You are on page 1of 7

3.

3 PEMBANGUNAN KERJAYA / KENAIKAN PANGKAT

Jabatan Pelajaran Perak memberi perhatian yang serius kepada aspek pembangunan
kerjaya dan kenaikan pnagkat pegawai, kakitangan dan guru-guru di bawh tadbirannya.
Ini memandangkan bahawa latihan adalahmerupakan asas penting kea rah melahirkan
kakitangan yang produktif, efisien dan berkualiti.

3.3.1 Urusan Kenaikan Pangkat

Setiap individu memerlukan peningkatan dalam kejaya mereka. Satu daripada


cara meningkatkan kerjaya ialah melalui kenaikan pangkat. Urusan ini
bukanlah satu urusan yang mudah dalam sebuah organisasi yang besar seperti
Jabatan Pelajaran kerana akan wujud perasaan tidak puas hati sama ada di
kalangan yang tidak berjaya dan juga dikalangan yang berjaya berdasarkan
penempatan dan pertukaran. Urusan kenaikan pangkat terdiri daripada 2 jenis:

i Kenaikan Pangkat secara berkumpulan


ii Kenaikan Pangkat secara “Time-Based”

Kenaikan Pangkat Secara Berkumpulan

Kenaikan pangkat secara berkumpulan terdiri daripada beberapa kumpulan


berdasarkan jawatan:

(a) Kenaikan Pangkat dari Pegawai Jabatan Pelajaran Perak hanya


Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred memanjangkan permohonan
DG48 ke Gred DG52 dan urusannya dibuat oleh
Kemanterian Pelajaran
Malaysia.
(b) Kenaikan Pangkat dari Pegawai Jabatan Pelajaran Perak hanya
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred memanjangkan permohonan
DG44 ke Gred DG48 dan urusannya dibuat oleh
Kemanterian Pelajaran
Malaysia.

(c) Kenaikan Pangkat DGA32 ke DGA34

(d) Kenaikan Pangkat DGA29 ke DGA32

(e) Kenaikan Pangkat N17 ke N22 dan Jabatan Pelajaran Perak hanya
memanjangkan permohonan
N22 ke N26
dan urusannya dibuat oleh
Kemanterian Pelajaran
Malaysia.
Jabatan Pelajaran Perak hanya
(f) Kenaikan Pangkat C17 ke C22 dan C22 memanjangkan permohonan
dan urusannya dibuat oleh
ke C26
Kemanterian Pelajaran
Malaysia.

(g) Kenaikan Pangkat N1 ke N4 Jabatan Pelajaran Perak hanya


memanjangkan permohonan
dan urusannya dibuat oleh
Kemanterian Pelajaran
Malaysia.

Berdasarkan surat penurunan kuasa dari Kementerian Pelajaran Malaysia,


Jabatan Pelajaran telah diberi kuasa untuk menguruskan penempatan
pertukaran dan kenaikan pangkat Gred DGA29 ke DGA32 dan DGA32 ke
DGA34.

i Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Negeri Perak terdiri dari:

Pengarah Pelajaran Perak atau - Pengerusi


Timbalan Pengarah Pelajaran

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan - Ahli


Pembangunan

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah - Ahli

Unit Naik Pangkat Jabatan Pelajaran - Urusetia


Perak

ii Kriteria Pemilihan Kenaikan Pangkat

Jabatan Pelajaran Perak akan mengedarkan pekeliling/iklan ke sekolah-sekolah


untuk tindakan pegawai yang layak memohon melalui Pengetua/Guru Besar.

Syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

a. Tarikh lantikan pegawai yang memohon hendaklah berada di dalam zon


kenaikan pangkat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
b. Pegawai telah disahkan dalam jawatan
c. Pegawai telah memenuhi syarat ujian Penilaian Tahap Kecekapan
d. Pegawai telah melapor harta dan telah diluluskan
e. Pegawai tidak terlibat dalam kes tatatertib
f. Mempunyai pencapaian prestasi yang cemerlang
g. Lulus tapisan keutuhan BPR
h. Mendapat sokongan dari Ketua Jabatan
i. Bebas daripada pinjaman tegar

Urusetia Naik Pangkat akan memproses semua permohonan dan menyemak semua
butir-butir pemohon beserta denan markah prestasi 3 tahun mengikut wajaran seperti
berikut:

Tahun Pertama - 20%


Tahun Kedua - 35%
Tahun Ketiga - 45%
Jumlah - 100%

Bagi permohonan ke Gred DGA34, pegawi-pegawai yang memegang Jawatan sebagai


Guru Besar dan Pegawai yang bertugas di Jabatan Pelajaran Perak diberi markah
bonus.

