You are on page 1of 15

1.

0 PENDAHULUAN

Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro
Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965 telah
mengilhamkan konsep pembelajaran sepanjang hayat berdasarkan satu laporan yang
diterbitkan oleh beliau. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan
tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja sahaja, namun ia perlulah
mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.

Berdasarkan satu laporan lain yang dikeluarkan oleh UNESCO bertajuk "Learning To Be", ia
menyatakan bahawa pencapaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada
golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja.
Sebaliknya, ia perlu disebatikan dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan
setiap ahlinya. Dengan memahami konsep pembelajaran sepanjang hayat, ia membolehkan
semua orang mendapat pengetahuan bagi membolehkannya turut serta sebagai seorang
warganegara yang bertanggungjawab.

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini
dapat dikenalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es"
iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment
(keseronokan).













1.1 CARA-CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAL SESEORANG GURU SEBAGAI
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Sebaik menamatkan pengajian di sesebuah institusi pelajaran (contohnya di Institut
Pendidikan Guru (IPG), university atau institusi pendidikan) , seseorang guru tidak
seharusnya berhenti mendalami ilmu pendidikan hanya ke tahap tertentu. Hal ini
disebabkan oleh, guru-guru tidak seharusnya menganggap bahawa mereka telah
menamatkan pengajian mereka dengan sempurna dengan hanya memiliki segulung sijil
mahupun ijazah. Para guru terlatih seharusnya sedar bahawa pendidikan praperkhidmatan
kaguruan adalah satu proses awal bagi menyediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang
menjadi prasyarat bagi profesion keguruan. Oleh itu, setelah menamatkan latihan keguruan,
guru terlatih tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan penyediaan guru
telah sempurna. Mereka seharusnya berfikir lebih jauh bagi memajukan diri sendiri,
sekaligus membantu memajukan system atau corak pendidikan negara.

Terdapat pelbagai cara mampu membantu meningkatkan perkembangan profesional
seseorang guru sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Berdepan dengan arus perubahan
semasa, guru akan berdepan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau
di luar profesionnya. Oleh itu, seseorang guru haruslah bersedia mempersiapkan diri untuk
mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan. Guru juga mesti mendedahkan diri dengan teknologi terkini agar tidak
tertelan dek arus perkembangan. Demi menjadi seorang guru yang profesional, guru
haruslah bersikap up-to-date dan celik teknologi.

Perubahan arus perdana yang didepani ini memerlukan guru sentiasa berusaha untuk
menambah ilmu perngetahuan berkaitan profesion serta subjek yang diajar. Perkembangan
terkini dalam system pendidikan negara menyediakan pelbagai peluang kepada guru bagi
meningkatkan profesionalisme perkhidmatan mereka.

Untuk memperhebatkan lagi konteks pembelajaran sepanjang hayat ini dilaksanakan,
pelbagai penekanan telah dilakukan antaranya adalah:



Pelan Pembelajaran Peribadi
Murid sering menjadikan guru mereka sebagai idola atau role-model kerana mereka
sering berinteraksi dengan guru. Bahkan, bagi sesetengah murid, guru merupakan individu
yang sangat mereka percaya dan sanjungi. Oleh itu, seseorang guru haruslah bersikap
professional dan berperibadi mulia kerana harus diketahui bahawa setiap perilaku dan
tingkah kita diperhatikan oleh masyarakat serta para pelajar. Oleh itu, belajar bagaimana
belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.
Terdapat beberapa pelan pembelajaran pembelajaran peribadi yang boleh dilaksanakan.
Antaranya adalah pembelajaran di rumh, pendidikan dewasa, pendidikan berterusan,
pengetahuan pekerja, serta persekitaran pembelajaran kendiri (PPK) .
Kini, terdapat beberapa program pendidikan yang boleh dilangsungkan di rumah,
antaranya pembelajaran maya iaitu pembelajaran melalui talian. Ia merupakan satu
pendekatan yang membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di
kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah.
Guru perlulah menerokai bidang kerja mereka yang berkaitan dengan pengetahuan
pedagogi (pedagogical content knowledge), kandungan mata pelajaran (subject content
knowledge), psikologi murid dan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan bilik darjah.
Oleh itu, konsep pembelajaran sepanjang hayat adalah sesuatu yang baru dan selaras
dengan konsep e- learning yang diperkenalkan.

