You are on page 1of 25

Nama

Pensyarah:
En. Abdullah Bin Mohd Yassin
Nama
Pembentang:
Wan Zaitul Zuliza

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa
yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-
harian. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa
bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu
berlangsung.

Laras Bahasa
Nik Safiah Karim (1982 :1)
Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu
bahasa - Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang
boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada
pada tiap-tiap penutur.

Ure & Ellis (1977)
Menganggap laras sebagai sejenis Language
patterning regularly used in a certain kind of situation
(laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan
mengikut situasi-situasi yang berlainan).

Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan
Arbak Othman (1999), iklan dapat diertikan sebagai
sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan
memberitahu kepada orang ramai atau masyarakat
tentang sesuatu perkara atau maklumat.

Iklan ialah usaha manusia dalam menyampaikan
gagasan, produk atau jasa, yang ditujukan pada
sasaran tertentu melalui media massa dan
mengharapkan keuntungan tertentu.

Apa Itu Iklan?

Mempengaruhi pengguna dan menimbulkan
tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau
barangan atau perkhidmatan yang hendak
diperkenalkan.
Penggunaan bahasa yang baik dan berkesan
bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran iaitu
pengguna.
Fungsi Iklan

Asmah Omar 1982 - Mesej yang digunakan dalam
iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang
membawa ke arah pengaruh yang positif

Kamaruddin Husin 1995 - Iklan yang baik bertujuan
mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi
mereka membeli atau melanggan barangan yang
diperkenalkan

Terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi
yang sangat kertara pada iklan bercetak.
Terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik
yang jelas pada laras iklan pandang-dengar.
Terdapat penggunaan warna dan teknik kesan,
khususnya pada iklan bercetak dan iklan pandang-
dengar.

Ciri-ciri Iklan
Struktur ayatnya pendek dan banyak
menggunakan ayat tunggal.
Menggunakan ungkapan dan istilah yang
stylish.
Menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk
atau menarik pengguna, seperti kaedah umpan,
gesaan, doa, dsbnya.

Mempunyai Slogan
Kaedah Pertanyaan
Ada Kaitan Konsep
Umpanan
Pesanan (Menyertakan Borang)
Bandingan
Gesaan
Pertanyaan

Cara Penghasilan Iklan
dan Pemilihan Larasnya

Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan
sesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluaran
barangan.
Slogan dicipta sebagai trademark sesuatu
barangan.
Contoh:
1. 'Membantu Anak Anda Membesar Untuk
Masa Depan yang Cemerlang-Appaton
2. 'Cepat, Mudah, Mesra' Iklan Pinjaman wang
Mempunyaai Slogan

Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan

Contoh:
1. 'Rumah/Kenderaan / Tanah Untuk dijual / sewa',
2. 'Kerja Sambilan Kontraktor Dikehendaki Segera
3. 'Agensi Pembantu Rumah'
Kaedah Pernyataan

Mengaitkan sesebuah produk dengan sesuatu atau
individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai
komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang
artis atau penyanyi dengan sesuatu produk
barangan.

Ada Kaitan Konsep

Umpanan bermaksud merancang strategik untuk
menarik atau memperdayakan pelanggan.

Contoh:
1. Beli satu percuma satu
2. Diskaun sehingga 70 %
Umpanan

Iklan yang menyediakan kemudahan pesanan
barangan dengan menyediakan borang pesanan.

Contoh:
1. Iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an
Interaktif yang menyediakan borang pesanan.
Dalam borang itu mengehendaki pembaca
mengisikan butir-butir peribadi
2. Menyediakan Borang penyertaan.
Pesanan

Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara
membandingkan sesuatu barangan dengan barangan
lain.

Contoh: Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci
Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk pencuci
berjenama X.
Bandingan

Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau
pembaca untuk mengambil perhatian perkara atau
barangan yang diiklankan.

Contoh: Cubalah Zinger Burger Hari ini KFC

Gesaan

Erti kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna
menyahut cabaran iklan berkenaan

Contoh: Batuk semakin teruk? Minumlah Ubat Batuk
Cap Kapal Laut Afrika".

Pernyataan
Sekian, Terima Kasih
Kami Bangga Menjadi Guru

You might also like