You are on page 1of 2

Bahagian A

1.0 Pengenalan Faktor Persekitaran



Setiap manusia akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek fizikal,
sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan. Setiap bayi yang dilahirkan pula memiliki
ciri ciri yang berbeza disebabkan oleh faktor- faktor tertentu mempengaruhi
perkembangan bayi tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak merupakan faktor persekitaran. Menurut Munn, persekitaran didefinisikan sebagai
kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseoarang individu. Faktor
persekitaran ini mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak
sebelum (prenatal) dan selepas kelahiran (postnatal).
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner, terdapat lima jenis sistem ekologi iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Lima sistem ekologi ini
berasaskan kepada interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka, di antara rakan sebaya
dan orang-orang dewasa termasuk pengaruh sosiobudaya keluarga dan komuniti tempatan.
(Rujuk Lampiran 1)

1.1 Peranan Faktor Persekitaran dalam membantu Perkembangan Fizikal Kanak-kanak
bandar dan luar bandar.
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.
(Woolfolk &Margetts, 2007) Proses perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh
diukur secara kuantitatif dan kualitatif. Pertumbuhan saiz badan, berat, tinggi, pertumbuhan
gigi dan struktur badan dapat diukur secara kuantitatif. Manakala, peningkatan kemahiran
fizikal seperti berlari, koordinasi mata dan tangan dapat diukur secara kualitatif.
Perkembangan fizikal kanak-kanak sudah pun bermula ketika bayi tersebut berada di
dalam kandungan ibunya. Kesihatan ibu menjadi faktor persekitaran utama yang
memainkan peranan penting dalam perkembangan fizikal anak-anaknya. Keadaan
kesihatan ibu semasa hamil memberikan kesan kepada anak di dalam kandungannya. Jika
ibu tidak mencukupi zat makanan yang secukupnya dan sentiasa mengalami masalah
kesihatan, ini berkemungkinan akan merencatkan kesihatan bayi dan menyebabkan
pertumbuhannya terbantut. Ibu hamil yang berada di kawasan bandar biasanya berupaya
memperoleh segala perkhidmatan dengan mudah. Ibu hamil yang tinggal di bandar mampu
menjaga kesihatan diri dan kandungannya dengan baik dengan mendapatkan nasihat
doktor sewaktu diperlukan berbanding ibu hamil yang tinggal di kawasan pedalaman
dengan kemudahan yang serba kekurangan. Ini menunjukkan faktor kesihatan ibu
sememangnya memainkan peranan utama dalam perkembangan fizikal kanak-kanak
bandar dan luar bandar.
Seterusnya, faktor persekitaran kedua yang memainkan peranan dalam membantu
perkembangan fizikal kanak-kanak ialah tabiat pemakanan. Kanak-kanak sepatutunya
memerlukan makanan seimbang yang penuh dengan zat berkhasiat bagi membolehkan
pertumbuhan fizikal berlaku secara berperingkat tanpa sebarang gangguan. Kanak kanak
di bandar pada zaman sekarang lebih gemar makan makanan segera dan makanan ringan
berbanding makanan berkhasiat. Ini kerana kawasan persekitaran penuh dengan restoran
dan kedai makanan segera seperti KFC dan MCD. Tabiat pemakanan yang tidak sihat ini
menyebabkan kadar kesihatan kanak-kanak terjejas dan mengakibatkan masalah
kegemukan atau obesity. Ini secara tidak langsung membantutkan perkembangan fizikal.
Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak luar bandar yang jarang
memakan makanan segera dan mengamalkan tabiat makanan yang seimbang.
Pengambilan sayur- sayuran dan buah- buahan segar dalam tabiat pemakanan akan
mengekalkan kesihatan kanak-kanak dan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan
fizikal berlaku secara konsisten. Jadi, tabiat pemakanan yang diamalkan oleh kanak-kanak
bandar dan luar bandar memang mempengaruhi perkembangan fizikal mereka.
Selain itu, gaya hidup masyarakat setempat juga merupakan salah satu faktor
persekitaran yang memainkan peranan dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-
kanak di bandar terpengaruh dengan gaya hidup moden yang lebih mengutamakan aspek
teknologi dan komunikasi (ICT). Kanak-kanak ini cendurung untuk bermain indoor games or
computer games berbanding outdoor games. Ini menyebabkan Kecergasan fizikal semakin
berkurangan dan memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan mereka. Tetapi
keadaan ini berbeza dengan kanak- kanak luar bandar yang lebih berminat bermain
permainan luar. Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh penduduk setempat di kawasan luar
bandar turut diikuti oleh kanak-kanak setempat. Jadi, faktor gaya hidup masyarakat
setempat memang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak bandar dan luar
bandar.

You might also like