You are on page 1of 5

Bab 6 - Statistik (Statistics)

Histogram
Histogram
Histogram adalah pembentangan grafik bagi suatu taburan kekerapan (frequency
distribution).

Histogram dengan selang kelas saiz yang sama (class interval of equal size) mewakili
kekerapan setiap selang kelas dengan segi empat tepat yang mempunyai lebar (breadth)
yang sama, dan ketinggian setiap segi empat (rectangle) tersebut adalah berkadaran
(proportional) dengan kekerapan (frequency).


Melukis Histogram

Jadual di bawah menunjukkan masa belajar (dalam jam) 40 orang pelajar dalam
seminggu.
Masa (jam) Bilangan pelajar
10 14 6
15 19 8
20 24 12
25 29 8
30 34 5
35 39 1

Lukiskan histogram untuk mewakili taburan kekerapan.

Penyelesaian:

Langkah 1:
Cari sempadan bawah (lower boundary) dan sempadan atas (upper boundary) bagi
setiap selang kelas (class interval) seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Masa
(jam)
Bilangan
pelajar
Sempadan bawah
(lower boundary)
Sepadan atas
(upper
boundary)
10 14 6 9.5 14.5
15 19 8 14.5 19.5
20 24 12 19.5 24.5
25 29 8 24.5 29.5
30 34 5 29.5 34.5
35 39 1 34.5 39.5

Langkah 2:
Pilih skala yang sesuai untuk paksi melinntang/mengufuk (horizontal axis) dan paksi
menegak (vertical axis) supaya data boleh mudah diplotkan pada graf dan histogram.

Paksi mengufuk/melintang mewakili selang kelas dan biasanya dilabelkan dengan
sempadan kelas (class boundary).

Paksi menegak mewakili kekerapan (frequency) setiap kelas.

Langkah 3:
Lukis segi empat tepat (rectangle) untuk mewakili setiap selang kelas dengan lebarnya
(its breadth) adalah sama dengan saiz setiap selang kelas, dan ketinggiannya (its height)
mewakili kekerapan bagi setiap selang kelas (class interval).





Mentafsir Histogram

Maklumat berikut boleh ditafsirkan daripada histogram.
1. Data kelas sepunya/biasa (common class), iaitu kelas mod (modal class)
2. Jumlah bilangan data yang dikaji atau dikutip (hasil tambah kekerapan)
3. Kekerapan (frequency) setiap kelas.
4. Bilangan data (atau peratusan data) yang lebih atau kurang daripada nilai tertentu
sempadan kelas (class boundary).
5. Nilai min (mean) data terkumpul.
6. Nilai mod (mode).
Contoh 1:




Histogram dalam rajah di atas menunjukkan halaju beberapa buah kereta di beberapa lokasi
tertentu lebuh raya. Berdasarkan histogram, jawab soalan-soalan berikut:
Nyatakan kelas sepunya/biasa (common class) halaju.
Jwb:
Kelas sepunya/biasa halaju diberi oleh kelas mod (modal class), iaitu 100 - 109 km/j.
Kira jumlah kereta yang dibuat pemerhatian.
Jwb:
= Hasil tambah kekerapan (sum of frequencies)
= 20 + 40 + 60 + 50 + 5
= 175
Kira bilangan kereta yang bergerak pada halaju 100km/j - 119km/j.
Jwb:
Bersamaan dengan hasil tambah kekerapan pada selang kelas ketiga dan keempat.
= 60 + 50
= 110
Had laju di sepanjang lebuh raya ini ialah 120km/j. Kira peratusan (percentage)
kereta yang bergerak pada dan melebihi had laju.
Jwb:
Jumlah kereta yang bergerak pada dan melebihi had laju ( 120km/j) adalah 5, bersamaan
dengan kekerapan pada selang kelas ke-5.

Oleh itu, peratusan kereta yang bergerak pada dan melebihi had laju adalah,
= (5 / 175) x 100
= 2.86 %
Kira min (mean) halaju kereta.
Jwb:
Sediakan satu jadual kekerapan data yang dikumpulkan dan ditafsirkan daripada
histogram, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Halaju
(km/j)
Kekerapan
(f)
Titik tengah
(x)
Kekerapan x Titik
tengah
(fx)
80 89 20 84.5 1690
90 99 40 94.5 3780
100 109 60 104.5 6270
110 119 50 114.5 5725
120 129 5 124.5 622.5
Hasil tambah f = 175 fx = 18087.5




= 18087.5 / 175
= 103.36 km/j

You might also like