Tempoh Di atas Jawatan


GB/JPN/PPD Markah Bonus

0 - 1 0
1 - 2 1
2 - 3 2
3 tahun ke atas 3

Setelah urusan permohonan dikemukakan ke Kementerian Pelajaran dengan


menggunakan format-format yang ditetapkan beserta dengan kertas kerja yang
lengkap mengenai kekosongan dan perlantikan yang oerlu dibuat untuk tahun
berikutnya. Kelulusan diterima dari Kementerian Pelajaran setelah Lembaga
Naik Pangkat Kementerian Pelajaran bersidang dengan menyenaraikan nama
pegawai-pegawai yang layak untuk diberi kenaikan pangkat.

URUSAN PEMANGKUAN KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2008

JENIS DAN GRED JAWATAN JUMLAH YANG CATATAN


DIPERAKUKAN
Pemangkuan PPPLD DGA29 KE DGA32 ) Bagi urusan )
Pemangkuan PPPLD DGA32 KE DGA34 Tahun 2009

Pemangkuan PPPS DG48 ke Belum diluluskan


DG52(Bidang Umum)

Pemangkuan PPPS DG48 KE DG52 Belum dluluskan


(Bidang Pendidikan Islam)
Pemangkuan PPPS PPPLD DG48 ke 45 Belum dluluskan
DG5(Penyandang Pengetua Sekolah
Menengah Ting.6 dan Sekolah Murid
1750 ke atas)

Pemangkuan PPPS PPPLD DG48 ke 20 Belum dluluskan


DG52 (Guru Ting.6 Akademik di Sekolah
Menengah Ting.6).

JENIS DAN GRED JAWATAN JUMLAH YANG CATATAN


DIPERAKUKAN

Pemangkuan PPPS PPPLD DG41 ke 25 Belum dluluskan


DG44 Penolong Kanan dan Ketua
Bidang (Sekolah Menengah Ting.6)

Pemangkuan PPPS PPPLD DG41 ke 453 Belum dluluskan


DG44 Guru Tingkatan 6 Akademik

Urusan kenaikan pangkat Guru Besar 25 Belum dluluskan


PPPS DG41 ke Gred DG44 Yang
ditempatkan secara Khas Untuk
Penyandang (KUP) Gred DGA34/DGA32
di Sekolah Rendah

Pemangkuan N22 ke N26 14 Penempatan dibuat


oleh KPM mengikut
kekosongan

3.3.2 Urusan Pertukaran/Penempatan Kenaikan Pangkat DGA32/DGA34

Setelah dikenalpasti bilangan kekosongan jawatan dan sekolah yang terdapat


kekosongan, mesyuarat dalaman diadakan bersama Ketua Unit Sekolah Rendah dan
Penolong PPD Rendah dari setiap daerah.

Dalam mesyuarat tersebut, dibuat pemilihan tempat yang paling sesuai bagi setiap
calon mengikut daerah masing-masing dan sekiranya tiada calon dari daerah
berkenaan, calon dari daerah lain akan mengisi kekosongan setelah memikirkan
berbagai-bagai faktor behubung dengan kesesuaian dan kemanusiaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Perak akan diadakan setiap
6 minggu untuk membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah. Dalam Tahun 2008, Jabatan Pelajaran Perak telah menguruskan kenaikan
pangkat seperti berikut:-

Umum Cina Tamil Jumlah

Kenaikan Pangkat DGA32 ke DGA34 = 372 75 31 478


Kenaikan Pangkat DGA29 ke DGA32 = 525 85 43 653

3.3.3 Kenaikan pangkat Secara ‘Time-Based”

Dalam tahun 2008 Kenaikan Pangkat secara ‘Time-Based’ telah dilaksanakan, pegawai-
pegawai yang berjaya akan terus dilantik sebagai Khas Untuk Penyandang (KUP).
Kenaikan Pangkat secara ‘Time-Based’ ini terbahagi kepada 2 iaitu:-

a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SIswazah (PPPS) dari Gred DG41 ke


Gred DG44(KUP)
b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SIswazah (PPPS) dari Gred DG44 ke
Gred DG48(KUP)
c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred
DGA29 ke DGA32(KUP)

Kenaikan Pangkat ini diberi secara terus kepada mereka yang memenuhi syarat tanpa
pemangkuan.

