Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Definisi Komunikasi Dan Tingkatan Proses

Definisi Komunikasi Dan Tingkatan Proses

Ratings: (0)|Views: 1,699 |Likes:
Published by minud

More info:

Published by: minud on Nov 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/29/2012

pdf

text

original

 
 Definisi Komunikasi dan TingkatanProses Komunikasi
Definisi komunikasi
Kata atau istilah “komunikasi” (Bahasa Inggeris
“communication” 
) berasal dari BahasaLatin
“communicatus” 
yang membawa maksud
to make common
atau
mewujudkan persamaan
. Komunikasi menurut kamus bahasa merujuk pada
suatu keupayaanbertujuan mendapatkan kebersamaan.
 
Webster New Collage Dictionary 
dijelaskanbahawa komunikasi adalah
“suatu proses pertukaran maklumat antara individumelalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku”.
 Berikut ini adalah beberapa definisi berkaitan komunikasi yang dikemukakanoleh para ahli dalam bidang tersebut, iaitu :-
1)
Hovland, Janis & Kelle
 
Komunikasi adalah suatu proses oleh individu(penyampai) menyampaikan idea atau maklumat (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang lain (khalayak).
2)
Berelson & Steiner 
 
Komunikasi adalah suatu proses penyampaian informasi,gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain melalui penggunaan simbol-simbolseperti kata-kata, gambar, angka-angka, dan lain-lain.
3)
Harold Lasswel
 
Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yangmenjelaskan “siapa” “mengatakan “apa” “dengan saluran apa”, “kepada siapa” ,dan “dengan akibat apaatau “hasil apa”.(
who says what in which channel towhom and with what effect).
4)
Barnlund 
 
Komunikasi timbul didorong oleh keinginan untuk mengurangkan rasaketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego.
5)
Weaver 
Komunikasi adalah prosedur umum yang dihasilkan melalui fikiranseseorang untuk mempengaruhi fikiran orang lain.
6)
Gode
Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari mula yangdimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orangatau lebih.
7)
GreenBerg&Baron
(1996) komunikasi ialah satu proses dimana individu,kumpulan atau kelompok organisasi yang bertindak sebagai penyampai denganmenyampaikan maklumat kepada individu, kumpulan atau kelompok organisasiyang bertindak sebagai penerima maklumat.Kepelbagaian definisi berkenaan komunikasi seperti di atas, menunjukkanbahawa para ahli memberikan definisinya sesuai dengan sudut pandangnyamerekamasing-masing dengan memberikan penekanan terhadap erti, ruang lingkup,dan konteks yang berbeza. Hal ini menunjukkan bahawa, ilmu komunikasi sebagaisebahagian dari ilmu sosial adalah suatu ilmu yang bersifat multi-disipliner.
Hovland Cs
, memberikan penekanan bahawa tujuan komunikasi adalahmengubah atau membentuk tingkah laku. Manakala
Berelson dan Steine
,menekankan bahawa komunikasi adalah proses penyampaian, iaitu penyampaianinformasi, gagasan, emosi, keahlian, dan lain-lain. Menurut
Lasswell
pula, ianya dilihat
 
secara eksplisit dan kronologis menjelaskan tentang lima komponen yang terlibat dalamkomunikasi, iaitu :
-
 
1)
Penyampai 
(enkod); pelaku komunikasi pertama yang mempunyai inisiatif atausumber.
sumber permulaan maklumat dan orang yang memulakan proses komunikasi.
Penyampai memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusitulisan, lisan atau bahasa badan yang difikirkan paling berkesan untukmenyampaikan malumat kepada penerima.
Mesej yang telah dihantar perlu dienkod dan disusun serta dipilih simbol-simbolnya sama ada lisan atau bukan lisan supaya dapat difahami olehpenghantar dan penerima.Enkod yang digunakan oleh penghantar perlu difahami oleh penerima jika tidakkomunikasi akan terhenti.
1)
Idea / isi penyampaian
; mengatakan susunan idea yang disampaikan
Kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim.
Maksud/fakta/niat yang difahami oleh penerima mesej.
Mesej boleh berbentuk lisan atau bukan lisan.
1)
Penerima idea
(dekod) ; pelaku komunikasi lainnya yang dijadikan sasaranpenerima
Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampaimesej/maklumat.
Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi, ataupelbagai pihak.
Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui salurankomunikasi.
Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi mereka.
1)
Saluran
: medium atau alat dan saluran penyampaian informasi
Alat yang digunakan untuk menyalurkan mesej iaitu deria 5 pancainderamanusia/media elektronik/media masa.
Ia merupakan alat penghubung antara pengirim dengan penerima.
Antara saluran yang digunakan adalah seperti kata-kata, tulisan, lisan, tanpalisan, buku dan sebagainya
.
1)
 
