You are on page 1of 9

PENGENALAN UMUM PROJEK YANG DIHASILKAN

Projek reka cipta ini direka khas sebagai bahan bantu mengajar guru didalam kelas. Projek ini direka
untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Kesihatan yang mempunyai ciri-
ciri bermain sambil belajar. Projek yang direka ini juga akan membantu Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam menyediakan bahan dan alat bantu mengajar bagi subjek Pendidikan Kesihatan.
Di samping itu, ia dapat membantu guru dan murid meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang
biasanya dijalankan secara tradisional iaitu satu hala. Projek BBM ini juga dapat memberi idea dan pengetahuan
tambahan kepada guru-guru dan pengguna untuk mengajar tentang topik Piramid Makanan Malaysia.

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan
harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.
Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat
makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua
zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk
memelihara kesihatan.
Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat
(4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang
disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.
Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada
individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan
sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.













KAJIAN TENTANG PROJEK SEUMPAMANYA YANG SEDIA ADA
Setelah meneliti beberapa rekaan bahan bantu mengajar mata pelajaran pendididkan kesihatan tahun 5
yang bertajuk piramid makanan, hasil daripada kajian saya mendapati rekaan sedia ada yang dijual pada masa
kini banyak menjuruskan kepada carta serta kad imbasan. Rekaan sebegini banyak menumpukan kepada
pemahaman murid sahaja. Guru-guru yang menggunakan bahan bantu mengajar seperti carta banyak mengolah
penerangan tentang apa yang terdapat pada carta atau kad imbasan kepada murid. Murid pula hanya tertumpu
pada penerangan guru berkaitan carta tersebut. Keadaan ini tidak dapat mencungkil kemahiran berfikir murid-
murid. Murid-murid hanya boleh memberitahu apa yang mereka faham tentang pembelajaran mereka sahaja.
Terdapat beberapa kebaikan dengan bahan bantu mengajar yang sedia ada sekarang tidak lain juga dengan
masalahnya. Antara kebaikan bahan bantu mengjar sedia ada sekarang ialah:
1. Mudah di dapati di pasaran.
- oleh kerana tiada ciptaan yang baru. Bahan bantu mengajar seperti ini banyak terdapat dalam pasaran
sekarang,
2. Berwarna- warni.
- bahan bantu mengajar ini disesuaikan dengan pelbagai warna untuk menarik perhatian murid
3. Boleh dijadikan sebagai sumber rujukan di dalam kelas.
- bahan bantu mengajar seperti ini seandainya ditampal didalam kelas atau sudut-sudut matapelajaran, ia
boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepad murid sebagai ganti buku.

Namun terdapat juga keburukan pada bahan bantu mengajar seperti ini. Antara keburukan bahan bantu
mengajar ini ialah:-
1. Harga yang mahal
- Harga carta atau kad imbasan yang dijual dipasaran sangat mahal. Guru-guru memerlukan bajet yang
besar untuk membeli bahan bantu mengajar tersebut.

2. Penggunaan terhad.
- Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini amat terhad.
- Proses pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu pada
penerangan sahaja.

3. Mudah rosak
- biasanya carta atau kad imbasan diperbuat daripada kertas.
Kertas amat alah pada bahan cecair. Apabila bahan ini
terkena air ia mudah rosak. Selain itu penggunaan yang kerap
dan terlalu kasar akan merosakkan bahan bantu mengajar seperti ini.

4. Terlalu besar.
- bahan bantu mengajar seperti ini memerlukan kawasan yang luas untuk
disimpan. Saiz yang besar menyebabkan guru-guru perlu mencari
tempat yang sesuai untuk menyimpan banhan bantu mengajar seperti ini
untuk mengelakkan daripada rosak.

5. Susah di dibawa
- disebabkan saiz bahan ini terlalu besar, bahan bantu mengajar seperti ini susah untuk di bawa ke kelas.
Keaadan ini secara tidak langsung akan menyusahkan guru-guru menggunakan bahan ini sebagai bahan
bantu mengajar.

Contoh carta piramid makanan
MATLAMAT
Matlamat utama reka cipta ini adalah untuk kegunaan sebagai bahan bantu mengajar didalam kelas. Bahan ini
direka berdasarkan perkembangan murid melalui kaedah mengajar didik hibur. Kegunaan bahan bantu mengajar yang
direka ini boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian kefahaman murid. Secara tidak langsung murid dapat belajar dan
bermain sekaligus.
Projek yang direka ini juga tidak terhad kepada golongan atau sasaran tertentu tetapi Penggunaan BBM ini adalah
disasarkan juga untuk digunakan oleh guru Sains dan Kelab Doktor Muda yang mengajar tajuk pemakanan.

