You are on page 1of 6

BMM 3114 Kebudayaan Melayu : Sistem

Politik, Daulat, Tulah


BMM 3114: Kebudayaan Melayu
Sistem Politik
Sistem politik masyarakat Melayu Tradisional Sblm Campur Tangan British.
3 unit politik yang utama.

NEGERI
paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan
Besar.
Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri
Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan
mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa. Misalnya,
warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran
yang hanya dikhaskan untuk mereka.
DAERAH
daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah
kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan
diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah
Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi
seluruh negeri.
diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat
tauliah
mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai,
menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

KAMPUNG
paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.
Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan.
merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah.
selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi.
dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah
menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong
mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa
peperangan
mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah

Maksud Daulat / Tulah
Daulat berasal daripada daulah. Dipercayai, kalimah daulat itu mempunyai
pengertian yang amat rapat dengan daulah iaitu negeri atau negara. Jadi 'Raja
berdaulat' atau Raja yang ada daulatnya, bererti Raja itu mempunyai negaranya untuk
diperintah.
Tindakan mengangkat sembah 'Daulat Tuanku' adalah doa rakyat supaya raja-
raja Melayu sentiasa berdaulat atau memiliki negara untuk memerintah dengan adil.
konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh.
konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang
terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat.
juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang
terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka.
ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan
Megat Sri Rama.
konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza
dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil
tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada
pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep
daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh
dikongsi bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan
seperti hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang
sering menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan
lambang kebesaran dan kemuliaan.


Buku Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) karya A. Aziz
Deramanmembandingkan Melayu Klasik pada abad ke-19 dengan Bahasa Melayu Moden. A.
Aziz Deraman secara umumnya menceritakan fenomena yang berlaku dalam kebudayaan Melayu.
Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aziz Deraman memperlihatkan bahawa Melayu tidak
memelihara budaya Melayu sendiri pada masa ini. Oleh sebab itu kajian dilakukan terhadap Buku
Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000) untuk melihat kenyataan A. Aziz
Deraman secara lebih mendalam terhadap Bangsa Melayu. Hasil kajian tentang kebudayaan
Melayu ini dibahagikan kepada tiga aspek iaitu daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

1.0 Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini
biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di
korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki
dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti
keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.

1.1 Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan
Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja
Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri
daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal turun-
temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:
...Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan
prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah
negara. ...

1.2 Sistem Demokrasi
Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem demokrasi berbentuk
musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Demokrasi berparlimen yang
menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk
rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang
dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan
yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang
perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi:

...Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja
berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-
berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara.
Segala adat istiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang
berterusan. ...

2.0 Ekonomi Masyarakat Melayu
Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad
untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan
penggunaan barang dan perkhidmatan.

2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa
Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke-
15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa
besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya,
dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara
menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar
barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan
kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi:

...Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan
yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15. ...

2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian
Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza
daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja dalam
sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada
halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15
adalah daripada hasil pertanian.

...Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan ladang untuk
kegunaan dan keperluan diri sendiri. ...

3.0 Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek
persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara
damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang
dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-
undang, dan bahasa.

3. 1 Nilai-nilai murni yang diamalkan

...Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran,
keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan
juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan
panduan pembentukan imej masyarakat....

Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85. Sifat orang
Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat
Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi:

...Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri orang, hujan keris
lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri ....

3.2.0 Kesenian
Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna
bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi:

...Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran
tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya kita. ...
(Halaman 87).

3.2.1 Kemahiran Seni Halus
Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah hasil seni
yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan. Hasil tangan
masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Yang berikut merupakan antara kenyataan yang
dikemukakan A.Aziz:

...Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir,
arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya
dan tamadun kita. ...

...Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya dalam bidang
tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas, perak, kraf tangan). ...
(Halaman 6)

3.2.2 Seni Busana/ Pakaian
Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian
masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung
biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun
baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya
menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau
pakaian sendiri yang dipelihara. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz, iaitu:

...Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun Cina,
India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima dalam rumpun Melayu.
Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini
menjadi unsur nasional kita. ... (Halaman 84)

3.2.3 Kemahiran Seni Lakon

Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu aktiviti
manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan
dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada
lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan cerita
tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman. Wayang kulit bermula semenjak
pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk
kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni
lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul
pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:

...Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari berdasarkan
lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran
angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi nada lagu. ... (Halaman 111)

3.2.4 Permainan Tradisional
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang
masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan masyarakat Melayu pada waktu
lapang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan pada halaman 127 seperti yang berikut:

...Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia bentuk
tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat, gamelan atau kesenian
rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti permainan tradisional wau,
gasing, dan sebagainya. ...

3.2.5 Seni Suara
Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah,
lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam masyarakat
Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni suara sebenarnya
mempunyai pelbagai maksud pengajaran. Buktinya adalah dalam kenyataan berikut:

...Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di kalangan
sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan dalam bahasa
Melayu-Arab dalam dikir berodah. ... (Halaman 106)

3.3 Undang-udang, Adat dan Kepercayaan
...Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang, adat
resam, pantang larang dan gaya perlakuan....
Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman pada halaman 37 yang memperkatakan tentang warisan
masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba
diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara.
Yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.

3.4.0 Bahasa
Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan
maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga
bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari
Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah
sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

3.4.1 Dialek
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang
menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa
digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain
seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek. Buktinya adalah berikut:
...Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan. Perjalanan budaya dan
tamadun Melayu berkembang subur dan memukau pengamatan bangsa lain melingkungi rantau
geografi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan Thai, Indo cina dan berkembang
ke Kepulauan Pasifik di bahagian timur dan mencecah Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa
di bahagian utara ... (Halaman 10)

3.4.2 Tulisan
Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah mengangkat martabat
Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini penting
dapat dilihat dalam keterangan berikut:
...Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui pengenalan huruf jawi dan
mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang berkembang atau disempurnakan. ... (Halaman
102)

You might also like