. Mereka mengharapkan kempen
mereka yang liar dan kotor itu akan dapat menarik pengundi
memilih calon-calon mereka.

Ada lagi satu masalah yang dihadapi. Dalam pilihan raya


1964, apabila pengundian dijalankan buat pertama kalinya
untuk peringkat persekutuan dan negeri-negeri pada satu
masa yang sama, keputusannya adalah merupakan satu
pengesahan bahawa Perikatan adalah sebuah parti yang
layak diberi amanah untuk memegang Kerajaan. Lima tahun
telah berlalu dan parti-parti baru telah ditubuhkan, orang-
orang muda buat pertama kalinya dapat menjadi pengundi-
pengundi, dan di sesetengah negeri, masalah-masalah
tempatan telah dijadikan masalah besar, seperti soal taraf
pelabuhan bebas bagi Pulau Pinang. Pendek kata, adakah
soal-soal tempatan itu akan menentukan undi kebangsaan

66
67

atau pun sebaliknya? Adakah mereka akan ingat apa yang


telah dibuat oleh Perikatan untuk bangsa dan negara?

Sebagaimana pilihan raya yang lepas, hari mengundi telah


berjalan dengan licin di seluruh Malaysia Barat dan
merupakan satu tempoh bertenang selama 12 jam
sebelum timbulnya rasa gelisah dan gembira semasa undi-
undi dikira dan keputusannya diisytiharkan.

Keputusan undi pada kali ini telah memeranjatkan semua


parti-parti politik. Inilah yang dikatakan cara demokrasi.

Papan-papan tanda pilihan raya telah didirikan di seluruh


negara untuk mencatat keputusan undi. Selepas pengundian
ditutup pada jam 8.00 malam, orang ramai telah berhimpun
di tempat-tempat itu atau pun pulang ke rumah untuk
menunggu keputusan menerusi televisyen atau radio dan
juga radio-radio transistor.

Saya sendiri telah berada di rumah saya di Alor Setar, dan


semua Menteri-menteri Kabinet yang lain juga berada di
rumah dalam kawasan masing-masing.

Keputusan pengiraan undi bagi kawasan-kawasan dalam


bandar telah diisytiharkan lebih awal dari keputusan-
keputusan bagi kawasan-kawasan luar bandar yang
pengundi-pengundinya berselerak. Dari keputusan-
keputusan awal yang telah diisytiharkan selepas tengah
malam, maka terbayanglah bahawa Perikatan di Pulau
Pinang akan hilang kuasanya.

Pengundi-pengundi di Pulau Pinang, iaitu sebuah negeri


yang terkenal sebagai sarang puak-puak pelampau, tidak
lagi mempunyai Parti Buruh untuk disokong tetapi kejayaan
Parti Gerakan, iaitu sebuah parti yang baru yang seorang
demi seorang calonnya telah berjaya di peringkat negeri,

67
68

adalah menunjukkan bahawa sikap berpaling tadah telah


berlaku di negeri itu. Selepas daripada beberapa keputusan
lagi diisytiharkan, maka makin jelaslah bahawa Perikatan
tidak ada harapan lagi untuk memegan kuasa di Pulau
Pinang.

Keputusan-keputusan yang memeranjatkan telah disiarkan


melalui radio dan televisyen. Parti-parti Gerakan dan DAP
telah mendapat kejayaan yang besar dalam kawasan-
kawasan Negeri Selangor, dan selepas itu saya berasa amat
terharu kerana keputusan-keputusan di Negeri Kedah juga
telah menunjukkan kekuatan UMNO di negeri itu juga telah
goyang. Ini menunjukkan bahawa kempen kotor yang
dilakukan oleh Pas telah membawa kejayaan kepada
mereka.

Kekalahan UMNO dalam beberapa kawasan di Kedah, iaitu


sebuah negeri yang sentiasa disifatkan sebagai sebuah
kubu kekuatan Perikatan sehingga hari ini, adalah
disebabkan oleh sikap orang-orang Cina tidak menyokong
parti itu. Walhal di tangan merekalah terletak undi pemutus
untuk memberi kemenangan kepada calon UMNO.

UMNO telah mengalami beberapa kekalahan di dalam


negeri saya sendiri sekalipun sesetengahnya dengan
bilangan undi yang sangat kecil. Misalnya Menteri
Penerangan dan Penyiaran, Senu bin Abdul Rahman telah
tewas hanya dengan kekurangan 88 undi sahaja. Kiranya
beribu-ribu orang Cina memberi undi mereka kepadanya,
tentulah dia telah berjaya. Begitulah juga keadaan yang
terjadi di atas diri Dr. Mahathir dan Mohamed Zahir.

Perbuatan berpaling tadah ini telah timbul dengan begitu


besar sehingga saya sendiri cuma dapat kelebihan undi kira-
kira 3,000, walhal pada masa yang lepas saya sentiasa
mendapat kelebihan undi sebanyak 11,000 atau pun lebih.

68
69

Dengan terbitnya keputusan yang menunjukkan kekalahan


seorang lagi menteri, iaitu Menteri Perdagangan dan
Perusahaan, Dr. Lim Swee Aun di Taiping dan juga
kekalahan beberapa orang ahli Parlimen Perikatan yang
terkemuka di Selangor, maka suasana pada subuh hari
Ahad, 11 Mei itu sangatlah muram dan merupakan masa
hadapan yang gelap untuk Perikatan. Tetapi ada kala
keputusan-keputusan dari kawasan-kawasan luar bandar
yang terpencil mula diterima, maka barulah nampak bersinar
kembali masa hadapan Parti Perikatan.

Keputusan-keputusan yang diterima daripada negeri-negeri


di sebelah Selatan dan Pantai Timur mula menunjukkan
bahawa negeri-negeri ini, kecuali Kelantan, masih berdiri di
belakang Perikatan. Pengaruh yang telah menakutkan
orang-orang Cina di negeri Kedah nampaknya tidak ada di
Johor dan Pahang. Jadi jelaslah bahawa pengaruh yang
mendorong orang-orang Cina membuang undi mereka
menentang Perikatan datangnya dari Pulau Pinang, iaitu
sarang bagi komunis, kongsi-kongsi gelap dan puak-puak
pelampau yang lain.

Sebaliknya terdapat juga di Pulau Pinang baba-baba dan


nyonya-nyonya, iaitu orang-orang Cina yang telah
diperanakkan di negeri itu yang taat setianya kepada negara
sama seperti orang-orang Melayu. Cara-cara dan tabiat
mereka dan juga makanan mereka hampir-hampir sama
dengan orang-orang Melayu. Bahasa mereka pun
bercampur aduk di antara bahasa Hokkien dan Melayu.
Sungguh pun begitu mereka tidaklah bersedia hendak
melawan mana-mana puak yang kuat dan bersatu seperti
komunis dan dengan sebab itu mereka terpaksalah berdiam
diri.

69
70

Saya telah menceritakan mengenai kekacauan yang berlaku


di Pulau Pinang atas masalah penilaian semula mata wang
yang lama, pembunuhan seorang pekerja UMNO dan
gerakan-gerakan lain yang ada hubungannya dengan
Komunis dan anasir-anasir lain yang tidak setia yang
kesemuanya telah dilancarkan dari Pulau Pinang.

Kejadian ini dapatlah menghuraikan sebab-sebab kenapa


Perikatan telah kalah di Pulau Pinang dan juga di Province
Wellesley di mana orang-orang Cina telah berpaling tadah.
Perbuatan berpaling tadah di kalangan orang-orang Cina ini
telah melarat ke Kedah, terutamanya sekali di bahagian
Utara, tetapi di sebelah Selatan kesetiaan kepada Perikatan
masih tetap kuat.

Menjelang tengah hari pada hari Ahad 11 Mei, keputusan-


keputusan pilihan raya telah pun dapat dilihat dengan jelas.
Kerajaan Perikatan masih dapat mengekalkan kuasanya di
negeri-negeri kecuali di Pulau Pinang di mana Parti Gerakan
telah menang dan juga di Kelantan di mana PAS masih
terus berkuasa. Dengan kempen kotor mereka, maka
mereka telah berjaya menambahkan kekuatan mereka di
peringkat Persekutuan dan bilangan ahli-ahli Pas dalam
Parlimen telah bertambah sebanyak tiga kerusi lagi.

Di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan,


Kedah, Perlis, Perikatan telah mendapat kelebihan kerusi
yagn banyak. Sungguhpun begitu Perikatan hampir-hampir
kalah di Perak dan Selangor. Di Perak, Perikatan telah
memenangi 19 kerusi, ini merupakan jumlah kerusi yang
terbanyak sekali bagi sebuah parti yang bertanding di Perak
jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain.

Perikatan di Perak telah dapat membentuk Kerajaan dengan


adanya sikap yang ditunjukkan oleh Parti Gerakan. Di
Selangor kemenangan Perikatan sama banyak dengan

70
71

jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti Pembangkang,


termasuk seorang ahli bebas yang memegang kuasa
pemutus.

Dalam pilihan raya Parlimen, Perikatan telah muncul dengan


mendapat kelebihan kerusi yang banyak, lebih dari sekali
ganda daripada jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti
Pembangkang. Perikatan telah menang 76 kerusi
berbanding 37 yang dimenangi oleh empat daripada tujuh
parti pembangkang. Keputusan-keputusan kerusi yang telah
dimenangi oleh parti-parti lain sebagaimana yang terdapat
pada hari Ahad 11 Mei ialah seperti berikut:

DAP - 13

PAS - 12

GERAKAN - 8

PPP - 4

Dua pihak lagi yang telah bertanding, iaitu UMCO dan


Bebas telah gagal memenangi sebarang kerusi dalam
Dewan Rakyat.

Dalam Parlimen yang lepas Perikatan telah memenangi 89


kerusi di Malaysia Barat, yang telah memberikan kepada
parti itu kelebihan suara lebih dua pertiga dalam Dewan
Rakyat. Dalam Pilihanraya ini kelebihan suara Perikatan
terkurang.

Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan


kepada orang-orang Melayu dalam masa kempen bahawa
orang-orang Melayu sendirilah yang boleh menjahanamkan
kaumnya. Pakatan yang dibuat antara DAP, PPP, Gerakan
dan Pas telah mendatangkan kemenangan parti-parti bukan
Melayu dengan memperoleh kekuatan politik yang mereka

71
72

belum pernah berjaya mencapainya pada masa yang lepas.


Kekalahan kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak
sesekali mendatangkan keuntungan kepada orang-orang
Melayu di dalam Pas. Mungkin mereka merasa suka dengan
kekalahan Perikatan di kawasan-kawasan yang tersebut,
tetapi kejadian itu menjejaskan kedudukan orang-orang
Melayu khasnya dan negara amnya. Jika kejadian ini terus
berlaku, apakah harapan kita untuk masa hadapan?

BAB 10 : Mabuk Kemenangan

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam bab lalu,


keputusan pilihanraya 1969 telah memeranjatkan semua
pihak parti politik. Saya percaya mereka yang paling
terperanjat ialah DAP dan Gerakan di atas kejayaan yang
mereka sendiri tidak sangka. Lalu mereka terus berasa
sombong dan bongkak.

Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan itu,


maka tidaklah boleh hendak disalahkan jika pelawat-pelawat
asing menyangka bahawa parti-parti itulah yang telah
memenangi Ppilihan raya pada keseluruhannya. Parti-parti
itu dengan tidak berlengah-lengah lagi mengaturkan
perayaan menyambut `kemenangan’ mereka.

Pada pagi hari Isnin, 12 Mei, Dr. Tan Chee Khoon yang
telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu Selangor,
dengan kelebihan undi yang besar, telah meminta
kebenaran polis untuk mengadakan satu perarakan
kemenangan oleh anggota-anggota Parti Gerakan. Satu
permit telah dikeluarkan dengan syarat perarakan itu melalui
jalan-jalan yang telah dipersetujui oleh polis. DAP pula telah
membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada
hari esoknya, hari Selasa, 13 Mei dengan tidak
mendapatkan kebenaran polis. Cadangan ini tidak

72
73

diteruskan. DAP telah campur sama dalam perarakan


Gerakan.

Pegawai Penjaga Daerah Polis, Kuala Lumpur, Abu Bakar


bin Abdul Aziz, dalam kenyataan-kenyataan yang tercatat
melapurkan sebagaimana berikut mengenai dengan
permohonan Dr. Tan itu:

”Pada 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon telah menelefon


saya dan meminta kebenaran hendak mengadakan satu
perarakan kemenangan untuk mengucapkan terima kasih
kepada penyokong-penyokongnya dalam kawasan pilihan
rayanya sahaja, iaitu Batu, Sentul dan Jalan Ipoh. Dia
hendak memulakan perarakan itu dari ibu pejabatnya di
Jalan Broderick. Dia hendak memulakannya pukul 4.30
petang dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Bilangan orang
yang akan mengambil bahagian ialah kira-kira 500 dan akan
diadakan juga perarakan bermotokar.

”Kemudian saya telah berunding dengan Encik Mansor


mengenai jalan-jalan yang hendak dilalui dan juga waktu
bagi perarakan itu, dan telah mengambil keputusan iaitu
oleh kerana jam 4.30 petang ialah waktu yang sangat sibuk
(untuk lalu lintas), maka kami fikir perarakan itu patutlah
dimulakan dari jam 5.30 petang. Jika tidak, perarakan itu
akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai.

”Saya telah menerangkan kepada Dr. Tan Chee Khoon hal


ini. Dia bersetuju, tetarpi dia telah meminta supaya
perarakan itu berakhir sejam kemudian kerana waktu
mulanya pun telah dilambatkan satu jam. Kami telah
bersetuju atas permintaannya itu dan satu lesen telah
dikeluarkan atas namanya”.

Dari segi politik, perarakan kemenangan Dr. Tan itu


merupakan satu cara yang belum pernah dilakukan

73
74

seumpamanya pada masa lepas. Setelah perarakan yang


berlesen itu tamat, perarakan-perarakan haram yang penuh
dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah
diadakan. Mereka telah melanggar perintah-perintah polis,
dan melalui jalan-jalan yang tidak diberi kebenaran sehingga
mengendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah
memuncak dan tidak terkawal lagi, dan pihak komunis pasti
pula mengambil kesempatan menghasut dan
menghangatkan perasaan mereka. Orang-orang yang
menang pilihan raya telah membuat satu kesilapan yang
besar, sekalipun mungkin mereka tidak bertanggungjawab
atas kejadian itu.

Perarakan haram ini telah masuk ke Jalan Campbell dan


Jalan Hale, iaitu jalan-jalan menghala masuk ke Kampung
Baharu di mana kira-kira 30,000 orang Melayu telah hidup
dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang
terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur selama
bertahun-tahun. Jalan Hale ialah sebatang jalan besar di
Kampung Baharu. Di sepanjang jalan itu mereka telah
bertempik sorak dan apakala mereka berada di kawasan
orang-orang Melayu itu, mereka telah mengejek-ejek dan
menunjukkan kebesaran mereka untuk menaikkan perasaan
marah orang-orang Melayu. Mereka melakukan perbuatan
ini di kawasan yang boleh dikatakan kubu UMNO.

Mansor bin Mohamed Noor dalam satu kenyataannya


bertulis telah melaporkan sebagaimana berikut:

”Satu kumpulan yang ramainya kira-kira 20 orang telah


berhenti di hadapan Balai Polis Jalan Travers. Seorang
darinya telah melaungkan perkataan ”Melayu mati” di
hadapan rumah kediaman anggota-anggota polis di balai itu,
dan juga menunjukkan kemaluannya kepada polis dengan
disaksikan oleh isteri-isteri anggota polis yang ada dalam

74
75

kawasan rumah kediaman mereka. Seorang mata-mata


(konstabel) telah membuat report (aduan) di atas kelakuan
biadab dan tidak sopan itu.

”Selepas itu, mereka telah berpecah kepada kumpulan-


kumpulan kecil. Salah satu daripadanya telah pergi ke Jalan
Mountbatten menahan kereta-kereta orang-orang Melayu
dan memaki hamun mereka itu dengan tujuan hendak
menghina mereka. Mereka telah mengancam dan
menonyoh mata anak perempuan OCPD (Ketua Polis
Daerah) sendiri yang berumur kira-kira 17 tahun. Sambil itu
mereka berkata ”Engkau Melayu Bodoh”, ”Tiada Kuasa”.
Seorang pemuda Melayu telah melaporkan ke Ibu Pejabat
Polis yang dia telah dipukul oleh tiga orang Cina di Foch
Avenue”.

Yeoh Teck Chye dari Parti Gerakan yang menjadi Yang Di-
Pertua Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia telah mengaku
bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam
perarakan haram itu telah mengganggu keamanan orang
ramai. Beliau ialah calon Gerakan yang menang dengan
kelebihan undi yang besar dalam kawasan Bukit Bintang,
Kuala Lumpur.

Pada hari Selasa, 13 Mei, dia telah minta maaf secara


terbuka dalam akhbar di atas kelakuan penyokong-
penyokong partinya yang telah menyusahkan orang ramai,
tetapi telah terlambat kerana perbuatan mereka amatlah
memedihkan hati orang-orang Melayu. Memang patut dia
meminta maaf kerana selepas perarakan Dr. Tan itu
bersurai pada pukul 8.00 malam sebagaimana yang
dipersetujui, dia sendiri telah mengambil bahagian dalam
perarakan haram sebagaimana yang tercatat dalam laporan
polis.

75
76

Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu, maka


jelaslah bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan tidak lagi
dapat mengawal perasan pengikut-pengikut mereka, bahkan
meerka sendiri telah terheret sama. Merekalah yang
bertanggung jawab menghidupkan perasaan itu. Setelah
perarakan berlesen itu bersurai, penyokong-penyokong
mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan. Mereka
merayau ke sana sini sambil melaung-laungkan
kemenangan mereka, dan dua perarakan haram lagi telah
dimulakan.

Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis


Kuala Lumpur melaporkan dalam satu kenyataan bertulis:

”Saya sedang berada di bilik kawalan pada pukul 10.10


malam dan saya telah terima maklumat bahawa Yeoh Teck
Chye telah mengepalai satu perarakan di Jalan Bukit
Bintang dengan tidak mendapat kebenaran. Satu lagi
perarakan datang dari Petaling Jaya dikepalai oleh V.David,
juga tidak mendapat kebenaran. (V. David dari Parti
Gerakan telah memenangi kerusi Parlimen di Pulau Pinang,
dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri, di Selangor iaitu
negerinya sendiri.)

”Saya telah beri perintah supaya kedua-dua perarakan ini


mesti berhenti kerana tidak ada kebenaran polis. Pasukan
Simpanan Persekutuan (FRU) telah dihantar untuk
menyuraikannya.

”Sementara itu perarakan di Bukit Bintang itu telah bersurai


tetapi perarakan yang diketuai oleh David telah pergi ke
Peking Hotel (Jalan Brickfields) di mana 200 orang pemuda
India sedang menunggu. Pasukan FRU telah dihantar ke
sana untuk menyuraikan mereka”.

76
77

”Kemudian David telah cuba berhubung dengan Ketua


Pegawai Polis tetapi tidak dapat; dia kemudian berhubung
dengan saya. Dia beritahu saya jangan menghantar
anggota-anggota polis FRU untuk menimbulkan provokasi di
kalangan penyokong-penyokongnya. Ketika itu jam
menunjukkan pukul 12.05 pagi 13 Mei.

”Saya beritahu padanya bahawa penyokong-penyokongnya


(mereka nyatalah sedang mabuk kemenangan dan mabuk
todi) telah mengganggu ketentaraman orang lain dengan
membuat bising dan saya telah pun menerima beberapa
panggilan telefon yang mengadukan hal ini. Saya beritahu
kepadanya bahawa perhimpunan itu mestilah bersurai
kerana jika tidak mereka akan disuraikan dengan paksa.

”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya
kenal dia sebagai Encik David. Dia kemudian berkata dialah
seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih. Saya jawab
kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada
saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-penyokongnya
supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan
menyuraikannya. Dia langsung berkata ”Pergi berambus
FRU, kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke


Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina
orang-orang Melayu dan Polis.

”Sebuah lori yang berisi penuh dengan penyokong-


penyokong Gerakan yang bertempik sorak telah pergi ke
sekeliling Sentul tetapi telah ditahan oleh polis kerana lori itu
tidak ada permit pengangkutan.

”Dari apa yang dapat dilihat, DAP juga ada campur dalam
perarakan itu tetapi payah hendak mengenal mereka
terkecuali dari cogan parti merka. Susah hendak dikatakan

77
78

siapakah yang patut disalahkan, tetapi pada perasaan saya


kedua-dua Gerakan dan DAP patut sama-sama disalahkan
kerana menimbulkan perbuatan kacau yang boleh
memecahkan keamanan. Jika polis tidak segera bertindak,
maka kekacauan mungkin telah berlaku”.

Patut diambil perhatian bahawa kedua-dua perarakan yang


disebut oleh Abu Bakar dalam kenyataannya itu telah
dijalankan dengan tidak mendapat kebenaran polis. Jika
Parti Gerakan benar-benar hendak mengadakan perarakan
kemenangannya sahaja, maka bagaimana pula boleh timbul
perbuatan-perbuatan tunjuk perasaan pada malam itu juga?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Bakar, kedua-dua


perarakan itu telah bersurai, tetapi kelakuan-kelakuan liar
dan perbuatan-perbuatan menyakitkan hati terus juga
berjalan kemudian dari itu. Perarakan itu telah berpecah
kepada beberapa kumpulan untuk menimbulkan tunjuk
perasana di tiga bahagian Kuala Lumpur, di Brickfields, di
Pudu dan di Sentul. Kawasan-kawasan ini terletak satu di
Selatan, satu di Tengah dan satu lagi di Utara bandar Kuala
Lumpur, dan jauh jaraknya di antara kawasan yang pertama
dengan kawasan yagn ketiga ialah hampir-hampir tujuh
batu. Tunjuk-tunjuk perasaan ini berlangsugn hingga lepas
tengah malam.

Saya rasa tidak syak lagi tunjuk perasaan yang diadakan di


merata-rata tempat secara berasingan itu bertujuan untuk
mengeruhkan lagi suasana di Kuala Lumpur yang telah pun
menunjukkan tanda-tanda ketegangan.

BAB 11 : Api Menyala Malam

SAYA telah pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar kira-kira


pada tengah malam hari Selasa, 13 Mei iaitu satu hari yang
telah mengubah nasib bangsa dan negara kita.

78
79

Ketua Setiausaha Sulit saya telah memberitahu saya yang


dia telah menerima khabar bahawa satu tindak balas berupa
tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana
orang-orang Melayu di Kuala Lumpur sangat marah dengan
tunjuk perasaan anti Melayu dan perbuatan menghina dan
biadab yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada
12 Mei.

Dia telah memberitahu saya bahawa UMNO akan


mengadakan satu perarakan untuk merayakan kemenangan
parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan
berhimpun di rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun
bin Haji Idris di Jalan Raja Muda.

Perarakan itu akan dimulakan dari rumah Menteri Besar


Selangor. Menurut acara yang dicadangkan, Menteri Besar
dijadualkan berucap kepada perhimpunan itu sebelum
perarakan bermula.

Pada petang itu juga Tun Tan Siew Sin, Khaw Kai Boh, Dr.
Lim Swee Aun, dan Tan Sri T.H. Tan telah datang berjumpa
saya di Residency untuk melahirkan perasaan dukacita MCA
di atas keputusan pilihan raya, dan menyatakan bahawa
nyatalah orang-orang Cina telah hilang kepercayaannya
kepada pemimpin-pemimpin MCA. Dengan keadaan yang
demikian, mereka berpendapat bahawa tidaklah bijak bagi
mereka menyertai Kabinet kerana mereka tidak lagi mewakili
orang-orang Cina.

Saya telah menjawab bahawa Kabinet akan mengalami


kerugian yang besar jika mereka tidak mengambil bahagian
kerana perkhidmatan mereka kepada negara dan kepada
Perikatan di masa yang lepas sangatlah dihargai. Saya telah
berkata bahawa mungkin selepas daripada beberapa ketika
mereka masuk balik dalam Kerajaan, tetapi saya

79
80

menasihatkan mereka supaya mengambil masa sedikit


untuk berfikir mengenai keputusan mereka itu.

Selepas itu kami telah membincangkan hal-hal yang telah


berlaku di dalam beberapa hari yang lepas seperti perarakan
mayat pemuda Parti Buruh, perarakan kemenangan
Gerakan dan tunjuk perasaan yang haram. Selepas itu
rombongan MCA itu pun meninggalkan saya, tetapi saya
terus memikirkan sikap orang-orang Cina itu yang telah
mengecewakan pemimpin-pemimpin yang telah berkhidmat
kepada mereka dan kepada negara dengan cemerlang, dan
dengan sikap mereka yang seperti itu, apakah yang mungkin
berlaku lagi kemudian hari?

Tunjuk perasaan Gerakan pada 12 Mei bukan sahaja telah


menimbulkan perasaan marah orang-orang Melayu bahkan
juga menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang
perarakan yang akan diadakan oleh UMNO itu mungkin
membawa kepada kekacauan. Pada waktu itu tidaklah dapat
lagi ditahan keinginan ahli-ahli UMNO hendak mengadakan
perarakan kerana pihak pembangkang telah pun
mengadakan perarakan-perarakan mereka. Selain daripada
itu, UMNO juga telah mendapat permit untuk mengadakan
perarakan yang tersebut. Saya Cuma dapat berdoa kepada
Allah Subhanahu Wataala moga-moga tidak berlaku
sebarang kejadian yang buruk.

Kemudian Tun Sambanthan telah datang berjumpa saya,


dan kami telah membincangkan keputusan pilihan raya.
Meskipun dia telah melakukan segala daya upaya untuk
berkhidmat bagi kepentingan kaum India, tetapi Tun
Sambanthan juga berasa bahawa MIC juga telah hilang
sokongan orang-orang India di sesetengah kawasan.

Beliau juga memikirkan sama ada MIC patut meneruskan


khidmat dalam Kabinet untuk mewakili orang-orang India

80
81

atau sebaliknya setelah menimbangkan sikap yang telah


diambil oleh MCA pada ketika itu untuk tidak menyertai
Kabinet.

Saya kemudian telah menasihatkan beliau bahawa demi


kepentingan Perikatan dan bangsa adalah bijak bagi beliau
dan Manickavasagam (timbalannya) terus tinggal di Kabinet.
Saya merasa gembira bila Tun Sambanthan bersetuju
menerima nasihat saya itu.

Dalam masa kami melanjutkan perbualan itu, satu panggilan


telefon telah diterima pada jam 6.45 petang, menyatakan
bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di Jalan Raja
Muda dalam mana beberapa orang Cina diserang.

Tidak lama kemudian Mansor, Ketua Lalulintas Polis Kuala


Lumpur, dan beberapa orang lagi telah dating berjumpa
saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian
pembunuhan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus
diletakkan di bawah perintah berkurung mulai jam 7.00
petang. Pasukan-pasukan keselamatan telah keluar
mengawal dan askar-askar telah dipanggil untuk membantu.

Saya telah memberitahu mereka bahawa saya suka hendak


pergi ke tempat kejadian itu untuk melihat apa yang dapat
saya buat, tetapi saya telah dinasihatkan supaya pergi ke
Ibu Pejabat Polis untuk mendengar laporan-laporan yang
diterima dari masa ke masa.

Setelah menunaikan sembahyang Maghrib, saya terus pergi


ke Ibu pejabat Polis Selangor di Jalan Bandar. Selepas saya
mendengar laporan-laporan pihak polis, saya pulang ke
Residency untuk makan malam dan saya telah mengaturkan
supaya Radio Malaysia menghantar seorang pegawainya
supaya dapat saya merakam satu ucapan. Apabila pegawai
itu datang iaitu kira-kira jam 9.30 malam, saya sedang

81
82

berada di dalam dikacita yang amat sangat sehingga saya


berasa susah hendak berfikir. Oleh kerana saya sedar
bahawa satu tindakan perlu diambil dengan serta-merta,
maka saya terus merakamkan ucapan saya itu dengan tidak
membuat apa-apa persediaan pun. Perkataan saya pada
malam yang malang itu ialah:

UCAPAN TUNKU PERDANA MENTERI MELALUI RADIO


DAN TELEVISYEN MALAYSIA PADA 13 HARIBULAN MEI
1969;

“Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala


Lumpur dan pasukan-pasukan keselamatan telah pun
mengawal dengan kuatnya di serata tempat dan penjuru-
penjuru jalan. Dengan keadaan yang demikian, saya
terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala Lumpur. Curfew
pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah
memberikan kuasa mengisytiharkan buat darurat atau pun
state emergency di serata negeri lagi, sekiranya wajib dibuat
demikian kerana hendak menjaga keamanan negeri, nyawa
dan harta benda dan dengan ini adalah menjadi
tanggungjawab saya dan saya akan menjalankan dengan
sekuat-kuatnya kuasa saya itu.

Saya meminta pertolongan semua pihak yang


bertanggungjawab supaya bekerja sama dengan pegawai-
pegawai keamanan kerana menolong menjaga keamanan di
negeri kita ini dan penduduk-penduduknya. Kejadian yang
berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang diperbuat oleh parti
pembangkang semalam kita tidak ingini dan saya pegang
dan tuduh mereka telah memulakan kejadian yang jahat dan
khianat itu. Tetapi balas membalas bukan boleh
menimbulkan baiknya.

Saya rasa sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku
kerana dua bulan lamanya saya telah berpusing di tempat-

82
83

tempat memberi sayarahan dan mengingatkan kepada


semua penduduk segala dakyah anti itu bangsa boleh
menimbulkan pergaduhan yang besar di antara bangsa-
bangsa, penduduk-penduduk di negeri kita ini. Oleh sebab
negeri ini adalah berbilang bangsa, saya rasa hal
seumpama ini harus berlaku, hal pergaduhan yang
seumpama ini harus berlaku dan sekarang ini telah pun
berlaku, sungguhpun caranya sederhana.

Semua yang bertanggungjawab mestilah menjalankan


kepentingan mereka supaya hal ini tidak merebak.

Mahulah setiap tempat melantik jawatankuasa muhibbah


secara serata tempat itu boleh menjaga keselamatan dan
perasaan baik sangka antara satu kaum dengan kaum yang
lain. Negeri ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian.
Tolong masing-masing yang jujur dan ikhlas kepada saya
yang menjaga negeri ini supaya tidak berbangkit hal-hal
yang bahaya. Negeri yang kita kasihi ini adalah
berkehendak pertolongan tuan-tuan sekalian. Saya doakan
ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala. Selamatkanlah semua
penduduk.