OBJEKTIF PROJEK
1. Dapat membantu para guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
2. Dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara
objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar.
3. Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas
4. Penyampaian dan penerangan maklumat dapat dijalankan dengan lebih terperinci.
5. Dapat menarik dan memusatkan perhatian pelajar.
6. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat.
7. Dapat memberi satu pengalaman baru kepada pelajar.
8. Melahirkan saru interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
9. Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua
pelajar.
10. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar

KEFUNGSIAN DAN KEGUNAAN
Fungsi dan kegunaan projek
Projek yang direka sebagai bahan bantu mengajar ini berfungsi sangat mudah. Guru hanya perlu
meletakkan projek ini diatas meja. Untuk sesi pengajaran kefahaman murid, guru perlu menggantung gambar
pada cangkuk yang terdapat pada bahan projek. Seterusnya apabila sampai sesi aktiviti guru bolehlah
menanggalkan gambar pada pyramid dan meletakkan pada kotak. Guru boleh mengarahkan murid mengambil
gambar serta menyusun pada pyramid makanan mengikut bahagian yang betul.

Kelebihan projek
1. Rekaan alat bantu mengajar terkini.
2. Mudah dikendalian.
3. Murid boleh bermain sambil belajar.
4. Mengunakan proses KBKK
5. Pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

DISKRIPSI PROJEK
Kaedah pembinaan projek.
1. Sediakan paku inci, tukul, gergaji, kikir parut, kayu 1inci lebar x 6 kaki panjang, papan, kertas pasir,
dan syelek.
2. Potong kayu 50cm, 45cm,45cm.
3. Sambungkan kayu tersebut menjadi 3 segi dimana 50cm dibawah dan 45cm di tepi menggunakan paku
inci.
4. Potong papan 50cm dan jadikan papan tersebut sebagai tapak.
5. Potong kayu 40cm,30cm,20cm dan 10cm
6. Lekatkan pada pyramid.
7. Gosok pyramid dengan kertas pasir kemudian syelek pada pyramid.
8. Letakkan cangkuk pada setiap aras pyramid.

Bahan yang digunakan
1. Kayu
2. Paku
3. Syelek
4. Cangkuk
5. Gambar makanan.

Kelebihan reka bentuk projek
1. Mudah dikendalikan.
2. Mudah dibawa.
3. Tahan lama.
4. Bentuk pyramid bersesuaian dengan tajuk pyramid makanan.

ANGGARAN KOS
Kayu Rm 5.00
Paku Rm 0.20
Cangkuk Rm 0.50
Syelek Rm 2.00
Berus syelek Rm 0.80
JUMLAH - Rm 8.50


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK
1. Reka bentuk perlu di warnakan dengan warna yang berwarna warni agar kelihatan lebih menarik.
2. Mencari bahan maujud bagi menggantikan gambar.

REFLEKSI / RUMUSAN
Projek yang dihasilkan sangat mudah dan hanya memerlukan kos yang kecil sahaja. Penggunaan bbm
yang menarik akan meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Idea-idea yang
menarik dan kreatif sangat diperlukan untuk mereka bentuk pelbagai lagi bahan bantu mengajar yang boleh
meningkatkan mutu pembelajaran. Penghasilan produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk menjadi lebih
sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna. Projek yang dihasilkan juga boleh melahirkan pelajar yang
kreatif, inovatif dan inventif. Seterusnya ia dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan
manusia.
Bidang reka cipta memberi peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif, produktif, dapat
menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan. Reka cipta amat berguna kepada manusia serta
mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan komunikasi, meningkatkan
bidang pembinaan dan dapat memupuk masyarakat berpengetahuan dan bertamadun. Reka cipta mewujudkan
masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan
bersikap lebih mesra alam dan mesra pengguna.


RUJUKAN

1. Norfilzah Wahidon. (2009). Diet sihat & murah. Selangor.
Buku Prima.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Modul Kempen cara hidup sihat:
Promosi kesihatan keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Atkinson, S., & Mockford, C. (1991). Rekabentuk bahan keluaran. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. Munir Shuib, & Azman Azwan Azmawati. (2001). Pemikiran kreatif. Selangor:
Prentice Hall.
5. Stensel, P. (2000). Design technology. Singapore: Pearson Education Asia
Pte. Ltd.
6. Kementerian Kesihatan Malaysia (2010). Panduan Diet Malaysia. Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

You might also like