You are on page 1of 6

RINGKASAN EKSEKUTIF BAGI AKTIVITI-AKTIVITI PERTANDINGAN

THE 25TH JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013


SEKRETARIAT JIJ203
JIJ2013
AKTIVITI-AKTIVITI PERTANDINGAN



AKTIVITI AKTIVITI PERTANDINGAN

Untuk Aktiviti-aktiviti Pertandingan sempena JIJ2013 ini dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu Pertandingan Utama, Pertandingan Kontinjen dan Kategori Pasukan & Individu.
Maklumat umum adalah seperti berikut:-

KATEGORI 1: UTAMA

ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK JIJ2013
1. Merupakan kategori utama di dalam JIJ2013
2. Merangkumi pemarkahan daripada Pertandingan-pertandingan Kontinjen, Pasukan-
pasukan dan individu - individu
3. Mengambilkira permarkahan daripada sumbangan peserta-peserta daripada Aktiviti.
4. Hadiah adalah berbentuk Piala & Piala Pusingan
5. Terdapat tiga jenis kategori iaitu
i. Kategori Daerah-daerah daripada Dalam Negeri Johor
ii. Kategori Negeri-negeri di dalam Malaysia
iii. Kategori Kontinjen-kontinjen Antarabangsa
6. Penilaian adalah berdasarkan kepada
i. Markah pertandingan Pintu Gerbang & kebudayaan
ii. Markah aktiviti peserta kontinjen / jumlah sebenar kontinjen
iii. Markah pertandingan-pertandingan berbentuk patrol, troop dan individu
7. Hadiah adalah berbentuk Piala, Piala Pusingan dan Hadiah-hadiah Iringan yang lain




























KATEGORI 2: KONTINJEN

1. PERTANDINGAN PINTU GERBANG JIJ2013
1. Menonjolkan identiti kontinjen & menyerlahkan kemahiran Pengakap yang tinggi
2. Berbentuk 3 dimensi dan menggunakan Kayu dan buluh sahaja sebagai bahan. Bahan
disediakan sendiri oleh Kontinjen.
3. Terdapat tiga jenis kategori yang akan dipertandingkan iaitu
i. Pintu Gerbang Kumpulan
ii. Pintu Gerbang Daerah &
iii. Pintu Gerbang Kontinjen
4. Penilaian terhadap pintu-pintu Gerbang tersebut adalah berdasarkan kepada
i. Kreativiti
ii. Bahan
iii. Konsep
iv. Kemahiran Pembinaan berdasarkan kepada Skil Kepengakapan.
5. Hadiah adalah berbentuk Piala & Piala Pusingan


2. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN JIJ2013
1. Menonjolkan kebudayaan asal kontinjen-kontinen
2. Peserta Kebudayaan adalah ahli Pengakap yang menyertai Jambori ini sahaja
3. Prop & Bahan persembahan disediakan sendiri oleh Kontinjen.
4. Muzik atau Minus One disediakan sendiri oleh Kontinjen di dalam bentuk CD/USB
5. Jangka masa persembahan tidak melebihi 10 minit
6. Jenis persembahan adalah termasuk tarian dan nyanyian dan sebagainya dengan
tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama serta tidak menyimpang
daripada tatacara Prinsip & Pergerakan pengakap.
7. Terdapat tiga jenis kategori iaitu
i. Persembahan Kebudayaan Daerah-Daerah Negeri Johor
ii. Persembahan Kebudayaan Negeri-negeri di dalam Malaysia
iii. Anugerah khas Persembahan kebudayaan Antarabangsa
8. Penilaian adalah berdasarkan kepada
i. Keseragaman
ii. Koroegrafi
iii. Tempoh
iv. Pakaian & Solekan
v. Keaslian
9. Hadiah adalah berbentuk Piala, Piala Pusingan & Pingat












3. ANUGERAH KHAS JOHOR YOUTH FORUM
a. Anugerah ini merupakan anugerah khas yang akan diberikan kepada pasukan
daripada kontinjen yang menunjukkan pencapaian yang tinggi di dalam siri-siri
pembentangan di dalam sesi JIJ2013 YOUTH FORUM.
b. Setiap pasukan akan diwakili oleh 5 orang ahli Pengakap Muda/Remaja yang
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, pengetahuan yang luas serta daya
imaginasi yang tinggi.
c. Markah akan ditentukan melalui siri-siri pembentangan isu-isu semasa yang
melibatkan program-program Kepengakapan Antarabangsa seperti Messengers of
Peace, Scouts of the World Award, World Environment Programme dan program
Muda Remaja yang lain yang melibatkan Millennium Development Goals.
d. Hadiah adalah berbentuk Piala, Piala Pusingan & Pingat

4. ANUGERAH KHAS PAMERAN TERBAIK
a. Anugerah ini merupakan anugerah khas yang akan diberikan kepada pameran-
pameran daripada kontinjen-kontinjen Daerah, Negeri & Negara.
b. Tema bagi pameran adalah bebas melambangkan Pergerakan Pengakap, kebudayaan
dan kemajuan kontinjen masing-masing.
c. Booth pameran akan disediakan oleh Sekretariat JIJ2013 dengan saiz berukuran 20 x
20 kaki beserta dengan dua meja dan empat buah kerusi sahaja.
d. Pameran juga akan dinilai berdasarkankepada keunikan aktiviti yang dianjurkan dan
disertai oleh para pelawat. Setiap pameran akan diberikan satu unit cop bagi aktiviti
yang dianjurkan kepada para pelawat.
e. Booth Pameran perlu dibuka daripada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dengan
minimum dua orang petugas pameran
f. Buku Pelawat hedaklah disediakan dan jumlah pelawat yang hadir turut diambil kira
bagi tujuan penilaian.
g. Kriteria pemarkahan adalah berdasarkan kepada bahan pameran, kreativiti, sumber
maklumat yang dipamerkan, susn atur, kebersihan, persembahan, keunikan aktiviti
yang disediakan kepada para pelawat dan sebagainya.
h. Markah juga akan ditentukan melalui siri-siri pameran isu-isu semasa yang
melibatkan program-program Kepengakapan Antarabangsa seperti Messengers of
Peace, Scouts of the World Award, World Environment Programme dan program
Muda Remaja yang lain yang melibatkan Millennium Development Goals.
i. Hadiah adalah berbentuk Piala & Piala Pusingan