Setelah itu saya menaiki kereta untuk pergi ke Televisyen


Malaysia. Setibanya saya di sana saya terus berucap
menerusi televisyen di tengah-tengah satu rancangan yang
disukai ramai. Apabila menghadapi kamera televisyen,
perasaan saya telah begitu memuncak sehingga kadang-
kadang saya susah hendak mengeluarkan perkataan, tetapi
oleh kerana adanya azam saya yang kuat, maka dapatlah
juga saya mengulangi dalam bahasa Melayu dan Inggeris
apa yang telah saya rakamkan di Residency. Pada masa itu
waktunya ialah 10.32 malam.

Pada kira-kira jam 11.00 malam, semasa saya dalam


perjalanan balik ke Residency, saya telah mengambil

83
84

keputusan untuk pergi ke Ibu pejabat Polis di Jalan Bandar


sekali lagi dan langsung menyuruh pemandu kereta saya
berpusing ke jalan yang menghala ke Ibu pejabat Polis itu.
Semasa kereta saya masuk ke satu jalan kecil yang
menghala ke Jalan Bandar, saya telah nampak beberapa
orang samseng, tetapi apabila mereka melihat kereta saya,
mereka pun lari. Saya telah sampai ke Ibu pejabat Polis dan
duduk di sana sehingga lepas tengah malam. Peristiwa pada
petang itu tidaklah mudah hendak dilupakan seumur hidup
saya.

Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana


mengenangkan kejadian sedih yang telah menimpa ibu kota
dan negara kita yang aman ini. Saya telah merasa gelisah
dan berjalan mundar-mandir, serta menghabiskan masa
saya di atas tikar sembahyang untuk berdoa kepada Allah.
Saya berdiri di beranda di luar bilik tidur saya dan
menghalakan pandangan saya ke bandar Kuala Lumpur
sambil memerhatikan api yang telah menjulang tinggi di
beberapa kawasan berhampiran dengan Kampung Baharu
dan di sebelah utara.

Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang


dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari
rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah satu
pandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak
sangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu
semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah
menghanguskan segala usaha saya dalam beberapa tahun
yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang bahagia dan aman, dan juga menghancurkan
impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang paling
bahagia di dunia.

84
85

Ketika saya memerhatikan api yang menjulang tinggi itu


terbayanglah di mata saya kejadian-kejadian dahsyat yang
sedang berlaku di malam yang mengerikan itu, dan
terkenanglah saya kepada peritiwa-peristiwa yang lepas
yang menyebabkan timbulnya malapetaka itu. Pada waktu
itu saya sedar dan insaf bahawa jika hendak difahami
sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu,
maka perlulah dikaji satu persatu kejadian-kejadian yang
telah lepas.

Pada hari itu saya telah menerima laporan mengenai


perarakan Gerakan yang telah diadakan dahulu semalam.
Mereka telah melemparkan kata nesta terhadap orang-orang
Melatu dan menyuruh orang0orang Melayu pulang
kampung-kampung dan desa kerana kapal layar (lambing
Perikatan) telah ditenggelamkan. Kesemua hal-hal ini
terbayang di dalam ingatan saya yang merupakan
sebahagian dari sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.

Kelakuan yang keji dan perbuatan provokasi terhadap


orang-orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu telah
melampaui batas kesopanan manusia sehingga telah
menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga di
kalangan orang-orang Melayu. Sebab itulah ahli-ahli UMNO
telah berhimpun di rumah Menteri Besar di Jalan Raja Muda
pada petang 13 Mei. Sebagai Pengerusi UMNO bagi negeri
Selangor, Dato’ Harun bersetuju dengan permintaan ahli-ahli
parti hendak mengadakan satu perarakan yang sama bagi
merayakan kemenangan Perikatan, dan oleh kerana
kebenaran telah pun diperoleh, maka perarakan itu mestilah
berjalan sebagaimana yang telah diatur.

Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Dato’


Harun, tiba-tiba khabar telah diterima yang menyatakan
bahawa orang-orang Cina telah menyerang orang-orang

85
86

Melayu di Setapak, kira-kira satu atau dua batu hala ke


utara, semasa orang-orang Melayu itu sedang dalam
perjalanan hendak mengambil bahagian dalam perarakan
yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran
menaikkan berang orang-orang Melayu yang sedang
berhimpun, dan mereka terus mengamuk dengan tidak
dapat dikawal lagi. Dua orang Cina yang melalui jalan itu
dengan menunggang motosikal telah diserang dan dibunuh.
Dengan itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang meletuskan
kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam
sejarah Malaysia.

Saya suka menceritakan di sini kejadian-kejadian lain yang


berlaku lebih dahulu pada petang 13 Mei itu juga di Jalan
Ipoh, jalan besar hala ke utara. Beberapa hari kemudian
seorang saksi yang menyaksikan sendiri kejadian itu telah
melaporkan kepada saya bahawa bas-bas yang datang dari
utara, dari tempat-tempat seperti Selayang (kira-kira 20 batu
jauhnya) telah ditahan oleh sekumpulan pemuda Cina untuk
mencari orang-orang Melayu, sambil melaung-laungkan
perkataan “Darah bayar darah”. Perkataan seperti inilah
yang telah kedengaran dalam perarakan mayat.

Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa peristiwa-peristiwa


13hb. Mei itu sebenarnya telah dicetuskan oleh pemuda-
pemuda Cina Komunis; pemuda-pemuda ini boleh jadi orang
yang sama yang telah mengambil bahagian dalam
perarakan mayat, atau pun orang-orang yang sejenis
dengan mereka. Tulisan “Darah bayar darah” adalah di
antara cogankata yang telah tertulis di atas sepanduk-
sepanduk yang diarak dalam perarakan mayat oleh pemuda-
pemuda Parti Buruh pada 9 Mei; cogankata yang dilaungkan
oleh mereka sepanjang perarakan itu.

86
87

Sesungguhnya kita boleh mendakwa bahawa cogankata


“Darah bayar darah” dan tindakan-tindakan yang tidak
bertanggungjawab oleh ahli-ahli Parti Gerakan dan DAP
apabila mengadakan perarakan kemenangan mereka, dan
juga tunjuk perasaan yang diadakan kemudiannya oleh
samseng-samseng yang tidak bertanggungjawab adalah
unsur-unsur yang akhirnya mencetuskan kekacauan 13 Mei.

Tatkala saya sedang termenung di beranda rumah saya itu,


maka terkenanglah saya kembali kepada keadaan yang
terpaksa dihadapi oleh negara dalam tahun 1948 sebab
pihak yang berkuasa British pada ketika itu tidak segera
mengambil tindakan yang tegas terhadap pengacau-
pengacau. Kecuaian mereka itu telah menyebabkan
timbulnya darurat sehingga banyak nyawa yang terkorban
dan harta benda yang binasa. Keganasan yang berlaku
dalam masa darurat itu telah berjalan selama 10 tahun di
bawah di bawah pentadbiran penjajah dan dua tahun lagi
dalam masa Kerajaan Malaya yang merdeka. Kebinasaan
dan kecelakaan yang telah menimpa negara dan rakyat
semasa darurat itu berlaku adalah semata-mata kerana
pihak yang berkuasa enggan mengambil tindakan yang
keras dari awal.

Maka jelaslah kepada saya bahawa jika satu tindakan yang


segera tidak diambil, maka segala tanda-tanda yang dapat
disaksikan di dalam kempen pilihan raya dan rusuhan serta
perbuatan bakar-membakar yang sedang dilakukan pada
ketika itu di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa satu
kecelakaan yang sama seperti yang telah dirasai dalam
tahun 1948 dahulu akan berulang lagi.

Oleh itu saya dengan serta-merta mengambil keputusan


bahawa Kerajaan mestilah bertindak dengan cepat dan
mengambil segala langkah yang perlu bagi mencegah

87
88

kekacauan di Kuala Lumpur ini daripada merebak atau


menjadi lebih buruk bagi keseluruhan negara.

Saya juga berazam bahawa rancangan yang akan


dilaksanakan itu akan merupakan tindakan-tindakan yang
boleh mendatangkan kesan yang berpanjangan supaya
dapatlah kita mencegah kejadian seperti itu daripada
berulang pada masa akan datang. Tidak ada sesiapa yang
mahu kejadian itu berlaku lagi sama ada orang-orang
Cina, India atau Melayu. Tidak ada siapa di Malaysia ini
yang suka melihat negara yang aman ini terjerumus ke
dalam lembah kekacauan kecuali Komunis dan mereka yang
bersimpati dengannya, dan juga ahli-ahli politik yang
bersubahat dengan anasir-anasir ini atau pun membiarkan
diri mereka digunakan oleh anasir-anasir yang tersebut
untuk kepentingan politik mereka. Sesungguhnya setelah
menikmati kejayaan, keamanan dan kemakmuran sejak
beberapa tahun yang lepas, maka sesuatu kecelakaan yang
seperti itu tentulah merupakan satu bencana yang dahsyat.

BAB 12 : Tindakan Dan Kejadian

HARI Rabu, 14 Mei 1969 adalah hari yang sibuk bagi saya
dan penuh dengan tindakan-tindakan dan kejadian-kejadian
yang menakjubkan.

Inilah hari Rabu yang pertama selepas daripada hari


mengundi, dan sekiranya negara tidak berada di dalam
kekacauan, maka menurut kebiasaannya saya patut
menerima panggilan daripada Istana Negara untuk
mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua parti Perikatan yang
menang dalam pilihan raya untuk menerima surat tauliah
bagi menubuhkan sebuah Kerajaan baru.

88
89

Selepas mengadap dan setibanya saya balik ke Residency,


barulah saya mengambil keputusan untuk melantik ahli-ahli
Kabinet dan mengaturkan supaya menteri-menteri yang
dilantik pergi ke istana untuk mengangkat sumpah
dihadapan Duli Yang Maha Mulia di mana saya sendiri hadir
bersama. Biasanya hari mengangkat sumpah diadakan
dengan istiadat yang penuh penghormatan dan merupakan
satu majlis yang gembira.

Sebaliknya oleh kerana saya terpaksa menghadapi krisis


negara, maka saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia
untuk melaporkan bencana yang telah menimpa negara kita
ini dengan tidak semena-mena.

Saya juga telah mengadakan satu mesyuarat khas antara


menteri-menteri kanan Kabinet lama pada pagi itu di
Residency dan telah juga menjemput Tun Dr. Ismail bin
Dato’ Abdul Rahman, seorang rakan kabinet yang telah
bersara untuk hadir dalam mesyuarat itu.

Saya telah menawarkan dirinya kepada Tun Abdul Razak


menerusi telefon dahulu semalam untuk perkhidmatan
kepada negara dalam apa jua jawatan jika saya memerlukan
perkhidmatannya. Tun Abdul Razak telah menyampaikan
ucapan terima kasih kepadanya, lebih-lebih lagi kerana
beliau tahu bahawa Tun Dr. Ismail tidak begitu sihat dan
telah bercadang hendak pergi ke England untuk diperiksa
oleh seorang pakar perubatan.

Pada kebiasaannya hari Rabu ialah hari mesyuarat Kabinet,


tetapi pada kali ini mesyuarat yang pertama bagi Kabinet
yang baru tidak diadakan dan sebagai gantinya saya telah
mempengerusikan sebuah Kabinet sementara bagi ’Darurat’.
Saya telah memberitahu rakan-rakan saya mengenai
cadangan-cadangan yang saya telah putuskan pada malam
tadi.

89
90

Pertama sekali saya telah memberitahu mereka bahawa


perlulah saya menasihatkan Duli Yang Maha Mulia supaya
mengisytiharkan darurat di seluruh negara kerana tidak ada
jalan lain lagi yang lebih berkesan untuk menghadapi
keadaan yang sedang berlaku. Saya juga memberitahu
mereka bahawa pilihan raya di Malaysia Timur kenalah
ditangguhkan dengan tidak tentu masanya.

Saya juga telah mengambil keputusan hendak menubuhkan


sebuah Majlis Gerakan Negara untuk menyelenggara segala
perkara-perkara yang bersangkutan dengan darurat.
Serentak dengan itu saya juga akan menubuhkan sebuah
Kabinet Darurat yang terdiri daripada ahli-ahli yang lama dan
ahli-ahli yang baru untuk menyelenggara perkara-perkara
pentadbiran.

Tujuan saya menubuhkan sebuah Kabinet Darurat ialah


supaya di satu masa kelak dapat dirundingkan bagi
penubuhan sebuah Kabinet yang kekal, dan buat sementara
waktu dapatlah Kabinet Darurat ini menguruskan dengan
serta-merta segala perkara-perkara yang berlaku dari sehari
ke sehari untuk melicinkan pentadbiran. Saya telah
memberitahu menteri-menteri kanan bahawa saya akan
pergi ke Istana pada petang itu juga untuk memohon kuasa
dari Duli Yang Maha Mulia bagi melaksanakan keputusan
ini.

Saya telah berunding dengan Tun Abdul Razak bagi


menyusun satu rancangan untuk pembahagian makanan
kepada orang-orang yang tinggal di kawasan-kawasan yang
telah dikenakan perintah berkurung selama 24 jam pada
ketika itu dan mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk
membeli barang-barang makanan yang mereka perlukan.
Kami telah mengambil keputusan untuk menjadikan Sekolah
Hishamuddin sebagai pusat pembahagian makanan kerana

90
91

sekolah itu terletak di tengah-tengah ibu kota. Beliau telah


mengambil tindakan dengan segera dan pada pagi esoknya
pusat pembahagian makanan itu pun mulalah dibuka.

Apabila saya melawat ke pusat itu pada hari yang tersebut


saya sangatlah tertarik hati dengan kerja bersungguh-
sungguh yang telah dilakukan oleh beratus-ratus orang
sukarelawan, beberapa orang daripada mereka terdiri
daripada diplomat asing dan isteri-isteri mereka. Mereka itu
telah menolong membungkus makanan untuk dibahagikan
kepada orang ramai.Ramai daripada mereka comot dengan
tepung di muka dan pakaian tetapi mereka bekerja dengan
riang dan tenang sekalipun kerja itu berat dan tidak pernah
mereka buat sebelumnya. Seorang pegawai muda diplomat
telah berkata dengan berseloroh ”sekarang kami menjadi
orang bunga” apabila saya lalu berdekatan dengannya.
Pada mulanya kerja itu agak kelam-kabut sedikit kerana
sukarelawan-sukarelawan itu tidak berpengalaman. Tetapi
selepas beberapa hari, kerja-kerja di pusat pembahagian
makanan itu telah berjalan dengan lancar.

Pada petang itu saya telah memanggil Peguamcara ke


rumah saya untuk merangkakan bersama-sama dengannya
pelbagai perisytiharan darurat dalam negara dan juga
mengisytiharkan seluruh kawasan dalam Persekutuan
sebagai kawasan keselamatan. Pada malam itu juga saya
telah mengadap Duli Yang Maha Mulia di Istana bagi
mendapatkan tandatangan Baginda atas ke semua
pemasyhuran itu.

Pada malam yang kedua itu juga saya telah berucap sekali
lagi menerusi televisyen dan radio untuk memasyhurkan
penangguhan pilihan raya di Malaysia Timur. Selepas itu
saya telah pergi ke Ibupejabat Polis Selangor sehinggalah
lepas tengah malam. Begitulah yang telah saya lakukan

91
92

pada 15. Mei. Pendek kata saya telah melaksanakan


tanggungjawab dan kewajipan saya pada 13, 14 dan 15 Mei
dengan bersungguh-sungguh dan dengan rasa yang penuh
dukacita siang dan malam. Ketika itulah mata kanan saya
telah bertambah rosak.

Saya terapaksa membuat keputusan dan menjalankan


tindakan-tindakan yang tersebut itu dengan sebab saya
sedar di atas kewajipan Kerajaan unutk menyelamatkan
nyawa dan harta benda. Saya insaf bahawa oleh kerana
saya menghidapa keuzuran mata, maka tidaklah dapat saya
hendak menjalankan kedua-dua tanggungan mentadbirkan
negara ini dan menghadapi darurat dengan cekap sebab
kerja-kerja itu banyak dan memakan masa.

Sebab itulah saya telah memohon persetujuan Duli Yang


Maha Mulia untuk melantik Tun Abdul Razak, yang menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, sebagai
pengarah bagi Majlis Gerakan Negara yang dicadangkan.
Saya rasa pilihan saya ini sangatlah tepat kerana beliau
seorang yang masih muda dan lebih cergas, dan
mempunyai tenaga yang banyak. Beliau sangatlah
munasabah diberi tanggungan yang berat untuk
mengembalikan keamanan di negeri ini memandang kepada
pengalaman beliau yang luas di Kementerian Pertahanan
dan Kementerian Pembangunan Negara.

Masalah yang kita hadapi ialah mengenai persoalan hidup


atau mati sebilangan rakyat negara ini. Oleh yang demikian
kewajipan kita ialah memberi keyakinan kepada mereka
supaya hilang rasa takut dan bimbang di atas perbuatan-
perbuatan puak-puak pelampau dan pengkhianat-
pengkhianat dari apa jua kaum.

Kita semua mestilah sedar bahawa krisis ini telah timbul dari
pertelingkahan kaum, satu keadaan yang lebih buruk

92
93

daripada keganasan Komunis, sebab kejadian ini boleh


menjahanamkan seluruh asas negara dan boleh
menumbangkan keteguhan negara sekiranya tidak diatasi
dengan cepat dan berkesan. Kita tidak boleh membuang
masa lagi untuk bertindak.

Kita boleh nampak dengan jelas tanggungan dan kewajipan


kita. Tun Razak ialah orang yang paling layak menjalankan
kerja yang berat itu. Saya yakin dan percaya bahawa
dengan pertolongan anggota-anggota Kabinet, pasukan-
pasukan keselamatan dan kakitangan Kerajaan serta rakyat
yang sangat taat setia, maka tujuan dan cita-cita kita akan
dapat dicapai tidak lama lagi.

Oleh yang dimikian saya telah sanggup turun satu atau dua
tingkat untuk memberi kuasa yang penuh kepada Tun Razak
menjalankan kerja yang penting itu, tetapi saya masih tetap
menjadi Perdana Menteri, dan dengan yang sedemikian
bertanggungjawab di atas segala tindakan mengenai
darurat. Tun Razak sentiasa berunding dengan saya.

Pada masa yang lepas sebahagian orang-orang Cina yang


tertentu telah menfitnah Tun Razak dengan mengatakan
bahawa beliau tidak suka orang-orang Cina atau pun anti
orang Cina. Saya telah kenal biasa dangan Tun Razak
sebagai seorang rakan dan sahabat dan selama saya
menjadi Perdana Menteri saya dapati beliau adalah seorang
nasionalis dan seorang patriot. Beliau juga seorang
yang sanggup berkorban untuk bangsa dan negara, dan adil
dalam petimbangannya.

Selain daripada itu saya berani menambahkan lagi


kenyataan saya itu mengenai Tun Razak. Pertalian saya
dengan Tun Razak merupakan satu ikatan yang tidak ada
tolok bandingnya dalam sejarah. Selama beberapa tahun
dari semenjak merdeka, perhubungan kami ini tidak dapat

93
94

dipisahkan, kerana ia terjalin dengan satu ikatan saling


mengerti dan hormat-menghormati antara kami berdua.
Persahabatan kami sama ada dalam jawatan atau pun di
luar jawatan sangatlah erat sehingga kami sentiasa saling
bergantung. Beliau boleh mendapatkan nasihat saya pada
sebarang waktu, sama ada siang atau pun malam, dan saya
pula boleh berpaling kepadanya untuk mendapatkan buah
fikiran pada bila-bila masa sahaja yang saya perlukan. Kalau
saya dipanggil ’Bapa Malaysia’, maka Tun Razak adalah
seorang yang menjadi pencipta kemerdekaan kita.

Kerja-kerja Tun Razak dalam masa darurat sudah cukup


untuk membuktikan dengan jelas kesanggupan beliau untuk
menjalankan tugas dan kesediaan beliau untuk memberi apa
jua rupa pengorbanan. Bersama-sama dengan ahli-ahli
Kabinet yang lain, beliau dapat menyakinkan kita semua
bahawa setiap orang di negara ini akan dapat hidup dengan
aman dan harmoni dan bebas daripada sebarang ketakutan
dan kebimbangan.

Sikap Tun Dr Ismail masuk balik ke dalam Kabinet ketika


negara sedang dalam krisis juga merupakan satu tindakan
yang sungguh mulia. Beliau telah membuktikan diri sebagai
seorang yang amat setia kepada negara dan sahabat-
sahabatnya. Saya sukacita menyatakan bahawa boleh
dikatakan kesemua ahli-ahli Kabinet Perikatan mempunyai
semangat kesetiaan yang seperti ini. Selain daripada itu,
sikap mereka bekerjasama sebagai satu
pasukan merupakan kejayaan yang menggalakkan.

Pada malam 15 Mei saya menerima satu laporan yang


mengatakan bahawa satu kejadian yang telah berlaku di
Melaka di mana seorang telah terbunuh dan seorang lagi
tercedera. Saya segera mendapatkan sebuah helikopter
untuk pergi ke Melaka pada pagi 16 Mei.

94
95

Setibanya saya di lapangan terbang Melaka, saya telah


dibawa terus ke Ibupejabat Polis untuk mendengar laporan-
laporan. Kemudian saya pergi melawat ke tempat kejadian.

Menurut Polis Melaka, samseng-samseng Cina telah


menyerang dua orang pengayuh beca roda tiga Melayu, di
Jalan Bandar Kubu dan memukul mereka dengan kejam
sehingga seorang daripada mereka telah mati kemudiannya,
tetapi seorang lagi telah dapat menyelamatkan dirinya.

Ketika itu polis sedang menjalankan rondaan, dan mereka


mengejar samseng-samseng itu. Samseng-samseng itu
telah lari masuk ke sebuah bangunan rumah pangsa dengan
diburu oleh polis. Sejurus kemudian satu tangkapan telah
dibuat.

Setelah dijalankan penyiasatan, maka terbuktilah bahawa


seorang ahli parti politik pembangkang telah memberi upah
kepada samseng-samseng itu untuk mencetuskan sesuatu
kejadian. Bagi memendekkan cerita, ahli parti politik tersebut
itu telah di tangkap kemudianya di sebuah negara lain dan
ditahan.

Kemudian saya pergi ke Ibu Pejabat UMNO di Melaka untuk


bertemu dengan beratus-ratus orang ahli UMNO yang
datang dari beberapa buah negeri termasuk Kedah dan
Negeri Sembilan kerana mereka terlantar di negeri itu,
Mereka telah datang ke Melaka untuk merayakan Mandi
Safar dan oleh kerana adanya perintah berkurung, mereka
tidak dapat pulang ke negeri masing-masing. Selepas
mangaturkan perjalanan pulang mereka dengan diiringi oleh
pasukan kawalan, maka saya pun pulang ke Kuala Lumpur.

Saya sentiasa sibuk dan tidak pernah berdiam diri sejak


meletusnya kekacauan. Setiap hari saya bermesyuarat
dengan menteri-menteri kanan, melawat ke pusat-pusat

95
96

orang pelarian dan pusat pembahagian makanan, dan juga


pergi ke Ibu Pejabat Polis Selangor untuk mendengar
laporan dan memberi arahan.

Pada petang 16 Mei sekembalinya saya dari Melaka, saya


telah memanggil mesyuarat menteri-menteri di Residency,
dan dalam mesyuarat itulah Tun Razak telah dilantik dengan
rasminya sebagai Pengarah Gerakan Negara. Pelantikanya
itu telah diumumkan dalam Warta Kerajaan pada hari yang
berikutnya, 17 Mei.

Dalam mesyuarat itu juga saya telah memberi kerja tertentu


kepada menteri-menteri yang lain bersangkutan dengan
darurat, seperti menguruskan hal-hal pembahagian
makanan, menubuhkan pasukan kawalan (vigilante corp)
dan menyebarkan maklumat-maklumat yang betul dan benar
kepada orang ramai.

Lewat hari ini, saya telah melawat Ibu Pejabat Palang Merah
untuk menyaksikan beratus-ratus sukarelawan, lelaki dan
perempuan, tua dan muda, yang sedang berkerja dengan
riang untuk membungkus dan manghantar pakaian ke
tempat-tempat yang diperlukan oleh orang ramai. Dari sana
saya telah pergi ke Stadium Merdeka dan Stadium Negara
di mana lebih 3,000 orang diberi perlindungan. Saya telah
berbual-bual dengan mereka dan berunding cara-cara
bagaiamana orang-orang yang tidak mempunyai rumah
dapat diberi rumah baru, dan perkara-perkara mengenai
dengan kemungkinan mereka dapat hidup kembali mencari
nafkah masing-masing seperti dahulu. Saya juga telah pergi
ke Masjid Kampung Baru di mana beberapa orang sedang
diberi perlindungan. Sesetengahnya telah datang kerana
hendak mengambil bahagian dalam perarakan dan tidak
dapat pulang ke rumah masing-masing, dan yang lain lagi
telah datang ke situ kerana mencari perlindungan.

96
97

Segala kerja yang saya sebutkan tadi belumlah mengakhiri


kewajipan-kewajipan saya untuk hari ni. Kerja saya yang
paling penting sekali akan menyusul pada malamnya. Pada
malam itulah saya telah menaiki kereta menuju ke Televison
Malaysia dan membawa di dalam saku saya sekeping kertas
yang mengandungi tulisan yang amat bersejarah yang
pernah saya karang selepas daripada Pemasyhuran
Kemerdekaan 12 tahun yang lepas. Dalam ucapan itu saya
telah memberitahu rakyat Malaysia dan seluruh dunia
bahawa selepas daripada kejadian-kejadian bunuh
membunuh dan bakar membakar yang telah berlaku selama
tiga hari tiga malam yang lepas telah mengorbankan banyak
jiwa dan menjahanamkan harta benda, maka perbuatan-
perbuatan itu mestilah diberhentikan sama sekali.

Sungguhpun hati saya hancur dengan apa yang akan saya


isyhtiharkan dalam ucapan saya itu, tetapi saya juga berasa
insaf bahawa inilah langkah yang sebaik-baiknya. Dalam
ucapan saya itulah saya telah mengishtiharkan darurat di
seluruh negara.

BAB 13 : Keadaan Darurat

Dalam ucapan saya menerusi televisyen dan Radio pada


16hb Mei itu, saya telah berkata:

“Sekarang kita telah pun mengisytiharkan darurat kerana


memerlukan kita bertindak dengan serta-merta; jika tidak
maka keadaan ini tentulah akan menjadi bertambah buruk
dan tidak akan dapat dikawal lagi dan kita akan menghadapi
dengan satu keadaan darurat sebagaimana yang dihadapi
oleh British dalam tahun 1948. Ancaman yang kita hadapi
sekarang sangatlah genting dan berat dan kita tidak akan
ada jalan lain lagi melainkan bertindak dengan segera.
Cuma ada satu jalan sahaja yang boleh kita lakukan iaitu
mengisytiharkan keadaan darurat dan mengambil segala

97
98

langkah-langkah yang perlu bagi mencegah keadaan ini


daripada bertambah buruk.”

Pengganas Komunis telah menyusun rancangan mereka


untuk mengambil kuasa daripada tangan kita. Mereka telah
dapat menarik pengundi-pengundi dengan cara ancaman
dan menakutkan mereka, dengan cara memujuk mereka
supaya menjatuhkan Perikatan menerusi perjalanan
demokrasi, tetapi kita bernasib baik kerana telah mendapat
cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan, jika tidak saya
tidak tahulah apa yang akan jadi kepada negara ini.

Mereka telah menolak MCA kerana mereka telah mengecap


MCA sebagai Parti pro Melayu dan tidak pro orang-orang
Cina Malaysia. Mereka telah dapat menarik orang Cina
supaya tidak mengundi MCA dan apa yang lebih pelik lagi
ialah mereka telah berjaya mendapat sambutan orang ramai
melalui ancaman-ancaman mereka itu. Terdahulu, mereka
telah mencuba sedaya upaya untuk menghalang supaya
pilihan raya tidak dapat di jalankan tetapi tidak berjaya dan
kemudian mereka telah menjalankan cara-cara lain pula
untuk merosakkan perjalanan pilihan raya itu. Satu peluang
baik telah timbul apakala salah seorang dari mereka telah
dibunuh oleh polis sebagai mempertahankan diri dan
mereka telah menjadikannya seorang jaguh perjuangan dan
mengarak mayat melalui jalan raya, dengan melanggar
perintah Kerajaan dan melalui jalan-jalan yang tidak
dibenarkan oleh Polis.

Polis telah bersungguh-sungguh bersabar dan bertindak


dengan cermat dan membenarkan perarakan itu terus
berjalan. Kiranya polis hilang sabar pada ketika itu, tentulah
kekacauan telah berlaku kerana orang-orang ini telah keluar
berarak dengan memakai berbagai-bagai jenis senjata untuk
bertempur dengan Polis. Dalam perarakan itu mereka telah

98
99

menunjukkan cogan-cogan anti kerajaan, anti Malaysia,


membawa bendera-bendera merah, dan dengan sombong
dan megah menunjukkan gambar Mao Tze-Tung dan
menyanyi memuji Mao, Ini teranglah taktik pengganas
Komunis dan tidak siapa yang boleh menafikan tetapi kita
tidak ambil apa-apa tindakan sehinggalah habis pilihan raya.
Tetapi kemuncaknya telah sampai apakala mereka
mengadakan satu perarakan menyambut kemenangan
calon-calon di Kuala Lumpur dengan tidak menurut segala
syarat yang telah dikenakan oleh polis. Mereka juga telah
melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menaikkan
kemarahan orang ramai dengan menggunakan kata-kata
cacian dan penghinaan terhadap mereka. Ini adalah
perbuatan provokasi yang membangkitkan rasa marah
kepada sesiapa jua yang menyaksikannya. Oleh yang
demikian nyatalah bahawa tujuan di sebalik perbuatan
mereka ialah supaya timbul huru-hara dan kekacauan.

Oleh itu saya tidak ada jalan lain lagi melainkan terpaksalah
menunjukkan kepada anasir-anasir jahat itu bahawa kita ada
kerajaan yang akan terus memerintah. Kita telah berada
dalam keamanan beberapa lama dari semenjak kita
membatalkan darurat dan peraturan-peraturannya.
Sekarang mereka mulakan balik dan sebab itu mestilah kita
bertindak dengan secepat-cepatnya. Jika tidak, maka tidak
lah dapat kita hendak memelihara keamanan dan harmoni
dalam negara ini. Oleh kerana peraturan-peraturan darurat
telah dikuatkuasakan balik, maka tiap-tiap orang adalah
dikehendaki taat kepada undang-undang itu kerana jika tidak
orang-orang yang tidak berdosa akan binasa. Untuk
mencegah daripada berlaku keadaan itu, maka kerajaan
terpaksalah menghadapi anasir-anasir jahat itu dan saya
telah meminta semua rakyat yang taat setia kepada negara
ini supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh
menghalang tindakan-tindakan kerajaan dan lebih cepat kita

99
100

dapat menamatkan darurat ini, maka lebih baiklah bagi


semua orang.

