You are on page 1of 2

10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN

1. LELAKI YANG PRIHATIN -



Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang
kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar
begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel,
panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot
fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami;
walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa
menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi,
hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang
datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi
kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum
perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali
tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara
selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama
tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak,
mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu,
tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang
mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk
yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi
perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan
selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-
wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha
menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik
untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut
suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah
terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak
membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk
dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran
sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua
mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan
padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa
bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula
bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas
atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai
membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama
wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik
kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa
isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung
isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri;
daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan
kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat
Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto
untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak.
Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami
mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto
ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat
karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka
berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

You might also like