Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Pencemaran alam telah menjadi satu isu globalyang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yangketara kepada manusia terutama di Malaysia.Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbuldaripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.Pencemaran alam memang telah menjadi satuancaman utama dalam pembangunan manusiasejagat. Tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu yang mengakui berlakunya perubahancuaca dunia akibat pencemaran yang dilakukanoleh manusia telah membuktikan masalah inisemakin kronik. Pencemaran alam memangdisebabkan oleh sikap manusia itu sendirisehingga menyebabkan banyak impak negatif yang timbul. Agaknya manusia tidak serikmelihat kemusnahan yang mereka lakukanselama ini?Bencana alam semakin menjadi-jadi terutama diKuala Lumpur. Kawasan tanah runtuh di Ampangdan Puchong suatu ketika dahulu begitumenakutkan masyarakat di sini. Banjir kilat yangpasti berlaku sebaik sahaja hujan turunmenyebabkan masyarakat berjaga-jaga setiapkali musim hujan menjelang. Keadaan inimenyebabkan kehidupan masyarakat dalamrisiko dan menimbulkan rasa takut dalamperasaan mereka. Sekali hujan, sekali banjir,sekali Kuala Lumpur berubah.Tambahan pula, kejadian tanah runtuh dan
 
banjir serta jerebu membawa keadaan kesihatanmasyarakat yang kurang baik.Kejadian demam,batuk dan wabak penyakit yang merebakmenyebabkan kos rawatan perubatanmasyarakat kita terus meningkat. Keadaan inisudah pasti membebankan terutama kepadagolongan berpendapatan rendah yang terpaksamemikirkan keseinambungan hidup selainmendapatkan rawatan penyakit mereka.Jadi,pencemaran alam memang memberi impakyang ketara dalam kehidupan kita.Lantaran itu, masyarakat kita terutama generasimuda yang dilahirkan ialah generasi yang sudahterdedah dengan pencemaran alam. Generasimuda kita ialah generasi yang sudah ‘sakit’. Jadi,tidaklah kita terkejut apabila kita seringmendapat khabar tentang golongan belia yangtidak mampu untuk mengharungi cabaran alamyang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi.Generasi muda mudah berasa penat dan tidakmampu menyelesaikan masalah fizikal yangmereka tempuhi. Mungkin juga generasi mudakita kekurangan kemahiran mendengar ataumempunyai penyakit lelah sejak kecil.Imej negara sudah pasti akan terjejas terutamapada mata masyarakat antarabangsa. Padamereka sikap masyarakat negara ini yang tidakpeka yang menyebabkan alam kita tercemarbegitu teruk. Kita dipandang sebagai masyarakatmaterialistik kerana terlalu ghairahmemusnahkan alam semata-mata untukmengaut keuntungan kebendaan. Kehadiran
 
pelancong turut berkurangan bukan sahaja imejnegara tetapi kurangnya kawasan untuk dilawatiakibat pencemaran alam ini.Mungkin langkah yang terpenting dalammenangani isu ini ialah kerajaanmenguatkuasakan akta yang lebih tegas danberat hukumannya. Kerajaan hendaklah beranimengambil tindakan bersama-sama menghukumpesalah pencemaran alam ini tanpa rasa segansilu. Kerajaan perlulah mempamerkan sikap yangtelus dalam memastikan alam kita terus terbela.Kerajaan merupakan benteng pertama negaradalam menentang pencemaran alam.Kesimpulannya, semua pihak harus menjadikanalam sebagai fokus perjuangan mereka. Alambukanlah hak kita tetapi alam warisan yang kitatinggalkan untuk generasi akan datang. Jadi,alam bukan satu anugerah tetapi satu tanggung jawab yang memerlukan pengorbananmasyarakat untuk memastikan alam terusmenerus diwarisi oleh manusia sejagat. Mungkinkali ini kita akan berjaya menangani kemelutyang semakin mencengkam ini.
Kesan pencemaran industri kepada alam sekitarPengenalan
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more