You are on page 1of 54

Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dlm Pendidikan

Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan



Tujuan penyelidikan dalam pendidikan adalah untuk menambah dan
memperkaya ilmu pengetahuan. Secara khususnya pula penyelidikan
bertujuan untuk:

. Mendapatkan maklumat-maklumat baru.
. Memperoleh hubungan-hubungan dan pertalian baru.
. Memperkembang ilmu pengetahuan yang sedia ada.
. Verifikasi ilmu pengetahuan untuk tujuan pengesahan.
. Membina dan memperkembang teori-teori baru yang boleh diaplikasi
dalam dunia sebenar.
. Untuk memahami,menjangka,serta mengawal sesuatu hasil.

1
Tujuan Kajian Tindakan
Tujuan Kajian Tindakan:
1- Membantu guru menangani cabaran berhubung dengan amalan
pengajaran pembelajaran.
2- Memperkembangkan profesionalisme guru khususnya dalam
mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
3- Mengukuhkan asas pengetahuan profesional guru.
4- Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa bantuan luar.
5- Membebaskan guru daripada kongkongan amalan-amalan rutin.
6- Mengupayakan guru sebagai seorang profesional.Dengan itu,guru
mempunyai hak milik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang
berkesan dan berkuasa untuk membuat keputusan.
7- Membawa pembaharuan dan kemajuan kepada amalan melalui
refleksi kendiri dan usaha sendiri.
8- Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha kolaborasi dan
secara tidak langsung boleh menambah baik prestasi dan kepuasan
kerja dan..
9- Menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis
kekuatan serta kelemahan diri.

2
Ciri ciri Penyelidikan
Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan:

1- Penyelidikan adalah SISTEMATIK iaitu ia melibatkan langkah-langkah
yang teratur dan dilakukan peringkat demi peringkat.
2- Penyelidikan adalah LOGIK iaitu ia melibatkan pertimbangan fakta dan
logik fikiran manusia berdasarkan apa yang ditanggap oleh
pancainderanya.
3- Penyelidikan adalah EMPIRIK iaitu ia melibatkan proses pengumpulan
data atau maklumat tentang sesuatu fenomena.
4- Penyelidikan adalah REDUKTIF iaitu melibatkan percubaan untuk
mengubah hasil atau dapatan kajian menjadi teori.
5- Penyelidikan boleh DIREPLIKASI atau diulangi oleh penyelidik yang
sama atau penyelidik lain dan ia merupakan suatu perkembangan
kepada pengetahuan sedia ada.Maka penyelidik akan membentuk
TEORI (suatu himpunan konsep,definisi dan saranan yang saling
berkaitan,yang memberi gambaran tentang sesuatu fenomena dengan
menyatakan hubungan atau pertalian antara pembolehubah2 untuk
menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.Teori umumnya
terhasil daripada hipotesis yang dikaji berulang-ulang menjadi TEORI
UMUM ATAU HUKUM UMUM.

3
Pendekatan Kuantitatif
Pendekatan Penyelidikan Pendidikan
Terdapat dua pendekatan dalam perkembangan penyelidikan ilmu sosial
Termasuk penyelidikan pendidikan iaitu:
1- Pendekatan positivistik atau kuantitatif
2- Pendekatan interpretatif atau kualitatif
PENDEKATAN KUANTITATIF
1- Penentuan hipotesis yang tepat pada permulaan kajian.
2- Penentuan definisi operational yang tepat pada permulaan kajian.
3- Data adalah berbentuk numerik.
4- Memberi perhatian yang penting kepada penilaian dan
penambahbaikan kebolehpercayaan (reliability) skor-skor yang diperolehi
daripada instrumen kajian.
5- Memerlukan penilaian kesahan(validity) melalui berbagai prosedur
dengan menggunakan indeks statistik.
6- Penggunaan teknik-teknik pemilihan sampel secara rawak supaya
ianya bermakna dan mewakili populasi.
7-Perlu kepada rekabentuk yang membolehkan kawalan statistik ke atas
pembolehubah extraneous.
8- Mengemukakan dapatan secara ringkasan statistik.

4
PendekatanKualitatif

9- Fenomena yang kompleks dipecahkan kepada komponen-komponen kecil
yang spesifik untuk dianalisis.
10- Kesediaan untuk memanipulasikan aspek-aspek,situasi-situasi atau
Keadaan dalam mengkaji sesuatu fenomena yang kompleks.

PENDEKATAN KUALITATIF
1- Penyelidik merupakan alat kajian yang utama untuk mengumpul data
dalam situasi yang sebenar.
2- Melibatkan kerja lapangan dan perasaan responden.
3- Penyelidikan kualitatif adalah deskriptif dengan tujuan menerangkan
sesuatu fenomena berlaku serta menerokai permasalahan fenomena
tersebut.
4- Dapatan kajian boleh mengandungi sedutan kata-kata responden melalui
Temubual,nota kerja lapangan,pita video,gambar,dokumen peribadi,memo
dan rekod rasmi.
5- Pengumpulan data untuk penyelidikan kualitatif dilaksanakan secara
berterusan kerana penyelidikan ini memberi penekanan kepada proses
dan hasil kajian.
5
sambungan
6- Cara analisis data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah secara
Induktif. Matlamat penyelidik bukan untuk menguji hipotesis atau
Mengesahkan hipotesis tetapi membina kesimpulan dari data yang dikutip.
7- Membuat tafsiran adalah proses paling penting dalam penyelidikan
Kualitatif kerana penyelidik berhasrat mengetahui dan memahami perspektif
Responden terhadap sesuatu fenomena yang dikaji. Takrifan yang tepat
Bergantung kepada tahap pemahaman penyelidik terhadap perbualan atau
Budaya responden.
6
Etika
Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan

1- Hak tersendiri untuk melibatkan diri atau tidak melibatkan diri
dalamsesuatu penyelidikan. Tidak boleh memaksa seseorang itu terlibat
dalamsesuatu penyelidikan.
2-Hak untuk tidak dikenali. Data diproses dan dilapor secara purata
atauKumpulan supaya tidak dikenali. Adalah tidak beretika sekiranya
penyelidik melaporkan dapatan kajian berasaskan individu lebih-lebih lagi
jika identiti individu juga dilaporkan.
3-Hak kerahsiaan.Ini adalah bertujuan untuk menjaga intergriti subjek
kajian supaya tidak teraniaya atau mendapat musibah.Lazimnya
menggunakan sistem kod bukan nama sebenar, memusnahkan protokol
kajian seperti soal selidik yang telah selesai diproses selepas kajian dan
menggunakan sampul surat bersetem sendiri.
4-Hak mengharap tanggungjawab penyelidik.Penyelidik sepenuhnya
bertanggungjawab mengenai implikasi dan masalah yang berlaku kepada
subjek yang terlibat dan tidak boleh lari dari tanggungjawab.
7
Etika
Kod Etika Penyelidikan
1- Menyebabkan kemudaratan atau kecederaan fizikal mahupun
mental. Contoh: Guru Besar atau Pengetua tertekan,pelajar terpaksa
melakukan sesuatu aktiviti merbahaya.
2- Mencerap tingkahlaku tersembunyi.
Contoh:Melihat secara spy perlakuan seseorang(privacy).Melanggar
kerahsiaan
3- Membohongi responden.
Contoh:Tidak memberitahu tentang kemungkinan akan berlaku
bahaya atau menimbulkan sakit hati,kecewa,menyesal,bingung,marah,
Dendam kepada penyelidik.
4- Plagiat.Mencuri idea seseorang tanpa memberi kredit.Pengaruh Ketua
Jabatan,Guru Besar atau Pengetua atau ahli politik.
5- Memalsu ataupun merahsiakan data.Sir Cyril Burt (1966) seorang ahli
psikologi Inggeris yang dianugerahkan Sir atas sumbangannya dalam
bidang psikologi iaitu kajian pada faktor utama yang mempengaruhi
kecerdasan menggunakan beberapa pasangan kembar yang terpisah
dalam persekitaran yang berbeza. Segala maklumat dan data adalah
palsu.
8
Jenis Penyelidikan
Jenis Penyelidikan

Penyelidikan Asas
Penyelidikan yang bertujuan semata-mata untuk menambah ilmu pengetahuan manusia
tentang alam sekeliling tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
mendesak.
Penyelidikan Gunaan
Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk
mendapatkan maklumat baru.Pengetahuan baru yang diperoleh boleh digunakan untuk
memperbaiki kehidupan manusia.
Penyelidikan Tindakan
Untuk membentuk kemahiran baru atau kaedah baru dalam menyelesaikan masalah dengan
aplikasi terus dalam bilik darjah atau setting lain.Misalnya:
-Program latihan kemahiran,latihan memandu,meminati bidang teknologi.
Penyelidikan Penilaian
Kajian keberkesanan sesuatu program atau sistem pengurusan.Penilaian terhadap program
tersebut untuk melihat mutu dan hasil institusi.
9
Penyelidikan Kuantitatif
Penyelidikan Kuantitatif

1- Kajian eksperimental

1.1 - Rekabentuk Satu Kumpulan Ujian Pra,Ujian Pasca
1.2 - Kumpulan Kawalan Rawak,Ujian Pra,Ujian Pasca
1.3 - Solomon Empat Kumpulan
1.4 - Kumpulan Rawak,Ujian Pasca
1.5 - Kumpulan Kawalan Bukan Rawak,Ujian Pra,Ujian Pasca.
1.6 - Reka Bentuk Serupa Counterbalanced
1.7 - Siri Masa Satu Kumpulan
1.8 - Siri Masa Kumpulan Kawalan

2- Kuasi eksperimental
Kajian ini melibatkan ujian pra dan ujian pasca dimana sesetengah pembolehubah
seperti kematangan,kesan pengujian,regresi statistik dan lain-lain tidak dapat dikawal


10
sambungan
3- Kajian tinjauan atau deskriptif . Satu kajian tinjauan mengenai keperluan
perkhidmatan armada kapalselam atau kapalselam yang tidak beroperasi
samada sesuai dijadikan muzium atau kita rongkah dan diteliti pembinaannya
dari kalangan pakar tempatan supaya kita boleh bina kapal selam sendiri.

4- Kajian korelasi untuk menyiasat setakat mana variasi dalam satu faktor
seimbang dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan
pekali kolerasi. Misalnya: Kajian tentang hubungan antara gender dengan
pencapaian akademik.
11
Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan Kualitatif

5-Kajian Etnografi atau Kajian Kes dan Lapangan untuk mengenalpasti dan mencari
secara intensif tentang latar belakang status masa kini serta interaksi persekitaran suatu unit
sosial sama ada melibatkan individu,kumpulan,institusi atau komuniti.Unit yang terlibat
dalam kajian adalah kecil tetapi maklumat yang diperoleh daripada kajian ini sangat
mendalam.Misalnya:Kajian lapangan oleh ahli antropologi tentang Tamadun Awal Lembah
Bujang di Pengkalan Batu,Bedong,Kedah berdasarkan penemuan tiang kapal layar
sepanjang 100 meter.