KATEGORI 3: PASUKAN & INDIVIDU

1. PERTANDINGAN JIJ2013 FUTSAL CHAMPIONSHIPS
a. Pertandingan Futsal ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada
semua patrol atau kumpulan yang berminat.
b. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20.00 bagi setiap pasukan.
c. Hadiah kemenangan adalah sebanyak RM1,000.00 bagi Johan berserta Piala
Pusingan & Pingat.
d. Fomat pasukan ialah 5 sebelah dengan Format Kalah Mati.


2. PERTANDINGAN JIJ2013 PAINTBALL CHAMPIONSHIPS
a. Pertandingan Paintball ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka
kepada semua patrol atau kumpulan yang berminat.
b. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap pasukan.
c. Hadiah kemenangan adalah sebanyak RM1,000.00 bagi Johan berserta Piala
Pusingan & Pingat
d. Fomat pasukan ialah 3 sebelah dengan Format Kalah Mati.


3. PERTANDINGAN JIJ2013 INTERNATIONAL SCOUTRACE
a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada semua
patrol atau kumpulan yang berminat.
b. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap pasukan.
c. Hadiah kemenangan adalah sebanyak RM1,000 bagi Johan berserta Piala Pusingan &
Pingat Kemenangan
d. Fomat pasukan ialah 10 orang di dalam satu pasukan
e. Pasukan akan bertanding pada 20 November 2013 di dalam pelbagai aktiviti
kemahiran Berpengakap dan Berpasukan.


4. PERTANDINGAN JIJ2013 FOX HUNT
a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terhad kepada semua
patrol atau kumpulan yang berminat terutama sekali di dalam Komunikasi Radio
Amatur.
b. Fomat pasukan ialah 5 orang di dalam satu pasukan
c. Pasukan akan bertanding pada 18 & 19 November di dalam pelbagai aktiviti
kemahiran komunikasi dan radio amatur
d. Hadiah adalah berbentuk Piala & Pingat










5. PERTANDINGAN JIJ2013 SCOUTS GOT TALENT
a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada mana-
mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menunjukkan bakat di dalam
persembahan
b. Persembahan adalah terbuka dengan had masa selama 5 minit
c. Jenis persembahan adalah termasuk tarian, nyanyian, pertunjukan alat muzika,
kugiran, lakonan, sajak, puisi, pentomin dan sebagainya dengan tidak menyentuh
sensitiviti mana-mana kaum dan agama serta tidak menyimpang daripada tatacara
Prinsip & Pergerakan pengakap.
d. Persembahan adalah di Pentas Kebudayaan Kecil JIJ2013
e. Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah berbentuk piala dan pingat
f. Individu atau Pasukan akan bertanding pada setiap malam bermula daripada 17hb
18 & 19 November 2013
g. Hadiah adalah berbentuk Piala & Pingat. Pemenang dijangka akan membuat
persembahan pada malam penutup JIJ2013


6. PERTANDINGAN JIJ2013 CREATIVE SCOUTS
a. Pertandingan ini merupakan aktiviti pertandingan tambahan terbuka kepada mana-
mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menunjukkan bakat di dalam
bidang-bidang kreatif.
b. Kategori pertandingan adalah seperti berikut:
i. Gambar Fotografi yang diambil di dalam JIJ2013
ii. Video yang diambil di dalam JIJ2013
iii. Lukisan yang dibuat sebelum atau semasa mengenai JIJ2013
iv. Website & Blog yang mempamerkan berita-berita atau catatan semasa
sebelum dan semasa perkhemahan di JIJ2013
v. Facebook Fan Page/ Facebook Page yang mempamerkan berita-berita atau
catatan sebelum dan semasa perkhemahan di JIJ2013
vi. Twitter yang aktif mempamerkan berita atau catatan sebelum atau semasa
perkhemahan di JIJ2013
vii. Cerita-cerita Pendek, Sajak atau Puisi yang berkaitan dengan Kepengakapan
di Malaysia
c. Hasil kreativiti adalah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama serta
tidak menyimpang daripada tatacara Prinsip & Pergerakan pengakap.
d. Hasil-hasil karya akan dipamerkan di JIJ2013 dan pemenang pertandingan ini akan
menerima hadiah berbentuk wang ringgit, piala dan pingat
e. Hasil pertandingan atau karya adalah menjadi hak milik JIJ2013 dan akan dipamerkan
di dalam Media Sosial JIJ2013.


Dokumen Tamat.
Nota :- Tarikh kemaskini : 05 November 2013
Dokumen ini adalah hak milik Jawatankuasa Sekretariat JIJ2013 dan tidak dibenarkan untuk diterbitkan
semula dalam apa jua bentuk samada manual atau eletronik tanpa kebenaran bertulis daripada
Jawatankuasa Sekretariat JIJ2013.

You might also like