Sekarang saya sedang menubuhkan sebuah Pasukan


Pertahanan yang kuat. Orang-orang baru akan diambil untuk
masuk menjadi anggota-anggota Pasukan Pertahanan
Tempatan atau Local Defence Corp yang akan digunakan
dengan sepenuhnya dan pusat-pusat pengambilan anggota
pasukan itu akan ditubuhkan seberapa segera di setiap
bandar dan pegawai-pegawai tentera akan dipanggil untuk
menjalankan kerja ini.

Tanggungan kita sekarang ialah menghadapi dan mengatasi


keadaan darurat itu. Kerja ini berat tetapi boleh diatasi dan
dengan sokongan rakyat saya percaya kita akan berjaya.
Pusat-pusat pengambilan orang-orang baru akan ditubuhkan
dengan segera di Selangor, Perak dan Pulau Pinang dan
dalam negeri-negeri lain akan diadakan juga dengan
seberapa cepat. Rakyat tidak boleh menjalankan sendiri
kuasa kekerasan dengan berbuat sesuka hati mereka
kerana orang-orang yang tidak berdosa akan menjadi
korban di kedua-dua belah pihak, dan kita tahu bahawa
dalam negara ini orang-orang Cina yang taat setia adalah
lebih kuat daripada anasir-anasir yang tidak taat setia, tetapi
mereka mempunyai pertubuhan yang kuat dan orang-orang
yang taat setia itu tidak bersatu. Oleh yang demikian
perlulah bagi orang-orang yang hendak berkhidmat kepada
negara dalam saat yang genting ini mara ke hadapan dan
menawarkan diri mereka untuk berkhidmat dalam pasukan
itu. Belia mestilah menyambut seruan untuk
mempertahankan negara ini. Saya mengulangi lagi bahawa
Malaysia berharap setiap rakyat yang taat setia hendaklah
menunaikan tanggungan mereka.

100
101

Sekarang saya telah pun menubuhkan sebuah Majlis


Gerakan Negara atau National Operations Council dan Tun
Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of
Operations, dengan diberi tanggung jawab yang penuh
untuk menjalankan pentadbiran di bawah Pengisytiharan
Darurat, dan Operations Council ini akan turut dianggotai
wakil pasukan-pasukan keselamatan. Tun Razak akan
bertanggungjawab terus kepada saya, yang bererti bahawa
kebanyakan kerjanya akan diberi keutamaan. Majlis
Gerakan (Operations Council) akan ditubuhkan dalam
semua negeri dan arahan-arahan akan diberi oleh Majlis
Bertindak Kebangsaan di bawahTun Razak. Mereka yang
akan menjadi ahli dalam majlis-majlis ini akan dipilih
daripada mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dan
mempunyai taat setia yang teguh kepada negara. Tujuan
majlis ini ialah untuk menyelaraskan kerja pentadbiran
awam, tentera dan polis dalam segala usaha kita hendak
mengembalikan keamanan. Kita mesti mengembalikan rasa
kepercayaan kepada negara kita dengan seberapa segera
yang boleh. Jika tidak maka perniagaan akan terhalang,
pentadbiran negara akan rosak dan segala usaha yang kita
telah buat untuk kepentingan keamanan dan ekonomi akan
menjadi sia-sia. Saya bimbang orang-orang akan tempelak
kita dan menuduh bahawa kita mengambil tindakan ini
kerana kita tidak mempunyai suara kelebihan yang banyak,
tetapi ini tidaklah benar, kita mempunyai suara lebih yang
cukup untuk menjalankan pentadbiran, tetapi keadaan yang
timbul memaksa kita mengambil langkah-langkah yang kuat
dan berkesan bagi menghadapi pengganas-pengganas
komunis itu.

Berjuta-juta ringgit telah rugi dalam perdagangan dan


perniagaan dalam masa beberapa hari ini dan begitulah juga
beberapa banyak nyawa yang terkorban. Kejadian yang
telah berlaku dalam negara kita yang bahagia ini sangatlah

101
102

mendukacitakan. Marilah kita sekalian bermohon kepada


Allah supaya mencucuri rahmat dan mengembalikan balik
keamanan kepada negara kita ini.

BAB 14 : Putih Kembali

Tiga hari telah berlalu sejak tercetusnya kekacauan di Kuala


Lumpur. Pemasyhuran keadaan darurat telah berjalan
dengan kuat kuasanya dan Majlis Gerakan Negara (MGN)
telah mula menjalankan tugasnya dengan cergas.

Saya merasa yakin bahawa dengan gerakan yang


dijalankan setiap hari oleh oleh MGN, maka satu asas yang
kukuh telah diadakan bagi menghadapi sebarang
kemungkinan yang mungkin timbul, dan juga menjamin
supaya keamanan dan kemajuan dapat berjalan selari.
Majlis ini mempunyai kuasa yang penuh untuk mengemuka
dan melaksanakan sebarang keputusan yang mereka
fikirkan perlu bagi menjaga keselamatan negara dan
mengembalikan kehidupan rakyat seperti sedia kala.

Rakyat telah mula menyahut seruan Kerajaan supaya


memelihara undang-undang dan ketenteraman setelah
mereka menjadi biasa dengan pemasyhuran perintah
berkurung, tambahan pula mereka mengetahui bahawa ada
beribu sukarelawan yang sanggup dan bersedia berkhidmat
bersungguh-sungguh.

Dalam tempoh 48 jam ditubuhkan, MGN telah dapat


mengendurkan masa berkurung di beberapa tempat.
Tempoh bagi kelepasan telah dipendekkan dari satu hari ke
satu hari dan keadaan beransur pulih.

Kelonggaran masa berkurung ini telah dapat diisytiharkan


din kawasan-kawasan yang sensitif, iaitu Kampung Bharu
dan Jalan Chow Kit seminggu selepas tercetusnya

102
103

kekacauan. Di kawasan-kawasan inilah pergaduhan mula


berlaku.

Setelah suasana menjadi bertambah baik dan kejadian-


kejadian buruk telah berkurangan, maka dapatlah kita
meninjau kembali dengan fikiran yang tenang hal-hal yang
bersangkutan dengan kekacauan itu pada keseluruhannya.
Ketika itu dapatlah kita saksikan dengan jelas bahawa
kekacauan itu bukanlah merupakan satu kejadian yang
meliputi seluruh negara, kekacauan ini sebetulnya tertumpu
di sekitar Kuala Lumpur ini sahaja. Inilah hakikat yang benar
sekalipun akhbar asing telah menyiarkan cerita-cerita yang
bertentangan yang boleh menaikkan bulu roma pembaca.

Di Pantai Timur tidak terdapat rasa bimbang atau curiga. Di


johor dan Negeri Sembilan pula tidak pernah berlaku
sebarang kejadian. Sebenarnya perintah berkurung tidak
dikenakan di negeri-negeri Pantai Timur dan Johor. Di
Melaka beberapa pergaduhan kecil telah berlaku, tetapi
secepat itu pula ketegangan dapat ditangani. Begitu juga
keadaan di kebanyakan tempat dalam negeri Selangor. Di
Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tidak berlaku
sebarang kejadian.

Sesungguhnya Pulau Pinang patut mendapat pujian kerana


tenang ketika itu, walhal pada masa lalu negeri itulah yang
menjadi tempat bermulanya kekacauan. Pulau Pinang ialah
negeri di Pantai Baat yang mula sekali mendapat
kelonggaran masa berkurung dari subuh hingga tengah
malam.

Selain Kuala Lumpur, kawasan-kawasan lain yang


memerlukan pengawasan yang ketat ialah Betong, yang
terletak di sempadan Kedah dan Perak dengan Thailand. Di
sempadan inilah pengganas-pengganas komunis kadang
kala muncul sebagaimana masa darurat dahulu, tetapi

103
104

keadaan itu dapat dikawal pada masa ini (sungguhpun


begitu keadaan di situ telah bertambah tegang
kemudiannya)

Bagaimanapun suasana pada keseluruhannya belumlah lagi


boleh dikatakan pulih seperti sediakala, kerana adanya
khabar-khabar angin. Semasa kemuncak kekacauan itu,
penyebar khabar-khabar angin sangatlah liar dan meluas
sebagaimana yang berlaku di mana-mana juga dalam masa
rusuhan.

Selepas dari kekacauan seperti yang telah dialami oleh


penduduk Kuala Lumpur, maka tentulah mengambil masa
bagi mengembalikan keyakinan orang ramai sepenuhnya.
Sekalipun masa berkurung sedang dipendekkan dan
perniagaan telah mula dijalankan pada siang hari, tetapi
selepas jatuh matahari, jalan-jalan raya boleh dikatakan
lengang. Orang ramai lebih suka duduk di rumah pada
sebelah malam.

Sekarang setelah orang ramai mula merasai bahawa


Kerajaan telah mendapat mengawal balik keadaan, maka
anasir-anasir jahat tidak lagi mempunyai sebarang senjata
untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Anasir-anasir
jahat ini menggunakan khabar angin itu dengan sepenuhnya
untuk menimbulkan keadaan gelisah.

Anggota kongsi gelap telah mengambil peluang dalam


suasana yang seperti ini dengan menawarkan perlindungan
dengan satu bayaran. Jika tawaran tidak diterima, mereka
akan menimbulkan kekacauan di tempat itu. Apabila berlaku
kejadian yang seperti itu, maka perintah berkurung
terpaksalah dikenakan dan penduduk di kawasan itu akan
mengalami berbagai-bagai kesusahan. Keadaan yang
seperti ini dapat dilihat di Kuala Lumpur pada hari-hari
kelepasan di hujung minggu di mana lazimnya penduduk

104
105

bandar ini keluar untuk bersuka ria. Tetapi, keadaan yang


seperti ini tidak kelihatan lagi sekarang.

Sekali pun penduduk di Ibu Kota init telah mengubahkan


kelaziman hidup mereka, tetapi suasana telah mula
beransur-ansur pulih. Dengan kerana itu pada 6 Jun
dapatlah saya masuk ke hospital untuk menjalani
pembedahan mata dan dirawat sehingga 15 Jun. Doktor-
doktor telah lama menasihatkan supaya saya menjalani
pembedahan mata itu.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan di permulaan buku


ini, semasa di hospital itulah saya telah mencatatkan segala
ingatan sehingga dapatlah buku ini disusun. Semasa itu juga
saya dapat memikirkan dengan tenang soal yang sehabis
penting, iaitu mengembalikan kepercayaan orang ramai di
dalam dan luar negara, dan juga untuk merancang cara-cara
yang sebaiknya supaya timbul kembali perasaan muhibah
dan kerjasama sebagaimana yang terdapat di Malaysia
pada masa aman. Saya bercita-cita supaya perasaan ini
akan sekali lagi menjadi asas utama di dalam penghidupan
masyarakat kita.

Apa yang saya fikirkan ialah kemungkinan menubuhkan


jawatankuasa muhibah pada peringkat kebangsaan dan
negeri di seluruh Malaysia. Sungguhpun begitu selepas 16
Jun manakala saya meninggalkan hospital untuk balik ke
Residency, satu peristiwa telah berlaku (yang akan
dihuraikan kemudian kelak) yang telah mendukacitakan
saya di waktu itu. Kejadian itu telah menggendalakan saya
daripada melaksanakan tujuan saya yang besar.

Ketika itu suasana di seluruh negara telah menjadi


bertambah-tambah baik sehingga dapatlah masa berkurung
dikurungkan lagi di merata-rata tempat kecuali di Betong.
Maka berkurung itu ialah daripada pukul 1.00 pagi hingga

105
106

4.00 pagi, iaitu satu waktu yang kebanyakan rakyat yang


baik sedang tidur lena di rumah masing-masing.

Dua minggu kemudian, iaitu pada 28 Jun, hari Sabtu, bandar


Kuala lumpur yang telah mulai sunyi daripada sebarang
kejadian buruk sama ada siang atau malam, dengan tiba-
tiba bergoncang semula bila berlakunya satu kekacauan
baru dan besar di kawasan yang letaknya di sebelah utara
iaitu Sentul.

Pergaduhan-pergaduhan baru telah berlaku pada petang itu


di Sentul Pasar. Pertengkaran di antara dua orang yang
mabuk di Jalan Chow Kit telah mencetuskan rasa takut dan
kelam- kabut di kalangan orang ramai, dan kedai-kedai telah
ditutup dan orang-orang yang berjalan kaki berlari
bertempiaran. Dalam kejadian yang berlaku pada kali ini,
lima orang telah terbunuh dan sederet rumah kediaman
telah dibakar. Menjelang pukul 6.00 petang itu, kawasan
yang berlaku kejadian itu telah diletakkan di bawah perintah
berkurung dan pihak polis telah melaporkan “semuanya
baik”.

Kejadian di Sentul berlaku ialah kerana beberapa perbuatan


provokasi yang telah dilakukan oleh pemuda-pemuda India
yang membaling batu ke atas masjid yang ada di kawasan
itu. Tidak cukup dengan perbuatan mereka yang tidak
bertanggungjawab itu, mereka telah menambah lagi
penghinaan ke atas orang-orang Melayu dengan membaling
najis manusia ke dalam kawasan masjid. Perbuatan
menghina ini telah membakar perasaan orang-orang Melayu
di situ sehingga satu rusuhan kecil telah
meletus menyebabkan kematian lima orang.

Khabar-khabar angin mengenai perkembangan baru itu


segera merebak ke seluruh bandar dan ketika itulah anasir-
anasir yang tidak bertanggungjawab telah mengambil

106
107

peluang untuk melakukan perbuatan jahat. Di Cheras, iaitu


kira-kira enam batu jauhnya dari Sentul, kumpulan-kumpulan
pemuda telah melempar batu ke atas kenderaan-kenderaan
yang lalu di kawasan itu, dan dalam satu kejadian yang lain
pula yang berlaku kira-kira sebatu dari Sentul Pasar,
samseng-samseng telah mencederakan seorang yang
melalui jalan tersebut. Dengan kejadian-kejadian ini maka
kawasan tersebut telah diletakkan di bawah satu
pengawasan pasukan keselamatan yang ketat, dan perintah
berkurung telah dikenakan selama tiga hari. Sementara itu di
bahagian-bahagian lain di bandar Kuala Lumpur kehidupan
rakyat telah berjalan seperti biasa.

Bandar Kuala Lumpur yang telah mulai pulih seperti


sediakala dalam masa enam minggu yang lepas, telah sekali
lagi bergegar dengan kekacauan yang baru, lebih-lebih lagi
kerana kejadian itu telah berlau dengan tiba-tiba sahaja,
Adakah kejadian itu mungkin timbul lagi? Tidakkah memadai
pengajaran yang telah mereka dapati pada 13hb. Mei?

Sungguhpun begitu dalam tempoh beberapa hari sahaja


penduduk Kuala Lumpur telah bertukar fikiran mereka
setelah melihat bahawa Kerajaan pada ketika itu
melaksanakan satu pengawasan yang ketat. Dari semenjak
itu tidaklah lagi timbul kejadian-kejadian yang baru.
Sebaliknya beberapa buah Jawatankuasa Muhibah yang
tidak rasmi telah ditubuhkan dengan daya usaha penduduk
sendiri.

Penduduk ibu negara telah mulai sedar bahawa kiranya


mereka tidak mahu kehidupan ekonomi mereka terjejas,
maka kenalah mereka memberi sokongan yang lebih cergas
kepada Kerajaan. Orang-orang yang mengalami penderitaan
yang paling teruk akibat kekacauan-kekacauan dan
perintah-perintah berkurung ialah mereka yang miskin,

107
108

terutama penjaja-penjaja yang mencari penghidupan mereka


pada waktu malam. Bandar Kuala Lumpur telah beransur
pulih seperti sediakala dan penduduknya mula merasa
yakin. Dengan itu bulan Julai telah berlalu dengan tidak
berlaku sebarang kejadian-kejadian buruk.

Sungguhpun begitu satu peristiwa yang sangat buruk telah


berlaku pada 27 Julai di sempadan sebelah utara Malaysia
Barat. Enam orang askar Malaysia telah terbunuh dan lapan
lagi tercedera di dalam satu serang hendap di hutan tebal
oleh 30 penganas yang datang dari Thailand. Tempat
kejadian ialah kira-kira dua batu daripada Sintok, sebuah
kampong di Malaysia yang berdekatan dengan sempadan.

Setelah Kuala Lumpur pulih kembali seperti sedia kala, dan


apakala suasana di seluruh negara pada keseluruhannya
telah bertambah baik, maka perasaan takut dan bimbang
yang telah timbul dari kejadian 13 Mei itu telah beransur-
ansur hilang. Dengan itu juga maka masa hadapan negara
kita kian menjadi bertambah cerah.

Sekalipun begitu saya sangat dukacita kerana orang-orang


Cina di Kuala Lumpur telah terpengaruh dengan khabar-
khabar angin bahawa jika mereka membeli durian daripada
orang-orang Melayu atau menjual durian itu maka mereka
mungkin dipukul. Khabar angin ini mungkin juga ada
kebenarannya, tetapi tidaklah patut mereka itu membiarkan
diri mereka diancam oleh sekumpulan pemuda yang tidak
bertanggungjawab.

Seorang kawan saya telah memberitahu bahawa dia telah


diberi beberapa biji durian. Selepas daripada menikmati
buah yang lazat ini dengan secara bersembunyi di dalam
rumahnya, dia terpaksa dengan secara sulit menggali
sebuah lubang untuk menanam kulit durian itu pada sebelah
malam. Dia bimbang kiranya kulit-kulit durian itu dibuang

108
109

dalam tong sampah, maka mungkin cerita yang dia telah


melanggar pemulauan itu akan dapat diketahui dari mulut ke
mulut, dan dengan itu dia akan menghadapi satu akibat
yang buruk.

Kiranya rakyat yang taat mengambil sikap membiarkan diri


mereka terperangkap dengan perasaan takut oleh kerana
adanya ancaman supaya buah-buahan bermusim ini
dipulaukan, maka saya bimbang bahawa kita akan
mengambil masa yang lebih panjang untuk mengembalikan
keamanan yang sebenar di dalam negara ini. Mereka tahu
bahawa penjualan buah-buahan yang bermusim itu ialah
untuk selama masa yang tidak lebih dari dua bulan sahaja.
Saya suka melahirkan harapan saya moga-moga orang-
orang Cina yang taat setia kepada Malaysia menyatukan diri
mereka dalam sebuah pertubuhan untuk membantu
Kerajaan menentang anasir-anasir yang bersifat anti sosial
ini. Inilah sebabnya kita perlu mengadakan Jawatankuasa
Muhibah.

Oleh itu pada 21 Julai saya telah mengumumkan rancangan


untuk menubuhkan sebuah Majlis Muhibah Kebangsaan,
yang akan mempunyai badan-badan yang serupa itu juga di
peringkat negeri. Saya telah buat pengisytiharan ini dalam
satu mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua
Menteri yang telah diadakan di Kuala Lumpur, dan
menjelang akhir bulan itu saya telah mulai melawat ke
seluruh negara untuk mengembalikan perasaan muhibah di
merata tempat. Usaha saya ini telah mendapat sokongan
dan sambutan dari semua pihak.

Perasaan yang seperti inilah yang sebenarnya tertanam di


dalam hati seluruh bangsa Malaysia di semua peringkat dan
di kalangan semua kaum. Mereka suka hendak hidup

109
110

kembali dengan aman dan bahagia kerana tiap-tiap orang


sedar inilah cara-cara hidup yang dikehendaki oleh mereka.

BAB 15 : Sepucuk Surat

SAMPAI di sini perlulah saya berbalik ke belakang sedikit


untuk menghuraikan niat yang terpendam di sesetengah
kalangan sejak beberapa lama, dan niat itu telah mereka
kemukakan ke hadapan selepas rusuhan pada 13 Mei 1969.

Saya telah menyebut sebelum ini bahawa selepas keluar


dari hospital pada l6 Jun, satu peristiwa yang telah berlaku
pada ketika itu amatlah menyedihkan saya. Saya telah
menerima sepucuk surat yang kasar dari Dr. Mahathir bin
Muhamad, seorang calon Parlimen UMNO yang kalah dalam
pilihan raya di kawasan Kota Star Selatan, di negeri Kedah.
Beliau juga adalah salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO.

Surat seumpama tidak pernah saya lihat sepanjang


menceburkan diri dalam politik. Saya tidak pernah sekali-kali
menjangka bahawa surat seperti itu boleh ditulis oleh
seorang yang sentiasa menggembar-gemburkan dirinya
seorang penyokong kuat parti, sekalipun dia tidak bersetuju
dengan beberapa polisi yang dijalankan oleh parti.

Surat itu ditaip atas empat helai kertas dalam Bahasa


Melayu. bertarikh l7 Jun dan telah dihantar dari alamat
rumahnya sendiri di Alor Star di mana dia menjadi doktor
yang mempunyai kliniknya sendiri. Bagi seorang penyokong
parti, lebih-lebih lagi sebagai seorang Ahli Parlimen selama
lima tahun dan anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO selama
12 bulan, perbuatan menulis surat seperti itu kepada
Perdana Menterinya sendiri yang juga menjadi pemimpin
partinya, merupakan satu perbuatan yang tidak patut.

110
111

Sungguhpun begitu, beliau masih tidak berpuas hati. Beliau


telah menghantar salinan-salinan surat itu kepada kawan-
kawannya. Surat-surat ini kemudiannya telah disalin beribu-
ibu naskah dan telah disebarkan di kalangan pegawai-
pegawai Perkhidmatan Awam, penuntut-penuntut Melayu di
Institusi Pelajaran Tinggi dan juga kapada orang-orang
Melayu di kampung.

Sekalipun jika Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab


melakukan sendiri penyebaran suratnya itu, tetapi tidak pula
ia menahan kejadian itu daripada berlaku.

Tun Dr. Ismail juga telah menerima satu salinan surat itu
daripada Dr. Mahathir. Saya telah menyuruh satu salinan
dihantar kepada Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan
Pengerusi UMNO. Tun Abdul Razak kemudiannya telah
memanggil satu Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO
untuk membincangkan perkara surat itu. Persidangan itu
telah diadakan di rumahnya, Seri Taman, Kuala Lumpur
pada 12 Julai. Saya tidak hadir di persidangan itu tetapi Dr.
Mahathir telah menghadirinya.

Persidangan itu telah diadakan secara tertutup dan cuma


anggota-anggota Majlis Kerja Tertinggi sahaja dibenarkan
hadir. Sungguhpun begitu, wartawan-wartawan telah
menunggu di-luar pintu masuk ke Seri Taman kerana
mereka dapat mengagak sesuatu yang penting mungkin
berlaku. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah di atur
di sekeliling kawasan itu dan pintu-pintu masuk dan keluar
telah dijaga oleh polis yang bersenjata.

Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berjalan


selama tiga jam. Pada pukul 4.05 petang, Menteri
Penerangan dan Penyiaran, Hamzah Dato’ Abu Samah
telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar 17 baris.

111
112

Kenyataan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agong


UMNO, Senu Abdul Rahman. Kenyataan itu berbunyi:

“Satu Persidangan Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah


diadakan pagi ini untuk menimbangkan tindakan yang patut
diambil mengenai dengan penyebaran yang luas salinan
surat di antara Dr. Mahathir, seorang Anggota Majlis Kerja
Tertinggi UMNO dengan Tunku Abdul Rahman, Yang
Dipertua UMNO.

“Surat-surat itu mengandongi perkara-perkara dan


keterangan parti yang amat penting yang sepatutnya
dibincangkan terlebih dahulu oleh Majlis Kerja Tertinggi
UMNO memandangkan kepada suasana yang terdapat
dalam negara pada masa sekarang.

“Persidangan itu mengambil keputusan bahawa perbuatan


Dr. Mahathir itu merupakan satu kesalahan berat melanggar
disiplin dan peraturan parti. Jika perbuatan itu tidak dicegah
maka ia akan merosakkan perpaduan di dalam parti dan
juga Kerajaan yang didukung oleh parti.

“Majlis Kerja Tertinggi yang dihadiri oleh sernua Menteri


Kabinet dan Menteri Besar yang menjadi Anggota Majlis itu,
telah mengambil keputusan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi
menjadi Anggota Majlis itu mulai dari hari ini. Tunku tidak
hadir dalam persidangan itu.”

Saya tidak dapat menyiarkan sepenuhnya kansungan surat


Dr. Mahathir pada masa ini, tetapi saya perlu merujuk
kapada surat itu di dalarn buku ini. Sekiranya saya tidak
berbuat demikian, maka tentulah saya dapat dituduh tidak
memberi berita yang sepenuhnya.

Sungguhpun begitu, oleh kerana surat itu terlampau


berbahaya maka Menteri Hal Ehwal Dalamn Negeri, Tun Dr.

112
113

Ismail, telah rnengambil tindakan dua hari kemudian iaitu


pada 14 Julai untuk mengeluarkan perintah di bawah
Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi
mencegah sesiapa jua daripada menyiar, menyebar atau
memiliki salinan surat ini. Dalam perintah itu juga tegahan
yang sama telah dikenakan ke atas beberapa surat lain
dalam Bahasa Malaysia dan tindakan ini telah diambil untuk
kepentingan keselamatan negara.

Siapakah Dr. Mahathir dan apakah pendirian-nya dalam


UMNO? Jawapannya ialah ada sekumpulan orang yang
selalu disebut sebagai ‘pelampau’ (ultras), atau pun ‘bijak
pandai’ (intellectual) yang telah dapat menembus masuk dan
mencari kedudukan dalam UMNO. Sesetengah daripada
mereka duduk di Kuala Lumpur dan tidak seorang pun
daripada mereka mempunyai banyak hubungan dengan
orang ramai terutama di kawasan luar bandar.

Mereka tidak sesekali boleh mengharapkan sokongan orang


ramai dengan tenaga mereka sendiri, tetapi mereka boleh
buat bermacam-macam angkara, dan inilah yang mereka
lakukan bersungguh-sungguh sekarang. Di belakang segala
penentangan yang ditimbulkan dalam UMNO ini mesti ada
seorang yang tahu bagaimana hendak merancang dan
bagaimana hendak mendapatkan orang lain
melaksanakannya. Adakah orang itu Dr. Mahathir sendiri
atau pun ada orang lain?

Orang mungkin bertanya apakah .tujutuan mereka. Melalui


orang lain saya telah cuba bertanya kapada beberapa orang
daripada puak “pelampau” (ultras) itu apakah jawapan
kapada soalan itu. Dan setakat yang saya tahu mereka
mahu mengadakan satu “order” baru dalam UMNO dan
dalam negara ini. Misalnya mereka berpendapat bahawa
cara pemikiran politik kita telah lapok dan tidak selaras

113
114

dengan dasar Afro-Asia. Antara cita-cita yang terpendam


dalam hati mereka mungkin untuk menyingkirkan raja
berperlembagaan dan menegakkan Malaysia sebagai
sebuah negara republik. Saya agak selepas Malaysia
diisytiharkan sebagai republic, maka mereka akan ubah
dasar luar kita untuk membawa kita lebeh hampir kapada
kumpulan Afro-Asia.

Menurut satu maklumat yang diterima, meskipun Sukarno


telah digulingkan oleh rakyat Indonesia, tetapi ajarannya,
wang ringgitnya, pengikut-pengikut yang rapat dengannya
dan pendukung faham Karno masih ada bertaburan di
seluruh Asia dan dasarnya itu masih di-perjuangkan’ engan
bersungguh-sungguh.

Semasa pemerintahannya, orang-orang Sukarno sama ada


yang berkhidmat dalam Kerajaan atau pun dalam swasta
mempunyai hubungan secara langsung dengan pertubohan,
pemimpin-pemimpin parti berlauan kiri dan orang-orang
perseorangan di Malaysia, dan pakatan-pakatan telah
dirancang untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia.

“Banyak pemimpin yang kononnya mendakwa sebagai


pemimpin Melayu telah di-pesongkan fikiran mereka dan
telah dijadikan alat yang berguna untuk melaksanakan
rancangan ini. Di antara rancangan ini ialah pembentukan
Pasukan Tentera Gerkan Bumiputra di sepanjang Pantai
Timor dan Barat Malaysia dan di sepanjang sempadan
Thailand. Pemimpin-pemimpin mereka itu mempunyai
hubungan langsong dengan mereka yang bertanggungjawab
mengendalikan rancangan ini.

“Menurut rancangan mereka, alat-alat senjata dan peluru


akan dibekalkan menerusi jalan laut. Sebagai langkah
permulaan, kempen yang kotor dan fitnah yang jahat
mestilah dilancarkan sebelum tindakan lanjut diambil. Cara

114
115

yang telah digunakan .ialah dengan menyebarkan “risalah


beracun” untok menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin
UMNO yang terkemuka, terutama Tunku Abdul Rahman
yang mesti digulingkan dengan apa cara sekalipun.

“Buat saya, saya fikir fahaman Afro-Asia hari ini terutama


selepas kejatuhan Soekarno di Indonesia dan Nkrumah di
Ghana, sangat selari dengan pemikiran kita; tetapi sama ada
ahli-ahli UMNO dalam kumpulan tersebut sedar tentang
hakikat ini atau pun tidak, tidaklah di-ketahui.

Jelaslah bahawa apa yang dikehendaki oleh “pelampau-


pelampau” ini ialah supaya UMNO sahaja yang memegang
seluruh pentadbiran Kerajaan sebagai sebuah parti. Saya
telah berulang kali menyatakan bahawa kehendak ini adalah
bertentangan dengan dasar saya. Sebenar-nya saya telah
pernah berkata bahwa sakalipun cuma tiga orang ahli MCA
sahaja yang menang dalam pilihan raya, maka Perikatan
akan terus terpelihara, dengan tiga buah parti yang berikat
-UMNO, MCA dan MIC- bekerjasama sebagai wakil orang
Melayu, orang Cina dan orang India Malaysia.

Puak “pelampau” ini tidak mengetahui berapa kali Lee Kuan


Yew telah cuba memujuk saya supaya mengambil PAP
masok campur dengan kita, tetapi percubaannya itu tidak
berjaya.

Mereka yang menentang pimpinan saya sentiasa


menjalankan taktik menyerang peribadi saya dengan tujuan
hendak melemahkan UMNO kerana saya disifatkan sabagai
imej parti itu. Mereka terpaksa menjalankan taktik itu kerana
mereka itu telah gagal hendak memecahkan perpaduan
UMNO dengan cara lama. Jadi mereka melancarkan
kempen membusukkan peribadi saya supaya jatuh maruah
saya di mata orang ramai. Tetapi usaha mereka itu tidak
mendatangkan kesan sahinggalah baru-baru ini.

115
116

Sungguhpun bagitu. apakala surat Dr. Mahathir kapada saya


itu telah disebarkan luas, maka golongan yang menentang
saya itu tidak lengah lagi mengambil kesempatan itu untuk
mengeruhkan lagi suasana.

