You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan Salam 1 malaysia.

Pertama kalinya saya ingin mengucapkan


terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan memberi tunjuk
ajarkepada saya sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.
Apa yang dapat saya perkatakan, sepanjang saya membuat tugasan ini, bermacam
rintangan dan kepayahan telah saya lalui. Antaranya saya terpaksa berkorban masa
saya bagi menyiapkan tugasan ini. Hal yang demikian kerana saya terpaksa
mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan di kafe sampai lewat malam.
Selain itu,saya terpaksa berkorban waktu tidur saya bagi melaksanakan kerja kursus
pendek ini.
Namun begitu, apa yang dapat saya perkatakan ialah, saya banyak belajar sesuatu
yang belum pernah saya pelajari. Antaranya cara membuat skrip, membuat sendiri
video, dan sebagainya. Pada mulanya saya agak tertekan kerana tidak tahu cara
melaksanakan tugasan sebegini, sehinggalah sampai satu tahap saya mencari dan
meminjam buku di perpustakaan bagi mempelajari teknik-teknik membuat video
selain dibantu oleh rakan-rakan saya. Walaupun saya terpaksa berpenat lelah dalam
melaksanakan tugasan ini, namun saya sangat berpuas hati kerana saya dapat
menyiapkannya dengan sokongan dan idea serta bantuan dari pelbagai pihak.
Selain itu juga, saya merasakan dengan kerja kursus ini telah mempereratkan
silaturrahim antara saya dengan ahli kumpulan. Bukan itu sahaja,ianya juga
mengeratkan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan dari ahli kumpulan yang lain.
Hal yang demikian kerana, saya perlu berinteraksi dengan ahli kumpulan lain bagi
membantu saya melaksanakan tugasan ini.
Sekian terima kasih.

You might also like