Budaya Membaca

Dalam menuju alaf baharu pendidikan bertaraf dunia paradigm pendidikan perlukan anjakan
yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan
progresif. Budaya membaca yang semakin pudar harus dipupuk kembali sejajar dengan
seruan Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat (Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir
Mohamed) yang menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya membaca bagi
memastikan mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka memandangkan
peranan mereka sebagai pendidik dan role model kepada murid di sekolah.

Budaya membaca dalam kalangan guru haruslah diterapkan kerana kini budaya membaca
dalam kalangan guru semakin berkurangan. Budaya membaca sangat penting diamalkan
kerana ia merupakan salah satu syarat dalam mengasah bakat menulis dengan lebih kreatif
dan berketerampilan.

Maka, guru di Malaysia patut bangun menggilap imej guru Malaysia melalui pembacaan
bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.

Budaya Menyelidik

Di sekolah, guru-guru boleh melaksanakan penyelidikan mengikut konteks di sekolah.
Penyelidikan di sekolah boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah berdasarkan situasi
semasa. Penyelidikan sebegini dinamakan sebagai penyelidikan tindakan. Ia hanya
memerlukan kesahan dalaman dan spesifik kepada keadaan semasa dan setempat.

Penyelidikan tindakan ini lebih memfokuskan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan
bukannya untuk membuat generalisasi. Setiap guru haruslah membudayakan amalan
penyelidikan di sekolah agar masalah berbangkit dapat diatasi secara profesional.

Antara kepentingan melaksanakan penyelidikan tindakan adalah seperti berikut:
i. Memfokus kepada suatu kajian yang lebih spesifik tentang salah satu aspek dalam
pengajaran yang juga merupakan aspek yang anda beri perhatian.
ii. Menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain di mana anda sebagai
pensyarah/guru terlibat secara peribadi sebagai peserta kajian ini dan mungkin
melaksanakan kajian secara individu di mana murid-murid atau rakan sekerja sebagai
pemberi maklumat ke atas tindakan yang anda ambil.
iii. Pendokumentasian dan bukti sesuatu penyataan dapat dilakukan melalui penyelidikan
tindakan.
iv. Mendorong kepada budaya reflektif yang membentuk diri yang berpemikiran dan
bersikap terbuka, mampu menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki
dan berubah, malahan mampu menambah baik amalan kendiri.
v. Ia juga memberikan peluang untuk nilai tambah dan peningkatan profesionalisme guru.

Amalan Reflektif

Amalan reflektif merupakan satu amalan yang sangat penting dan selalu dilaksanakan oleh
guru-guru pelatih sepanjang perlaksanaan praktikum mahupun internship. Hal ini bagi
memberi persediaan kepada bakalp guru untuk menerima segala cabaran di sekolah dan
menghadapinya sebagai pengalaman berharga sekaligus memperoleh kepuasan kendiri
sepanjang menjalankan tugas mendidik. Oleh itu, seseorang guru haruslah bersedia untuk
berfikir secara reflektif. Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali
sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita.

Budaya ini bagi kalangan guru mampu untuk membantu guru mengimbangkan kepercayaan
kita dengan keperluan pelajar. Sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan apabila kita
membuat refleksi. Kita menjadi lebih sedar terhadap kelemahan dan kekuatan yang
terdapat dalam diri serta pengajaran dan pembelajaran kita serta kritis mengenai amalan
kita sendiri.