6- Kajian sejarah tujuannya ialah untuk membina semula masa silam secara sistematik
dan objektif dengan cara mengumpul,menilai,menguji kebenaran,menggabung kenyataan
dan seterusnya membuat kesimpulan yang boleh dipertahankan.Misalnya untuk
menentukan sama ada perkembangan agama Islam bermula diMelaka,Terengganu,Pulau
Jawa,atau Kedah.


12
Prosedur Penyelidikan
Pendidikan
Prosedur Penyelidikan Pendidikan
1- Menyatakan masalah kajian
Bagaimana penyelidik memilih tajuknya?
1.1-Membaca surat khabar misalnya rencana pengarang atau laporan berita.
1.2- Melalui berita radio dan televisyen.
1.3- Membaca majalah,buku dan jurnal berwasit.
1.4- Perbualan dengan pelajar,pekerja,bekas penagih dadah dan lain-lain.
1.5- Melakukan pemerhatian siri-siri ilmiah di TV,Astro,dikedai kopi pekan Arau
serta mengambil pandangan dari masyarakat setempat dalam pelbagai
kalangan profesion.
1.6- Mendengar cerita
2- Menetapkan objektif kajian fikiran-fikiran sementara mengenai hakikat
masalah,matlamat kajian,cara menganalisis masalah,anggaran perbelanjaan dan
lain-lain bersangkutan. Buat catatan dan jadikan
3- Membentuk soalan kajian menyoal mengenai hubungan antara dua atau
lebih pemboleh ubah. Dinyatakan dengan jelas,lazimnya dalam bentuk soalan.
4- Membentuk hipotesis kajian definisi hipotesis ialah jangkaan mengenai
sesuatu peristiwa berasaskan generalisasi andaian hubungan antara
pembolehubah-pembolehubah.
13
sambungan
5-Melakukan tinjauan literatur
Literatur terkini iaitu sepuluh tahun kebelakangan iaitu antara tahun 2001 hingga
2011 (kontemporari) atau kajian literatur lima tahun kebelakangan.
Literatur penting kerana ia memberi idea mengenai pemboleh ubah.Mengumpul
maklumat sama ada releven atau tidak.
5.2 Maklumat mengenai rekabentuk,subjek kajian,alat kajian yang digunakan
disamping maklumat mengenai kedalaman serta skop kajian terdahulu.
5.3- Status kajian itu diluar sama ada ia telah diterokai atau tidak.
5.4-Makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
Sumber utama kajian literatur
-Jurnal berwasit dan jurnal tidak berwasit.
-Laporan tesis PhD
-Educational Research Information Centre(ERIC)
-Internet Yahoo,Google,ixquick

6- Merancang reka bentuk kajian
6.1 Kuantitatif

14
sambungan
7- Menentukan prosedur persampelan
7.1- Populasi ialah semua kes atau subjek yang kita minat untuk mengkajinya.
7.2- Sampel ialah cabutan kes atau subjek daripada sesuatu populasi.
7.3- Pensampelan dan statistik inferensi atau pentadbiran tidak akan menjadi isu
sekiranya kita berupaya menggunakan seluruh individu dalam populasi yang
hendak dikaji. Jika seluruh populasi digunakan sebagai subjek kajian,
keputusan yang diperoleh adalah tepat kerana tiada ralat pensampelan
berlaku.

JENIS PENSAMPELAN
Terdapat empat kaedah utama dalam membuat pensampelan iaitu:
1 Pensampelan rawak mudah.
2 - Pensampelan rawak berlapis
3 - Pensampelan berkelompok
4 - Pensampelan sistematik
5 - Pensampelan sukarela ..
6 - Pensampelan bertujuan pensampelan rawak.

15
Saiz sampel
Saiz sampel
- min populasi
- sisihan piawai populasi
N - saiz sampel

16
sambungan
8 Membina Instrumen Kajian Alat Ukur Kajian 9/1/14

8.1 Alat ukur untuk mengutip data . Perlu mendapat pengesahan jika
menggunakan alat ukur yang sudah piawai. Jika alat ukur yang baru dibina perlu
mencapai tahap penilaian keesahan dan kebolehpercayaan.
8.2 Content validity - Adakah item tersebut mengukur content atau isi
penyelidikan.
8.3 Gunakan skala yang betul skala Likert.
8.4 - Statistik dan Pengujian Hipotesis
8.4.1 Statistik deskriptif - min,sisihan piawai,kekerapan,peratusan dan graf.
8.4.2 Statistik inferensi Ujian t ,ANOVA, Regresi Pelbagai,
Korelasi Pearson dan Khi Kuasa Dua.
8.5 Catatan data dan kaedah mengumpul data.