Sekarang telah ternyata bahawa golongan ini telah


menggunakan penuntut-penuntut di institusi pelajaran tinggi
untuk menjalankan kerja mereka yang kotor. Apa yang
mereka telah gagal mencapai dengan perlawanan yang
terbuka, mereka sekarang berharap akan dapat sedikit
kejayaan dengan menimbulkan kekacauan di kalangan ahli-
ahli parti. Gerakan Dr. Mahathir itu tidak syak lagi telah
membantu anasir-anasir yang memusuhi saya bagi
menimbulkan kemarahan orang terhadap saya sebagaimana
yang telah terbukti daripada kejadjan-kejadian yang berlaku
kemudian.

Paca 17. Julai pukul 7.00 pagi, sehelai kain cogan kata telah
dijumpai terikat di pagar hadapan masjid Universiti Malaya;
sebuah masjid yang saya telah bina untok penuntut-
penuntut universiti itu. Di atas kain itu tertulis slogan
berbunyi: “Rejim Tunku 1mperialis dan Feudalis” dlan
“Tunku, Berhentilah.”

Slogan yang samna saperti ini telah digunakan dan masih


lagi digunakan oleh Parti Rakayat, sebuah parti yang kuat
menentang Kerajaan, Parti inilah juga yang telah
menyokong polisi Sukarno “ganyang Malaysia”.

Pada hari itu penuntut-penunut telah membawa sepanduk-


sepanduk yang tertulis di atas-nya perkataan-perkataan
yang dapat menunjukkan dengan jelas pandangan politik
mereka. Salah satu berbunyi: “Kami mahu sa-orang
pemimpin dinamik”. Pemimpin yang mereka mahu ialah
seorang yang sanggup membakar sumbu dinamit untok
meletupkan negara dan masyarakat kita hingga berkecai.

116
117

Sepanduk yang satu lagi pula berbunyi “Singkirkan kaki


poker dan kaki kuda” dan yang satu lagi berbunyi . “Tunku,
bersaralah.”

Sepanduk seumpama itu dan banyak lagi yang !ain dapat


menunjokkan apakah tujuan mereka. Slogan seperti inilah
yang telah biasa digunakan o1ehv kumpulan perpaduan
Afro- Asia dan pertubohan lain yang antikerajaan.

Penuntut-penunut Melayu Univeriti Ma1aya yang


mengadakan tunjuk perasaan itu telah bermesyuarat
kemudiannya dengan penuntut-penunut Maktab Teknologi
MARA dan menentang pemecatan Dr. Mahathir daripada
Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Kesan daripada pertemuan itu,
maka ramailah penuntut MARA yang telah mengambil
bahagain dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan pada
hari itu di kawasan maktab mereka untok membantah
langkah yang diambil oleh UMNO ke atas Dr. Mahathir.
Mereka mengecap saya sebagai pengkhianat bangsa saya.
Mereka telah membuat ucapan yang berapi-api menuntut
supaya saya disingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Abdul


Ghaffar Baba, iaitu menteri yang bertanggungjawab di atas
Maktab MARA, telah bercakap dengan pemimpin penuntut-
penuntut itu. Beliau telah bertanya kepada mereka apa
kena rnengena pemecatan Dr. Mahathir daripada Majlis
Kerja Tertinggi UMNO itu dengan mereka, dan adakah
mereka menjadi ahli UMNO? Mereka jawab tidak, tetapi
menegaskan bahawa mereka berhak bercakap dalam
perkara ini kerana mereka orang Melayu. Beliau
kemudiannya bertanya sama ada mereka bersetuju dengan
UMNO sebagai parti politik mereka, dan mereka jawab
“tidak”.

117
118

Ghaffar sangat terperanjat apabila mereka menceritakan


satu persatu apa yang telah berlaku dalam mesyuarat Majlis
Kerja Tertinggi UMNO yang dirahsiakan itu. Apabila beliau
bertanya siapakah yang telah memberitahu mereka,
mereka tergamam dan tidak tahu apa yang hendak
dikatakan.

Kesemua ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah


mengangkat sumpah tidak boleh membocorkan sabarang
perkara yang dirunding dalam mesyuarat, dan dengan
sebab itu tentulah menimbulkan teka-teki bagaimana
maklumat berkenaan dibocorkan.

Kejadian ini menunjukkan bahawa sangatlah mudah hendak


mempengaruhi fikiran orang muda. Mereka akan percaya
“apa sahaja jika perkara itu berulang-kali dicakapkan kepada
mereka. Sesetengah kakitangan dan pegawai juga
bertanggongjawab di atas kejadian ini. Beberapa orang
daripada mereka telah sanggup berdiri di atas pentas politik
untuk berkempen menentang Perikatan dalam pilihan raya
baru-baru ini. Mereka tidak berjaya menjatuhkan Perikatan
dengan cara berperlembagaan, dan dengan kerana itu
mereka itu sibuk menjalankan usaha untuk menggulingkan
Perikatan dengan cara lain.

Bagitulah juga halnya dengan penuntut-penuntut Universiti


Malaya. Naib Canselor Universiti Malaya, Professor Engku
Aziz telah bercakap kapada penuntut dalam kawasan
universiti dan telah mendapat jawapan yang hampir sama
daripada mereka.

Aliran politik telah menjadi begitu berbahaya pada masa ini!


Menggunakan penuntut-penuntut untuk menjalankan kerja
yang kotor ini samalah dengan cara yang telah dibuat oleh
Parti Komunis di Indonesia dan Kumpulan Per paduan Afro-
Asia di Burma sebagai yang di-Iaporkan oleh Aleksandr

118
119

Kaznacheev dalam bukunya bertajuk “Inside A Soviet


Embassy” (Di Dalam Sebuah Kedutaan Soviet) yang telah
diterbitkan pada tahun 1962. Kaznacheev telah lari dari
Kedutaan Soviet di Rangoon untuk mencari perlindongan di
Kedutaan Amerika.

Dengan memetik buku ini tidaklah bererti bahawa saya


membuat sebarang tuduhan atau sindiran terhadap Russia,
kerana saya yakin bahawa mereka tidak melakukan apa jua
pun dalam pilehan raya baru-baru ini, dan tidak pula mereka
terbabit dalam peristiwa 13 Mei atau pun kemudian daripada
itu.

Sungguhpun begitu buku ini menceritakan kejadian-kejadian


yang telah berlaku semasa Komunis China dan Komunis
Russia masih menjadi sahabat baik. Adalah menjadi satu
taktik kapada semua Komunis untok menggunakan penuntut
bagi mencapai tujuan mereka, dan salah satu daripada
senjata yang mereka gunakan ialah Kumpulan Perpaduan
Afro-Asia.

Kaznacheev yang menjadi seorang pakar dalam kumpulan


agen penyeludup Russia menyebut Kumpulan Perpaduan
Afro-Asia itu sebagai “sebuah pertubuhan belia Komunis
yang handal”. Dia telah menceritakan satu temuramah yang
telah diadakan di Rangoon dengan se-orang pemimpin belia
yang dia sifatkan sebagai “saorang peguam terkenal yang
rnempunyai perhubungan yang luas di kalangan Kerajaan
Burma dan parti-parti politik yang besar. Beliau juga
mempunyai pengaruh yang kuat dalam Barisan Bersatu
Komunis Kebangsaan (Communist National United Front),
dan juga menjadi salah seorang daripada pemimpin
pertubuhan belia Komunis yang dipanggil Kumpulan
Perpaduan Afro-Asia.

119
120

Menurut Kaznacheez, pemimpin Burma itu telah berkata


sebagaimana berikut mengenai pengambilan belia.

”Belia ini adalah bahan yang terbaik untuk kami. Sekalipun


pemikiran mereka di segi politik tidak masak, tetapi otak
mereka penuh dengan idealisme dan semangat yang
berkobar-kobar; buah Komunis yang ditegah itu lebih manis
kepada mereka daripada fahaman politik Burma sendiri.
Penuntut-penuntut kita lebeh suika menghadiri perjumpaan
yang riuh rendah dan tunjuk perasaan mengibar bendera
daripada tekun dalam pelajaran mereka. Sikap ini adalah
lebeh baik untok kami (bererti untok tujuan Komunis).
Mereka mcmuja kejayaan Komunis dan tidak dapat melihat
selain dari it. Mereka gemarkan slogan yang
memerangsangkan, suka memasuki pakatan sulit, dan
inginkan pimpinan yang keras. Jadi kerja kami ialah
mengadakan perkara yang mereka sukai. Dan sebagaimana
yang diketahui, belia yang berpelajaran ini amat-lah penting
untuk masa hadapan negara Burma; satu hari kelak mereka
akan meninggalkan bangku pelajaran mereka dan
memegang jawatan yang penting dalam Kerajaan,
perusahaan dan pasokan bersenjata, Sesetengah daripada
mereka akhirnya tentulah hilang minat terhadap gerakan kita
itu, tetapi yang lain akan terus bersama kita.

“Mereka suka mendengar sesiapa yang boleh bercakap


panjang dan kuat, jadi kita pun berbuat bagitu dan tidak ada
siapa pun di sini yang menentang kata-kata kita itu! “

“Rancangan perjuangan kita adalah mudah dan ini adalah


satu cara perjuangan Lenin yang telah memberi kesan. Kita
mendesak kerajaan bourgeois untuk memberikan kita
kebebasan dan demokrasi yang penoh dan tidak berhad
supaya dapat kita memikat orang ramai menyebelahi kita,
dan dengan itu dapatlah kita kebebasan untuk menguatkan

120
121

kedudokan kita dan melemah serta menjatuhkan moral


musuh-musuh kita. Kita menyeludup masuk ke dalam parti-
parti politik lain secara beramai-ramai, terutama parti yang
memerintah dan meletakkan orang-orang kita memegang
kedudukan yang penting dalam jabatn Kerajaan dan tentera.
Dengan perlahan-lahan dan dengan senyap bahkan dengan
tidak disedari kita akan mengambil kuasa di seluruh negara.
Ketika itu biarlah satu gerakan yang pantas dan gagah
di1ancharkan untuk menumbangkan Kerajaan bourgeois itu
dan merampas kuasa dengan sepenuhnya. Sesunggoh-nya
kita sedar bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat
menjayakan rancangan kitaa ini dengan tidak mendapat
pertolongan China.

“Kita mestilah ingat bahawa semua keadaan yang terdapat


dalam negara ini adalah mewajarkan kita mengambilalih
kuasa d negara ini, dan setelah kuasa itu ada di tangan kita,
kita akan meletakkan Burma di jalan yang betul! Ketika itu
tidaklah lagi kita memerlukan kebebasan dan demokrasi
bercorak bourgeois yang buruk itu. Gantinya kita akan
menubuhkan sebuah Kerajaan Komunis. Kita akan
menunjukkan apakah demokrasi yang sebenar-benarnya
dan ketika itu tidak ada siapa pun yang akan berani
menentang kita. Burma memerlukan satu kuasa yang kuat
untuk memerentahnya.”

lnilah pengajaran yang telah kita dapat ambil daripada apa


yang telah berlaku di.negara-negara jiran kita. Dan kita juga
telah dapat melihat bagaimana Negara-negara itu
menghadapi kesulitan akibat daripada perbuatan Komunis
China itu. Tanda-tanda telah menunjukkan bahawa chara
dan taktik yang serupa sedang dilakukan oleh mereka dalam
Negara kita sendiri dan kira-nya rancangan mereka itu
dibiarkan, maka hadapilah akibatnya.

121
122

Apa yang berlaku di Burma turut berlaku di Negara-negara


lain. Puak “pelampau” sedar bahawa dengan perbuatan
mereka menghasut pelajar-pelajar muda itu, terutama di
kalangan pemuda Melayu yang mempunyai semangat
kebangsaan, maka mereka bermain dengan api. Nyatalah
ini yang menjadi tujuan mereka kerana mereka melihat
bahawa di negara lain kekacauan oleh penuntut sentiasa
berlaku dalam masa beberapa tahun yang lepas kecuali di
Malaysia.

Apakah sebabnya belia Melayu ini dengan tidak semena-


mena menimbulkan tuduhan ke atas Kerajaan kerana tidak
menolong orang-orang Melayu, terutama sekali kerana tidak
memberi peluang perniagaan kapada mereka? Menurut
mereka. orang Melayu telah menjadi mangsa kapada kaum
“kapitalis” , dan tinggallah orang Melayu sebagai kaum yang
miskin. Mereka memejamkan mata mereka terhadap segala
usaha yang kerajaan laksanakan untuk menolong orang
Melayu dalam perniagaan dan perusahaan. Kolej MARA
sendiri. Adalah satu bukti yang jelas betapa besar hasrat
Kerajaan untuk memberi mereka pelajaran yang sesuai
dengan kehidupan di Negara ini dan mengadakan latihan
dalam lapangan perniagaan.

Di universiti pula, tempat-tempat telah dikhaskan untok


penuntut-penuntut Melayu sehingga menimbulkan
kemarahan dan kecurigaan kaum lain. Sungguhpun begitu
nampaknya mereka belum berpuas hati. Setengah daripada
penuntut yang termakan hasutan puak pelampau itu tidak
lagi dapat bersabar bahkan rnendesak supaya perniagaan
asing dirampas sama seperti yang telah di-lakukan oleh
Sukarno di Indonesia

Apa yang berlaku seterusnya di Indonesia di bawah


pemerintahan Sukarno yang telah tunduk kapada golongan

122
123

pelampau ini? Oleh kerana mereka tidak mempunyai


kebolehan dan pengalaman dan tidak tahu cara-cara
perniagaan, maka ekonomi Indonesia telah terjerumus ke
dalam jurang kebinasaan. Moda1 asing telah ditarik keluar
dari Negara itu, kilang-kilang perusahaan telah ditutup,
pemodal baru enggan datang, hutang negara telah
meningkat berganda-ganda banyaknya. dan nilai rupiah
telah jatuh.

Sekarang di bawah pemerintahan Prcsiden Suharto,


seorang pernimpin yang luas fikirannya, maka barulah
Indonesia mula menunjokkan tanda-tanda untuk pulih
kembali daripada kebinasaan yang telah dilakukan oleh
Sukarno yang dipengaruhi oleh pelarnpau.

Setelah rnelihat sendiri kejadian yang telah berlaku di


negara lain, maka adakah bijak untuk kita mengikut jejak
langkah mereka. Apa yang diperlukan ialah ketekunan,
keazaman dan rancangan yang teratur. Jika Sukarno tidak
menyedari syarat-syarat ini, maka mestikah kita buta saperti
beliau. setelah kita mencapai segal a kemajuan dan
kemakmuran yang telah kita peroleh sejak kemerdekaan,
dengan pimpinan. yang tersusun dan teratur dalam
perniagaan yang bebas?

Pada 24 Ogos, semasa saya berada di Alor Star dalam


rangka lawatan ke seluruh negara ,saya telah memuka
tembelang mengenai satu kempen sulit yang dilancarkan
untuk .mendapatkan sokongan dengan berselindung di
seabalik ajaran Islam. Kempen itu telah di-beritahu kapada
saya oleh Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad bin
Mohamed Hashim yang telah datang dari Kangar.

Tan Sri Sheikh Ahmad mendapat tahu berkenaan kempen


ini semasa beliau membuka dan berucap pada persidangan

123
124

tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Is1am


Malaysia cawangan Perlis pada 22 Ogos.

“ Kira-kira 100 orang hadir dalam meshuarat itu, dan


kebanyakan mereka kelihatan saperti orang kampong biasa.
Sebelum saya berucap dalam majlis itu, tiga orang pemuda
datang dan duduk di depan saya. Mereka berkelakuan tidak
sopan sambil menanggalkan kot mereka. Saya terkejut
melihat belakang kemeja pemuda-pemuda itu tertulis
“Revolusi”.

“Selepas saya berucap, Naib Presiden Persatuan itu dari


Kuala Lumpur bernama Mansor bin Abdul Rahman
mengambil alat pembesar suara. Saya terkejut apabila dia
mengecam Perdana Menteri kerana mengambil bahagian
chergas dalam Majlis Gerakan Negara dan menyeru para

hadirin jangan percaya kapada majlis itu. Ia juga


mengecham rancangan Kerajaan menubuhkan
Jawatankuasa Muhibah yang dianggapnya tidak berguna
kerana jawatankuasa itu ditubuhkan se-lepas berlaku
kekacauan.

”Banyak lagi perkara yang tidak akan disebut oleh sebarang


rakyat yang taat setia telah kedengaran dilaungkan dalam
perjumpaan itu. Malah.dia menyeru .mereka yang hadir
dalam mcsyuarat itu supaya jangan peduli kalau Kerajaan
cuba menghalang persatuan itu daripada mencapai cita-
citanya.”

Kejadian di Universiti Malaya pada 28 Ogos dapat


memboktikan lagi bagaimana fikiran penuntut-penuntut
Melayu itu telah dipengarohi dan dipesongkan. Pada waktu
itu universiti tersebut menjadi tempat pcrhimpunan
antarabangsa terdiri daripada pakar-pakar muzik, penari dan
pclakon dari pelbagai negara Asia Tenggara untuk

124
125

membincangkan dan menunjukkan tarian dan lakonan


drama tradisional rantau ini. Langkah penge1ola memilih
Malaysia dan Universiti Malaya sebagai tempat persidangan
kebudayaan ini merupakan satu penghormatan yang sangat
besar. Kira-kira 200 penuntut Mel.ayu telah mengambil
keputusan untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang
saya, dan dengan sengaja memilih masa ketika tetamu-
tetamu asing dari Asia Tenggara berada di sini. Sekalipun
Naib Canselor, Prof. Ungku Abdul. Aziz tel.ah memberi
amaran kapada penuntut-penuntut itu, mereka ttetap
berdegil mengadakan tunjuk perasaan.

Mereka melakukan tunjuk perasaan mencntang saya di


Dewan Tunku Canselor, sebuah bangunan yang mengambil
sempena nama saya untuk mengenang jasa saya sebagai
Canselor Universiti itu. Kelakuan mereka telah menjatuhkan
maruah dan memalukan bangsa dan negara kita. Saya tidak
pernah terfikir bahawa perkara yang seperti ini boleh
berlaku.

Selama 17 tahun saya telah menjadi pemimpin yang


dihormati dan disanjung tinggi berdasarkan kapada apa
yang telah saya buat untok bangsa dan negara. Sekarang
dengan adanya satu fitnah yang jahat maka saya terus dicap
sebagai seorang pengkhianat dan musuh bangsa dan
dengan itu saya mesti disingkirkan.Adakah mereka sedar
bahawa apa yang mereka lakukan itu sebenarnya bukanlah
menentang diri saya seorang sahaja bahkan menentang
Kerajaan negara ini yang telah ditubuhkan dengan sah dan
saya menjadi ketua-nya? Saya telah dipilih memegang
kedudukan itu dengan kehendak rakyat melalui pilihan raya.

Kebanyakan orang telah sedia maklum bahawa saya


memang berchadang hendak bersara. Saya telah berulang
kali melahirkan hasrat ini sebelum diadakan pilihan raya

125
126

umum 1969. Segala langkah yang telah saya ambil bagi


mengatur persaraan saya itu dapat dijadikan bukti tentang
hasrat saya hendak bersara. Saya telah memimpin Tun
Abdul Razak untuk bersedia menerima jawatan yang berat
itu, dan langkah saya ini bukanlah menjadi satu rahsia lagi
kerana saya telah. Berulang kali mengisytiharkan hasrat
saya itu. Saya juga telah membeli sekeping tanah dengan
bantuan wang dari. Sahabat-sahabat saya supaya dapatlah
saya membena sebuah rumah bagi orang susah (Home for
the Distressed), dan mengendalikan sendiri rumah itu
supaya dapatlah saya berkhidmat selepas bersara kapada
mereka yang benar-benar perlukan pertolongan. Jadi
kenapakah dcngan tidak semena-mena timbul penentangan
terhadap diri saya, dan kepimpinan saya dipersoalkan?
Mereka melaung-laungkan kempen “Malukan Tunku dan
tumbangkan Kerajaan.”

BAB 16 : Rebutan Kuasa Dalam UMNO

Tidakklah dapat dinafikan lagi tentang adanya perebutan


kuasa didalam UMNO sendiri antara mereka yang telah
menegakkan parti ini dan yang telah berkorban untuk
kemerdekaan kita dengan anasir-anasir baru yang
digelarkan ‘pelampau’ (ultras).

Rebutan kuasa ini telah bermula dari sejak dua tahun lepas
atau pun terdahulu dari itu. Penyokong-penyokong yang taat
setia kepada UMNO telah dapat mencegah perbuatan puak
‘pelampau’ itu kerana UMNO ketika itu kuat dan kerana
adanya sokongan yang penuh daripada semua ahli, dari
atas sampailah ke bawah.

Dengan sebab itu mereka yang memanggil dirinya


‘pelampau’ (ultras) pada keseluruhannya tidak membuat
bising sekali pun mereka bergerak cergas dengan
menjalankan kempen sulit di kalangan belia yang

126
127

mengelarkan diri mereka bijak pandai


(intellectual). Saya sentiasa menasihatkan penuntut-
penuntut yang masih muda itu supaya kita sentiasa
mengawasi dan menentang ahli-ahli politik yang seperti ini.
Keadaan penuntut-penuntut di negara-negara sebelah Barat
adalah berlainan kerana universiti-universiti dan pusat-pusat
pengajian tinggi di benua itu telah ditubuhkan beratus-ratus
tahun. Mereka boleh mencuba apa jua yang mereka fikir
secocok dengan jiwa mereka dengan tidak
mendatangkan sebarang bahaya, tetapi bagi kita Malaysia
ini kedudukannya sangatlah berlainan.

Negara ini masih muda, universitinya masih muda dan boleh


dikatakan bergantung sepenuhnya kepada sokongan
kerajaaan. Universiti ini telah berkembang dari sebuah
univesiti yang teratur baik dengan mempunyai lebih 6,000
penuntut. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan
untuk memperelok universiti itu setelah kita mendapat
pengalaman dan dapat mengadakan peruntukan yang lebih
banyak. Hasrat Kerajaan ialah hendak menegakkan
universiti ini dan juga universiti-universiti lain menurut
sebagaimana yamg telah kita rancang dan meletakkan
kepada satu darjah dan kedudukan yang tidak kurang dari
universiti-universiti yang terbaik dalam Komanwel. Misalnya
Universiti Pulau Pinang telah dimulakan dengan secara yang
kecil tetapi kita mempunyai rancangan untuk masa hadapan
universiti itu sebagaimana yang kita telah lakukan untuk lain-
lain rancangan kerajaan.

Tidak lama lagi sebuah Universiti Kebangsaan akan


ditubuhkan untuk memberi peluang kepada mereka yang
tiada kesempatan melanjutkan pelajaran tinggi di dalam
bahasa-bahasa yang lain dari Melayu supaya dapatlah
mereka juga peluang bekerja sebagaimana orang-orang lain
yang berkelulusan universiti. Langkah permulaan telah pun

127
128

dibuat dengan membuka Jabatan Pengajian Melayu di


Universiti Malaya. Inilah juga tujuanya bagi Maktab Latihan
Mara di mana penuntut-penuntutnya diberi pelajaran dan
latihan untuk mendapatkan pengetahuan yang perlu bagi
membolehkan mereka menjalankan pekerjaan masing-
masing kelak, terutamanya untuk menolong mereka
memperbaiki kehidupan orang-orang kita yang berselerak di
merata ceruk rantau dan kawasan-kwasan luar bandar
sehingga ke perbatasan hutan rimba.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan unuk


memperkaya dan memperbaiki lagi Bahasa
Melayu sehingga taraf kedudukannya telah dapat ditinggikan
lagi dan dengan itu Bahasa Melayu telah diterima sebagai
bahasa kebangsaaan – Bahasa Malaysia.

Segala rancangan yang dilancarkan untuk pelajaran tinggi


itu adalah bertujuan supaya pada masa hadapan kelak
penuntut-penunutut inilah yang akan dapat menolong bagi
menyebarkan ilmu pengetahuan dan juga menolong untuk
menghapuskan kejahilan dan kemiskinan. Menjadi harapan
kita bahawa mereka akan menolong orang-orang Melayu
yang ada pada umunya tidak menunjukkan kecenderungan
dalam lapangan memperbaiki lagi kehidupan mereka kerana
orang-orang Melayu ialah satu bangsa yang suka
meneruskan cara hidup yang diwarisi dari zaman ke zaman
dengan tidak mempunyai sebarang pandangan dengan
cara-cara bagaimana mereka boleh mendapat penghidupan
yang lebih baik dalam dunia ini.

Kita juga telah mengharapkan bahawa melalui generasi


penuntut-penuntut yang berpelajaran tinggi ini untuk masuk
ke pelbagai lapangan, akan dapat memberi nafas dan
semangat baru dalam kehidupan orang Melayu. Mereka
patutlah belajar dengan tekun semasa berada di universiti,

128
129

maktab dan pusat-pusat latihan supaya mereka menjadi


rakyat yang berguna untuk bangsa mereka sendiri.

Perkara yang sangat mendukacitakan ialah golongan yang


memanggil diri mereka “pelampau” dan “bjjak pandai”
menggunakan pusat-pusat pengajian tinggi ini untuk
mengganggu pelajaran penuntut dengan memasukkan
jarum politik mereka. Adalah menjadi satu perkara yang
sangat dikesali bahawa apa yang Kerajaan telah buat untok
kebaikan mereka telah menimbulkan kesan yang
bertentangan dengan tujuan Kerajaan, dan menjadi satu
masalah yang terpaksa kita hadapi.

Dalam perbualan saya dengan Tun Abdul Razak, kami telah


mengkaji setiap rancangan yang telah dilakukan oleh
Kerajaan untok menolong rakyat negeri dari sejak
tercapainya kemerdekaan. Masjid, surau dan sekolah
agama telah dibina di seluruh negara. Banyak orang yang
mendapat faedah daripada ranchangan Kerajaan itu telah
berpaling tadah menentang Parti Perikatan.

Bagitulah juga pusat-pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan


oleh Kerajaan dengan tujuan memberi pelajaran dan ilmu
pengetahuan yang boleh mendatangkan kebajkan dan
keuntungan kapada mereka keluarga mereka, telah menjadi
tempat yang merunsingkan fikiran kami. Tun Abdul Razak
berkata: “Nampak-nya semua tidak berjalan dengan betul
sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi bagaimanakah
mereka sampai hati berbuat demikian kapada Tunku pada
hal Tunku telah banyak membuat jasa kapada rakyat dan
negara. Patik sendiri tidak faham.”

Kita tidak dapat membuat sebarang kesimpulan selain


daripada mengatakan bahawa mereka telah depengaruhi
sewaktu umur mereka masih begitu muda untuk
mempercayai apa sahaja. Semua perkembangan ini berlaku

129
130

semasa negara kita baru sahaja berada di ambang


pembangunan, kemakmuran baru yang mungkin tidak
pernah tercapai dalam sejarah Asia Tenggara sebelum ini.

Jika berlaku apa-apa kepada negara ini sekarang, maka


akan timbullah keadaan huru-hara walhal pilihan raya telah
pun tamat dan krisis yang timbul daripada rusuhan telah
dapat dikawal, begitulah juga segala tindakan di bawah
Undang-Undang Darurat telah berjalan dengan jaya. Jika
kejadian ini berlaku, maka Malaysia akan mundur ke
belakang beberapa tahun, dan segala yang telah dicapai
dalam masa 12 tahun kemerdekaan kita, segala
kemakmuran dan kejayaan yang kita telah dapati semuanya
akan rosak. Kita mestilah tegas supaya kejadian ini tidak
akan berulang lagi.

Puak pembangkang dan musuh-musuh parti yang


memerintah tentulah segera akan mengambil kesempatan
dalam suasana yang saperti itu, dan sebenarnya inilah
peluang yang mereka tunggu. Tujuan mereka ialah hendak
menjahanamkan Perikatan, dan dengan menjahanamkan
Perikatan dapat-lah mereka menjahanamkan bangsa dan
negara yang telah di-bina oleh Perikatan.

Jika Negara ini mempunyai musuh-musuh di dalam dan luar


negara, maka mestilah kita semua menyedari bahawa
adalah menjadi satu perkara yang amat sukar bagi mana-
mana Kerajaan juga pun hendak memperteguhkan
kedudokannya sambil memelilara darjah keamanan dan
keselamatan yang telah kita semua nikmati sejak
kemerdekaan.

Perebutan kuasa di kalangan UMNO, bukanlah satu perkara


yang boleh mendatangkan kebaikan. Banyak ahli yang jujur
telah. dapat dipesongkan oleh “pelampau” itu, dan dengan
itu mereka juga tertarik dengan kemungkinan Perikatan

130
131

menubuhkan Kabinet tanpa wakil MCA di dalamnya.


Semasa Tun Tan Siew Sin membuat kenyataan bahawa
MCA patut berundur dan tidak mengambil bahagian dalam
pentadbiran Kerajaan, puak pelampau itu (ultras)
menyokong secara terang-terangan. Kebanyakan daripada
puak pelampau itu merasa senang hati kerana apa yang
mereka cita-citakan akan menjadi kenyataan.

Tujuan mereka ialah supaya saya brundur terlebih dahulu


dan jika kejadian ini berlaku. barulah mereka akan
meneruskan ranchangan mereka yang lain. Sebab itulah
tuduhan-tuduhan Dr. Mahathir terhadap diri saya telah
disebarkan seluas-luasnya.

Puak “pelampau” ini’ telah berusaha dengan cara sulit untuk


menarik ahli-ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya
supaya mengikut rancangan mereka itu. Mereka telah
berjaya mendapatkan sokongan di kalangan orang-orang
muda yang tidak dapat berfikir sendiri, tetapi pada
keseluruhannya cita-cita mereka itu telah ditolak kerana ia
disifatkan sebagai satu rancangan yang tidak dapat
dilaksanakan dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Da1am pilihan raya yang 1epas kita telah dapat saksikan


bahawa orang-orang Cina pada umumnya tidak berpegang
kapada fahaman po1itik yang kuat tentang bagaimana
mereka akan membuang undi. Pendirian mereka boleh
berubah dari satu parti ke parti yang lain. Misalannya, Dr.
Lim Chong Eu yang sekarang ini menjadi Ketua Menteri
Pu1au Pinang. Pada satu ketika du1u dia menjadi pemimpin
MCA, kemudian meninggalkan parti itu sebelum pilihan raya
1964, tetapi pada ketika itu orang-orang Cina masih
menyokong MCA. Tetapi dalam pilihan raya baru-baru ini,
orang-orang Cina telah berpusing ke belakang dan
menyokong calon-calon parti lain, dan dengan

131
132

perkembangan ini maka Dr. Lim sebagai pemimpin Parti


Gerakan telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita tidak boleh meramalkan apakah sikap pengundi-


pengundi Cina dalam pilihan raya akan datang. Mungkinkah
mereka ke1uar dan mengundi MCA? Dengan kekalahan
MCA, atau pun yang disifatkan sebagai satu kekalahan oleh
mereka, maka tidak ada sebab kenapa kita patut berasa
terharu atau bimbang tentang masa depan MCA. Malah
tidak patut kita menolak seorang sahabat yang telah berdiri
bersama-sama dengan kita sekian lama dan menolong kita
mencapai kemerdekaan.

