You are on page 1of 4

TUGASAN 2 (SEMINAR)

HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

TUGASAN 2 AKTIVITI 3:
JURNAL REFLEKTIF (T2A3)



























1

Berdasarkan ucapan dari Dr. Nasaruddin berkenaan dengan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri dan ucapan dari Tuan Haji Ibrahim
mengenai Motivasi Pelajar jelas menunjukkan kepentingan PPG terhadap perkembangan
profesion keguruan untuk jangka masa panjang. Matlamat program ini sememangnya untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap pendapatan guru-guru. Akan tetapi,
sebenarnya program ini turut membantu meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan
negara disamping menaiktaraf kualiti sistem pendidikan.

Melalui PPG, para guru dapat mempelajari serta memahami cara penyediaan PMP yang
interaktif kepada pelajar dengan menggunakan ICT. Kebergantungan PPG ini lebih kepada
menggunakan atas talian yang mana memerlukan penggunaan ICT melebihi 80 peratus. Ini
secara tidak langsung dapat meninggalkan kesan kepada para guru untuk turut sama
menyediakan PMP kepada pelajar mereka di sekolah agar tarikan pelajar untuk mempelajari
sesuatu matapelajaran lebih menarik.

Setelah sekian lama saya mengikuti program pensiswazahan ini dan kini sudah diperingkat
akhir pengajian, saya dapati ianya turut memberi kesan yang mendalam kepada saya sebagai
seorang guru pendidikan khas di peringkat sekolah rendah. Jika dahulunya, saya hanya lebih
tertumpu kepada penyediaan PMP dengan cara yang biasa yang mana sudah lama saya
lakukan sejak awal perkhidmatan. Biarpun ia memberi kesan, akan tetapi melalui PPG saya
didedahkan dengan penggunaan ICT. Pengaplikasian yang saya lakukan bukanlah 100
peratus kepada pelajar pendidikan khas di sekolah. Namun begitu hampir 40 peratus
peningkatan penggunaan ICT kepada sesi pengajaran saya di sekolah membantu menarik
minat pelajar untuk fokus di dalam kelas. Tindak balas pelajar turut tidak mengecewakan
apabila pelajar lebih cenderung untuk mengikuti pelajaran dengan cara yang baru jika
dibandingkan dengan cara biasa yang dilakukan sebelum ini.

Sememangnya aspek-aspek yang telah disarankan oleh kedua-dua panel menggambarkan
situasi diri saya sebagai seorang guru di masa kini. Sepertimana yang saya nyatakan sebelum
ini, saya telah mencuba mengaplikasi cara ICT di dalam pengajaran saya biarpun bukan
sepenuhnya namun begitu ianya turut memberi kesan kepada penerimaan pelajar.
Penggunaan ICT tidak hanya terhad kepada pelajar normal dan pelajar pendidikan khas turut
boleh digunakan akan tetapi mengikut kesesuaian tahap kemampuan mereka. Ini kerana,
kecanggihan teknologi di masa kini turut mempengaruhi pelajar pendidikan khas bukan
2

sahaja di sekolah, akan tetapi juga di dunia luar. Pelajar kini sudah terbuka minda dan mudah
untuk mereka menerima perkara baru di dalam sesi pembelajaran mereka. Oleh yang
demikian itu, inisiatif kendiri yang disarankan oleh Dr. Nasaruddin sememangnya membantu
profesionalisme keguruan dengan cara berterusan. Seharusnya setiap guru menghargai nilai-
nilai yang digunakan melalui program PPG ini dan cuba mengaplikasikan ia di dalam sesi
pembelajaran di sekolah. Aktiviti pelajar seharusnya dilakukan dengan cara yang inovatif dan
kreatif bagi memastikan pemikiran pelajar bergerak selari dengan kemajuan teknologi dan
arus kemodenan. Begitu juga dengan cara penyampaian pengajian di dalam kelas seharusnya
berubah mengikut tahap penerimaan pelajar. Dengan merujuk kepada aspek-aspek yang telah
disarankan oleh kedua-dua panel ini seharusnya menjadi rangsangan kepada para guru yang
mengikuti PPG agar meningkatkan mutu pengajaran bagi menyumbangkan ke arah
perkembangan sistem pendidikan negara.

Para guru yang berjaya mengikuti PPG ini seharusnya cuba untuk menjadi antara guru yang
cemerlang dan guru pakar di sekolah. Perkara ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi guru-
guru lain mengikut jejak memberi perkhidmatan pendidikan dengan cemerlang. Walaupun
ianya untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar, ia secara tidak langsung memberi
kesan yang positif terhadap perkhidmatan guru yang mana memudahkan bagi mendapat
peningkatan laluan kerjaya. Di samping menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi,
program pensiswazahan turut memberi jaminan kepada guru sebagai salah satu laluan kerjaya
untuk peningkatan gred perkhidmatan.

Oleh yang demikian itu, bagi memastikan pelajar mendapat keberhasilan dari saya sendiri
sebagai salah seorang guru yang mengikuti PPG ini adalah dengan memberikan mutu
perkhidmatan pendidikan yang lebih berkualiti dan inovatif. Di samping melakukan PMP
yang menggunakan ICT, teknik pengajaran seharusnya menjadi lebih kreatif bagi
merangsang minda pelajar. Inisiatif kendiri perlu dilakukan dengan mewujudkan kajian ke
atas pelajar sebagai penambahbaikan sistem pengajaran beserta dengan penerapan modal
insan kepada pelajar-pelajar.

Kajian ini bukan sahaja untuk melihat keberkesanan sesuatu modul yang dirasakan sesuai
untuk meningkatkan mutu pembelajaran di dalam kelas, akan tetapi ianya adalah untuk
menggalakkan guru itu sendiri berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan kesan yang
terbaik terhadap pelajar. Sekiranya semua guru mempunyai inisiatif untuk meningkatkan
3

mutu pengajaran dengan mewujudkan idea-idea baru, maka sistem pendidikan negara akan
terus maju dan pelajar sekolah turut mendapat kesan yang positif.

Saranan-saranan yang dinyatakan oleh kedua-dua panel di dalam ucapan mereka adalah
untuk meningkatkan mutu pengajaran kepada pelajar di sekolah setelah mengikuti program
penswazahan selain dari mendapat penambahan ilmu pengetahuan serta peningkatan kerjaya
untuk jangka masa panjang. Sebagai seorang guru, saya akan menyahut saranan dan seruan
kerajaan untuk memartabatkan pendidikan negara setanding di peringkat antarabangsa. Ini
secara tidak langsung membawa kepada keberhasilan pelajar di sekolah.

You might also like