9 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian.
17
sambungan
INDEKS KESUKARAN
(I)
PENTAKSIRAN
ITEM/SOALAN
KEPUTUSAN
I< 0.3 TERLALU SUKAR DIUBAHSUAI
0.3 I 0.8 SEDERHANA DITERIMA
I > 0.8 TERLALU MUDAH DITERIMA
9 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian.
10 Menentukan prosedur pengumpulan data - melibatkan penentuan kaedah
mengukur pembolehubah,pembinaan instrumen,pemilihan sampel peserta
kajian dan pentadbiran instrumen.
18
sambungan
11- Teknik pengumpulan data
- Ujian
- Soalselidik
- Senarai semak
- Pemerhatian berstruktur
- Temubual berstruktur dan berkodan
12 Menganalisis dan menghurai data - dalam penyelidikan kuantitatif, statistik
digunakan sebagai asas untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu. Staistik
digunakan untuk mengumpul,menyusun,menganalisis dan membuat intepretasi
data numerical.
Taburan atau Distribusi Pembolehubah ialah seperti histogram , Stem and leaf
plot dan box plot.
Korelasi Ukuran Perhubungan Antara Dua Pemboleh Ubah

13 Membincang dan melapor hasil kajian
- Format menulis laporan Kajian Tindakan.

ISNIN 12.12.2011

19
Penyelidikan Tindakan
20
Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model

1 Definisi dan konsep memerihal penyelidik yang menyiasat amalan sendiri untuk
menambah baik. Dalam konteks pendidikan,seseorang guru akan mengumpul
data dan menterjemahkannya untuk memahami aspek pengajaran dan pembelajaran
yang menjadi tumpuan utamanya atau bidang yang menarik perhatian guru. Guru
akan memperoleh faedah :
1.1 Menyedari tentang teori peribadi mereka.
1.2 Dapat melahirkan konsep nilai yang dikongsi bersama.
1.3 Guru akan mencuba strategi baru supaya dapatmerealisasikan nilai yang
dipegang dalam amalan,
1.4 Guru mendokumentasikan amalan mereka supaya mudah diakses dan difahami
oleh guru lain, dan
1.5 Guru membina teori pengajaran uyang boleh dikongsi melalui usaha
penyelidikan.

SELASA 13.12.2011


Ciri Penyelidikan Tindakan
21
Ciri Penyelidikan Tindakan

1- Menambah baik kerja sendiri.
2- Menghubungkait refleksi dengan tindakan.
3- Menyebar dan berkongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat,
4- Mengumpul data dan memberi pengupayaan kepada penyelidik untuk
menyelesaikan masalah sendiri melalui penyelidikan.
5- Menggalakkan usaha kolaborasi untuk mewujudkan komuniti guru yang berfikiran
kritis.
6- Mempunyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis untuk menambah
baik amalan pendidikan, dan
7- Membolehkan guru mengalami pembelajaran progresif secara berterusan dalam
suatu gelungan.
Kepentingan penyelidikan
tindakan
22
Kepentingan penyelidikan tindakan

1- Membantu guru menangani cabaran berhubung dengan amalan P n P.
2- Memperkembangkan profesionalisme guru khususnya dalam mengenalpasti teknik
atau kaedah pembelajaran yang berkesan
3- Mengukuhkan asas pengetahuan profesional guru
4- Menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa bantuan luar
5- Membebaskan guru daripada kongkongan amalan-amalan rutin
6- Mengupayakan guru sebagai seorang profesional. Dengan itu, guru mempunyai hak
milik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan berkuasa untuk
membuat keputusan.
7- Membawa pembaharuan dan kemajuan kepada amalan melalui refleksi kendiri dan
usaha sendiri.
8 Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha kolaborasi dan secara tidak
langsung boleh menambah baik prestasi dan kepuasan kerja, dan
9 Menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan
serta kelemahan diri.
Model Kajian Tindakan
23
Model Kajian Tindakan

1 Model Stephen Kemmis
2 - Model John Elliot
3 Model Dave Ebbutt
4 Model Jack Whitehead
5 Model Jean McNiff
6 Model Kurt Lewin
Model Stephen Kemmis
24
1 Model Stephen Kemmis
Model John Elliot
25
2 - Model John Elliot
Model Dave Ebbutt
26
3 Model Dave Ebbutt
Model Jack Whitehead
27
4 Model Jack Whitehead
Emphasising the individual nature of action research, Jack Whitehead (1985)
puts forward a simple representation of how the process feels:
I experience a problem when some of my educational values are negated in
my practice;
I imagine a solution to my problem;
I act in the direction of the solution;
I evaluate the outcomes of my actions;
I modify my problems, ideas and actions in the light of my evaluations.
(p.98)
Model JeanMcNiff
28
5 Model Jean McNiff
Model Kurt Lewin
29
6 Model Kurt Lewin
Ptindakan:Proses
30
Penyelidikan Tindakan : Proses
Adaptasi dari model Lewin,1946 dan Laidlaw,1992