Berdasarkan Schon (1993), amalan reflektif merupakan suatu proses belajar pada peringkat
tinggi yang melibatkan pemikiran tentang pembelajaran berasaskan amalan untuk
mendapat perspektif baru untuk memperbaharui pertimbangan dan meningkat inkuiri
sehingga menjadi suatu himpunan.

Setiap guru perlulah memberi focus terhadap kajian yang akan dilaksanakan. Ketika
melaksanakan refleksi, terdapat beberapa perkara penting yang harus dititikberatkan.
Antaranya adalah seperti berikut :
i- Cabaran atau masalah yang dihadapi dalam bilik darjah
ii- Punca berlakunya masalah tersebut
iii- Perasaan mereka terhadap masalah tersebut
iv- Cadangan bagi mengatasi masalah serta tindakan segera yang harus diambil oleh
mereka
v- Isu-isu lain yang relevan.

Amalan refleksi adalah penting untuk membantu dalam mengimbangi antara pengalaman
sendiri dengan orang lain, suatu elemen dalam Penyelidikan Tindakan, memudahkan
perbincangan dilakukan, suatu pembelajaran kendiri dan sebagai penilaian terhadap
amalan kendiri.

Amalan refektif juga merupakan satu daripada proses muhasabah diri. Reflektif guru penting
untuk adalah satu proses penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Proses ini
memerlukan guru mengingati, merenung kembali serta memikirkan cara-cara bagi
meningkatkan strategi pengajaran supaya lebih berkesan pada masa hadapan.

Proses reflektif berlaku dalam lima peringkat. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan di
bawah :
a) Kefahaman : mengenal pasti dan menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi.
b) Transformasi : merancang tindakan pedagogi.
c) Pelaksanaan : melaksanakan, menguji atau mengkaji tindakan-tindakan pedagogi yang
dirancang.
d) Penilaian : menilai tindakan yang telah diputuskan.
e) Reflektif : membuat reflektif terhadapa tindakan yang diambil.
Bagi memudahkan seseorang guru itu menilai kembali kerja mahupun tugasannya, guru
boleh membuat semua catatan reflektif mengenai pengajaran dalam sebuah jurnal reflektif.
Hal ini adalah selari dengan perkara-perkara yang dilaksanakan ketika setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran ketika perlaksanaan praktikum di tiga buah sekolah selama
tiga semester ini. Perlaksanaan refleksi kendiri bukan sahaja dijalankan pada setiap
pengajaran dan pembelajaran, bahkan juga pada setiap minggu bagi merangkum semua
permasalahan mahupun kekuatan sepanjang mengajar pada minggu tersebut.
Hal ini sangat memudahkan guru-guru pelatih bagi menguji tahap kemampuan kami dalam
setiap sesi pengajaran serta dapat membuat perbincangan dengan guru pembimbing,
rakan-rakan mahupun pensyarah pembimbing. Segala kekuatan, permasalahan serta
cadangan bagi memperbaiki dinyatakan dalam jurnal praktikum mahupun internship. Oleh
itu, ia sangat memudahkan pihak kami serta pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru dan
pihak sekolah untuk menilai tahap pencapaian kami sepanjang melaksanakan program
internship serta praktikum di sesebuah sekolah.


Kolaborasi dan Musyawarah

Berkolaborasi dan bermusyawarah merupakan satu budaya yang sangat baik untuk
diamalkan oleh setiap individu. Bukan sahaja tertumpu kepada guru-guru di sekolah,
bahkan, jika para pelajar mengamalkan budaya ini, mereka dapat berfikir secara lebih
rasional serta dapat menerima dan mengambil pertimbangan yang lebih wajar kerana telah
berinteraksi dengan rakan mahupun guru-guru bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan kolaborasi dan musyawarah? Kolaborasi
didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang tidak
mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. Musyawarah pula dimaknakan dengan
rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap
sesuatu tindakan yang diambil.

Antara elemen kolaborasi ini adalah:
i. Hubungan kerja berterusan
ii. Kepercayaan dan sukarela
iii. Peningkatan kemahiran dan daya usaha berterusan
iv. Bekerjasama untuk perkembangan
v. Penghargaan secara langsung.