PRINSIP/SYARAT KHUSUS BAGI PPPS


1. Kenaikan pangkat dari Gred DG41 ke DG44 dan dari DG44 ke DG48
2. Kenaikan pangkat dari Gred DG41 ke Gred DG44 hendaklah tidak kurang dari 10
Tahun perkhidmatan atas Gred DG3/DG41 dan kenaikan pangkat ke Gred DG48
pula tidak kurang dari 12 tahun perkhidmatan atas Gred DG3/DG41/DG44 pada
tarikh dinaikkan pangkat.
3. Pegawai-pegawai yang berada di matagaji P1T11 hingga P1T26 atau di matagaji
yang setaraf di P2 atau P3 pada 31.10.2002.
4 Berkhidmat di atas Gred DG3 selama tidak kurang dari 8, 9, 10 atau 11 tahun
mengikut mana berkenaan pada 31.10.2002
5. Kelonggaran syarat daripada lulus PTK Tahap 1 atau 2 dan 3 bagi pegawai-
pegawai tertentu
6. Pegawai yang layak mengikut syarat matagaji tetapi kurang dari tempoh yang
ditetapkan, kenaikan pangkat mereka hendaklah dirujuk kepada JPA untuk
pertimbangan.

PRINSIP/SYARAT KHUSUS BAGI PPPLD

1. Kenaikan pangkat dari Gred DGA29 ke DGA32


2. Berada di matagaji P1T21 dan P1T20 atau di matagaji yang setaraf di P2 atau P3
pada 31.10.2002
3. Berkhidmat di atas Gred DGA6 selama tidak kurang dari 9 tahun pada 31.10.2002
4. Kelonggaran syarat daripada lulus PTK 1 atau 2

URUSAN TAHUN 2008


JUMLAH YANG DIPERAKUKAN
GRED JAWATAN JUMLAH

PPLD DGA29 KE DGA32 (KUP) 1081


PPPS DG41 KE DG44 (KUP)
PPPS DG44 KE DG48(KUP)

JUMLAH KELULUSAN YANG DITERIMA


GRED JAWATAN JUMLAH

PPLD DGA29 KE DGA32 (KUP) 1047


PPPS DG41 KE DG44 (KUP)
PPPS DG44 KE DG48(KUP)

3.4 PENGURUSAN PRESTASI / MOTIVASI / PENGIKTIRAFAN

Selaras dengan matlamat dan hasrat Pekeliling Pwerkhidmatan Bil.4/2002, Jabatan


Pelajaran Perak telah memberi tumpuan yang serius terhadap aspek prestasi kakitangan
di bawah pengurusannya.

Bagi memantap dan mengemaskinikan proses pengurusan prestasi kakitangan di semua


peringkat di JPN, PPD dan sekolah, aktiviti-aktiviti berikut dapat dilaksanakan.

Bil Aktiviti Tarikh Tempat Sasaran


1 Taklimat 26 - 28 Mac Hotel Langkasuka, - Pegawai
Pengurusan 2006 Langkawi Maklumat ICT
Prestasi - Pegawai Eksekutif

2 Taklimat 03 - 04 Julai INTIM, Ipoh & - Semua PPD


Pengurusan 2006 Pusat Latihan - Semua PEngetua
Prestasi Penjara Taiping - Semua Guru
Besar

Bagi menjamin keadilan dan objektif dalam oelaksanaan Penilaian pRestasi, Jabatan telah
memastikan bahawa Panel Pergerakan Gaji di peringkat Jabatan , PPD dan sekolah jelas
tentang fungsi dan peranan mereka. Ini telah dapat mengurangkan aduan, aras tidak
senang hati dan lain-lain isu berbangkit mengenai keputusan pergerakan gaji guru dan
kakitangan di semua peringkat.
Pada tahun 2006 peruntukan waran berjumlah RM3,122,236.00 untuk membiayai
perbelanjaan APC tahun 2006 bagi setiap daerah dan JPN.
Jabatan Pelajaran telah mengadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada semua
anggota di bawah Panel mengikut Pekeliling Kemajuan Perkhidamtan Awam Bil 2/2002:

Panel Bil. Keseluruhan Bil. 8% Yang


Menerima APC
Jabatan Pelajaran Perak 1993 158
PPD & Sekolah 36675 2934
Jumlah 3092

Calon-calon yang berjaya telah dihadiahkan sebanyak RM1000.00 dan Sijil Perkhidmatan
Cemerlang. Majlis Anugerah telah disempurnakan mengikut daerah masing-masing.

You might also like