1 - Mengenalpasti Aspek Amalan
-Mengumpul data untuk mengenal pasti amalan yang ingin di tambah baik
2 Merancang Tindakan
-Merancang pelan tindakan
3 Melaksana Tindakan
- Melaksanakan pelan tindakan
4 Pengumpulan Data
-Mengumpul data tentang kesan tindakan
5 Membuat refleksi terhadap tindakan ( sebelum,semasa dan selepas tindakan)
- Menganalisis dan menilai
- Membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang
dikumpul
MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN
MERANCANG KITARAN KEDUA
PT: Rancangan dan Cadangan
31
Penyelidikan Tindakan : Rancangan dan Cadangan
Christine Macintyre (2001) berkata bahawa cara yang dapat membantu guru
Memfokus permasalahan adalah dengan menjawab soalan-soalan berikut:
1 Apakah yang ingin saya kaji ?
2- Bagaimanakah pengajaran saya dapat ditambah baik ?
3 Bagaimanakah pembelajaran dapat ditingkatkan ?
4 Apakah strategi yang saya gunakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas ?
Penyelidik boleh menggunakan kriteria berikut untuk menentukan bidang
fokus kajian:
1 Penyelidik mengenalpasti sesuatu masalah( peluang penambahbaikan)
atau isu.
2- Mempunyai keinginan untuk memperbaiki sesuatu situasi atau amalan
3 Mempunyai keinginan mengetahui bagaimana sesuatu teknik atau strategi
pengajaran boleh menambah baik amalan, dan
4 Mempunyai keinginan mencuba sesuatu idea baru
Fokus KajianTindakan
32
Fokus Kajian Tindakan
Kajian tindakan boleh dilaksanakan oleh penyelidik berasaskan bidang-bidang fokus
berikut:
1 Persekitaran Kerja
Penyelidik boleh menyentuh mengenai aspek kelicinan kerja, produktiviti kerja,
motivasi dan hubungan dengan pekerja,kebajikan keseluruhan dan lain-lain. Pilih
sahaja iaitu kelicinan kerja.
2 Ketrampilan Kerja
Fokus bidang ini adalah untuk kecekapan kerja iaitu menambahbaik kerja guru
melalui kajian sistematik untuk mengumpul bukti yang kukuh.
3 Perubahan Organisasi
Mengubah budaya kerja yang sedia ada kepada yang lebih baik seperti budaya kerja
berpasukan. Mewujudkan kolaborasi antara staf dalam organisasi.
4 Perancangan dan penggubalan dasar
Kajian kepada keberkesanan dasar yang dilaksanakan.
5 - Inovasi dan perubahan
Membawa pedagogi baru memerlukan bukti kukuh untuk mempengaruhi rakan-
rakan sejawat menerimanya dan kajian tindakan menawar alternatif untuk mem buat
penyiasatan yang sistematik.
6 Penyelesaian masalah praktikal guru perlu hadapi masalah yang uni dalam bilik
darjah. Maka guru boleh cuba membuat penyiasatan yang sistematik.

Soalan Kajian
33
Soalan Kajian9/1/14

Soalan pertama yang patut ditanya oleh seseorang guru yang ingin menentukan fokus
Kajian tindakan adalah Bagaimanakah saya boleh membantu murid-murid
meningkatkan kualiti pembelajaran mereka ?

Soalan ini boleh dipecahkan kepada empat soalan kecil iaitu:

1 Apakah yang menjadi kebimbangan dalam amalan saya ?
2 Apakah yang saya ingin lakukan ?
3 Apakah bukti yang dapat saya kumpulkan untuk membolehkan saya membuat
keputusan tentang amalan sendiri ?
4 - Bagaimanakah saya mengesahkan dakwaan-dakwaan kajian yang saya telah buat?
Literatur terkini
34
Literatur terkini iaitu sepuluh tahun kebelakangan iaitu antara tahun 2001 hingga
2011 (kontemporari) atau kajian literatur lima tahun kebelakangan.

Literatur penting kerana ia memberi idea mengenai pemboleh ubah.Mengumpul
maklumat sama ada releven atau tidak.

1 Maklumat mengenai rekabentuk,subjek kajian,alat kajian yang digunakan
disamping maklumat mengenai kedalaman serta skop kajian terdahulu.
2 - Status kajian itu diluar sama ada ia telah diterokai atau tidak.
3 -Makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.

Sumber utama kajian literatur

-Jurnal berwasit dan jurnal tidak berwasit.
-Laporan tesis PhD
-Educational Research Information Centre(ERIC)
-Internet Yahoo,Google,ixquick
Subjek Kajian
35
Subjek Kajian

Semasa memilih subjek kajian, terdapat empat kriteria penting yang perlu diberi
tumpuan oleh penyelidik iaitu skop kajian, kerelevanan, kebolehurusan dan keserasian.
Skop Kajian
1-Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan penyelidik?
2-Bolehkah penyelidik melakukan sesuatu terhadap situasi atau masalah tersebut bagi
menambahbaiknya?
3 -Adakah penyelidik terlalu bergantung kepada orang lain apabila hendak melakukan
sesuatu perubahan terhadap situasi atau masalah tersebut
Kerelevanan
1 - Sejauhmanakah pentingnya persoalan atau masalah dari segi jangka masa pendek
atau jangkamasa panjang.
2 adakah penyelidik berminat untuk menambahbaik permasalahan atau situasi itu?
3 Adakah penyelidik perlu menyelesaikan masalah itu untuk membolehkan beliau
menyambung tugas seterusnya?
4 Adakah masalah itu mempunyai kesan ke atas tugas rakan sejawat yang lain?
5 Adakah masalah itu jika dibiarkan berterusan boleh menjejaskan organisasi?
Merancang Tindakan
36
Merancang Tindakan