Bagi menjalankan kolaborasi dalam kalangan guru, ia memerlukan kepercayaan dan
perkongsian pendapat antara satu sama lain. Oleh itu, suatu mekanisme bagi
mengisntitusikan musyawarah dan berbincang di peringkat sekolah hendaklah
dilaksanakan. Antara factor-faktor yang mendorong perlaksanaan musyawarah adalah
seperti penyataan yang dinyatakan di bawah :
a) Mempunyai matlamat yang sama
b) Dialog dilakukan secara berterusan dan terbuka
c) Membuat keputusan dengan persetujuan ahli
d) Tindakan yang diambil secara terancang
e) Memiliki amalan reflektif dan maklum balas berkala.


Cara - cara guru berkolaborasi pula adalah:
i. Pengajaran berpasukam
ii. kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
iii. Kolaborasi antara organisasi/institutsi/agensi

Namun begitu, terdapat juga kekangan yang dihadapi oleh guru sepanjang perlaksanan
kolaborasi dan musyawarah. Antaranya adalah seperti :
a) Sebilangan guru veteran enggan mempedulikan pemikiran baharu dalam pedagogi
daripada guru yang terlibaat dengan sesuatu inovasi.
b) Guru hanya bertemu rakan dalam masa tertentu, serta dalam bilangan dan kekerapan
yang tidak tetap.
c) Pengasingan kelas murid mengikut aras menyebabkan guru lebih cenderung bergaul
dengan rakan daripada aras dan bidang yang sama kerana terdapat persamaan dari
segi perancangan tugas, persediaan bahan, ujian serta pengalaman.
d) Banyak berpegang pada prinsip autonomi dan hanya bersedia berkongsi ilmu apabila
dipinta.
e) Terpisah dari segi fizikal. Tidak wujud kebergantungan antara satu dengan yang lain
disebabkan tiada alasan dari segi keperluan tugas. Bilik darjah berorientasikan
akademik dengan kemudahan yang tidak sama bagi semua pihak terbabit. Contohnya,
makmal sains yang mempunyai lebih banyak bahan bantu mengajar berbentuk maujud
berbanding dengan makmal matematik.
Rumusannya, musyawarah dan kolaborasi perlu dijadikan amalan oleh para guru dalam
menentukan sesuatu keputusan bersama-sama demi perolehi hasil yang cemerlang.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Setiap guru mempunyai kekuatan dan kepakaran yang berbeza hasil daripada pengalaman
dan latihan yang diterima sepanjang kerjayanya. Perkembangan semasa dalam dunia
pendidikan memerlukan setiap guru supaya lebih bersikap progresif dan sentiasa berusaha
untuk menambah ilmu dan menggunakan pendekatan yang terkini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini bagi menjadikan pengajaran guru-guru lebih menarik serta guru lebih
terdedah dengan pelbagai teknologi serta bahan bantu mengajar terkini dalam arus dunia
pendidikan semasa.
Perubahan menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai suatu ketika
dahulu tidak lagi relevan pada masa sekarang serta masa akan dating. Setiap guru
memerlukan peningkatan profesionalisme yang berterusan dan tidak cukup dengan sekadar
menghadiri satu bengkel sahaja. Guru perlulah lebih bersemangat untuk memajukan diri
dalam bidang keguruan agar pengajaran mereka lebih berfokus dan sesuai dengan arus
perkembangan terkini. Hal ini disebabkan oleh, mustahil bagi seseorang guru itu
menggunakan pendekatan tradisonal dalam kemajuan arus permodenan sekarang. Pelajar
yang celik teknologi maklumat mungkin akan bosan dan tidak berminat dengan pengajaran
guru sekaligus mematikan semangat mereka untuk menerima pengajaran.