Di kalangan ahli-ahli yang setia, terdapat beberapa orang


yang berkehendakkan supaya UMNO atau orang Melayu
sahaja yang memerintah Negara ini. Cita-cita seperti ini tidak
dapat dilaksanakan dalam sebuah negara yang jumlah
pendudoknya berbilang kaum, tetapi kumpulan “pelampau”
berpegang kapada pemikiran saperti ini dengan tujuan
hendak mendapat sokongan orang-orang Melayu.

Cadangan “pelampau” supaya orang-orang Melayu sahaja


memerintah Negara ini, pada jangka panjang tidak akan
berjaya. Sikap ini mengikut taktik PASdan tidak sekali-kali
akan dapat menyelesaikan kesulitan yang kita hadapi.
Mungkinkah mereka akan mengadakan satu ikatan yang
kekok dengan PAS? SDekiranya ini berlaku, saya percaya
ikatan itu akan merupakan satu perkongsian yang lemah.
Oleh yang demikian percubaan hendak menukarkan konsep
UMNO dari apa yang telah pun terbukti kejayaannya sa-
hingga hari ini, adalah satu perbuatan mencari kehancuran.

Kerjasarna UMNO, MCA dan MIC bukan sahaja telah dapat


mendatangkan keamanan dan kemakmuran kepada negara
bahkan juga telah dapat menolong Kerajaan mempunyai

132
133

kewangan yang cukup untuk mengadakan wang yang


banyak bagi pembangunan luar bandar.

Dengan demikian, adalah tidak bijak jika polisi itu hendak


diubah semata-mata kerana kita telah mengalami sadikit
kekalahan di sana sini? Sebenarnya Perikatan tidak boleh
dikatakan kalah kerana jika di-pandang daripada keputusan
pilehan raya itu pada keselurohannya, nyata bahawa
Perikatan telah menang lebih sekali ganda dalam Parlimen
berbanding jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang.

Kemenangan bagi sebuah parti untuk memegang kuasa


sebegitu lama adalah satu kejayaan yang sangat luar biasa
dalam system demokrasi. Malangnya kebanyakan orang kita
cuma sanggup merayakan kemenangan sahaja, tetapi tidak
sanggup menerima kekalahan. Allah telah berfirman dalam
Quran bahawa “manusia tidak jemu berdoa memohon
kebaikan, tetapi jika dia ditimpa kesusahan, maka dia
berputus asa, berputus harapan.”

Sikap yang seumpama itu membuktikan bahawa orang kita


tidak mempunyai kekuatan moral dan semangat. Dengan
sebab itu pendirian mereka bergoyang dan mereka pun
mencari kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Sikap “pelampau” ini (yang sekarang ini disokong pula oleh


puak cauvinis) berjalan di atas lunas-lunas yang berbahaya
yang akan merendahkan darjah politik UMNO, ringkasnya
meletakkan taraf pemikiran politik kita serendah yang
dipegang oleh PAS.

BAB 17 : Perlembagaan Dan Hak

MENURUT “pelampau-pelampau” yang telah dapat


memujuk golongan muda, negara ini adalah kepunyaan
orang Melayu sahaja dan orang-orang lain tidak berhak ke

133
134

atasnya. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan bahawa


pada asalnya negara ini ialah sebuah negara orang Melayu,
dan merekalah yang menjadi bumiputeranya. Dengan sebab
itulah Perlembagaan mesti mengadakan syarat-syarat khas
mengenai adat istiadat dan hak orang-orang Melayu.

Syarat-syarat ini terkandung dalam Perlembagaan kita.


Mestilah diingat bahawa Perlembagaan negara kita telah
digubal setelah mendapat kata sepakat daripada semua
kaum kerana mereka memahami dan menyedari kedudukan
istimewa orang Melayu. Oleh. kerana orong Melayu sentiasa
cenderung kepada pemerintahan beraja, maka
Perlembagaan telah menentukan bahawa negara ini
mestilah diperintah oleh Raja bergelar Yang di-Pertuan
Agong yang dipilih dari kalangan Sultan.

Sambil itu Perlembagaan juga mengawal dan menghormati


kedudukan dan hak kedaulatan Raja-Raja Melayu, seperti
perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat orang
Melayu. Perlembagaan itu juga mensyaratkan bahawa
agama Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi negara
dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi. Ringkasnya, Perlembagaan mempertahankan
dah mengkanunkan hak-hak orang Melayu buat selama-
lamanya.

Bahkan Perlembagaan juga telah menentukan perkara-


perkara yang lain untuk orang Melayu. Ia mengakui hakikat
bahawa semasa Perlembagaan itu digubal dengan
persetujuan semua pihak, setiap orang telah sedar dan
menerima hakikat bahawa kedudukan ekonomi orang
Melayu telah tertinggal daripada kaum-kaum lain. Hakikat
ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh itu satu
syarat khas telah dimasukkan untuk mengatasi kemunduran
ekonomi orang Melayu.

134
135

Sesungguhnya, laporan Suruhanjaya Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu menyatakan, “bahawa sebagai
basil daripada perjanjian-perjanjian yang asal dengan
Negeri-Negeri Melayu yang ditegaskan dari masa ke masa,
maka kedudukan istimewa. orang Melayu itu sentiasa
diperakui, dan perakuan ini telah dinyatakan sekali lagi
-dalam Perjanjian. Persekutuan Tanah Melayu 1948.”

Selanjutnya suruhanjaya itu menyatakan bahawa pada


ketika itu ada empat perkara mengenai dengan
kedudukan istimewa orang Melayu yang diakui dan diberi
perlindungan. Perkara-perkara itu ialah tanah simpanan
orang Melayu di negeri-negeri; peruntukan khas (kuota)
jawatan Kerajaan; peruntukan khas mengenai pengeluaran
permit dan lesen perniagaan seperti lesen lori dan kereta
sewa; dan akhirnya pelbagai peringkat biasiswa, sama ada
yang merupakan bantuan penuh atau sebahagian, dan
berbagai-bagai-bagai lagi bantuan untuk tujuan pelajaran
yang diberikan kepada orang Melayu.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa “orang Melayu akan


menghadapi satu kedudukan yang sangat lemah berbanding
dengan kaum-kaum lain kiranya syarat-syarat istimewa ini
ditarik balik dengan tiba-tiba.” Mereka membuat perakuan
supaya kedudukan yang terdapat pada waktu itu patutlah
diteruskan untuk satu masa yang panjang.

Dengan lain-lain perkataan, ahli-ahli Suruhanjaya itu telah


menyatakan bahawa keutamaan ekonomi bagi orang
Melayu sangatlah perlu. Mereka mencadangkan supaya
perkara ini dikaji ba1ik seIepas 15 tahun. Kesemua
pandangan ini telah dimasukkan dalam Perlembagaan itu.

Sejak kemerdekaan, kerajaan Perikatan yang telah


memegang kuasa telah mematuhi syarat-syarat yang
terkandung dalam Perlembagaan ini dan menjalankan

135
136

polisinya untuk menentukan supaya cita-cita hendak


memajukan ekonomi orang Melayu itu pada keseluruhannya
dapat dicapai. Dengan sebab itulah Kerajaan telah
menjalankan dan melaksanakan rancangan pembangunan
luar bandar, sehingga dapatlah dikatakan bahawa
bermacam-macam-macam perkara telah dibuat untuk
faedah orang Melayu daripada mereka dalam rahim
sehinggalah ke pintu .kubur.

Salah satu daripada rancangan kerajaan ialah penubuhan


Mara yang bertujuan untuk melatih orang Melayu dalam
pelbagai jenis pekerjaan yang mereka tidak pernah
mendapat peluang menjalankannya pada masa yang lepas.
Tujuannya ialah supaya mereka mendapat tempat yang hak
dalam seluruh masyarakat bangsa kita. Tempat-tempat
dikhaskan untuk orang Melayu di Universiti Malaya dan di
maktab-maktab teknik. Pelajaran permulaan diberikan dalam
Berbahasa Kebangsaan di semua sekolah tidak kira untuk
mana-mana kaum. Tidak lama lagi sebuah universiti lagi
akan ditubuhkan untuk membuka peluang baru bagi orang
Melayu. Dan selagi kerajaan Perikatan masih memegang
kuasa, maka banyaklah lagi rancangan yang akan
dilaksanakan bagi faedah orang Melayu.

Segala usaha sedang ditumpukan kepada kerja yang boleh


mendatangkan faedah bagi ekonomi orang Melayu.
Meskipun begitu, banyak lagi yang perlu dibuat. Sebarang
kajian semula mengenai soal ini tidaklah sekali-kali akan
mencacatkan hak-hak orang Melayu sebagaimana yang
tercatatt dalam Perlembagaan.

Sementara itu, tidaklah boleh kita lupakan kepentingan lain-


lain kaum sebagaimana yang disyaratkan dalam
Perlembagaan. Kita mestilah ingat bahawa kesemua kaum

136
137

lain ini telah bersama-sama dengan orang Melayu untuk


memperjuangkan kemerdekaan negeri ini.

Jangan-lah kita mengetepikan hakikat bahawa sebelum kita


menjadi sebuah negara yang merdeka. kita cuma sebuah
tanah jajahan Inggeris yang dipecah-pecahkan. Kiranya
semua kaum tidak bersatu untuk kemerdekaan, negara kita
tentulah masih lagi menjadi Tanah Jajahan British sehingga
hari ini. Setelah perjuangan kemerdekaan yang dipimpin
oleh orang Melayu dan disokong oleh kaum-kaum lain
dilancarkan, maka timbullah semangat hendak menghalau
dan menamatkan penjajahan di negara ini, dan dengan
kemerdekaan itu dapatlah kita mengambil tempat kita yang
hak sebagai sebuah negara yang berdaulat. Kita mestilah
menyedari bahawa perubahan yang seperti inilah juga yang
telah membawa negara-negara lain di Afrika menjadi bangsa
yang merdeka dan berdaulat.

Tidak siapa pun yang membangkang usaha Kerajaan


hendak menolong orang Melayu kerana semua orang yang
siuman insaf bahawa dari zaman berzaman orang Melayu
telah terbiar di negara mereka sendiri. Dasar Kerajaan ialah
menggalakkan supaya mereka yang tidak berada dan anak-
anak mereka itu supaya maju ke hadapan, dan memberi
kepada mereka segala kemudahan untuk perbaikan masa
hadapan mereka.

Seorang pegawai asing telah menyatakan kepada saya


bahawa kemajuan yang dibuat oleh orang Melayu dalam
masa 10 tahun kemerdekaan sangatlah menakjubkan. Saya
menjawab bahawa kiranya kita mendapat peluang, dan
dengan adanya keamanan yang berkekalan dalam negara,
maka banyak lagi yang akan dapat kita lakukan.

Apabila Undang-Undang Bahasa Kebangsaan diluluskan,


maka puak “pelampau” dalam UMNO tidak bersetuju dengan

137
138

beberapa fasal yang memberi kuasa kepada Yang di-


Pertuan Agong membenarkan penggunaan bahasa Inggeris
bagi maksud-maksud rasmi yang difikirkan mustahak.

Mereka juga tidak bersetuju diberi kuasa kepada Kerajaan


Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri
menggunakan sebarang terjemahan bagi surat atau
perutusan dalam bahasa kaum lain untuk maksud yang
difikirkan perlu bagi kepentingan awam.

“Pelampau2″ itu mendakwa bahawa kita menggalakkan


kaum lain menggunakan bahasa mereka sendiri. Mereka
mahu supaya Bahasa Kebangsaan diamalkan sepenuhnya
dan dengan serta-merta tanpa memberi peluang kepada
orang lain membiasakan diri mereka dengan Bahasa
Kebangsaan secara berberansur-ansur.

Mereka tidak sedar bahawa negara-negara baru lain telah


cuba dari semenjak beberapa tahun yang lepas hendak
mengadakan satu bahasa kebangsaan, tetapi tidak berjaya.
dan banyak lagi dari negara yang masih menghadapi
kesulitan untuk menyelesaikan: masalah ini. Mereka juga
tidak sedar bahawa India yang mempunyai satu bangsa
daripada berbagai-bagai-bagai suku belum lagi dapat
melaksanakan satu Bahasa Kebangsaan. Jadi sikap tidak
sabar yang ditunjukkan oleh “pelampau2″ itu tidaklah wajar.

Saya berpendapat penerimaan Undang-Undang Bahasa


Kebangsaan oleh semua pihak merupakan satu kejayaan.
dan saya suka memberi masa kepada kaum lain
mengamalkan bahasa itu sepenuhnya. Langkah memaksa
orang lain menerima setiap perkara yang hendak dibuat
ada-lah satu polisi yang salah dalam sebuah negara
berbilang kaum seperti Malaysia.

138
139

Kelas-kelas dan kursus Bahasa Kebangsaan telah


mendapat sambutan. Keadaan ini mendorongkan kita
semua menaruh harapan bahawa tidak lama lagi bahasa itu
akan diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam Malaysia
yang merdeka.

Kita boleh tengok sikap penuntut di sekolah Cina yang


berpaling ke negara China untuk menumpahkan taat setia
mereka. Mereka menentang Bahasa Kebangsaan sebagai
satu dasar dan dengan sebab itu mereka mengutuk rakan
kita MCA yang telah mempersetujuinya. lnilah salah satu
sebab kenapa MCA hilang sokongan orang China dalam
pilihan raya lalu. Oleh itu jelaslah bahawa pelaksanaan
penuh Bahasa Kebangsaan itu memerlukan masa.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa negara ini ialah


sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang
Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk
merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka
mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang
dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua.
Jika “pelampau” Melayu mahu menunggangbalikkan
Perlembagaan, maka mereka akan membuta tuli terjerumus
ke jurang kemunduran dan terperangkap dalam keadaan
kacau-bilau.

BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?

Janganlah kita silap untuk memahami tujuan puak


“pelampau”. Mereka tidak puas hati dengan Malaysia yang
kita kenali. Malaysia yang kita telah bina. Mereka mahu
meruntuhkan seluruh binaan dan membinanya semula
kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka
berazam hendak menghapuskan pemerintahan beraja dan
menubuhkan sebuah republik.

139
140

Menurut “pelampau-pelampau” itu, perbelanjaan bagi


jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja adalah
membazirkan wang. Dan dengan kerana itu mereka mahu
jawatan Sultan di semua negeri dihapuskan. Mereka
mendakwa bahawa kebanyakan negara lain telah
membuang pemerintahan beraja, dan menyatakan bahawa
wang yang dibelanjakan untuk menegakkan kebesaran dan
kedaulatan Raja-Raja itu membazir semata-mata.

Saya suka mengingatkan bahawa dalam negara yang telah


menegakkan pemerintahan republik bagi menggantikan
pemerintahan beraja, wang yang telah diselamatkan itu telah
diboroskan dengan cara lain. Sesunggohnya banyak negara
yang telah melakukan perubahan sistem pemerintahan dan.
kemudian mendapati diri mereka menghadapi kekurangan
wang sekalipun mereka tidak payah lagi membuat
peruntukan bagi perbelanjaan diraja.

Sebenarnya negara-negara itu juga tidak boleh


menyelamatkan wang negara sekalipun mereka tidak perlu
lagi mengadakan peruntukan diraja kerana jika negara itu
tidak ada Raja dan bercorak republik. ia mesti mempunyai
seorang Presiden, dan taraf serta kedudukan Presiden itu
perlu dipelihara sama seperti Raja itu juga.

Di zaman pemerintahan penjajah dulu, negara-negara itu


dapat menyimpan wang dari hasil mahsulnya sekalipun
mereka kena mengadakan peruntukan bagi Raja-Raja, dan
memberi sumbangan mereka kepada khazanah Kerajaan
penjajah yang memerintah mereka. Sekarang mereka
menjadi miskin sekalipun mereka tidak ada Raja dan
penjajah. Ke manakah segala kekayaan itu ghaib?

Lihat sahaja sekeliling dunia. Kenapa negara-negara yang


mempunyai raja berperlembagaan pada umumnya kaya dan
makmur. Kita boleh misalkan sesebuah negara itu sebagai

140
141

rumah bagi penduduknya, sama seperti sebuah rumah itu


sebagai tempat duduk bagi seseorang. Jika orang itu
berbangga dengan tempat kediamannya, maka tentulah dia
akan mencurahkan wangnya untuk menghias rumah itu
supaya dapat menikmati keselesaan dan keindahan.

Begitu jugalah rakyat sesebuah negara boleh berbangga


bukan sahaja dengan cara ia ditadbir, bahkan juga cara
bagaimana dapat mempertahankan adat-resam dan istiadat.
Mereka berbangga dengan cara pemerintahan beraja yang
mereka pusaka kerana Raja menjadi simbol kebanggaan
mereka.

Di Eropah, Britain, tiga buah negeri dalam gabungan


Scandinavia, Belanda, Belgium dan Greece semuanya
mempunyai pemerintahan beraja. Di Timor Tengah dan
Afrika, Saudi Arabia, Iran, Jordan. Morocco dan Habshah
ialah negara-negara beraja. Di Timor Jauh, Jepun,
Thailand, Laos dan Malaysia juga beraja. Dan di
Kampuchea mereka mempunyai pemerintahan beraja cara
mereka sendiri.

Dalam kebanyakan negara tersebut, perubahan yang


penting telah dilakukan. Maharaja atau Raja tidak lagi
mempunyai kuasa mutlak. Mereka menjadi simbol adat dan
kebesaran sesebuah negara. Di Malaysia, orang Melayu
sentiasa taat kepada dalam sepanjang sejarah kita, kerana
kita sentiasa mengakui Sultan sebagai ketua negeri. Orang
Melayu yang tidak pernah mendapat kesempatan
mempunyai sebuah negara itu telah hidup dalam
Semenanjung yang terbahagi kepada beberapa buah
negeri, setiap negeri mengamalkan satu corak
pemerintahan yang serupa iaitu kesemuanya mempunyai
Raja.

141
142

Keadaan telah berubah dalam zaman moden ini. Malaysia


sekarang telah menjadi satu negara yang berupa
Persekutuan Negeri-Negeri. Dalam sesebuah Persekutuan
sebagaimana di Amerika Syarikat atatau Kanada; sesebuah
negeri itu mempunyai seorang gabenor dan ada
perlembagaannya sendiri yang berlainan daripada
Perlembagaan Persekutuan. Dan mana-mana
Perlembagaan jua pun berkehendakkan supaya ada
seorang Ketua Negeri, yang nama dan tandatangannya
menjadi meteri kekuasaan yang mutlak bagi undang-undang
dan kerajaan.

Apa yang telah kita lakukan di Malaysia ialah


mencantumkan sistem yang lama dan yang baru. Daripada
13 negeri dalam Persekutuan, sembilan mempunyai Raja
dan empat mempunyai Gabenor sekalipun gelarannya
berlainan

Mereka yang dipanggil “pelampau” itu kesemuanya terdiri


daripada orang Melayu, iaitu satu kaum yang sentiasa
mempunyai adat-resam beraja. Kehormatan yang diberikan
oleh orang Melayu kepada Raja mereka telah menjadi
sebahagian daripada cara hidup mereka. Oleh yang
demikian payah hendak difahami kenapa “pelampau-
pelampau” ini mahu menghapuskan adat yang telah menjadi
darah daging orang Melayu. Sebilangan pelampau ini telah
menuntut di England dan berkahwin dengan perempuan
Eropah. Saya tidak dapat memahami kenapa orang yang
telah mendapat ilmu pengetahuan di England tidak
membuka mata mereka semasa berada di sana untuk
memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Semasa saya tinggal di England selama 12 tahun, saya


sangat tertarik hati dengan cara orang Inggeris
menumpahkan taat setia mereka kepada Raja dan Ratu

142
143

mereka. Sebenarnya orang Inggeris sentiasa membentuk


cara hidup mereka menurut zaman pemerintahan Raja-Raja
mereka. Misalnya mereka merujuk kepada mana-mana
generasi dengan menyebut zaman pemerintahan seseorang
Raja.

Sebagaimana yang dunia ketahui, orang Inggeris adalah


bangsa yang terpe1ajar; tetapi mereka juga tahu apa yang
baik untuk masyarakat mereka. Dengan kerana itu
pemerintahan beraja tidak pernah luput daripada sejarah
mereka. Pada zaman ini mereka tidak lagi menyifatkan Raja
sebagai pelindung mereka seperti zaman silam, atau pun
mencari perlindungan untuk keselamatan di bawah naungan
Raja itu. Mereka cuma menerima Raja sebagai simbol
kemegahan mereka di masa lampau dan untuk memenuhi
kehendak perlembagaan.

Tidakkah “pelampau-pelampau” yang berdarah muda ini dan


yang menggelar diri mereka “bijak pandai” dapat melihat
semua itu semasa mereka berada di sana? Apabila saya
bertanya apakah yang mereka akan buat bagi menggantikan
Raja supaya orang Melayu sentiasa merasai diri mereka
anak watan, terjamin dan ada perlindungan, mereka
menjawab bahawa mereka akan memikirkan hal itu apabila
sampai masanya. Saya tidak dapat memahami apakah
tujuan jawapan mereka itu.

Memanglah benar bahawa politik yang dijalankan atas asas-


asas demokrasi tidak dapat menjamin seseorang ahli politik
itu terpilih lagi dalam pilihan raya yang akan datang, atau
pun parti itu juga yang akan dipilih memegang kuasa. Ahli-
ahli politik dan parti politik naik dan turun, tetapi Raja tetap di
atas takhta masing-masing.

Raja dapat menimbulkan rasa kepercayaan di sisi semua


orang dan dapat mengadakan pemerintahan yang berturun-

143
144

temurun dalam sejarah sesebuah negara. Bagi orang


Melayu pula, Raja dapat menimbulkan rasa keperibadian
mereka. Sesungguhnya perasaan keperibadian orang
Melayu yang bertali dengan Raja mereka menjadi sebab
kenapa parti-parti pembangkang bukan Melayu telah
bertubi-tubi melancarkan kemnpen pilihan raya menentang
hak-hak orang Melayu. Adakah “pelampau” ini mahu
memainkan politik yang sama dengan pembangkang bukan
Melayu itu?

Mengenai dengan wang yang dibelanjakan kerana


memelihara kedudukan Sultan, saya sendiri berpendapat
bahawa wang itu telah dibelanjakan dengan mendatangkan
faedah kepada negara kerana pada hari ini kita menjadi
salah sebuah negara yang termakmur. Di Asia. Dan Raja-
Raja telah memainkan peranan dengan cergas menurut
Perlembagaan.

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan


Agong bertanggungjawab memanggil, menangguh dan
membubarkan Parlimen, dan melakukan upacara
pembukaan penggal baru bagi persidangan Parlimen
dengan memberi titah ucapan yang mengandungi dasar
yang Kerajaan akan laksanakan. Bagindalah yang menjadi
puncak kehormatan negara dan tunggak keadilan Baginda
bertindak dengan nasihat Perdana Menteri. Persetujuan
Baginda mestilah diperoleh terlebih dahulu untuk melantik
Perdana Menteri dan menubuhkan Kabinet. Ringkasnya,
Yang di-Pertuan Agong adalah sumber yang
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Rakyat Malaysia telah mempersetujui sebuah Perlembagaan


dan dalam Perkara 7 Perlembagaan tertulis bahawa
“Persekutuan hendaklah menjamin hak Rara-Raja setiap
negeri menaiki takhta Kerajaan Negeri itu dan haknya

144
145

memegang, memakai dan menjalankan hak dan


kelebihannya sebagai Raja Negerinya menurut
Perlembagaan Negeri itu. Pertelingkahan berkenaan dengan
hak menaiki takhta kerajaan sesuatu negeri itu hendaklah
diputuskan semata-mata oleh pihak yang tertentu dan
dengan cara yang ditentukan oleh Perlembagaan Negeri
itu.”

Perlembagaan mengatasi segalanya dan mestilah dipatuhi


oleh semua orang, daripada Yang di-Pertuan Agong
hinggalah kepada rakyat jelata. Jika sebarang pindaan
hendak dilakukan dalam Perlembagaan, maka pindaan itu
cuma boleh dibuat atas syarat-syarat mengenai pentadbiran
harian. Bencana yang besar akan menimpa sesebuah
negeri kiranya dilakukan sebarang percubaan hendak
membuat pindaan yang besar ke atas Perlembagaan.

Oleh yang demikian Perlembagaan yang diletakkan di


bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong itu adalah
menjadi satu jaminan yang kekal bagi meneruskan
pentadbiran yang teguh.

“Pelampau-pelampau” yang terdiri daripada orang muda ini


tidak menghiraukan tentang keteguhan yang Malaysia
nikmati sejak merdeka. Mereka seolah-olah tidak memahami
apa ertinya keteguhan itu dan pentingnya untuk kemajuan
dan pembangunan yang orang Melayu mendapat faedah
daripadanya. Mereka menuntut supaya diadakan perubahan
tanpa menghiraukan sebarang akibat yang akan timbul.
Tidak ada salahnya hendak mengadakan perubahan dengan
syarat perubahan itu akan menghasilkan keadaan yang lebih
baik kepada kita semua, tetapi jika perubahan itu semata-
mata kerana sesuatu muslihat dan untuk kepentingan
sesuatu pihak sahaja, maka tidaklah ia mendatangkan
faedah kepada bangsa dan negara. Perubahan yang

145
146

seumpama itu tentu-lah akan merosakkan corak


penghidupan kita. Jika “pelampau-pelampau” itu berkeras
hendak mengadakan perubahan yang besar itu, maka
mestilah mereka sanggup bertanggungjawab di atas
bencana yang akan menimpa negara. .

Saya nasihatkan “pelampau-pelampau” ini supaya jangan


menghambat bayang-bayang. Marilah kita semua berpuas
hati dengan apa yang kita telah capai sehingga hari ini
kerana seluruh dunia memandang tinggi dan memuji di atas
apa yang telah kita capai. Marilah kita bersyukurr dengan
segala rahmat Tuhan.

BAB 19 : Khidmat Bakti Dan Pengorbanan

SEMUA ahli-ahli UMNO tentuIah sedar bahawa parti itu


memberi kebebasan kapada mereka dengan secara yang
amat luas untuk melahirkan pandangan dan perasaan
mereka di dalam parti. lni sudah menjadi satu
amalan. Teguran-teguran adalah di terima dan disambut
dengan baik. Terutama jika pandangan itu membina.
Sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas ahli-ahli UMNO
merupakan sekatan-sekatan yang biasa bagi ahli-ahli
sesebuah parti; mereka mesti patuh kepada keputusan-
keputusan ramai dan mengikat diri mereka dengan disiplin
parti.

Tetapi Dr. Mahathir tidak patuh kepada sekatan-sekatan itu.


Setelah beliau menulis sepucuk surat kepada saya yang isi
kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya di
atas kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan
menuduh saya bertanggungjawab di atas kejadian-kejadian
itu. Maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-
ribu naskhah supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit
menentang saya, bahkan juga membuka peluang kapada
orang-orang lain menentang saya.

146
147

Adakah tulisannya itu mendatangkan kebaikan kepada


UMNO? TentuIah surat itu bertujuan bukan sahaja untuk
menentang diri saya, bahkan juga bertujuan hendak
memecah-belahkan seluruh UMNO dan juga Perikatan
dengan cara memburukkan pemimpin-pemimpinnya. Beliau
telah menunjukkan bahawa beliau menentang pimpinan
UMNO pada keseluruhannya, dan bukan kepada pimpinan
saya sahaja.

Apakah tujuan beliau selain daripada itu? Beliau telah


menulis surat itu dengan hati yang penuh perasaan benci
dan dendam, dan meletakkan di atas kepala saya
tanggungjawab berlakunya peristiwa 13hb. Mei. Dengan
memberi salinan-salinan surat kepada orang lain beliau
berharap bahawa tulisannya itu akan menjahanamkan
segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk bangsa dan
negara saya.

Pengorbanan yang telah saya buat adalah diketahui oleh


semua orang. Tidaklah susah hendak menimbulkan sesuatu
kerosakan, tetapi sangatlah susah hendak membetulkannya
balik. Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai membakar
sebuah rumah kayu, iaitu satu perbuatan yang senang
dilakukan, tetapi hendak memadamkan api itu sangatlah
susah.

Tidaklah perlu saya mengkaji seluruh perkara yang


mendukacitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan beliau
bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor
anjing kurap. Saya akan membersihkan nama baik saya
dengan secara terbuka supaya dapatlah orang-orang yang
cuba hendak dikelirukan oleh Dr. Mahathir itu mengetahui
perkara yang sebenar.

Jika saya didapati bersalah kerana mencari kekayaan diri


sendiri semasa saya memegang jawatan Perdana Menteri,

147
148

atau pun kerana melakukan perbuatan yang tidak amanah,


atau telah melakukan perbuatan-perbuatan jenayah, atau
pun didapati bersalah kerana lalai menjalankan kewajipan-
kewajipan saya, maka dapatlah saya faham sebab-sebab
kenapa timbulnya kemarahan terhadap saya. Walhal
sebaliknya saya sentialah menaruh kesedaran yang
sepenuhnya di atas kewajipan-kewajipan dan
tanggungjawab saya. Negara mempunyai Kerajaan yang
baik, menikmati kedudukan ekonomi yang teguh dan
makmur yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana negara
lain di dunia sebelah sini.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku


setahun dahulu itulah yang telah menyebabkan tercetusnya
kekacauan pada 13 Mei itu merupakan satu perbuatan yang
tidak berasas dan jahat. Tuduhan yang lebih buruk lagi ialah
yang mengatakan sayaIah yang bertanggungjawab di atas
kehilangan jiwa manusia oleh sebab kekacauan itu. Dr.
Mahathir sedar bahawa sepanjang hidup saya, saya
sentiasa sanggup berkorban untuk keamanan, kerana
sudahlah cukup saya melihat kekejaman yang telah
dilakukan semasa Perang Dunia Kedua, dan juga
penderitaan yang telah ditanggung oleh rakyat negara ini
disebabkan oleh kekejaman itu.

Sebagai seorang yang duduk di negeri Kedah, beliau tahu


bahawa sebelum British keluar dan sebelum daripada
Pemerintahan Tentera Jepun mengambilalih kuasa, sayalah
yang telah berusaha untuk menyelamatkan nyawa penduduk
di bawah jagaan saya di Kedah Selatan. Saya telah bekerja
siang dan malam dengan menghadapi berbagai-bagai rupa
ancaman dalam waktu yang penuh dengan bahaya itu untuk
menyelamatkan nyawa manusia.