Maklumbalas
; hasil yang terjadi diakhir proses
Ialah perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindakbalaskepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.Definisi
Lasswell
ini juga menunjukkan bahawa komunikasi itu adalah suatu keupayaanyang disengajakan serta mempunyai tujuan.
Gode
pula memberi penekanan kepada proses
 penularan pemilikan
, iaitu dariyang semulajadi (sebelum komunikasi) hanya dimiliki oleh satu individu kemudiansetelah berlakunya proses komunikasi menjadikannya dimiliki oleh dua orang ataulebih.
Barnlund
, menekankan pada tujuan komunikasi, iaitu untuk mengurangi
 
ketidakpastian, sebagai dasar bertindak efektif, dan untuk mempertahankan ataumemperkuat ego.Berdasarkan definisi-definisi tentang komunikasi tersebut, dapatlah diketahui bahawakomunikasi mempunyai beberapa karakteristik sebagai berikut :-
1)
Komunikasi adalah suatu proses
Komunikasi sebagai suatu proses bermaksudkomunikasi merupakan serangkaian tindakan atau peristiwa yang terjadi secaraberurutan (mempunyai tahap atau sekuens) serta berkaitan satu sama lainnyadalam susunan waktu tertentu.
2)
Komunikasi adalah suatu keupayaan yang disengajakan serta mempunyai tujuan.
Secara tidak langsung komunikasi adalah suatu kegiatan yang dilakukansecara sedar, disengaja, serta sesuai dengan tujuan atau keinginan daripelakunya.
3)
Komunikasi menuntut adanya hubungan kerja sama dari para pelaku yanterlibat 
kegiatan komunikasi akan berlangsung baik apabila pihak-pihak yangberkomunikasi (dua orang atau lebih) melibatkan diri dan secara bersamamempunyai perhatian yang sama terhadap idea yang disampaikan.
4)
Komunikasi bersifat simbolik.
Komunikasi pada dasarnya merupakan tindakanyang dilakukan dengan menggunakan lambang-lambang. Lambang yang palingumum digunakan dalam komunikasi antara manusia adalah bahasa verbal dalambentuk kata-kata, kalimat, angka-angka atau tanda-tanda lainnya.
5)
Komunikasi bersifat transaks
Komunikasi pada dasarnya menuntut duatindakan, iaitu memberi dan menerima. Dua tindakan tersebut tentunya perludilakukan secara seimbang.
6)
Komunikasi adalah sesuatu yang tidak terhad terhadap ruang dan wakt
Inimenunjukkan bahawa dalam berkomunikasi para peserta atau pelaku yangterlibat dalam komunikasi tidak harus hadir pada waktu serta tempat yang sama.Dengan adanya pelbagai produk teknologi komunikasi seperti telefon, internet,mesin fax dan seumpamanya, faktor ruang dan waktu tidak lagi menjadi masalahdalam berkomunikasi.
Proses Komunikasi1.Komunikasi bukan lisan
Merujuk kepada maklumat yang disampaikan melalui memek muka, pergerakantangan, posisi badan dan sentuhan yang bukan berbentuk percakapan.
a. Nada suara
Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam suatuperkataan.
Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada suara yang berbeza akanmembawa erti yang berbeza.
Cth: Perkataan sayang jika disebut dengan nada lembut bererti sayang yangsebenar tetapi jika disebut dengan nada keras mungkin bemaksud marah.
b. Ruang/Wilayah
Jarak individu dengan individu lain.
Cth : Jarak dekat – Akrab, Jarak jauh – Kurang Mesra
Cara menggunakan ruang fizikal menggambarkan personaliti individu.

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Kamaria Usman liked this
Yusron Ahmad liked this
Qurratu Ain liked this
Hendry Wijaya liked this
Alias Sidek liked this
ruhaidahayob liked this
na_rani16 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->