You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA (BIL.

2/2014)
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Tarikh : 8 Mei 2014
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Guru Cemerlang SMK Alma
Pengerusi : Puan Puvaneswari a/p Vadivelloo
Kehadiran :
1. Puan Puvaneswari a/p Vadivelloo (Guru Cemerlang/Ketua Panitia)
2. Cik Loh Li Li
3. Cik Rafidah Binti Aris
4. Puan Azlina Binti Abdul Lahtif
5. Puan Bong Sheau Hui
6. Puan Marliza Binti Abdul Razak
7. Puan Nor Izhatul Husna Binti Nasshorudin
8. Puan Seri Wani Binti Samsuri

Tidak Hadir :
1. Puan Noorhana Binti Rahmad (Ketua Bidang Kemanusiaan)
2. En Md Nasri Bin Ali
3. Puan Chin Lee Sien (LDP PBS)
4. Puan Harizah Binti Jaapar (Mesyuarat)
5. Puan Munirekha a/p Thulukannam (Cuti Sakit)
6. Puan Parameswari a/p Murugiah (Kursus)
7. Puan Siti Norhidayati Binti Mohd. Ghazali (Hakim)


1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Mesyuarat panitia kali kedua ini dikendalikan oleh Pengerusi, iaitu Puan
Puvaneswari a/p Vadivelloo selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan ke mesyuarat kali kedua pada hari ini.
Tindakan : Makluman

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2014
2.1 Cik Loh Li Li mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh
Puan Azlina Binti Abdul Lahtif.
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Resit bagi bahan fotostat perlu disahkan dan dicopkan oleh ketua panitia
sebelum membuat tuntutan daripada kerani.
3.2 Mengikut surat pekeliling kementerian yang diterima pada 31/3/2014, PT3 yang
dilaksanakan hanya untuk matapelajaran teras sahaja. Pengerusi memaklumkan
kepada ahli mesyuarat berkaitan pekeliling tersebut.
Tindakan : Makluman

4.0 Analisis UK1 2014
4.1 GPMP untuk UK 1 Tingkatan 4 ialah 2.69 dan peratus lulus ialah 97.11%.
Manakala GPMP bagi UK 1 Tingkatan 5 ialah 5.65 dan peratus lulus ialah
84.76%. Pengerusi memaklumkan bahawa kertas PPT tingkatan 5 lebih tinggi
aras kesukaran berbanding Tingkatan 4.
Tindakan : Makluman
5.0 PBS & PPPM
5.1 Pemetaan RPT tingkatan 3 akan dibentangkan oleh Puan Parameswari a/p
Murugiah pada 14/5/2014 (Khamis) semasa bengkel LDP sekolah nanti.
5.2 Guru menengah rendah boleh memuatturunkan PPPM PSK dari portal lembaga
peperiksaan untuk disimpan dalam buku rekod.
5.3 Guru boleh mengubahsuaikam borang perekodan kelompok yang dimuatturun
dari portal lembaga peperiksaan dengan memadamkan lajur nama dan IC
supaya boleh dimuatkan dalam saiz A4.
5.4 Pengerusi memaklumkan bahawa guru boleh mengeluarkan evidens pelajar
yang disimpan dalam fail PBS sebelum ini untuk dilekatkan dalam buku latihan
pelajar.
5.5 Guru perlu menyimpan rekod dalam borang perekodan kelompok bagi pelajar
yang menguasai band berkenaan.
Tindakan : Guru-guru PSK

6.0 Hal-hal lain
6.1 Pengerusi mengucapkan taniah dan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang menjayakan program kem sivik.
Tindakan : Makluman
6.2 Program bercerita rakyat ditangguhkan sehingga 19/6/2014 atas sebab tarikh
asal bertindih dengan sukan tara sekolah.
6.3 Program kuiz kesihatan yang melibatkan pelajar tingkatan 2 akan dijalankan
pada 24/6/2014. Cara untuk menjalankan program ini bergantung kepada idea
guru pelaksana. Pengerusi menekankan kertas kerja dan bajet perlu diserah
kepada ketua panitia sebelum program dijalankan. Guru pelaksana boleh
membentuk jawatankuasa kecil yang melibatkan guru PSK menengah atas.

6.4 Pengerusi menekankan guru perlu mendapatkan skrip jawapan dari bilik resos
dengan kadar yang secepat mungkin selepas peperiksaan selesai.
6.5 Kertas soalan berserta dengan skema jawapan perlu dihantar kepada ketua
panitia untuk simpanan fail.
6.6 Markah untuk peperiksaan pertengahan tahun bagi menengah rendah perlu
dimasukkan ke dalam komputer yang disediakan di bilik sumber.
6.7 Guru perlu menyediakan kertas soalan berdasarkan JSU yang ditetapkan.
6.8 Ketua panitia akan menentukan nisbah kesukaran soalan bagi peperiksaan akhir
tahun. Penggubal soalan perlu menyediakan soalan berdasarkan nisbah yang
ditentukan.
6.8 Penyedia soalan peperiksaan akhir tahun adalah seperti berikut:
Tingkatan 1: Puan Chin Lee Sien
Tingkatan 2: Cik Loh Li Li
Tingkatan 3: tiada peperiksaan
Tingkatan 4: Siti Norhidayati Binti Mohd. Ghazali
Tingkatan 5: tiada peperiksaan
6.9 Guru yang bertanggungjawab bagi program khidmat masyarakat boleh dapatkan
wang panitia daripada penyelaras tingkatan.
Tindakan : Guru-guru PSK
7.0 Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Cik Loh Li Li
yang telah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas meja bermaklumat PSK di
kantin. Atas usaha beliau, panitia PSK telah memenangi tempat ke-4 dalam
pertandingan tersebut.




7.0 Ucapan penangguhan
7.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih.




Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.










Disediakan oleh: Disahkan oleh:

________________________ ______________________
(BONG SHEAU HUI) (PUVANESWARI A/P VADIVELLO)
Setiausaha PSK Guru Cemerlang/ Ketua Panitia PSK
SMK Alma SMK Alma

You might also like