Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
87Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Ratings: (0)|Views: 2,734 |Likes:
Published by zalmazakaria7092
TUGASAN KAUNSELING
TUGASAN KAUNSELING

More info:

Published by: zalmazakaria7092 on Nov 12, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2013

pdf

text

original

 
TAHAP – TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING
 PENGENALAN KAUNSELING 
Seiring dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi, budaya , sosial , pendidikan dan sains dan teknologi di negara ini, perkhidmatan kaunseling, terutamanyadi persekitaran sekolahdan institusi pengajian tinggi, telah sampai ke tahap yang amatmenggalakkan. Dalam konteks pembangunan negara ke arah sebuah negara maju berteknologi tinggi, kaunseling dapat memanfaatkan semua peringkat manusia dalam pelbagai keadaan.Sungguhpun bidang kaunseling dianggap sebagai bidang yang masih baru; jikadibandingkan dengan sosiologi, ekonomi dan psikologi pada keseluruhannya pengaruhkaunseling sudah dapat dirasakan oleh sebahagian masyarakat , walaupun belum begitumeluas.Biarpun individu yang datang berjumpa kaunselor untuk mendapatkan bantuanmenyelesaikan masalah dan mencapai hidup yang tenang dan berkualiti kian bertambah.Jenis masalah yang dikemukakan adalah pelbagai, iaitu daripada masalah peribadiyang dipersepsikan menganggu ketenteraman fikiran, hinggalah kepada maslahinterpersonal di tempat kerja, susah membuat sesuatu keputusan kerana menghadapikekeliruan dan termasuk malasah pembelajaran. Oleh yang demikian, profesionkaunselor dalam masyarakat moden ini memainkan peranan yang penting. Tambahan lagi, Malaysia kini sedang mengalami satu proses pembangunan yang pesat.Pembangunan ini bukan sahaja menyentuh aspek ekonomi, sains dan teknologi,tetapi juga aspek perpaduan negara dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum.Perubahan masyarakat adalah satu hakikat yang mengiringi pembangunan sesebuahnegara. Kesan daripada perubahan-perubahan pesat dalam masyarakat, menjelma pula pelbagai masalah sosial yang berlaku secara langsung atau tidak. Perubahan-perubahanyang berlaku adalah seperti berikut:
 
Penghijrahan anak-anak muda dari desa ke kota untuk mencari pekerjaanyang semakin meluas
Perpecahan system keluarga besar kepada system keluarga kecil
Kemunculan organisasi besar dalam bidang swasta dan korporat, yangkurang memberi perhatian kepada individu, lalu mendorong warganyamerasa terpinggir.
Pengaruh media cetak dan elektronik ke atas pemikiran dan sikapmanusia, khususnya kanak-kanak dan muda-mudi yang bertembungdengan nilai-nilai tradisional masyarakat.
Kemewahan baru yang mendorong kepada penghakisan nilai-nilai murnidalam individu dan masyarakat.Kesan langsung akibat perubahan-perubahan ini kepada diri seseorang ialahreaksi psikologikal dalam bentuk stress.Menurut kajian, stress boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan gangguan emosi. Stres yangmungkin timbul di peringkat persekolahan adalah seperti ekspektasi guru dan ibubapayang tidak realistic terhadap pencapaian pelajaran, suasana rumah yang sempit, atautekanan daripada rakan sebaya terhadap sesuatu norma tingkah laku. Di institusi pengajian tinggi pula , stress berlaku akibat perlumbaan mencapai kejayaan akademik,kekurangan wang perbelanjaan dan tekanan sosial.Reaksi stress adalah berbeza di kalangan remaja dan kanak-kanak. Terdapatremaja dan kanak-kanak yang melarikan diri dari rumah kesan daripada stress dengankekecohan yang berlaku dalam keluarga. Ada yang cuba menghilangkan atau melupakanstress dengan cara mengambil dadah atau melibatkan diri dengan kegiatan jenayah.Kaunseling mungkin tidak dapat menghilangkan semua gejala penyakit sosialyang berpunca daripada pembangunan ekonomi. Tetapi, demi kesejahteraan mentalmasyarakat, ia mesti disediakan secukupnya di semua institusi yang berperanan dalam pembangunan negara. Kaunseling tidak boleh lagi dianggap sebagai bidang ilmu yanghanya dikhaskan kepada mereka yang berpenyakit gila, tetapi ia seharusnya ditawarkan
 
luas agar teknologinya dimanfaatkan juga oleh ahli masyarakat biasa dalammenyelesaikan masalah harian yang ditempuhi
 DEFINISI KAUNSELING 
Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individuyang mempraktikkannnya. Antara definisi yang diutarakan terdapat banyak persamaan,misalnya, satu definisi menyatakan bahawa kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat pilihan, dan melaksanakan pilihan yang telah dibuat. Ada yangmenyatakan bahawa kaunseling adalah satu pembelajaran. Dalam kedua-dua definisi ini ,unsure persamaan adalah perkataan ‘belajar’. Definisi pertama mengajar seseorangmembuat pilihan , dan yang kedua, pembelajaran secara umum. Berikut adalah beberapadefinisi kaunseling:
 Krumboltz (1965)Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukanoleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkantingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Persatuan Bimbingan dan Personal Amerika (1980)Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang laing  yang berkaitan dengan sains tingkah laku untuk membantumempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan berkenaan dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri, perkahwinan, keluarga , atau perkara interpersonal lain. Burks dan Stefflre (1979)Kaunseling merujuk kepada perhubungan professional antarakaunselor terlatih dan klien.Perhubungan ini biasanya bersifat person-to-person, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih daripada duaorang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami danmenyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, danmempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang 

Activity (87)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mcna Blossom liked this
Shalihah Awang liked this
khalil2890 liked this
Aina Shuhada liked this
Moon Fantaghiro liked this
Jaslyn Pei Ju liked this
Raudhah Sakri liked this
Jaslyn Pei Ju liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->