Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
90Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PETUA ORANG LAMA

PETUA ORANG LAMA

Ratings:

4.74

(34)
|Views: 39,559 |Likes:

More info:

Published by: Mohamad Shuhmy Shuib on Mar 10, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

06/08/2013

 
PETUA ORANG LAMA
 
Buatlah InsyaAllah anda akan mendapat manafaatnya dari Ilmu dan pertua yang diberi. Ingat setiappenyakit ada ubatnya. Hendaklah diamalkan tanpa diamal penyakit pun tak nak sembuh. Istoqomahlah,InsyaAllah datanglah keberkatannya.
 Apabila mengamalkannya jangan lupa adapnya:
Baca bismillah
 
Beristifar 
Baca Fatihah 1X
Baca Ayat Kursi 1X
 
Baca Doa Penyembuh Penyakit
 
Berharap semoga mendapat keberkatan dari Allah Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyakkelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudahagak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalutluka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari. 
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur. Buatlah selama beberapa hari. 
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merahsentiasa. 
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dantuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angina
 
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkanselama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan. Selepas air itu sejuk minumlah. 
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu suduteh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu. 
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar danabunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itudibersihkan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapasdi bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor. 
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itudihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkansehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari. 
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itusampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusulidengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampaimerata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban,seelok-eloknya sewaktu hendak tidur. 
Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikiansetiap hari. 
Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlahsedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapakkaki yang pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka andasewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Padasebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia keringsendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk. 
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagidan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin denganmenyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur. 
 
Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuhdan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yangbersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.
Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan darisegengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis butaitu. 
Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
Cacar air 
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan ituhendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atauyang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama3 hari berturut-turut.
Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panasmendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukanramuan itu ke bekas kurap. 
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minitkemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari. 
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
Menghilangkan parut cacar air 
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbukhalus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu. 
Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya danminum selama 3 hari berturut-turut.
Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dancucilah kemaluan anda dengan air tersebut. 
Gatal Kulit
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orangperempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangattetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasidengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itudirebus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh ituuntuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk puladigunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur. 
Menghilangkan Bulu Ketiak

Activity (90)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
1 hundred thousand reads
Zury Ahmed liked this
Putera Mahligai liked this
rosfadzillahy liked this
pretender liked this
Diyana Amir liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->