148
149

Beliau juga tahu bahawa sebelum Jepun menyerah diri, Alor


Star telah diancam oleh pasukan Komunis, dan ketika itu
sayalah yang telah berusaha untuk mengumpulkan orang-
orang Melayu bagi mempertahankan bandar itu, bandar
tempat kediaman saya dan beliau. Saya telah menghantar
Dato’ Aziz bin Mohd. Zain, Syed Agil bin Syed Hassan
Barakbah yang kedua-duanya sekarang ini menjadi Hakim,
dan Senu bin Abdul Rahman ke balai Polis Alor Janggus
untuk melepaskan anggota polis yang telah dipenjarakan di
dalam lokap oleh pasukan Komunis “Bintang Tiga “.
BegituIah juga untuk melepaskan ketua kampung bernama
Haji Yusof dalam lokap itu. Semasa k Mohd. Khir Johari dan
beberapa orang lagi menolong menjaga Balai Besar Polis
Alor Star, saya sendiri telah menembusi garisan pertahanan
Komunis untuk membuat perhubungan dengan Pasukan
136. Dua orang anak saudara saya, Tunku Osman yang
sekarang menjadi Jeneral dan Tunku Yusof adalah anggota
pasukan itu yang ketika itu berada di hutan Padang Terap.

Dr. Mahathir juga tahu usaha yang telah saya jalankan untuk
mengambil kira-kira 200 orang bagi memasuki Pasukan 136
itu, dan bagaimana orang-orang ini akhirnya telah masuk ke
bandar Alor Star dengan membawa kemenangan di bawah
pemerintahan Kolonel Hasler apabila Jepun menyerah diri.
Mungkin beliau tidak tahu bahawa wang yang telah saya
belanjakan untuk mengadakan alat pengangkutan dan
perbelanjaan yang lain bagi Pasukan 136 itu tidak dibayar
balik kepada saya sehingga hari ini.

Setelah mengetahui semua hal yang saya ceritakan di atas,


bagaimanakah sampai hatinya menuduh saya
bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia pada 13
Mei itu. Tuhan sahajalah yang amat mengetahui penderitaan
saya di atas apa yang telah berlaku pada hari yang
menyedihkan itu.

149
150

Jika orang sanggup mempercayai beliau dan apa yang telah


beliau tulis di atas sekeping kertas dengan tidak
mengenangkan segala bakti yang telah saya lakukan
seumur hidup saya, maka biarlah mereka mencari seorang
pemimpin yang lain, tetapi janganlah diapa-apakan
pemimpin yang baru itu sebagaimana yang telah dilakukan
ke atas diri saya.

Selain daripada melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat


ini, Dr. Mahathir telah menyatakan di dalam suratnya itu
bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu
berkurung dan tidak menjalankan kewajipan saya dalam
masa krisis itu. lni nyatalah satu percubaan hendak
menjatuhkan maruah saya di sisi orang-orang Melayu.
Perbuatannya menuduh saya di dalam suratnya yang kejam,
bahawa saya cuai semasa menjalankan kewajipan saya
semasa kekacauan itu adalah satu tuduhan yang paling
dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam televisyen pada


tengah malam yang paling buruk semasa krisis itu berlaku
iaitu dari 13 hingga 15 Mei dan sekali lagi pada 16 Mei,
tentuIah dapat menimbangkan bahawa segala tuduhan-
tuduhan itu tidaklah benar. Dr. Mahathir sendiri juga tentuIah
sedar. Jadi kenapakah beliau sanggup membuat tuduhan
yang begitu liar?

Didalam suratnya yang penuh dengan fitnah itu, Dr.


Mahathir juga menyebut bahawa anggota-anggota pasukan
keselamatan, polis dan kakitangan Melayu dalam
perkhidmatan kerajaan benci terhadap diri saya. lni
menunjukkan sejauh manakah dia sanggup menjalankan
satu kempen yang penuh dengan perkara-perkara yang
boleh menimbulkan benci dan curiga terhadap diri saya.

150
151

Saya telah ditanya, kalau Dr. Mahathir menang dalam


pilihan raya, mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti
yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu? lni satu
soalan yang susah hendak saya jawab kerana saya tahu
dari dahulu bahawa dia adalah bersama-sama di dalam
kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO, iaitu puak
yang menggelarkan diri mereka “pelampau” atau “bijak
pandai”.

Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir


menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan
tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan
membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat
yang bernama Federal Construction Company, sebuah
syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam
perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya
untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar.

Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah


mengambil peranan yang penting untuk menolong
mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang
daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari
simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai dengan suratnya itu, saya telah melaporkan


kepada polis terhadap Dr. Mahathir untuk disiasat dan
diambil tindakan, kerana saya merasa yakin bahawa
sekiranya saya tidak berbuat begitu, maka orang-orang akan
memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri
saya itu memang benar.

Pada mulanya saya bercadang hendak mendakwa Dr.


Mahathir dibawah undang-undang jenayah kerana menuntut
malu, dan tidak mengambil tindakan di atasnya di bawah
Undang-undang Darurat atau Undang-undang Keselamatan
Dalam Negeri yang memang boleh dilakukan, bahkan inilah

151
152

nasihat yang telah saya terima. Tetapi saya Iebih suka


mengambil tindakan menurut undang-undang biasa negara
supaya saya tidak dituduh mengambil tindakan dengan
sewenang-wenangnya. Pada mulanya inilah tindakan yang
akan saya ambil, tetapi selepas saya menimbangnya
dengan Iebih lanjut, saya rasa dia tidak Iayak mendapat
perhatian yang begitu penting. Dengan menghuraikan
segala pendapat saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya
itu akan lebih berkesan.

Saya telah mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi di


dalam dan juga luar negara, dan ini merupakan satu hadiah
yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amatlah
menghargai penghormatan ini. Dengan haI-hal yang
demikian saya tidak sekali-kali akan menamatkan
perkhidmatan saya kepada negara semata-mata dengan
sebab adanya fitnah mengenai kelakuan saya. Saya mesti
terlebih dahulu membersihkan nama baik saya untuk
mengembalikan ketenangan hati saya.

BAB 20 : Falsafah Hidup

MENGENAI surat Dr. Mahathir yang menyebut cara bermain


poker adalah satu taktik yang biasa diamalkan oleh pihak-
pihak “Pelampau”, kerana memanglah menjadi amalan
mereka sentiasa bercakap-cakap dan berbisik-bisik dan
mengungkit-ungkit cara kehidupan saya. Mereka mengutuk
saya kerana bermain poker, hadir dalam perlumbaan-
perlumbaan kuda dan kerana memberi perhatian yang besar
kepada sukan.

Kehidupan peribadi seseorang adalah hal dirinya sendiri


dengan syarat dia tidak melanggar hak-hak orang lain. Saya
mengakui bahawa saya sangat suka kepada kehidupan dan
keseronokan di dalam masa hidup, tetapi tidaklah saya
pernah lari daripada menjalankan kewajipan, semata-mata

152
153

kerana hendak bersuka-ria. Saya percaya tidak ada orang


yang berfikiran waras yang hendak menyekat mana-mana
orang daripada mendapat sedikit kerehatan yang diperlukan.
Tentulah seseorang yang telah bekerja pada setiap hari
dalam seminggu dan pada setiap bulan dalam setahun
berhak mendapat sedikit kerehatan dan ketenangan.

Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-


besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan,
bagaimana yang saya lakukan, maka ia boleh menjadi satu
permainan yang menghiburkan hati. Tidaklah timbul
sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara
kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat
kuda itu menang. Tidak siapa pun menjadi kaya dengan
berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu
seorang itu menjadi papa. Sekiranya ia boleh mendapatkan
hiburan dari permainan itu, dan mendapat keuntungan
sedikit maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan
kebaikan kepadanya.

lnilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka-ria


dengan permainan poker bersama-sama dengan kawan-
kawan saya. Mereka ialah sahabat-sahabat dan kawan-
kawan baik saya, dan persahabatan kami ini tidaklah pernah
disalahgunakan oleh mana-mana seorang daripada mereka
itu. Pada saya persahabatan tidaklah terbatas kepada warna
kulit atau kaum. Saya menghargai kesetiaan kawan-kawan
saya dan sebagaimana yang telah terbukti dalam masa
ketegangan dan kegentingan mereka adalah orang-orang
yang dapat membantu dan melipurkan hati saya. Saya
menyifatkan poker sebagai satu permainan yang
menghiburkan hati pada masa lapang, dan sebagaimana
permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain
dengan secara yang kecil.

153
154

Kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja,


melainkan dua ekor yang telah dihadiahkan kepada saya
pada hari lahir saya, salah seekor daripadanya tidak lagi
dapat digunakan untuk perlumbaan. Selain daripada
menghiburkan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari,
perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini
adalah semata-mata untuk tujuan mendapatkan hasil
daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang
dapat memberi sumbangan yang sangat besar kepada
khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapatlah
dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan.

Saya juga sangat gemar kepada sukan-sukan lain. Saya


telah menjadi Yang di-Pertua Kesatuan Bola Sepak
Malaysia selama 20 tahun iaitu semenjak saya menjadi
Timbalan Pendakwa Raya pada 1949. Saya telah
menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Merdeka yang
diadakan pada setiap tahun dan telah menyelenggarakan
permainan bola sepak seluruh Asia sehingga tertubuhlah
Persatuan Bola Sepak Sa-Asia dalam tahun 1957 dan saya
telah dipilih menjadi Yang di-Pertua sehinggalah ke hari ini.
Saya juga telah menganjurkan pertandingan tahunan Bola
Sepak Belia se-Asia yang sangat popular.

Selain dari itu saya juga cenderung dalam permainan golf


sekali pun saya sendiri seorang pemain yang sangat
mundur. Sungguh pun begitu permainan golf ini merupakan
satu riadah untuk menjaga kesihatan diri saya. Saya fikir
tidaklah menjadi keterlaluan jika saya katakan bahawa
sumbangan-sumbangan saya dalam dunia golf, terutama
sekali dengan melancarkan pertandingan tahunan bagi Piala
Putra di Kuala Lumpur, telah membawa kepada lahirnya di
seluruh Asia satu pertandingan yang disebut “The Golf
Circuit” (Pertandingan Pusingan Golf).

154
155

Saya mencampuri dengan cergas boleh dikatakan di dalam


semua permainan sukan di Asia hari ini. Saya gemar
berjalan kaki, permainan perahu, memancing ikan,
memandu motokar, dan semasa saya berada di London
saya menyaksikan perlumbaan anjing. Saya melihat
permainan tenis, kriket, badminton, hoki, sport bahkan
segala jenis sukan.

Satu sahaja kekecewaan yang saya alami dalam dunia


sukan iaitu semasa saya menjadi Yang Dipertua. Kelab
Penerbangan Selangor selama setahun kerana ketika itu
tentulah saya berhajat hendak mengambil latihan memandu
kapal terbang. Tetapi tujuan saya ini tidak berhasil kerana
semua keluarga dan sahabat-sahabat saya bersatu
menghalang saya daripada mengambil latihan itu. Jadi saya
tidak dapatlah merasai keseronokan menjadi pemandu kapal
terbang.

Saya mengaku saya seorang yang suka bersenang-lenang.


Saya suka kepada kehidupan yang riang dan saya mahu
melihat negara saya aman dan penduduknya bahagia. Jika
tidak, apa ertinya hidup? Kehidupan manusia di atas muka
bumi ini bukanlah begitu panjang untuk mereka
menjahanam atau merosakkannya, atau pun mendatangkan
sebarang bahaya kepadanya, sama ada ke atas tubuh
badan atau akal fikiran.

Jadi saya tidak mahu hidup seperti seorang yang


membelakangkan keduniaan, kerana kehidupan yang
seperti itu tidaklah sesuai dengan djri saya. Sebaliknya saya
seorang Islam yang beriman kepada Allah dan sangat
menyedari tanggungan-tanggungan saya kepada agama,
saya tidak pernah meninggalkan sembahyang setiap hari.
Dengan keimanan saya kepada Allah dan perasaan kasih
sayang saya terhadap sesama manusia, dan selagi hayat

155
156

dikandung badan, maka selama itulah saya akan hidup


dengan riang dan gembira, dan jika orang-orang lain juga
berbuat begitu, maka dunia ini akan menjadi satu tempat
yang lebih bahagia untuk kita semua hidup di-dalamnya.

Orang mungkin memikirkan bahawa kehidupan seseorang


Perdana Menteri ltu satu kehidupan yang senang. Oleh itu
saya rasa munasabah sekiranya saya perturunkan dibawah
ini petikan dari ucapan saya di Guildhall pada satu jamuan
makan malam yang diberikan oleh Datuk Bandar London
kepada Perdana-perdana Menteri Komanwel pada l3
Januari, 1969 yang berbunyi :

“Tidak ada Perdana Menteri yang terus kekal seperti patung


Gog dan Magog (dua buah patong yang menjadi lambang
keteguhan dan ketenteraman bagi Buildhall) yang kekal
selama-lamanya dalam dewan ini, Perdana Menteri adalah
tokoh pergi dan tokoh datang, cuma cara datang dan
perginya itu sahaja yang berbeza-beza. Ada yang pergi
dengan cara yang cepat, ada yang pergi dengan cara yang
susah dan ada yang pergi dengan cara yang biasa.

“Tidaklah syak lagi bahawa mana-mana orang lelaki atau


perempuan yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi Perdana
Menteri ialah orang-orang yang mendapat sanjungan yang
setinggi-tingginya. Sungguh pun begitu penghormatan dan
kemudahan yang didapati oleh seorang Perdana Menteri
tidaklah berpadanan dengan tanggungan-tanggungan yang
dipikul olehnya semasa memegang jawatan yang tinggi itu.
Tempoh jawatannya sentiasalah bergantung kepada
kehendak rakyat, dan terkadang-kadang menurut kesukaan
dan angan-angan rakyat.

“Oleh yang demikian kehidupan sesaorang Perdana Menteri


itu bukanlah senang, bahkan beliau sentiasalah berhadapan
dengan tanggungjawab yang memerlukan pemikiran dan

156
157

pertimbangannya. Sebenarnya beliau mestilah berlagak


seperti seorang pelakon “akrobat”, iaitu pelakon yang
sentiasa berjaga-jaga di dalam lakonannya itu dengan
membuka telinga, membuka mata, mengagakkan dengan
tepat setiap langkah dan gerak-gerinya, dan sentiasa
bersedia menghadapi krisis politik sama seperti berjalan di
atas seutas tali, dia mesti tahu menimbang dirinya supaya
selamat.”

Di waktu saya mengeluarkan perkataan-perkataan ini, saya


masih dapat mendakwa bahawa sayalah yang menjadi
Perdana Menteri yang paling bahagia di dalam dunia. Di
waktu itu saya tidak termimpi bahawa empat bulan
kemudiannya, pada tarikh yang sama, apa yang saya
katakan pada masa itu di London akan terjadi ke atas diri
saya sendiri di Kuala Lumpur.

BAB 21 : Peranan Akhbar Dan Rusuhan

KEJADIAN yang berlaku di Malaysia pada Mei 13 dan


kemudiannya telah menarik wartawan-wartawan asing ke
negara ini seperti besi berani. Mereka berduyun-duyun
datang ke mana jua tempat yang berlaku kekacauan besar.
Bagi mereka sesuatu peristiwa itu tidak menjadi berita
melainkan jika mereka dapat menceritakan kejadian-
kejadian ngeri, keganasan atau pertumpahan darah.
Pergaduhan besar di Malaysia yang aman! Inilah peluang
baik! Mereka pun menggunakan kesempatan ini dengan
sepenuhnya, bahkan sesetengah mereka seolah-olah ‘geli
hati’ dengan kejadian malang yang menimpa kita itu.

Jarang terdapat mana-mana negara yang terpaksa


menanggung beban daripada perbuatan salah gambaran,
memutarkan kenyataan sebenar, atau membenarkan cerita
perbualan dan khabar angin sebagaimana yang telah

157
158

dilakukan pada umumnya oleh wartawan-wartawan asing


semasa mereka melaporkan peristiwa sedih itu.

Selama menjadi Perdana Menteri, saya sentiasa memberi


kemudahan kepada wartawan-wartawan asing berjumpa
saya, sama ada mereka wakil akhbar, radio, televisyen atau
filem. Pada umumnya bolehlah saya katakan bahawa
mereka telah memelihara darjah kewartawanan yang tinggi
pada masa yang lalu, dan jarang-jarang saya mempunyai
alasan untuk berasa kecewa dengan mereka.

Dahulu saya pernah menyangka bahawa Prince Sihanouk


yang menjadi Ketua Negara Kampuchea telah bersikap
terlalu keras ke atas wartawan-wartawan asing apabila
beliau beberapa kali enggan membenarkan wakil akhbar
luar negara melawat ke negaranya. Sekarang barulah saya
faham sebabnya. Kerosakan yang telah mereka lakukan
dengan membuat llaporan yang tidak bertanggungjawab dan
cuai itu tidaklah dapat diperbaiki lagi. Sesetengah daripada
mereka boleh dikatakan hampir seburuk musuh-musuh kita
yang ada dalam negara. Saya tidak pernah terfikir bahawa
harinya akan tiba dalam hayat saya ini waktu di mana
“kuasa yang keempat” atau “fourth estate” (gelaran yang
diberikan kepada kaum wartawan) sanggup bertindak
seolah-olah seperti “sayap kelima”.

Wartawan-wartawan asing itu tentulah memandang kejadian


yang berlaku dari kaca mata orang luar, kerana mereka tidak
tinggal di sini selamanya. Mereka bukannya rakyat Malaysia
dan bukan pula rakyat Singapura. Mereka datang dan pergi
bila-bila masa mereka suka. Oleh itu mereka tidak dapat
memahami kejadian-kejadian itu seperti yang kita faham.
Perhatian mereka semata-mata untuk mendapatkan berita
atau menulis rencana yang boleh menggemparkan.

158
159

Pelbagai rupa kekacauan telah berlaku dalam dunia;


kejadian-kejadian itu berlaku sama ada di jalan-jalan raya
atau pun dalam kampus universiti. Jadi apakah peliknya jika
kejadian seperti itu berlaku juga di Malaysia? Lagi buruk
kejadian yang dilaporkan, maka lebih seronoklah
membacanya.

Wartawan-wartawan asing itu telah diberi segala


kemudahan semasa berlaku kekacauan itu sebagaimana
yang mereka sentiasa peroleh di negara ini, dan dengan
adanya alat penghantar kawat yang terbaik di Kuala Lumpur
ini, maka cerita-cerita mereka telah tersebar dengan cepat
ke seluruh dunia. Cerita-cerita yang mereka tulis atau kirim
menerusi telefon tidak ditapis, begitu juga gambar-gambar
yang mereka hantar menerusi radio. Dengan ikhlas kita telah
memberikan mereka pas untuk membolehkan mereka
berjalan dengan bebas dalam masa berkurung, tetapi
selepas beberapa hari kemudiannya pas-pas itu telah ditarik
balik kerana mereka menyalahgunakan kebebasan yang
diberikan.

Setelah saya ketahui perbuatan mereka menghantar berita-


berita yang tidak bertanggungjawab, maka saya telah
menolak permintaan mereka hendak menemu duga saya.
Mereka sudah pun dapat apa yang mereka mahu dari
punca-punca yang berat sebelah dengan tidak pula cuba
mengesahkan cerita yang telah diberitahu kepada mereka.
Kerosakan telah pun dilakukan, dan apa jua yang saya
katakan ketika itu tidak dapat memperbaiki kerosakan.
Apabila saya ditanya oleh salah seorang daripada mereka
apa jaminan yang saya dapat berikan kepada negara-
negara Komenwel bahawa demokrasi akan dipulihkan
dengan segera, saya jawab kepadanya “go to hell “ (pergi
jahanam) .

159
160

Tentulah bukan semua berita yang dilaporkan itu tidak


bertanggungjawab. Ada wartawan asing yang cuba
membuat laporan yang adil dan teliti. Saya hanya
membantah atas laporan pada keseluruhannya yang dibuat
oleh kebanyakan wartawan asing itu yang memberikan
gambaran yang begitu menggerunkan, jauh lebih buruk
daripada apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka sedikit pun tidak membayangkan pertalian di antara


apa yang berlaku sebelum rusuhan itu dengan kejadian
yang tercetus pada 13 Mei, iaitu seperti perarakan mayat
atau tunjuk perasaan “kemenangan”. Sesuatu rusuhan tidak
tercetus dengan begitu sahaja, ia mestilah ada sesuatu
sebab. Kedua-duanya mestilah dikaitkan. Kebanyakan
pemberita akhbar asing telah menunjukkan sikap berat
sebelah. Mereka condong ke sebelah pihak yang
menentang kerajaan atau memihak kepada satu kaum.

Akhbar-akhbar di negara mereka juga tidak menunjukkan


sikap adil dalam menyiarkan berita-berita itu. Misalnya,
akhbar The Age di Melbourne, Australia telah menyiarkan
satu berita di bawah tajuk Nation headed for disaster
(Negara menuju kehancuran) pada pagi selepas tercetusnya
rusuhan, iaitu pada 14 Mei.

Saya suka bertanya dengan ikhlas, adakah tajuk yang


seumpama itu adil dan patut? Tajuk yang seperti itu mungkin
juga munasabah sekiranya rusuhan itu telah berpanjangan
selama beberapa minggu dengan tidak dapat dikawal, dan
sekiranya kerajaan telah membuktikan kegagalannya atau
tidak cekap dalam menangani masalah yang timbul. Tetapi
tentulah tidak adil tajuk itu dibuat pada pagi esoknya selepas
kekacauan berlaku semalam! Perbuatan yang mengelirukan
dan sikap tidak adil yang seperti inilah yang sangat saya
kesalkan.

160
161

Untuk memburukkan lagi keadaan, pemberita yang


menggunakan tajuk ini telah menulis dalam ceritanya di
antara lain “Tiada sebarang berita dari kawasan-kawasan
yang terletak di Utara, dan ini membayangkan bahawa
keadaan di lain-lain tempat dalam negara ini juga berada
dalam keadaan yang buruk.”

Bagaimanakah boleh seseorang pemberita membuat


kenyataan seperti itu? Macam mana dia begitu berani
membuat anggapan yang seumpama itu? Dia tidak
memberitahu kepada pembaca-pembacanya di seberang
laut bahawa jarak antara Kuala Lumpur dan Pulai Pinang
ialah 250 batu. Dia tidak sedikit pun menyebut tentang
adanya 250 batu lagi menghala ke Selatan dari Kuala
Lumpur ke Johor Bahru, tetapi hal ini tentu tidak penting
untuknya. Dia juga tidak menyebut negeri-negeri di Pantai
Timur. Di negeri sebelah Selatan dan Pantai Timur itu tidak
berlaku sebarang kekacauan.

Cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini dan juga


kenyataan dan anggapan mereka yang liar itu telah menjadi
amalan wartawan-wartawan asing dalam melaporkan
rusuhan-rusuhan di Kuala Lumpur. Berita seperti itu telah
memburukkan lagi keadaan yang telah pun sedia tegang di
negeri ini.

Oleh kerana perasaan saya sangat kesal dan marah dengan


perbuatan wartawan asing itu, maka tidak berapa lama
dahulu saya telah mengeluarkan perkataan “Mereka
bersorak atau bertepuk tangan, tetapi kami mesti
menjalankan tugas kami.” Apa yang saya maksudkan ialah
bahawa adalah menjadi tanggungan kami untuk
menjalankan pentadbiran Kerajaan, dan mengambil tindakan
yang segera bagi menghadapi krisis itu. Bukanlah hak bagi
seseorang wartawan asing memberitahu kita apa yang kita

161
162

mesti buat, atau pun membuat perbandingan dengan apa


yang berlaku di tempat lain. Kecelakaan boleh berlaku di
mana-mana jua pun dan sebagai buktinya ialah peristiwa
yang berlaku di Ulster, Ireland.

Seorang pemberita telah memberitahu saya tentang satu


perbuatan zalim ke atas orang-orang Cina yang sedang
berlindung di Victoria Institution dengan meletakkan Askar
Melayu di sekolah itu juga, dan orang pelarian ini telah
meminta supaya dipindahkan mereka ke tempat
perlindungan yang lain.

Saya dengan serta-merta telah pergi ke Stadium Merdeka


yang terletak berhampiran dengan Victoria Institution
dengan tujuan hendak melihat sendiri kedudukan yang
sebenar di tempat itu. Semasa berada di stadium itu, saya
telah diberitahu bahawa semua orang yang berada di situ
duduk dengan gembira, dan saya pun bertanya kepada
mereka itu sama ada benar bahawa mereka yang diberi
perlindungan di Victoria Institution mahu berpindah ke
tempat lain. “Tidak”, jawab mereka itu. Mereka berkata
“Kami merasa lebih selamat dengan adanya askar-askar itu,
dan lebih-lebih lagi kerana kami juga mendapat bekalan
makanan percuma daripada mereka.”

Di dalam suasana tegang semasa rusuhan, saya suka


menyatakan dengan tegas bahawa kami telah menghukum
orang-orang yang melanggar undang-undang dengan tidak
memilih kasih, tanpa menghiraukan sama ada mereka itu
orang Melayu, orang Cina atau pun orang India. Jika kita
tidak mengambil langkah seperti itu, maka tentulah kita tidak
dapat mengembalikan keamanan di dalam masa yang
begitu singkat di Kuala Lumpur.

Saya kadang kala bersetuju dengan apa yang dikatakan


oleh Thoreau “Bertuahlah mereka yang tidak membaca surat

162
163

khabar, kerana mereka dapat melihat keadaan alam, dan


dengan itu dapatlah mereka mengenal Tuhan”. Pada hari ini
sesetengah akhbar sangatlah buruk sifatnya, kerana mereka
tidak menghiraukan sama ada sesuatu perkara yang mereka
siarkan benar atau salah. Mereka Cuma mementingkan
tajuk-tajuk berita yang besar, dan lebih hebat tajuk berita itu
maka lebih baiklah untuk mereka. Mereka tidak sekali-kali
menghiraukan kesan yang timbul daripada berita-berita
mereka. Mereka berpura-pura menggambarkan perasaan
orang ramai, dan melupakan dosa yang mereka sendiri
lakukan. Mereka berselindung di bawah nama
kewartawanan untuk berlagak penting dan mendakwa apa
yang mereka tuliskan itu merupakan perasaan atau
pandangan orang ramai.

Mereka tentulah sedar bahawa mesti ada sebab yang


menimbulkan kemarahan orang Melayu. Mereka tidak cuba
mengkaji dari segi ini bahkan sebaliknya meletakkan
kesalahan semata-mata ke atas bahu orang Melayu.

Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka menuduh


pasukan keselamatan membunuh rakyat yang tidak berdosa
dengan kejam. Kita sangat berbangga dengan keharuman
nama pasukan-pasukan keselamatan kita itu. Pemberita-
pemberita asing ini nampaknya telah melupakan
perkhidmatan yang diberikan oleh kesemua batalion tentera
kita semasa berkhidmat di Congo di bawah bendera
Bangsa-bangsa Bersatu. Semasa saya bertugas di sana,
askar-askar kita itu telah mendapat pujian yang tinggi di atas
kecekapan dan kepintaran mereka menghadapi keadaan
yang buruk.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U Thant telah


menghantar wakil istimewanya untuk bertemu dengan saya
dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Malaysia di

163
164

atas perkhidmatan baik yang telah diberikan oleh tentera kita


dan juga di atas sokongan negara kita sehingga mencapai
satu penyelesaian yang aman di Congo.

Sejak mencapai kemerdekaan, kita telah terpaksa


menghadapi berbagai-bagai keadaan darurat yang telah
berlaku disebabkan oleh gerakan bersenjata Komunis,
Konfrantasi Indonesia dan tunjuk-tunjuk perasaan. Dalam
masa itu pasukan-pasukan keselamatan kita telah
menunjukkan taat setia dan kecekapan mereka untuk
menunaikan kewajipan mereka dengan cemerlang, setaraf
dengan angkatan bersenjata di negara-negara lain.

Adakah pemberita-pemberita asing memikirkan bahawa


tentera yang telah berjaya mencapai nama yang harum itu
sanggup membunuh dengan kejamnya rakyat yang tidak
berdosa? Sepatutnya mereka bersimpati dengan pasukan-
pasukan keselamatan yang terpaksa menghadapi dengan
berbagai-bagai kesulitan; tetapi mereka lebih gemar
mencemarkan nama askar-askar itu dalam surat khabar.
Perbuatan ini menunjukkan bagaimana sikap mereka yang
berat sebelah. Oleh itu patutkah saya dan rakyat Malaysia
yang lain ditempelak jika kami merasa marah dengan isi
laporan-laporan yang disiarkan dalam surat khabar asing
mengenai rusuhan itu?

Dalam satu ucapan yang telah saya berikan pada satu


malam menerusi televisyen, saya telah menarik perhatian
kepada satu kelemahan yang terdapat di kalangan
pemberita-pemberita ini. Mereka tidak dapat hendak
membezakan antara Cina Komunis, Cina samseng dan
orang-orang Cina yang patuh kepada undang-undang;
mereka sifatkan orang-orang Cina itu semuanya sama.
Inilah satu anggapan silap yang dibuat oleh orang-orang
asing mengenai dengan orang-orang Cina. Kita boleh

164
165

maafkan orang biasa di negara-negara luar jika mereka tidak


memahami kita, tetapi tidak ada sebarang sebab bagi
seseorang wartawan tidak mengetahui mengenai apa yang
hendak mereka tulis. Mereka sepatutnya mengetahui
kedudukan kaum, adat resam dan adat istiadat di negara-
negara yang mereka laporkan. Begitu juga perlembagaan
dan unndang-undang negara berkenaan. Jika mereka tidak
mengetahui hal-hal ini, maka sepatutnya mereka bertanya
dan ambil tahu.

Mereka tentu tahu bagaimana orang-orang Melayu telah


hidup dengan tenang dan damai sekali pun ada provokasi
yang dihalakan oleh orang lain ke atas mereka, terutama
oleh Parti Komunis Malaysia dan konco-konco mereka atau
pun oleh pekampau-pelampau Cina dan India. Mereka tahu
sikap persahabatan yang telah ditunjukkan oleh Malaysia
sebagai anggota Komanwel dan sumbangan yang sentiasa
kita berikan kepada cita-cita utama Komenwel. Sekalipun
mereka sepatutnya tahu hakikat-hakikat ini, mereka sengaja
melupakan anasir-anasir jahat yang mengancam kita dan
tidak mengindahkan kejayaan-kejayaan kita memelihara
keamanan dan mencapai kemajuan.

Berbanding dengan akhbar asing, akhbar tempatan telah


melaporkan dengan baik suasana dalam negara pada
keseluruhannya. Sikap wartawan-wartawan tempatan itu
memanglah kena pada tempatnya kerana mereka ialah
rakyat negara ini, atau pun kalau mereka bukan rakyat,
mereka faham cara hidup bangsa kita, dan dengan kerana
itu mereka dapat membezakan antara khabar angin, cakap
bualan dan kenyataan-kenyataan yang sebenar.

Wartawan-wartawan tempatan terpaksa menghadapi


kesulitan sebab mereka itu sama seperti semua rakyat lain,
terikat kepada undang-undang, walhal rakan-rakan mereka

165
166

wartawan-wartawan asing tidak terikat atau tidak


menghiraukan undang-undang. Wartawan-wartawan
tempatan juga kebanyakannya telah mempunyai
pengalaman bagaimana hendak menulis atau membuat
laporan dalam masa darurat.