1 Pertama rancangan tindakan yang dibuat oleh penyelidik perlu disokong oleh
kajian-kajian yang lepas terutamanya dari segi teoritikal.(Perlu banyak membaca)
2 Perlu jelas dengan objektif kajian. Keperluan alatan, aspek sosial murid,resos mental
murid seperti keupayaan murid,kemahiran komunikasi. Kaedah pengumpulan data.
3 Kemampuan melaksanakan rancangan tindakan oleh semua yang terlibat menjadi
pertimbangan penting.
4 Persetujuan oleh semua ahli projek untuk melaksanakan rancangan tindakan,
5 Mendapat penyertaan daripada semua yang terlibat dalam merancang tindakan.
6 - Mengenalpasti kaedah pengumpulan data semasa atau selepas rancangan tindakan
dan mengambil kira kesulitan mendapat maklumbalas daripada tindakan yang
dilaksanakan, dan
7 Membuat pemerhatian dan refleksi sepanjang tindakan dilaksanakan.
Melaksana Tindakan
37
Melaksana Tindakan
Faktor-faktor yang berlaku diluar jangkaan seperti kebisingan kelas, bekalan elektrik
Terputus,dan perhimpunan pagi yang telah mengambil masa yang panjang. Penyelidik
Perlu kreatif menangani masalah seperti ini.
2 Memerhati dan mencatatkan reaksi serta perubahan tingkahlaku penyelidik dan
murid. Catatan perlu seperti kebosanan semasa aktiviti dijalankan, atau
kekangan seperti masa tidak mengizinkan untuk melaksanakan rancangan
tindakan sepenuhnya.
3 Pemantauan penyelidik boleh menggunakan pelbagai instrumen pemantauan
seperti senarai semak yang mencatatkan semua langkah atau aktiviti yang
dilaksanakan dalam rancangan tindakan
Mengumpul Data
38
Mengumpul Data

Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh penyelidik untuk memperoleh data iaitu:

1 Analisis kandungan
2 Temubual
3 Perbincangan
4 Ujian
5 Jurnal dan diari
6 Pemerihalan naratif
7 Pemerhatian aktiviti kumpulan
8 - Nota kerja lapangan peribadi
9 - Senarai semak dan inventori
10 Kumpulan perbincangan berfokus
11 Portfolio
12 Dokumen analisis seperti data pencapaian murid
13 Pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur
14 Soal selidik
Apa itu Refleksi
39
Apa itu Refleksi

Kajian tindakan adalah kegiatan operational atau penyelidikan gunaan. Ia
menganjakkan situasi operational;melepaskan kebelengguan dan halangan
dalam tindakan berkesan dan meningkatkan kualiti kehidupan melalui kajian.
Tindakan inkuri merupakan tahap peningkatan kuasa autonomi guru dan
pengawalan pelaksanaan kurikulum.Guru sebagai pengkaji seharusnya
peka,pemikiran kritis dan sikap profesionalisme yang tinggi. Guru perlu
mencari kesan pelaksanaan dan perkembangan pengajaran dan pembelajaran.
Ini biasa dilakukan secara refleksi terhadap aktiviti yang sudah dilakukan
untuk membuat penilaian kendiri serta perancangan tindakan seterusnya.

Peranan dan Cara Membuat Refleksi
Ahli psikologi menerima kegiatan ini sebagai melepaskan kepuasan mental
dan membena semangat serta keyakinan diri. Refleksi melibatkan perasaan
dan pandangan individu terhadap sesuatu perkara. Ini membantu dalam
meningkatkan secara mendalam terhadap kepercayaan,sikap,masalah dan
hasil tindakan sendiri.Jadi adalah penting bagi kita menyediakan masa untuk
membuat refleksi supaya mengetahui tujuan utama dan mengenal diri
sendiri,sikap dan tindakan seterusnya.
-sambungan refleksi
40
Refleksi mempunyai tiga komponen yang penting,iaitu;
a) Pulang kepada pengalaman: ini adalah mengumpul balik
peristiwasenyap,menayangkan semula pengalaman awal dalam
otak,menghuraikan perkara atau pengalaman kepada orang lain.Ini
termasuk tingkah laku,idea dan perasaan,
b) Mengikuti perasaan: ini berlaku dalam dua aspek iaitu menjelaskan
perasaan positif atau mengeluarkan perasaan tidak suka
c) Nilai semula pengalaman: ini adalah menilai semula pengalaman dati segi
pembelajaran dan melihat pengetahuan atau kemahiran baru yang
diperolehi serta cuba menggabungkan ilmu baru ke dalam kerangka
konsep kerja.Ini melibatkan pengetahuan atau revolusi mental yang baru.

Refleksi memerlukan usaha yang berterusan khususnya sebagai ahli pendidik.
Ini boleh melatih dan membantu kita dalam meningkatkan gaya dan
strategi pengajajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Refleksi boleh
dikembangkan melalui;
i) grid reflektif,
ii) tulisan jurnal,diari, buku log dan
iii) soalan-soalan pemikiran

Jadual Kerja
41
JADUAL KERJA

1- Proses Menjalankan Satu Kajian Tindakan
Tahap 1: Mencari Fokus / isu / Masalah
Tahap 2: Rancangan Tindakan
Tahap 3: Melaksanakan Rancangan Tindakan
Tahap 4: Analisis Data
Tahap 5: Membuat Refleksi

2 Format Menulis Laporan Kajian
2.1 Ikut KERTAS CADANGAN BAGI KAJIAN TINDAKAN

PERBELANJAAN DAN ANGGARAN KOS

SUMBER RUJUKAN
i Penulis artikel
ii Tahun penerbitan
iii Judul artikel (huruf besar pada abjad pertama saja,jangan gariskan judul
atau letak tanda pengikat kata)
iv Judul dan maklumat jurnal selasa 15.1.2014



Kaedah Pengumpulan Data/Jenis
Pemerhatian
42
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah Pengumpulan Data
Pemerhatian: Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan
tingkah laku,mendengar,serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari
dekat.Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu,dilakukan secara
sistematik,mempunyai fokus,dan mestilah,sah,dan boleh dipercayai.

Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian Peserta - ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam
kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.
Kaedah ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.
Pemerhatian Bukan Peserta - pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat
yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan
peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong,kaset, dan kamera video.Kaedah ini
lebih tulen dimana mana maklumat lebih tepat kerana responden kajian munkin tidak
menyedari akan kehadiran pemerhati.

14 12 -2011

-sambungan KPData
43
Data Berbentuk Dokumen - dokumen analisis memberi gambaran dan kefahaman
mendalam tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Ia juga berfungsi sebagai data
sokongan kepada data yang dikumpul dengan cara lain.Jenis dokumen yang boleh dianalisis
boleh dibahagikan kepada 4 jenis dokumen yang berbentuk resos primer (disediakan oleh
responden) atau sekunder (diperolehi dari sumber lain selepas diperolehi dari responden)

Dokumen peribadi - ditulis oleh responden tentang tindakan,pengalaman dan
kepercayaan seseorang seperti autobiografi,surat peribadi,diari,jurnal reflektif,hasil kerja
murid,buku skrap.

Rasmi atau dokumen dalaman - minit mesyuarat,memos,rekod murid dan fail peribadi
murid.
Dokumen dalaman - surat panggilan mesyuarat,buku tahunan,kenyataan akhbar,kod
etika,pernyataan filosofi.

Media massa - surat khabar,buletin,surat kepada editor.

Am - risalah, buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa.

-sambungan KPData
44
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah Temubual - ia adalah untuk memperoleh data kuantitatif atau kualitatif atau
kedua-duanya sekali kerana bergantung kepada sama ada dilaksanakan secara berstruktur
atau tidak berstruktur. Temubual dalam kajian kualitatif dapat mengumpulkan data
tentang perkara yang tidak dapat diperhatikan (kepercayaan,prinsip pegangan) atau
perkara yang sukar diperoleh (dokumen,diari).Ia juga mudah untuk membuat cross
checking dan elucidating data yang terkumpul daripada sumber lain
(pemerhatian,dokumen,jurnal). Semasa responden menceritakan pandangannya maka
penyelidik dapat meninjau dan mengesahkan perspektif peserta dan memperoleh data
sejarah hidupnya. Alat teknologi yang boleh membantu menjalankan temubual
termasuklah:
i - Kaset perakam
ii Menulis catatan
iii Kamera video
iv Penggunaan telefon ; telefon bimbit
v e mail ; facebook

Kaedah Pengumpulan Data
45
Kaedah Pengumpulan Data

1 - Senarai semak
2 - Rakaman video
3 - Buku Log
4 - Nota Lapangan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan kepada apa yang
didengar,dilihat,pengalaman dan pemikiran semasa mengumpul dan membuat reflektif
terhadap data. Nota lapangan seperti deskriptif - nota penerangan tentang
setting,individu/kumpulan,dialog,perbualan dan perlakuan pemerhati. Nota reflektif
gambaran tentang idea-idea dan perkara yang telah diberi perhatian. Ia menekankan
tentang spekulasi,perasaan,masalah,idea,impression dan prejudis. Ia juga melibatkan
refleksi terhadap analisis yang dibuat,kaedah kajian,dilema dalam etika dan konflik dan apa
saja yang difikirkan oleh pengkaji. Biasanya boleh dilihat dalam muka pertama penulisan.
5 - Foto
6 - Fortfolio
7 - Rekod anekdot - peristiwa
8 - Slide
9 - Jurnal
10 - Diari


Pertimbangan Semasa
Mengumpul Data
46
Pertimbangan Semasa Mengumpul Data
Pensampelan ,kesahan,kebolehpercayaan,bias
Pensampelan dan bias
Kesahan:
-Kritikan luaran sumber daripada data sejarah yang berteraskan
analisis saintifik bagi dikenal pasti sebagai benar dan tepat (kritikan
dalaman) selalunya melibatkan sejarah ,perubahan kurikulum.
-Data triangulation masa,kaedah,sumber,dan penyelidik.
-Kematangan merujuk kepada perubahan fizikal dan mental subjek yang
mungkin berlaku dalam satu jangka masa.
-Ujian jarak antara dua ujian itu terlalu singkat.
-Instrumen merujuk kepada ketidakbolehpercayaan ataupun kurangnya
konsistensi pada alat ukur yang mungkin menghasilkan penilaian yang
tidak sah ke atas prestasi subjek.
-Pengunduran statistikal
-Pemilihan subjek yang berbeza
-Pergeseran
-Etika

Analisis Data Data Kualitatif
47
Analisis Data - Data Kualitatif

1- Analisis Kandungan teknik untuk mengumpul dan menganalisis
kandungan teks. Ini termasuk buku,laman
web,karangan,temuramah,tajuk-tajuk akhbar,artikel,dokumen
sejarah,buku teks lazimnya berkaitan hasilan penulisan,dokumen
sejarah dan mengkaji mesej seperti emosi,pemikiran,bias penulis yang
mungkin tidak dapat dilihat secara visual.
Dalam pendidikan analisis kandungan adalah:
-Bahan-bahan kurikulum khususnya sukatan pelajaran
-Buku teks
-Dokumen rasmi atau bersejarah
-Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
2 Mengkategorikan data - penyelidik perlu menyusun data mengikut
kategori. Setiap kategori ada ciri ciri tertentu dan perlu berkaitan dengan
soalan kajian. Satu cara menyusun data mengikut kategori ialah melalui
pengkodan.