Kursus dalam perkhidmatan memberi fokus kepada peningkatan ilmu dan kemahiran guru
terutama dalam pengurusan pembestarian sekolah, sains dan teknologi, teknologi maklumat
dan komunikasi, pengurusan kokurikulum, transformasi kurikulum, pentaksiran dan
penilaian, di samping latihan pedagogi terkini dan mastery learning. Setiap guru perlulah
mengikuti program latihan dan perkhidmatan supaya dapat meningkatkan kecekapan
perkhidmatan sesuai dengan arus permodenan.

Pembelajaran Autentik

Pembelajaran autentik ialah pembelajaran berteraskan aktiviti dalam suasana sebenar yang
membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti
kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Pembelajaran sebegini banyak diaplikasan dalam pengajaran Sains sepanjang
perlaksanaan praktikum di sekolah-sekolah sepanjang tiga semester ini. Murid lebih mudah
belajar sesuatu perkara melalui pembelajaran secara hands-on kerana ia lebih bermakna
dan murid turut mengalami pengalaman tersendiri sepanjang perlaksanaan sesuatu
tugasan. Pembelajaran ini juga mampu meningkatkan daya ingatan murid dan
membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan situasi sebenar
dengan bantuan mahupun tanpa bantuan daripada guru dan rakan-rakan.

Konsep pembelajaran hands-on dapat membantu guru menghubungkaitkan antara
kandungan mata pelajaran dengan situasi dunia nyata murid. Bahkan, murid sendiri
berkesempatan untuk mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka. Perkara yang
dialami oleh seseorang individu itu sendiri akan membuatkan mereka lebih ingat dan mudah
diterapkan dalam kehidupan seharian mereka.

Akses Maklumat Daripada Pelbagai Sumber

Sesuai dengan arus pemodenan, perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) memberikan peluang kepada setiap individu menguasai pelbagai
maklumat. Sehubungan itu, peranan guru lebih bertumpu pada peranan sebagai seorang
fasilitator dan oleh kerana itu guru perlu memperlengkapkan diri dengan maklumat dan
kemahiran terkini. Oleh itu, guru perlulah bersikap proaktif dalam mendalami ilmu berkaitan
dengan komputer dan teknologi maktlumat.

Terdapat pelbagai sumber pembelajaran yang sesuai dan boleh diakses oleh murid.
Antaranya adalah :
a) sumber berasaskan manusia (rakan sebaya, guru, pakar bidang, pegawai sumber)
b) bahan bercetak seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya
c) bahan pandang dengan seperti mikrofilem, radio, televisyen dan video
d) sumber berasaskan komputer seperti disket, cakera padat, internet dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai seorang pendidik kita haruslah sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kita dari semasa ke semasa sejajar
dengan peredaran zaman.