Mereka sentiasa insaf bahawa kepentingan negara sedang


terancam, tetapi mereka boleh memberi pandangan yang
ikhlas dan membina, selagi ia tidak terkeluar daripada
batasan. Malangnya pada permulaan rusuhan itu berlaku,
penerbitan akhbar-akhbar tempatan terpaksa ditahan
selama dua hari untuk kepentingan awam. Akhbar-akhbar
kita segera menarik perhatian Kerajaan di atas kesilapannya
itu, dan Kerajaan pun mengubah keputusannya dan
membatalkan sekatan.

Malangnya rusuhan-rusuhan itu tercetus semasa


pentadbiran negara sedang dalam peralihan kerana pilihan
raya baru sahaja tamat dan sebuah Kerajaan baru belum
lagi ditubuhkan. Kejadian secara kebetulan ini telah memberi
kesan kepada Kerajaan, akhbar tempatan dan pemberita-
pemberita asing.

Dengan tidak semena-mena, kita dapati bahawa kita


terpaksa menghadapi krisis dan perintah berkurung terpaksa
dikenakan di Kuala Lumpur. Pejabat Perkhidmatan
Penerangan boleh dikatakan telah lumpuh, lebih-lebih lagi
kerana belum ada menteri baru dilantik. Sungguhpun begitu
Bernama, agensi berita kebangsaan telah menjalankan
tugas mereka setiap masa semasa kekacauan berlaku,
sekalipun pejabat besarnya terletak ditengah-tengah pinggir
kawasan tempat kekacauan itu mula berlaku. Stesen-stesen
radio dan televisyen telah bertugas terus menerus 24 jam
dalam masa darurat itu untuk menyampaikan berita dan
perutusan kepada orang ramai.

166
167

Akhbar-akhbar tempatan, yang seperti biasa cekap dalam


pekerjaannya, telah menerbitkan surat khabar pada dua
haripertama tetapi tidak dapat diedarkan dengan luas.
Sungguhpun begitu tempoh perolehan dalam susunan
Kerajaan itu telah memberi keuntungan kepada pemberita-
pemberita asing dan mereka menggunakan kesempatan itu
dengan tidak teragak-agak .

Laporan-laporan mengenai dengan rusuhan yang


disebarkan di Singapura adalah berlainan, terutama sekali
laporan-laporan yang disiarkan melalui radio dan televisyen,
dan juga di dalam penerbitan PAP “The Mirror”. Cara
laporan-laporan ini ditulis membayangkan bahawa mereka
juga mahu orang lain percaya kepada semua laporan-
laporan buruk yang dilemparkan ke atas kita di Malaysia.
Perbuatan ini sungguh dikesali kerana Singapura sendiri
berhadapan dengan masalah-masalah yang sama.

Saya harapkan mereka lebih bersimpati terhadap


kecelakaan besar yang telah menimpa kita. Sebaliknya
mereka telah menghangatkan lagi cerita-cerita itu sehingga
mengakibatkan berlakunya beberapa kejadian di negeri itu
yang telah mengorbankan beberapa nyawa orang-orang
Melayu. Kejadian ini tidaklah sekali-kali patut berlaku. Bagi
pihak kita, kita tidak membesar-besarkan apa yang berlaku
di Singapura itu kerana kita bimbang berlakunya tindak
balas di negara ini. Mari kita mengharapkan bahawa untuk
kepentingan kita bersama, maka Singapura tidak akan
mengulangi perbuatan yang sangat dikesalkan itu.

Kita berasa sungguh meradang apabila membaca berpuluh-


puluh cabutan akhbar dan majalah asing kerana kita
percaya tulisan-tulisan itu dapat mencacatkan nama baik
kita. Kita meradang dengan perbuatan-perbuatan akhbar
dan majalah-majalah asing itu menyiarkan laporan yang liar,

167
168

melampaui batas dan berat sebelah, dan juga dengan lidah


pengarangnya yang penuh dengan kritikan-kritikan yang
ditulis beribu-ribu batu jauhnya dari negara ini berasaskan
kepada kecetekan pengetahuan dan kejahilan mereka
tentang cara hidup dan hal ehwal orang-orang Malaysia.

Pertama sekali biarlah saya turunkan di sini satu tulisan


yang telah tersiar di dalam majalah Time edisi 23 Mei 1969:

“Seorang lelaki telah cuba menyelamatkan dirinya daripada


kereta yang sedang terbakar, tetapi telah ditolak masuk balik
ke dalam keretanya itu oleh perusuh-perusuh dan mati.

Setelah peperangan kaum dan kekacauan awam itu


berjalan selama empat hari, maka rumah mayat di Hospital
Besar Kuala Lumpur telah penuh dengan mayat sehingga
terpaksalah mayat-mayat itu dimasukkan ke dalam plastik
dan digantung pada penyangkut-penyangkut siling.

Pegawai-pegawai Kerajaan yang cuba hendak mengecilkan


kejadian itu, telah mengatakan bahawa bilangan orang-
orang yang mati ialah cuma 104 sahaja. Punca-punca
diplomat Barat menganggarkan hampir 600 orang mati dan
kebanyakan mangsa ialah orang Cina”.

Sekarang mari kita lihat fakta yang benar. Rumah mayat di


Hospital Besar Umum biasanya boleh memuatkan enam
mayat sahaja. Tiada penyangkut yang dipasang di siling
rumah mayat, dan tidak pernah ada bag plastik disediakan
untuk mayat. Rumah mayat itu mempunyai kelengkapan
moden, dan bukan seperti bilik sejuk yang terdapat di kedai-
kedai menjual daging! Pihak yang berkuasa perubatan di
negara kita ini menjaga mayat dengan penuh hormat
sebagaimana. Mayat-mayat dibalut dengan kain putih oleh
penjaga-penjaga mayat yang mendapat latihan.

168
169

Oleh kerana banyak mayat yang telah dihantar ke Hospital


Besar, maka pihak berkuasa telah membuat persediaan
khas untuk mayat-mayat yang tidak dapat diletakkan di
dalam rumah mayat. Mayat-mayat itu telah dimasukkan ke
dalam ambulans dan dihantar ke rumah-rumah mayat lain di
Hospital Lady Templer, Hospital Assunta, Hospital Batuk
Kering dan Hospital Universiti untuk diselenggarakan
mengikut cara yang biasa dibuat.

Mengenai dakwaan kononnya pegawai-pegawai Kerajaan


cuba hendak mengecilkan kejadian itu, apakah faedahnya
perbuatan-perbuatan yang seperti itu? Dari manakah lboleh
didapati angka-angka yang betul jika tidak dari sumber
kerajaan? Dengan tujuan bukan hendak menghina “diplomat
negara-negara Barat” yang mendakwa bilangan orang yang
terbunuh hampir 600 ratus orang, saya suka mengatakan
bahawa angka yang keterlaluan itu merupakan anggaran
mereka sendiri sahaja.

Saya telah mendapat angka rasmi daipada ibu pejabat polis


pada pada 15 Ogos, iaitu tiga bulan dua hari selepas
rusuhan. Angka kematian ialah 184 orang, 356 orang
cedera, 753 kejadian membakar bangunan dan 211 buah
kenderaan yang terbakar atau musnah.

Laporan yang mengelirukan dalam media asing dalam


minggu yang pertama selepas rusuhan sangatlah buruk,
tetapi apa yang tidak dapat dimaafkan sama sekali ialah
pandangan dan rencana yang dikarang berminggu-minggu
kemudian, iaitu apabila Kuala Lumpur telah hampir pulih
seperti sediakala, dan perintah berkurung dikurangkan
menjadi empat jam dari 1.00 pagi hingga 4.00 pagi.

Sebagai contohnya, saya suka merujuk kepada satu


karangan dua muka penuh yang diterbitkan oleh majalah
“Life” bertarikh 21 Julai, lebih sembilan minggu selepas 13

169
170

Mei. Rencana itu bertajuk “A Quiet Coup in KL” (Rampasan


kuasa secara senyap di KL).

Saya peturunkan cabutan daripada rencana yang


menakjubkan itu:

“Menurut satu cerita yang disahkan oleh beberapa sumber


punca, lima buah lori askar telah tiba di Pusat Orang-orang
Sakit Kusta di Sungai Buluh, yang terletak di luar Kuala
Lumpur, dengan membawa askar-askar yang mabuk dan
mayat-mayat yang dicat hitam supaya susah hendak
dikenali kaum orang0orang yang mati itu.

Askar-askar itu telah memanggil pesakit-pesakit kusta,


memberikan mereka brandy dan kemudiannya
memerintahkan supaya mereka menggali sebuah lubang
yang besar. Pusat kusta itu telah dipilih kerana askar-askar
itu sendiri malas hendak menanam mayat-mayat yang
tersebut, dan mereka fikir tiada siapa yang akan pergi
bercakap dengan pesakit-pesakit kusta. Bukti-bukti
menunjukkan bahawa ada lagi kubur beramai-ramai selain
daripada ini.”

Sekarang mari kita lihat fakta sebenar. Sejumlah 102 mayat


telah ditanam ditanah perkuburan Pusat Kusta Sungai Buluh
yang telah diangkut dengan kereta-kereta Polis selama lima
hari mulai dari 18 Mei.

Sebenarnya pertolongan secara sukarela yang telah


diberikan oleh pesakit-pesakit kusta yang telah sembuh itu
untuk menanam mayat-mayat yang tersebut adalah dengan
persetujuan pihak yang berkuasa Pusat Penyakit Kusta itu
sendiri. Tidak ada ‘brandy’ ditempat itu kerana pesakit-
pesakit kusta ditegah meminum arak. Kerja menanam mayat
itu telah dijalankan oleh pihak yang berkuasa Rumah Sakit
dengan pertolongan polis dan bukannya tentera. Tidak ada

170
171

satu mayat pun yang dicat hitam, tetapi ada juga mayat-
mayat yang telah hangus dan tidak dapat dikenali.

Setiap mayat itu telah dibalut dengan kain putih, dan telah
ditanam dalam kubur yang berasingan; satu mayat dalam
satu liang. Polis telah mengambil gambar setiap mayat, dan
memberikan bilangan, dan bilangan inilah juga yang telah
ditulis di atas kubur masing-masing. Ini telah dilakukan
supaya mayat-mayat yang masih boleh dikenali dapat
dituntut oleh keluarga mereka.

Selain yang ditanam di Sungai Buluh itu, 11 lagi mayat


orang Islam telah dibawa ke tanah perkuburan Gombak,
Kuala Lumpur untuk dikebumikan. Akhirnya saya suka
menyatakan bahawa tidak ada liang kubur beramai-ramai di
Kuala Lumpur untuk nenanam mayat mangsa rusuhan itu.

Salah satu sebab saya menulis buku ini ialah untuk


membetulkan segala kesilapan dengan memberi kenyataan
yang sebenar.

Hal inilah yang kebanyakan wartawan asing tidak


mengambil perhitungan. Mereka tidak membuat penyiasatan
yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui punca
kekacauan itu berlaku dengan tiba-tiba. Mereka mesti
menghantar laporan pada waktu yang ditentukan, dan
mereka berlumba-lumba sesama sendiri untuk menyiarkan
berita lebih dahulu daripada rakan-rakan mereka. lnilah
yang mereka pentingkan.

Sekiranya pemberita-pemberita asing itu pada


keseluruhannya terdiri dari orang-orang yang mempunyai
pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang Malaysia,
maka saya percaya tidak ada sebarantg sebab jua pun
untuk saya membuat tuduhan-tuduhan ke atas mereka.
Malangnya wartawan-wartawan asing itu terlampau singkat

171
172

masa perkhidmatannya di sini kerana mereka datang dan


pergi. Jadi tentulah mereka mudah membuat kesilapan
yang besar dalam pertimbangan dan penilaian mereka.

Tatkala saya memikirkan sikap dan perbuatan wartawan-


wartawan asing sebagaimana yang tertulis dalam bab yang
menyedihkan ini, cerita-cerita yang mustahil yang kita baca
dari tulisan-tulisan mereka, maka terlintas dihati saya untuk
mengikuti jejak Iangkah yang telah diambil oleh Putra
Sihanouk dan pemimpin-pemimpin Asia yang lain yang
nama baik negara-negara mereka telah dicermarkan oleh
laporan-laporan yang tidak bertanggungjawab media Barat.
Sungguhpun begitu saya tidak akan mengambil langkah
seperti itu sekalipun keinginan untuk berbuat demikian
sangatlah kuat.

BAB 22 : Pengajaran Dari Baling

KEJADIAN-KEJADIAN yang berlaku semasa pilihan raya


1969, rusuhan pada 13 Mei dan perkara-perkara yang
berlaku kemudian daripadanya sebagaimana yang telah
saya ceritakan adalah saling berkaitan. Ucapan-ucapan
mencela, perbuatan provokasi dan kelakuan yang tidak
bertanggungjawab, kesemuanya ditimbulkan dengan teratur,
satu demi satu.

Siapakah yang mengatur semua kejadian-kejadian ini?


Siapakah sebenarnya yang mesti dipersalahkan?

Jika kita perhatikan kepada keseluruhan gambaran peristiwa


yang menyedihkan itu, dan kepada usaha yang masih
diteruskan untuk merosakkan keselamatan Malaysia (yang
masih lagi dilakukan semasa buku ini ditulis), maka kita akan
mendapat satu kesimpulan sahaja iaitu perbuatan-perbuatan
itu dirancang oleh Komunis Cina.

172
173

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam permulaan


buku ini, ada orang yang memikirkan bahawa saya dirasuk
oleh momok Komunis, dan fikiran saya terkongkong dengan
sejenis perasaan takut kepada Komunis. Wartawan-
wartawan asing nampaknya bersetuju. Memanglah menjadi
kerja mereka untuk membuat laporan dan memberi
pandangan di atas kejadian-kejadian yang berlaku dari
sehari ke sehari, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan
kebolehan untuk membuat perhitungan yang betul kerana
mereka tidak memberi perhatian kepada kerenah-kerenah
yang telah timbul pada masa lalu yang ada pertaliannya.

Seorang pendita Inggeris telah berkata satu kurun dahulu:


“Sejarah ialah politik yang berlaku di masa lepas, dan politik
ialah sejarah yang sedang ditempa.” Wartawan-wartawan
asing tidak hirau apa yang berlaku pada masa lepas, mereka
cuma suka ambil tahu apa yang sedang berlaku sahaja.

Sesiapa yang hidup sejak Perang Dunia Kedua di Malaysia


atau di Singapura atau mengikuti segala peristiwa yang
berlaku dalam sejarah kedua-kedua negara ini dalam masa
24 tahun yang lepas dan terbabit sendiri dalam kejadian-
kejadian itu, tentulah dapat menyedari bahawa Komunis
Cina, penyokong-penyokong yang dibawah telunjuk mereka,
anasir-anasir yang tidak berdosa yang terdiri daripada parti-
parti politik, orang-orang atau belia yang diperalatkan oleh
Komunis, sentiasa menimbulkan kekacauan.

Mereka tidak pernah lalai, bahkan sentiasa menunggu


kesempatan untuk mencetuskan huru-hara sama ada kecil
atau besar, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua yang
mereka fikirkan munasabah untuk tujuan mereka. Saya tidak
dapat mengerti bagaimana orang boleh tuli, pekak dan buta
kepada kerenah-kerenah ini. Sesungguhnya sehingga hari
ini tidak ada sebuah negara pun di Asia Tenggara yang tidak

173
174

tersentuh dengan apa-apa jua cara daripada gerakan


Komunis bercorak Cina itu. Jadi bagaimanakah Malaysia
boleh terlepas dari angkara Komunis itu?

Sesungguhnya kita tidak pernah bebas dengan sepenuhnya


daripada tipu daya Komunis, tetapi oleh kerana kita tidak
dapat mengelak dari menghadapi ancaman itu, maka kita
sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada. Bezanya ialah di
Malaysia ini, kita adalah salah sebuah negara yang mula-
mula sekali menentang cubaan rampasan kuasa oleh Cina
Komunis, dan oleh kerana kita telah berjaya mematahkan
percubaan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam masa darurat
yang memakan masa 12 tahun, maka Komunis tidak sekali-
kali akan memaafkan kita.

PKM selalu mengemukakan bangkangan terhadap pilihan


raya bercorak demokrasi. Mereka menyifatkan demokrasi
berparlimen itu sebagai satu ajaran imperialis, yang tidak
sesuai dengan semangat kebangsaan orang-orang Asia, dan
tidak secocok dengan ideologi Mao Tze Tung. Jadi mereka
mesti membinasakan pilihan raya jika tidak dapat
mencegahnya. Sekurang-kurangnya mereka akan
bersungguh-sungguh menyusahkan Kerajaan dengan apa
jua cara yang boleh, sekali pun mereka gagal dalam
rancangan mereka.

Perhubungan pertama saya dengan PKM ialah apabila saya


berjumpa dengan Chin Peng, di Pekan Baling negeri Kedah
pada 1955. Dalam pertemuan itu saya telah mendapat satu
pengajaran besar mengenai fahaman Komunis dari Chin
Peng.

Beliau telah dapat menyedarkan saya dengan beberapa


patah perkataan sahaja tentang corak pernentangan yang
akan saya terima daripada Komunis Cina. Beliau berkata:

174
175

”Saya seorang Komunis dan tuan tidak, jadi antara parti saya
dan parti tuan tidak akan sekali-kali tercapai sebarang
persetujuan. Mustahil bagi Komunis dapat hidup bersama
dengan orang yang bukan Komunis.”

Beberapa perkataan yang mudah difahami ini telah tersemat


di dalam hati saya. Segala dakyah yang dikeluarkan oleh
pihak Inggeris mengenai fahaman Komunis pada masa itu
dan juga mengenai dengan tujuan-tujuan Komunis , tidak
dapat memberi kesan ke atas saya.

Dengan secara tidak langsung Chin Peng sendirilah yang


telah memberi ingatan kepada saya mengenai bahaya
fahaman Komunis. Oleh itu saya bukannya takut kepada
‘momok’, bahkan saya telah mendapat ajaran daripada mulut
Komunis sendiri tentang bahaya yang akan ditimbulkan.

Tidak berfaedah kita berpura-pura seolah-olah kita telah


dapat menghalang PKM . Sekalipun darurat tamat pada
1960, saya tidak pernah mempercayai bahawa kita tidak lagi
akan berhadapan dengan ancaman Komunis. Saya selalu
berkata bahawa sekali pun Komunis telah dapat dikalahkan
pada waktu itu, tetapi kita tidak dapat menghalang
sepenuhnya, kerana mereka akan cuba muncul kembali
pada bila-bila masa yang boleh.

Empat belas tahun telah berlalu sejak saya bertemu dengan


Chin Peng dalam perundingan yang bersejarah di Baling,
tetapi kata-kata Chin Peng pada ketika itu kepada saya
sentiasalah tersemat di dalam ingatan saya kerana setiap
kali saya memikirkan sebarang perbuatan atau perkataan
Komunis maka saya sentiasa terkenang kepada peristiwa
Baling.

Di Malaysia hari ini cuma orang-orang yang pertengahan

175
176

umur sahaja yang masih ingat peristiwa Baling itu, tetapi bagi
orang-orang muda Baling cuma merupakan nama sebuah
pekan sahaja. Oleh yang demikian saya fikir amatlah
berguna sekiranya saya menyebut di dalam buku ini
pertemuan saya yang tidak dapat dilupakan dengan Chin
Peng yang pada ketika itu menjadi pemimpin PKM sehingga
hari ini.

Pada 9 September 1955, saya sebagai Ketua Menteri


dengan hati yang berat telah mempersetujui perisytiharan
Kerajaan Inggeris hendak memberi pengampunan beramai-
ramai kepada Komunis. Sebagai menyambut tawaran
pengampuan ini, surat-surat telah diterima oleh saya sebagai
Ketua Menteri dan juga orang-orang yang dikatakan dikirim
oleh Jawatankuasa pusat PKM. Surat-surat ini telah
mengkritik syarat-syarat pengampunan dengan mengatakan
‘bahawa syarat-syarat itu tidak patut dan tidak dapat
diamalkan”. Mereka mengemukakan cadangan hendak
menghantar wakil-wakil ke Ibu Pejabat Perikatan di Kuala
Lumpur untuk merundingkan butir-butir yang lanjut untuk
pertemuan antara saya dan Chin Peng. Sebenarnya surat itu
merupakan satu tawaran yang tidak langsung kepada
Kerajaan untuk merundingkan soal menamatkan darurat.

Kerajaan dengan tegas telah menolak tawaran ini, tetapi


pada 29 September satu kenyataan Kerajaan telah
dikeluarkan yang menyebut kesanggupan saya untuk
bertemu dengan Chin Peng dengan tujuan hendak
menjelaskan kepadanya syarat-syarat pengampunan.
Kenyataan itu juga selanjutnya menyatakan bahawa satu
pertemuan dapat diadakan di satu tempat yang munasabah
di Utara Malaya, dan seorang pegawai yang Chin Peng kenal
akan dilantik sebagai pegawai pemandu. Pegawai ini
diperintahkan bersedia pada bila-bila masa untuk menemui

176
177

Chin Peng di satu tempat dalam sebuah kawasan yang akan


dijadikan kawasan gencatan senjata. Jika Chin Peng
bersedia hendak menghadiri pertemuan yang seperti itu,
maka bolehlah dia menghantar sepucuk surat bersendirian
kepada saya dengan menyatakan di dalamnya tempat, masa
dan tarikh bagi pegawai pemandu itu berjumpa dengannya
dan membawanya ke tempat mesyuarat.

Saya telah menerima jawapan pada 14 Oktober. Satu


perkara yang menarik perhatian ialah jawapan ini bertarikh
dua hari selepas daripada kenyataan saya itu. Pada 17
Oktober satu pertemuan telah berlangsung di Klian Intan
antara dua orang wakil Kerajaan dan seorang wakil Komunis
sebagaimana yang telah diaturkan di dalam surat Chin Peng
kepada saya itu. Chin Peng sendiri tidak hadir tetapi telah
diwakili oleh Chen Tian. Namun begitu Chen Tian tidak ada
kuasa untuk membuat sebarang keputusan, tetapi beliau
akan menyampaikan kepada Chin Peng rancangan-
rancangan Kerajaan bagi mengadakan satu pertemuan. Satu
pertemuan lagi dengan Chen Tian perlu diadakan dan
persiapan untuk pertemuan itu juga hendaklah diberitahu
kepada saya dengan surat daripada Chin Peng
sebagaimana yang dibuat dahulu.

Pertemuan yang kedua juga diadakan di Klian Intan pada 19


November. Chen Tian telah tiba di tempat itu dengan tidak
memberitahu terlebih dahulu tentang ketibaannya, dan
mengambil kesempatan itu untuk mengeluarkan satu
kenyataan bertulis kepada akhbar dan mengadakan temu
ramah dengan wartawan untuk tujuan propaganda. Saya
telah memberi amaran kepada Chin Peng sekiranya
perbuatan kurang ajar ini dibuat lagi, maka saya akan
membatalkan pertemuan yang dicadangkan itu.

Kemudian saya membuat satu kenyataan bahawa saya

177
178

bersama-sama dengan David Marshall yang menjadi Ketua


Menteri Singapura pada masa itu sanggup berjumpa dengan
Chin Peng pada akhir bulan Disember. Komunis telah
menerima cadangan ini dan persiapan telah dibuat untuk
mengadakan pertemuan itu di Baling pada 28 Disember.
Dalam satu pertemuan akhir di Kroh, pada 13 Disember
untuk mengaturkan persiapan, pihak Komunis telah
diberitahu bahawa pertemuan itu hendaklah diadakan di
Baling pada 28 Disember atau dibatalkan terus. Kesemua
perkara mengenai pertemuan itu telah diputuskan, tetapi
mestilah terlebih dahulu menunggu surat daripada Chin Peng
untuk pengesahan.

Surat ini telah diterima pada 23 Disember, tetapi Chin Peng


telah meminta supaya diadakan satu pertemuan dengan
wakil-wakil Kerajaan pada 24 Disember, dan juga meminta
supaya saya mengumumkan menerusi radio satu jaminan di
atas keselamatan perwakilan Komunis. Pertemuan yang
akhir ini telah berlangsung pada tarikh yang diminta oleh
Chin Peng itu, dan pada hari itu juga saya telah
mengumumkan satu jaminan untuk keselamatan mereka.

Setelah itu perundingan Baling berjalan sebagaimana yang


dirancangkan, iaitu pada 28 dan 29 Disember. Tiga
pertemuan telah diadakan dalam masa dua hari. Saya telah
mengetuai pihak Kerajaan yang mengandungi wakil-wakil
yang terdiri daripada Mr. David Marshall dan Tun Tan Cheng
Lok. Chin Peng mengetuai pihak Komunis yang terdiri
daripada Chen Tian dan Rashid Maidin.

Hasil perundingan ini, Chin Peng telah bersetuju


sebagaimana yang berikut:

“Setelah sahaja Kerajaan Persekutuan yang dipilih mendapat


kekuasaan penuh dalam segi keselamatan dalam negeri dan

178
179

pasukan-pasukan bersenjata tempatan maka kami akan


menamatkan keganasan, meletakkan senjata dan
membubarkan pasukan-pasukan kami. Ini tidaklah bererti
bahawa kami menerima syarat-syarat pengampunan yang
ada sekarang.”

Begitulah tamatnya rundingan Baling. Sekalipun Chin Peng


telah membuat perjanjian, saya telah meninggalkan Baling
tanpa sebarang harapan kerana saya terkenang kepada
perkataan-perkataan Chin Peng bahawa Komunis mustahil
dapat hidup bersama dengan orang-orang yang bukan
Komunis.

Saya tidak percaya yang dia akan memenuhi janjinya itu, dan
inilah yang sebenarnya telah berlaku. 20 bulan kemudian
iaitu pada 31 Ogos 1957 Malaya telah menjadi sebuah
negara yang merdeka dan bebas, dengan mempunyai
sebuah Kerajaan pilihan rakyat dan berkuasa ke atas
keselamatan dalam negeri dan di atas pasukan-pasukan
bersenjata kita, tetapi sekalipun Komunis telah membuat
perjanjiannya dengan kita di Baling, mereka terus
melancarkan keganasan senjata.

Malaya akhirnya dapat mengisytiharkan tamatnya darurat


pada 31 Julai 1960. Chin Peng dan saki-baki Komunis yang
telah dikalahkan itu telah bersembunyi di Selatan Thailand
dan berada di sana sehingga hari ini selama 14 tahun.
Mereka masih merupakan satu ancaman kepada
keselamatan negara sebagaimana yang terbukti daripada
serangan hendap yang dilakukan oleh mereka pada 27 Julai.

Kerajaan tidak lalai serta telah melipatgandakan tindakan


keselamatan di sepanjang kawasan sempadan dengan
kerjasama rapat kerajaan Thai, kerana kami sedar bahawa
kekacauan yang berlaku baru-baru ini dan suasana yang

179
180

belum dapat dipulihkan di Malaysia ini memberi peluang


kepada Chin Peng dan pengikut-pengikutnya untuk
melakukan sesuatu jika mereka diberi kesempatan.

Sekarang masih ada beribu-ribu orang lagi Komunis di


Malaysia. Kenyataan ini telah terbukti semasa Konfrantasi
Indonesia kerana dalam masa itulah kira-kira 2,000 Komunis
telah meninggalkan negara ini untuk bersama dengan
pasukan tentera Presiden Sukarno melanggar Malaysia.

Komunis bukannya cintakan Sukarno atau sukakan rejimnya,


kerana mereka mendapat laporan tentang perbuatan-
perbuatan aniaya yang dilakukan ke atas orang-orang Cina
di Indonesia dengan perintah Sukarno. Mereka pergi ke
Indonesia kerana mereka berpendapat bahawa inilah satu
peluang yang amat baik untuk membolehkan mereka muncul
balik di Malaysia sebagaimana yang mereka harapkan
selama ini. Pada kali ini mereka harap dapat memenuhi cita-
cita mereka dengan cara bersatu dengan tentera Sukarno.

Mereka juga berharap bahawa dengan adanya persahabatan


antara Sukarno dengan PKM, maka mereka akan diakui balik
sebagai satu pertubuhan di Malaysia jika Sukarno berjaya
dalam rancangannya itu. Mereka akan menolong Sukarno
sampai mendapat peluang mengambil kuasa di Malaysia.

Dalam perarakan mayat 9 Mei itu, sepanduk-sepanduk


gambar Mao telah diarak oleh mereka yang mengambil
bahagian dalam perarakan itu, yang berpura-pura sebagai
orang-orang yang berkabung.

Parti Buroh Malaysia terletak di bawah kawalan Komunis,


dan Parti Rakyat pula sentiasa dipengaruhi oleh mereka.
Dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan oleh anggota-
anggota Barisan sosialis pada 1967, Dr. Tan Chee Khoon

180
181

telah kedengaran berkata: “Ini bukan orang-orang saya.”

Jadi siapakah mereka itu, padahal mereka menggunakan


alamat Ibu Pejabat Barisan Sosialis di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, di Kuala Lumpur untuk berkumpul.

Dr. Tan Chee Khoon sendiri bukanlah seorang Komunis,


tetapi dapatkah beliau dengan sesungguhnya menyatakan
bahawa parti beliau terlepas daripada sebarang pengaruh
Komunis, seperti juga Lee Kuan Yew semasa beliau
meminta pertolongan mereka itu untuk mendapatkan
kekuasaan di Singapura? Baliau patutlah ingat kepada kata-
kata: “Jika kamu menghirup sup di meja yang syaitan ada
bersama-sama, maka mestilah kamu menggunakan sudu
yang panjang tangannya.”

Beliau dan semua orang tahu bahawa Cina Komunis


sentiasa mengganggu hal ehwal Malaysia sebagaimana
yang dapat di dengar menerusi Radio Peking.

Saya rasa munasabah juga untuk memetik satu tulisan yang


tersiar di dalam penerbitan mingguan Soviet bernama ‘New
Times’ pada 13 Jun. Majalah itu menuduh Peking
membangkitkan perasaan benci di kalangan bangsa-bangsa
di Asia Tenggara, dan sebagai contohnya menyebut tentang
rusuhan yang telah berlaku di Malaysia pada 13 Mei.

Majalah itu selanjutnya mengatakan bahawa pengikut-


pengikut Mao telah beberapa kali memperalatkan kaum-
kaum l Cina yang berada di Asia Tenggara, seperti di Burma
dan Cambodia, untuk melakukan perbuatan-perbuatan
provokasi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada
perjuangan mereka. Anasir-anasir Mao telah menanam benih
perpecahan di kalangan pertubuhan yang benar-benar
bercorak demokrasi di Malaysia, dan telah membahayakan

181
182

pertubuhan-pertubuhan dengan menggunakan cara-cara


‘Red Guard’.