-sambungan
48
3 -Ada dua cara pengkodan boleh dijalankan:
i Deduktif kategori dipilih daripada teori, dan
ii Induktif kategori ditentukan selepas mengkaji data yang diperoleh
iii Catatan membentuk teori
4 - Menyusun data dalam grid analisis gaya ini memecahkan
keseluruhan data kepada bahagaian-bahagian kecil dengan tujuan untuk
meneliti fungsi,sifat dan hubungkait antara data-data. Pengakaji boleh
membahaskan dapatan penting secara eksplisit dimana sesuai disokong
dengan bukti-bukti. Huraian ini bersifat lebih eksplisit daripada
naratif.Gaya ini lebih jelas daripada gaya naratif dan keesahan adalah
lebih tinggi.
5 Mengenalpasti tema / corak dan makna Data temubual juga
mengandungi tema-tema.Penyelidik perlu mengenalpasti tema-tema
ini.Tema ialah satu ayat yang boleh menerangkan keseluruhan
data.Misalnya,Mereka yang baik akan menjaga ibu bapa,Merancang
sesuatu terlalu awal tidak berfaedah, Orang miskin menjadi miskin
sebab meraka malas. Tema-tema membolehkan penyelidik membina teori
yang memberi penjelasan umum terhadap sesuatu fenomena.


-sambungan
49
6 - Menentukan aktiviti kajian susulan
Tujuan kajian boleh digabungkan dengan perbincangan umum atau
pun ditulis dalam bab berasingan. Ini bergantung kepada kesesuaian
tujuan kajian dan kepakaran penyelidik. Penyelidik perlu merujuk
penyelidikan kualitatif yang lain. Peranan penyelidik harus dijelaskan
secara eksplisit dalam laporan dan tahu sumbangan kajian dalam
pendidikan.Penyelidik dapat memperjelaskan langkah-langkah atau
batasan kajian supaya dapat menghalang aktiviti bias daripada
mempengaruhi dapatan kajian.

Analisis Data - Data Kuantitatif
Dalam penyelidikan kuantitatif,statistik digunakan sebagai asas untuk
menyokong sesuatu tuntutan ilmu. Statistik deskriptif untuk taburan
agak simetri dan normal, min dan sisihan piawai sesuai digunakan
sebagai ukur kecenderungan.Jika ia tidak simetri dan tidak
normal,median interquartile range lebih sesuai sebagai ukuran. Selain itu
pekali korelasi iaitu ukuran perhubungan antara dua pemboleh ubah
boleh digunakan.

Interpretasi Data Penyelidikan
Tindakan
50
Interpretasi Data Penyelidikan Tindakan

Perkara berikut perlu diteliti sebelum menjalankan analisis dan interpretasi
data:
1 Sentiasa merujuk balik soalan kajian sebagai panduan.
2 Mengurangkan bias semasa menganalisis dan memberi makna kepada
data.
3 Mengkaji semuala data yang terkumpul.
4 Membandingkan data daripada sumber lain untuk mengurangkan bias.
5 Menghubungkaitkan data dengan literatur supaya memberi makna
kepada dapatan kajian kepada anda.
6 Semua kesimpulan perlu diasaskan kepada data dan merumus hasil
kajian dengan disokong dengan bukti.

15.12.2011
Penulisan laporan penyelidikan
tindakan
51
Penulisan laporan penyelidikan tindakan
1 - Latarbelakang kajian
2 Tinjauan literatur
3 Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan
4 Pelan tindakan
5 Pelaksanaan pelan tindakan
6 Pengumpulan data
7 Analisis dan huraian data
8 Refleksi dan implikasi
9 Pelan bagi tindakan susulan
10 Sumber rujukan : APA American Psychological Association
Penulisan artikel penyelidikan
tindakan
52
Penulisan artikel penyelidikan tindakan

1 Abstrak
2 Konteks latarbelakang dan tinjauan literatur
3 Fokus Kajian / Tujuan Kajian
4 Pelan tindakan
5 Pelaksanaan pelan tindakan
6 Kaedah pengumpulan data
7 Analisis dan huraian data
8 Refleksi dan implikasi
9 Tindakan susulan
10 sumber rujukan
Sajak Kekejaman Manusia Di
Bosnia
53
Kekejaman Manusia Di Bosnia

Wanita adalah tiang negara,
Lelaki adalah harapan bangsa,
Wanita adalah waris,
Lelaki adalah wali,
Jika wanita menghayun buaian
Lelaki menemani dengan sabar..
Kerana yang mati dimedan
peperangan,adalah pembela,
bangsa,agama dan nusa.
Yang tinggal adalah zuriat,
Dari ibu dan ayah,
Nusa dan bangsa,
Tanah air tercinta.
Jangan sesekali buai kita goncang,
Tugas kita mendidik,
Menjadi generasi yang cekal,
Yang pi dok goncang tuu buat Apa?
Adakah dunia fana ini matlamat
hidup kita?
Merdeka,Merdeka,Merdeka !

Sajak Kekejaman Manusia Di
Bosnia
54

You might also like