1.3 JANGKAAN DALAM PERKEMBANGAN KERJAYA DIRI ANDA
Memulakan kerjaya guru sebagai guru pada peringkat permulaan (novice) memberi seribu
satu kemungkinan kepada kita. Persoalan dimanakan tempat yang bakal kita memulakan
khidmat kita sebagai pendidik, dengan siapakah kita berurusan serta apakah kita bakal
diterima di sekolah tersebut tentunya bermain-main di ruang fikiran kita. Oleh itu, kita
haruslah mempersiapkan diri supaya lebih bersedia buakan sahaja dari segi fizikal dan
pengalaman sepanjang praktikum, bahkan emosi agar tidak tersadung di tengah laluan
sepanjang bergelar sebagai seorang pendidik.
Bukan sahaja mahu menggelarkan diri ini sebagai guru permulaan, bahkan, jika diberi
peluang, saya akan cuba menggarap impian untuk begelar guru pakar pada masa akan
datang. Oleh itu, bagi mencapai cita-cita saya ini, saya haruslah menempuh peringkat
perkembangan dalam menjadi seorang pendidik yang pakar dalam bidangnya. Antaranya
adalah dengan menjadi guru pada peringkat permulaan, diikuti dengan guru cekap, guru
berkesan, guru mahir dan diakhiri dengan guru pakar.
Impian untuk menjadi seorang guru pakar telah tertanam dalam sanubari saya semenjak
kali pertama terpilih menjadi seorang pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) ini. Hal ini
disebabkan oleh semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan sesuatu dengan
bukan sekadar melepaskan batuk ditangga, tetapi melaksanakan dengan sepenuh hati.
Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi
dalam mata pelajaran khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru
pakar mempamerkan sahsiah terpuji, berketrampilan, berpegang teguh kepada etika
perguruan dan etika perkhidmatan awam, peka dan prihatin kepada keperluan pelajar serta
menjadi role model kepada warga pendidikan.
Bagi mempersiapkan diri menjadi seorang guru pakar, kita haruslah menguasai dan
menghayati kandungan mata pelajaran, mempersiap diri menjadi pakar rujuk pengajaran
dan pembelajaran, bijak dalam mengurus masa, bahan dan sumber serta mampu
mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar.
Bahkan, seorang guru pakar perlu meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
dari semasa ke semasa dan bukan terus berpuas hati dengan hasil yang dicapai dalam
sesuatu pengajaran. Bagi mempersiapkan diri dalam menjadi guru pakar, saya juga perlu
belajar untuk memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan
mesej yang berkesan. Hal ini disebabkan oleh, senjata seseorang guru bukan hanya
terletak kepada ilmu dan keterampilannya. Bahkan, cara penyampaian serta komunikasi
sangat memainkan peranan dalam menjadi seorang guru yang baik.
Oleh itu, saya haruslah bermula sedari awal agar tidak terpesong daripada jangkaan yang
ingin saya capai dalam kerjaya sebagai seorang guru. Sikap yang penuh dengan
wawasan, proaktif, responsif, dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik sangat perlu bagi memungkinkan hal ini mampu tercapai pada masa akan datang.
Selain itu, seorang guru pakar perlu berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran
atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu
pendidikan Negara.
1.4 RUMUSAN

Pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang
merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada
secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Daya saing global
dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui
pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi
meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan
sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan
ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.