Majalah itu menamatkan huraiannya dengan mengatakan


bahawa inilah satu pelajaran yang dapat diambil oleh
pejuang-pejuang kebangsaan dan pengamalh demokrasi di
Malaysia.

Kejadian serang hendap ke atas pasukan keselamatan


kita di Sintok, Kedah pada 27 Julai membuktikan bahawa
masih banyak gerakan pengganas di sepanjang sempadan
Thai/Malaysia. Anggota-anggota Komunis yang terlatih di
Thailand menyeberangi sempadan dan membuat
perhubungan dengan rakan-rakan mereka di Malaysia.

Anggota-anggota perisik telah menumpukan perhatian


mereka kepada gerakan Komunis di kawasan itu tetapi
mereka tidak dapat mengesan kesemuanya kerana
sempadan Malaysia/Thai diliputi oleh hutan rimba yang
besar. Pada 17 Jun 1968, 16 orang anggota polis kita telah
terbunuh dan 17 lagi cedera di dalam satu serangan hendap
yang berlaku di sempadan Kroh/Betong. Inilah perangsang
yang ditunggu-tunggu oleh pengikut-pengikut Komunis.

Kebanyakan laporan sulit yang diterima menumpukan hal-hal


mengenai gerakan Komunis di Singapura dan sempadan
Indonesia/Malaysia Timor. Jelas bahawa PKM dibantu dari
tiga jurusan – iaitu dari Selatan menerusi komunis-komunis
yang ada di seberang Tembok Johor yang datang dari Hong
Kong melalui Singapura, dari Utara komunis yang berada di
Thailand, dan juga dari komunis di sempadan Sarawak-
Indonesia.

Hari ini komunis di Malaysia lebih cergas dan lebih ganas


daripada komunis di Singapura. Taktik mereka

182
183

menggunakan sentimen perkauman telah berjaya sehingga


menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat kita yang
berbilang kaum. Gerakan mereka telah bertambah meluas.

Malangnya mereka telah berjaya memujuk belia dari


sekolah-sekolah Cina untuk dijadikan agen bagi melakukan
perbuatan-perbuatan memeras dan menakutkan ahli-ahli
perniagaan dan sebagainya. Mereka yang enggan menurut
kehendak komunis akan diancam keselamatannya.

Inilah kumpulan yang terdiri daripada mereka yang


berpegang teguh kepada perasaan kecinaan, dan juga
samseng-samseng yang mengacau keamanan dalam negara
ini. Mereka menghasut orang-orang Cina supaya mendesak
Kerajaan mengadakan sebuah Universiti Cina menjadikan
bahasa Cina dijadikan salah satu bahasa rasmi, dan enggan
menerima sebarang perkara kecuali yang bercorak kecinaan.

Dengan tertanamnya perasaan sentimen yang seperti ini di


dalam hati mereka, maka tidaklah mudah bagi Kerajaan
hendak menarik mereka ke sebelah kita dan sangatlah susah
hendak mengasingkan mereka daripada musuh kita,
Komunis.

Dalam pilihan raya baru-baru ini kita telah dapat melihat


gerakan yang cergas yang telah dilancarkan oleh Komunis.
Saya mempunyai alasan yang kuat untuk mempercayai
bahawa mereka telah mengadakan wang untuk Pas dalam
pilihan raya yang lepas bagi mendapatkan pertolongan parti
itu untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan.

Komunis Cinalah yang telah mengadakan wang bagi


pengacau-pengacau Melayu melalui parti-parti yang ada
hubungan rapat dengan orang-orang ini, dan salah satu ialah
Parti Komunis Indonesia yang menerima sokongan

183
184

kewangan daripada Parti Komunis Negeri China.

Dalam masa itu Komunis telah menghasut pensyarah-


pensyarah dari parti-parti pembangkang supaya
menumpukan ucapan-ucapan mereka di atas perkara-
perkara yang disungutkan oleh orang ramai dan meletakkan
kesalahan di atas Kerajaan Perikatan, dengan cara
memasukkan jarum pengaruhnya dengan halus.

Perarakan mayat pada 9 Mei, sehari sebelum daripada


pilihan raya telah digunakan sepenuhnya oleh komunis.
Komunislah yang merasa sangat puas hati dengan tunjuk
perasaan yang diadakan bersama oleh Gerakan dan DAP
pada 12 Mei iaitu satu perbuatan yang menepati dengan
kehendak mereka.

Sekarang PKM sedang berusaha dengan cara yang tidak


langsung untuk mendesak puak-puak ‘pelampau’ supaya
melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan perpecahan di
kalangan anggota-anggota UMNO. Kita mempunyai
maklumat yang menunjukkan bahawa beberapa beberapa
orang yang diketahui menjadi ahli Komunis sedang membuat
perhubungan dengan beberapa orang ‘pelampau’ dalam
UMNO.

Propaganda yang datangnya daripada Barisan Persatuan


Komunis adalah bertujuan hendak menggambarkan bahawa
Kerajaan Perikatanlah yang sebenarnya berdosa dalam
pertelingkahan kaum itu.

Rancangan mereka sekarang ialah hendak menggunakan


dengan sepenuhnya suasana yang terdapat pada hari ini
untuk faedah Komunis dengan cara menyakinkan orang
ramai bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas apa
yang telah berlaku pada 13Mei; dan hasrat mereka ialah

184
185

hendak menimbulkan suasana harmoni di kalangan semua


kaum. Mereka bukan sahaja cergas di kawasan sempadan
Thailand dan di sempadan Sarawak bahkan juga di seluruh
negara.

Tujuan mereka ialah hendak memperingati ulang tahun yang


ke-21 pemberontakan bersenjata mereka yang jatuh pada 20
Jun dengan cara menunjukkan kekuatan mereka, tetapi
kesempatan itu tidak terbuka untuk mereka lakukan
sehinggalah sebulan kemudian iaitu pada 27 Julai.

Mereka merayakan peristiwa itu dengan satu serangan


hendap ke atas pasukan keselamatan di kawasan sempadan
yang menyebabkan enam orang terbunuh dan tujuh lagi
tercedera. Kejadian ini dilakukan unutk meninggikan moral
mereka dan tentulah akan menambahkan semangat PKM di
dalam rangkanya hendak menguatkan semula perjuangan
bersenjata mereka.

Berikutan dengan penyebaran surat Dr. Mahathir itu, maka


satu taktik baru telah timbul di Malaysia ini, tetapi taktik ini
merupakan satu helah yang telah pun lama diamalkan oleh
Komunis, kerana mereka telah pun mencubanya di Burma.
Helah ini ialah menulis surat-surat yang beracun. Surat-surat
ini seolah-olahnya dihantar oleh seorang kepada seorang
yang lain, sebagaimana yang telah saya lihat di Terengganu
pada 8 Ogos. Seolah-olahnya telah ditulis kepada saya oleh
Setiausaha Agung Parti Perikatan, Tan Sri T.H. Tan kerana
di kaki surat itu telah ditaip nama beliau sebagai
penghantarnya.

Saya belum pernah melihat surat yang seperti ini. Jika


setiausaha Parti Perikatan merasa risau di atas satu
kejadian, maka tentulah dia tidak menulis surat ini kepada
saya bahkan datang berjumpa saya sendiri. Hakikat itu dapat

185
186

dilihat dengan jelas oleh mana-mana orang yang cerdik,


tetapi nampaknya surat beracun yang seperti itu boleh
mempengaruhi orang-orang biasa.

Surat ini mengandungi tuduhan-tuduhan terhadap tentera,


iaitu tuduhan yang sangat keji dan hina yang boleh
mengejutkan orang-orang biasa. Surat itu menuduh askar-
askar kita memecahkan rumah, memperkosa perempuan-
perempuan Cina, membelah perut mereka dan memotong
buah dada mereka. Surat yang seperti itu cuma dapat ditulis
oleh seorang yang hilang akal, tetapi ia penuh tanda-tanda
yang menunjukkan bahawa surat itu merupakan propaganda
Komunis.

Mungkin banyak surat seperti itu dihantar ke rumah-rumah


orang-orang Cina. Di dalam sampul surat yang saya
sebutkan tadi ada lagi sepucuk surat yang disebarkan
bersama-sama dengannya. Surat yang pertama ialah yang
saya baru sebutkan di atas; surat yang kedua dalam Bahasa
Malaysia menghasut rakyat mengambil kuasa negeri ini
untuk orang-orang Melayu. Surat itu bertajuk “Dengan Nama
Allah.”

Sesiapa yang telah bertanggungjawab menghantar surat-


surat ini telah membuat satu kesilapan yang amat bodoh
kerana memasukkan kedua-dua surat di dalam satu sampul.
Kedua-dua surat itu menunjukkan bahawa tujuannya ialah
hendak menimbulkan perpecahan dan huru-hara dengan
melalui dua suara, tetapi kesilapan itu telah menzahirkan
bahawa kedua-dua suara itu datangnya dari mulut yang
sama.

Semasa saya berada di Alor Setar pada 21 Ogos, saya telah


menunjukkan kepada akhbar satu salinan surat Pekeliling
Komunis yang bertulis di atas kertas ‘foolscaps’ berwarna

186
187

merah jambu. Surat yang ditulis dalam tulisan rumi dan jawi
ini mempunyai tajuk “Kenangan untuk askar Melayu“. Di atas
surat ini tertera lukisan-lukisan kartun yang menunjukkan
saya seorang diktator.

Di celah-celah gambar kartun itu tertulis nama-nama Menteri


Kesihatan, Tan Sri Sardon; Menteri Perdagangan dan
Perusahaan, Khir Johari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Salleh;
Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Syed Nasir;
seorang Ahli Parlimen dari Johor, Syed Ja’afar Albar, dan
bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Haji
Sulaiman Palastin. Surat-surat itu telah dihantar melalui pos
dari Kuala Lumpur kepada seorang penerimanya di Kedah.

Pada pendapat saya sendiri, sekiranya orang-orang Cina


yang taat setia kepada negara tidak percaya kepada
propaganda Komunis, maka negara ini akan selamat.
Sebenarnya tidak ada sebarang sebab yang boleh
menimbulkan pergaduhan antara orang-orang Cina dengan
orang-orang Melayu, kerana mereka telah hidup bersama
dengan aman. Anasir-anasir Komunislah yang cuba hendak
memecahkan perpaduan yang berbahagia ini, dengan
disokong oleh anasir-anasir pelampau cauvinis kedua-dua
kaum.

Sementara Cina Komunis ialah kuasa di belakang anasir-


anasir Cina yang tidak taat setia di Malaysia ini, saya juga
tahu bahawa mereka membantu parti-parti Melayu yang
menentang UMNO sekali pun anggota-anggota parti ini tidak
mengetahuinya. Oleh yang demikian rakyat-rakyat Malaysia
yang taat setia sedang dihimpit oleh Komunis dari dua belah
pihak – satu pihak terdiri daripada orang-orang Melayu yang
terpesong, dan satu pihak lagi dari orang-orang Cina yang
tertipu.

187
188

Oleh yang demikian jalan yang terbuka bagi rakyat yang taat
setia itu ialah menolong Kerajaan dengan apa juga cara
yang boleh, dan menolong memperkuatkan segala tenaga
yang dapat memperkuatkan kedudukan Kerajaan bagi
menghadapi ancaman musuh-musuh kita, Komunis.

BAB 23 : Mimpi Dan Alamat

PADA satu malam bulan penuh purnama yang terjatuh pada


hari Jumaat, 2 Mei 1969, lapan hari sebelum hari mengundi
dan 11 hari sebelum rusuhan berlaku, saya telah mendapat
satu mimpi yang boleh dikatakan luar biasa.

Dalam mimpi itu saya dapati saya berada di lorong belakang


di antara dua deretan rumah. Lorong itu sempit, becak,
berlumpur dan kotor; sampah sarap dan kekotoran yang
seperti itu tidak pernah saya lihat dahulu. Sedang saya
berdiri di situ dengan tidak tahu apa yang hendak di buat,
tiba-tiba tikus-tikus longkang sebesar kucing berduyun-
duyun keluar dari parit sebelah kiri dan datang ke tengah-
tengah lorong yang tersebut memakan sampah dan kotoran
yang ada di situ.

Tikus itu nampaknya bengis, dan memamah sampah sarap


dengan ganasnya. Saya cuba hendak pergi ke sebelah sana
lorong itu yang tidak dipenuhi oleh tikus-tikus itu, tetapi
dengan tiba-tiba berterbangan keluar lalat-lalat hijau yang
kotor dari sebuah parit disebelah kanan, dan memenuhi
kawasan yang kosong itu. Dengan itu maka saya telah
terperangkap kerana tidak ada lagi jalan yang boleh saya
lalui.

Tikus-tikus dan lalat-lalat itu terus juga keluar dari kedua-dua


belah parit, dan saya pun mengambil keputusan untuk

188
189

keluar dari situ dengan merempuh mereka. Oleh kerana


saya fikir tikus-tikus itu akan menyerang saya, maka saya
tidak megikuti jalan yang ada tikus-tikus itu tetapi merempuh
lalat-lalat hijau itu sambil menutup mata dan muka saya
dengan lengan. Lalat hijau itu berterbangan dan berdesing-
desing di sekeliling saya dan mengikut saya seketika, tetapi
akhirnya saya dapat lepas daripada mereka dan terus keluar
ke jalan yang bersih dan udara yang segar.

Apabila terkejut daripada tidur saya tidak dapat


mentadbirkan mimpi itu. Saya beritahu isteri saya dan
meminta beliau memikirkan apa erti mimpi yang pelik dan
dahsyat itu. Beliau berkata beliau juga tidak dapat
mentabirkan mimpi itu tetapi nyatalah ia memberi alamat
bahawa satu kejadian buruk akan berlaku, dan kejadian itu
akan mendatangkan kesusahan besar kepada saya.

Pada ingatan saya tikus-tikus dan lalat-lalat hijau itu adalah


merupakan dua binatang yang kotor sekali dalam dunia.
Oleh itu mimpi saya itu tentulah menandakan bahawa ada
satu perkara yang dahsyat akan berlaku. Saya beritahu isteri
saya bahawa saya rasa ada musuh-musuh yang berusaha
hendak menjahanamkan saya, atau sekurang-kurangnya
hendak menyekat usaha-usaha saya untuk keamanan dan
kebahagiaan. Saya segera mencatatkannya dalam buku
ingatan saya supaya kemudian kelak dapatlah saya
mengerti tujuan mimpi saya itu.

Dalam masa beberapa hari sejak mimpi itu, saya berkali-kali


cuba hendak mencari makna tikus dan lalat hijau itu. Saya
tidak dapat hendak melupakan mimpi itu kerana semua yang
berlaku sangatlah jelas, dan merupakan satu alamat yang
sangat buruk.

Pada pagi hari mengundi satu lagi kejadian yang


merunsingkan telah berlaku selepas sembahahyang subuh.

189
190

Apakala saya hendak bangkit dari tikar sembahyang, tasbih


yang saya gunakan telah tersangkut di penjuru meja dan
putus talinya sehingga biji-biji tasbih itu bertaburan di atas
lantai.

Kejadian ini juga tentu mempunyai makna. Saya telah


gunakan tasbih ini selama beberapa tahun untuk berzikir
selepas sembahyang tetapi kejadian yang seperti ini tidak
pernah berlaku sebelum itu. Tuhan sahaja yang maha
mengetahui kenapa tasbih itu putus talinya pada pagi itu,
iaitu hari mengundi. Saya mula berasa gelisah dengan
kejadian-kejadian yang pelik ini, mungkin ia mempunyai
alamat yang tidak baik.

Sekarang baru saya tahu apa yang dimaksudkan oleh mimpi


itu. Tikus-tikus itu nyatalah merupakan komunis-komunis
Malaysia atau konco-konco dan penyokong-penyokong
mereka dan juga semua anasir jahat.

Orang-orang inilah yang menganjurkan perarakan mayat


pada 9 Mei dan sebagaimana yang telah saya ceritakan tadi,
mereka cuba hendak menimbulkan peristiwa buruk dalam
perarakan itu supaya terhalanglah pilihan raya. Mereka tidak
berjaya dalam pecubaan ini tetapi mereka telah berjaya
menimbulkan perasaan buruk dan meninggalkan kesan
yang membahayakan keamanan. Mereka telah
menyematkan perasaan perkauman di hati orang ramai, dan
melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kepada
tercetusnya kekacauan besar pada 13 Mei. Ringkasnya
mereka telah menaburkan benih-benih dan sekarang
mereka hendak makan buahnya.

Elok saya terangkan bahawa pihak Cina Komunis tidaklah


bertujuan hendak menimbulkan pergaduhan atau
pertelingkahan perkauman seperti yang berlaku itu, tetapi
hasil perbuatan mereka yang lazimnya berakhir dengan

190
191

kejadian yang sama seperti ini. Apa sebabnya begitu?


Sebabnya ialah orang-orang Melayu enggan menurut
perintah mereka dan sebarang perselisihan dengan orang-
orang Melayu pastilah membawa kepada pertelingkahan
kaum.

Ini telah terbukti dalam kejadian yang berlaku di Pulau


Pinang semasa komunis memberi perintah supaya diadakan
hartal, orang-orang Melayu tidak hiraukan perintah itu, dan
apabila mereka menyerang pekedai-pekedai Melayu, maka
orang-orang Melayu lain telah datang menolong sehingga
membawa kepada timbulnya satu pertempuran kaum.

Tujuan mereka hendak merosakkan Kerajaan dengan


mengadakan ‘boikot’ telah bertukar menjadi satu
pertempuran antara orang-orang Melayu dengan orang-
orang Cina, iaitu satu kejadian yang bukan dimaksudkan
oleh Komunis.

Kejadian seperti ini berlaku sekali lagi pada hari perarakan


mayat. Tujuan mereka ialah hendak menunjuk perasaan
menentang kerajaan, tetapi dengan melakukan perbuatan itu
mereka telah menyentuh perasaan orang-orang Melayu.
Sikap orang-orang Melayu ialah kiranya mereka
menganggap kerajaan negeri ini sebagai kerajaan mereka,
maka perbuatan mengutuk kerajaan itu berertilah mereka
juga mengutuk diri mereka sendiri. Orang-orang Melayu
adalah anti-Komunis, tetapi nampaknya Komunis Cina tidak
memahami sikap dan pendirian orang-orang Melayu itu.
Bilangan orang-orang Melayu yang mempercayai ideologi
mereka boleh dikatakan hanya berapa kerat saja.

Pada 12 Mei, Dr Tan Chee Khoon dan anggota-anggota


Gerakan telah mengadakan perarakan untuk merayakan
“kemenangan” parti mereka, dan dalam perarakan itu
anggota-anggota DAP juga turut serta. Perarakan itu telah

191
192

berjalan dengan teratur sebagaimana yang dirancang, tetapi


selepas daripada tamatnya perarakan itu anggota-anggota
parti telah hilang akal menunjukkan kelakuan yang biadab.
Semasa mereka dalam perayaan itulah mereka telah
melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan melemparkan
kata-kata yang keji. Perbuatan mereka yang keji itu dengan
sendirinya memasukkan mereka ke dalam perangkap `tikus-
tikus longkang’ tersebut.

Perarakan mayat yang dianjurkan oleh Komunis pada hari


Jumaat dan sambutan “kemenangan” yang diadakan oleh
Gerakan dan DAP pada hari Isnin adalah dua kejadian yang
provokasi sehingga tercetusnya kekacauan yang sehabis-
habis buruk yang belum pernah berlaku di Kuala Lumpur.
Tujuk-tunjuk perasaan yang berlaku satu demi satu telah
dianjurkan oleh Cina Komunis dan parti-parti politik tersebut,
yang merupakan perbuataan provokasi dan jahat telah
memberi makna yang jelas kepada mimpi saya itu.

Sekarang apakah pula erti lalat-lalat hijau? Pada malam 25


Mei seorang pelayan di Residency (kediaman rasmi saya)
telah memberitahu saya bahawa seorang sahabat lama,
Dato’ Syed Esa Almanoer hendak bercakap dengan saya
menerusi telefon. Apabila saya mengangkat telefon itu saya
dapati bukanlah suaranya, tetapi orang lain yang cuba
hendak menyamar dan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Dia memberitahu saya bahawa ada 20 orang ahli UMNO
yang sedang bermesyuarat pada masa itu di satu tempat
dan mereka telah mengambil keputusan meminta saya
meletakkan jawatan.

Saya cuba hendak mengecam suaranya, tetapi tidak dapat.


Apabila saya bertanya siapakah dia, dia enggan
memberitahu namanya. Jadi saya katakan kepadanya “Go
to hell (pergi jahanam).” Panggilan-panggilan telefon yang

192
193

seumpama telah dibuat berulang kali dalam masa tiga atau


empat malam kemudiannya. Apabila diberitahu kepada
orang yang memanggil itu bahawa saya tiada di rumah, dia
telah memberitahu kepada pelayan yang menjawab telefon
itu supaya memberitahu kepada saya supaya meletakkan
jawatan kerana saya tidak dikehendaki lagi dalam UMNO
dan dalam Kerajaan.

Pada 6 Jun pula, iaitu hari yang sepatutnya saya masuk


hospital, Utusan Melayu telah menerbitkan satu berita yang
mengandungi pendapat beberapa orang anggota UMNO
bahawa dalah bijak bagi MCA tidak menyertai Kabinet. Saya
telah menasihatkan mereka itu supaya jangan
mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana saya bimbang
perbuatan itu mungkin akan menambahkan perpecahan dan
dengan itu juga akan mencacatkan pentadbiran. Sebarang
persoalan kaum yang dibangkitkan pada waktu ini akan
membahayakan keamanan.

Selang tidak berapa lama, iaitu pada 18 Jun, saya telah


menerima surat daripada Dr. Mahathir yang telah saya
ceritakan terdahulu. Surat ini kemudiannya telah disebar
beribu-ribu naskah. Kandungannya semata-mata bertujuan
untuk menghina saya di mata orang ramai dan menaikkan
perasaan marah dan benci orang ramai terhadap diri saya.

Kempen benci terhadap diri saya ini telah mengejutkan


orang-orang Melayu yang taat setia amnya dan anggota
UMNO khasnya. Saya sendiri menghadapi dugaan yang
berat. Keadaan tegang telah timbul di dalam parti yang
boleh membawa kepada timbulnya perpecahan dalam
UMNO. Kemudian Majlis Tertinggi UMNO telah memecat Dr.
Mahathir.

Perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka terus


menganiaya diri saya. Beberapa lagi surat liar telah dikirim

193
194

dan disebarkan kepada orang ramai. Lalat-lalat hijau ini


terus mengekori saya, dan mereka masih berdesing-desing
di sekeliling saya.

Sekarang dapatlah saya faham bahawa biji-biji tasbih yang


telah terburai itu merupakan pecahnya keamanan dan
harmoni antara berbagai-bagai kaum. Tikus-tikus boleh
dibunuh, lalat-lalat boleh diusir dan biji-biji tasbih boleh
dicucuk kembali benangnya. Marilah kita berdoa supaya
segala penderitaan dan percubaan yang kita telah alami,
dan bencana serta kesan-kesan yang buruk yang timbul
daripadanya itu akan menjadi pengajaran kepada kita
semua.

Pihak Kerajaan sebenarnya bersungguh-sungguh


mengamalkan sikap sabar dalam menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan. Sepatutnya kita tidak
membenarkan mayat pemuda Parti Buroh itu disimpan di
rumah mayat di Jalan Sultan yang terletak di tengah-tengah
bandar Kuala Lumpur, tetapi memerintahkan supaya mayat
itu dibawa ke kampungnya di Kepong untuk dikebumikan.

Niat Parti Buroh itu adalah jelas; hendak mempersenda-


sendakan pemerintah dan melakukan perbuatan-perbuatan
yang boleh memecahkan keamanan. Cara mereka
mengadakan perarakan mayat menunjukkan dengan jelas
niat dan tujuan mereka. Mereka tergamak meminta
kebenaran supaya perarakan itu diadakan pada hari
mengundi. Jika permintaan mereka itu diluluskan, mungkin
pilihan raya di Kuala Lumpur tidak dapat diadakan. Kesan
perarakan mayat itu tentulah buruk ke atas negara pada
keseluruhannya tidak kira pada hari mana jua pun ia
diadakan, kerana perarakan yang seumpama itu akan
membangkitkan perasaan anti kerajaan.

194
195

Oleh kerana itu Gerakan dan DAP tidaklah sekali-kali patut


mengadakan perayaan ‘kemenangan’ setelah perarakan
mayat itu telah diadakan dan kesan-kesan daripadanya
menunjukkan bahawa perbuatan itu telah menimbulkan
perasaan yang buruk. Cara bagaimana mereka merayakan
‘kemenangan’ mereka tidak dapat tiada mesti
mengakibatkan kejadian seperti yang telah berlaku dan saya
meletakkan tanggungjawab yang sama ke atas parti-parti ini
di atas kekacauan yang berlaku.

Setelah parti-parti pembangkang mengadakan perarakan


kemengan mereka maka tidaklah pula dapat disekat
kehendak UMNO mengadakan perarakan kemenangannya
pada 13 Mei. Jika perarakan UMNO itu tidak diadakan,
maka moral anggota-anggota parti itu tentulah jatuh setelah
parti-parti pembangkang menunjukkan kekuatan mereka,
dan juga kerana anggota-anggota UMNO ini telah dicerca
oleh parti-parti pembangkang itu. Oleh itu rusuhan-rusuhan
13 Mei yang telah timbul akibat daripada perarakan-
perarakan itu adalah satu kejadian yang dikutuk, dikesali
dan tidak dapat dimaafkan.

Selain daripada itu, dalam kempen pilihan raya asas-asas


demokrasi telah dipersenda-sendakan dan perlembagaan
telah dicabul dan dipermainkan oleh semua partii
pembangkang. Pemimpin-pemimpin mereka telah
melancarkan kempen dengan tidak menghiraukan dan tidak
menghormati perlembagaan yang menjadi piagam
demokrasi negara.

Sesungguhnya mereka telah membuat ucapan-ucapan


seolah-olah negara ini tidak mempunyai perlembagaan.
Pensyarah-pensyarah yang berdiri di atas pentas DAP telah
kedengaran berkata bahawa sekiranya mereka memegang
kuasa, mereka akan melucutkan hak-hak orang Melayu.

195
196

Banyak lagi perkataan-perkataan mereka mengenai soal


berbilang bahasa dan soal-soal perkauman yang lain yang
juga tidak sekali-kali patut dikeluarkan. Banyak perkara yang
ditimbulkan oleh ahli-ahli Gerakan dan DAP merupakan
soal-soal yang bercorak provokasi yang boleh difahami oleh
orang-orang Melayu bahawa sekiranya pembangkang
menang dalam Pilihanraya itu, orang-orang Melayu akan
`diajar.’

Di satu pihak lagi, PAS menjalankan kempen yang boleh


diertikan sebagai bertujuan hendak mengambil kuasa
negara ini untuk orang-orang Melayu sahaja. Menurut PAS
sekalipun mereka mengakui adanya orang-orang lain di
negara ini, orang-orang yang bukan Melayu tidak akan
dibenarkan mengambil bahagian di dalam pemerintahan
negara atau pun di berikan sebarang hak.

Sebaliknya Parti Perikatan berdiri teguh di belakang


perlembagaan dan dengan sebab itu Perikatan telah
menjadi sasaran serangan daripada kesemua pihak.
Sungguh pun begitu, keputusan-keputusan pilihan raya telah
membuktikan satu perkara. Sekali pun di dalam kempen itu
berbagai-bagai tuduhan telah dilemparkan ke atas Perikatan
dan pelbagai kritikan telah dihalakan kepada perlembagaan,
rakyat masih memilih Perikatan untuk memegang kuasa
pemerintahan. Ini menunjukkan satu bukti yang jelas
bahawa rakyat Malaysia menyokong Perikatan kerana
mereka menyifatkan parti itu sebagai pendukung
perlembagaan, iaitu sebuah piagam yang menjamin
kebebasan, hak-hak perseorangan dan keselamatan.

Oleh itu apakah yang patut kita lakukan supaya


perlembagaan itu dihormati? Perlembagaan adalah menjadi
asas kemerdekaan kita, dan di atas asas inilah kita telah
membina negara kita. Oleh itu kita mestilah sentiasa

196
197

menegakkan Perlembagaan kita itu dan mempertahankan


serta melindunginya dengan segala kekuatan yang ada
pada kita.

Saya dapat tahu bahawa di Amerika Syarikat semua parti


politik yang mengambil bahgian dalam pilihan raya bersetuju
tidak menyentuh hal-hal perlembagaan mereka.
Perlembagaan ini disifatkan sebagai dokumen yang suci dan
tidak boleh dibiarkan mana-mana pihak menjadikannya
sebagai satu perkara yang boleh dipersoalkan dalam
kempen pilihan raya atau di mana-mana jua. Di dalam
perlembagaan kita itu ada syarat-syarat yang menentukan
cara-cara bagaimana dapat dibuat pindaan, tetapi pindaan-
pindaan telah dibuat cuma mengenai dengan pentadbiran
dan keselamatan negara di mana-mana yang difikirkan
perlu.

Sekiranya kita hendak mencegah daripada berulangnya


peristiwa 13 Mei, maka undang-undang pilihan raya mestilah
dipinda bagi mengadakan syarat-syarat bahawa perkara-
perkara di dalam perlembagaan itu tidaklah boleh
ditimbulkan di dalam pilihan raya, dan jika mana-mana parti
atau orang-orang perseorangan melakukan kesalahan
melanggar undang-undang ini maka mereka akan dihukum.
Dengan cara ini sahajalah dapat kita menjamin bahawa
demokrasi boleh berjalan di negara ini.

Peristiwa 13 Mei memberikan peringatan berkekalan kepada


kita semua tentang bahaya yang akan timbul jika
perlembagaan diketepikan dan soal-soal yang menyentuh
perasaan, adat resam dan adat istiadat pelbagai kaum
dipermainkan.

Pada 13 Mei 1969, negara kita terletak di ambang


keruntuhan, dan sebab boleh berlaku kejadian itu ialah
kerana kita tidak mengakui pada diri kita sendiri kedudukan

197
198

dan hakikat yang sebenar. Oleh yang demikian marilah kita


berazam untuk bersungguh-sungguh mengelakkan daripada
berlaku lagi kelalaian dan kecuaian yang seperti itu. Marilah
kita berazam untuk mempertahankan demokrasi dan cara
hidup yang kita cintai.

Maka saya berdoa ke hadrat Allah Subhanallah Wata’ala


untuk memohon limpah rahmat-Nya bagi mengembalikan
buat selama-lamanya muhibah, keharmonian, keamanan
dan persahabatan antara kaum di negara kita sebagaimana
sebelum 13 Mei 1969.

Pembinaan Rukun Negara

“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam


dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita
telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil
tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan
bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam
gaung yang dalam”

(Allahyarham Tun Abdul Razak)

198

You might also like