Bagi seseorang guru pula, harus ditekankan di sini bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran tidak hanya berhenti usai tamat sesuatu kursus yang diambil. Namun begitu,
seperti seorang pelajar pada peringkat rendah, guru juga haruslah lebih bersemangat untuk
meneruskan pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi serta sentiasa berusaha dalam
memajukan imej diri sekaligus memberikan impak yang besar terhadap perkembangan
pendidikan di negara kita. Sesungguhnya, individu mana yang tidak bangga jika namanya
mampu ditempa hingga ke peringkat tertinggi dalam sesuatu bidang. Oleh itu, sebagai
seorang guru, kita haruslah lebih inovatif dan proaktif dalam menjadikan bidang pendidikan
suatu bidang yang mampu menjana minda serta mengeluarkan produk-produk yakni modal
insan yang disegani serta disanjung tinggi. Bukan sahaja kerana ilmu dan jawatannya,
tetapi juga kerana perilaku dan peribadi mulia yang terdapat pada pelajar-pelajar terbabit.
REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana akhirnya tugasan projek bagi kursus Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU 3108) dapat diselesaikan dalam
masa yang telah ditetapkan.
Sepanjang perlaksanaan tugasan projek ini, saya telah mencari pelbagai maklumat daripada
pelbagai sumber. Saya telah menggunakan peluang sepanjang program Internship untuk
berbincang dengan beberapa orang guru tentang pembelajaran sepanjang hayat ini. Saya
sangat teruja apabila mendapat tahu bahawa rata-rata guru di sekolah tersebut, Sekolah
Kebangsaan Pulau Bahagia mempunyai jumlah guru ijazah yang ramai. Bahkan ada dalam
kalangan mereka yang sedang mengikuti kursus pada peringkat sarjana serta phD. Hal ini telah
menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang pendidik yang berilmu pengetahuan
tinggi.
Banyak maklumat yang diperolehi daripada sumber internet, buku, jurnal, serta keratan akhbar.
Alhamdulillah, saya tidak mempunyai banyak kekangan dalam perlaksanaan kerja kursus ini.
Bantuan daripada rakan-rakan, guru-guru serta pensyarah telah membuatkan saya mampu
mengaplikasikan budaya pembelajaran sepanjang hayat sepanjang perlaksanaan tugasan
projek ini. Dengan mengadakan budaya musyawarah dan perbincangan, amalan reflektif,
budaya membaca serta menyelidik, serta semua perkara dalam budaya pembelajaran
sepanjang hayat telah berjaya diaplikasikan dalam tugasan projek ini secara tidak langsung.
Selain itu ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, saya
berpendapat seorang guru haruslah berperanan sebagai ketua baik membentuk suatu
pengajaran yang baik. Idola yang harus dicontohi tentu sahaja Rasullullah s.a.w. Tidak
hairanlah apabila baginda dinobatkan sebagai individu yang paling berpengaruh di dunia
sehingga kini oleh pengarang buku The 100: A Ranking Of Most Influential Person In History,
iaitu Micheal H. Hart.
My choice of Muhammad to lead the list of the worlds most influential persons may surprise
some readers and may be questions by others, but he was the only man in history who was
supremely successful on both the religious and secular level.
Micheal H. Hart.
Bagi menjadi seorang guru yang berjaya dalam profesionnya, seiring dengan keinginan
saya dalam menjadi seorang guru pakar, seseorang guru harus mempelbagaikan kaedah
pengajaran agar menarik dan mampu mengekalkan minat semua pelajar di dalam kelas. Antara
aktiviti yang boleh dipraktikkan kepada pelajar adalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan mereka
secara maksimum. Contohnya adalah dengan mengadakan tugasan berkumpulan, aktiviti
hands-on, eksperimen, lawatan, projek penyelesaian masalah serta kajian masa depan.
Semua aktiviti ini haruslah diimplementasikan dalam pengajaran bagi membenarkan para
pelajar berhubung dengan alam sekitarnya kerana belajar Sains merupakan pembelajaran
tentang alam persekitaran dan tubuh badan sendiri.
Intihannya, saya bersetuju bahawa tugasan projek pada kali ini telah berjaya membuka minda
saya tentang peri pentingnya pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang pendidik. Tugasan
ini juga menyedarkan saya agar siap dalam menghadapi cabaran ketika bergelar guru kelak.
Kerjaya guru memerlukan kita berbakti pada setiap individu agar ilmu bermanfaat dapat
disalurkan kepada mereka.


Disediakan oleh ,



(NUR SABARIAH BINTI AHMAD)








BIBLIOGRAFI

______________ (4 Oktober 2010) Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat Tumpu Kaum
Lelaki. Sinar Harian.
Abd Halim Hassan (1994). Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Delma (M) Sdn. Bhd.
Bernama Media. (14 Mei 2013) Malaysia Jadi Tumpuan Utama Pelan Strategik
Pembelajaran Sepanjang Hayat Asem. Diakses pada 19 Ogos 2013 dari
http://my.news.yahoo.com/malaysia-jadi-tumpuan-utama-pelan-strategik-pembelajaran-
sepanjang-093206374.html
Diakses pada 19 Ogos 2013 dari
http://www.kkarau.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=95&Itemi
d=232
Diakses pada 19 Ogos 2013 dari
http://kkspe.edu.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=90&Itemid=171
Dr Fatin Aliah Phang. (9 Februari 2012) Dasar e-Learning IPT pemangkin pembelajaran
sepanjang hayat. Berita Harian.
Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
Syed I. Ahmad S. (2010) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Professional.. Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Tri Pranadji. Pusat Penelitian dan Pengembangan Sosial Ekonomi Pertanian. Jl. A. Yani. 70
Bogor. Perspektif Pengembangan Nilai-Nilai Sosial-Budaya Bangsa.AKP. Volume 2 No. 4,
Disember 2004 : 324-339.

You might also like