Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
BAB 4TEKNIK PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER 4.1 Pengenalan
Teknik pemasangan perkakasan komputer merupakan satu kemahiran yangsangat mudah dipelajari. Sebelum memulakan pemasangan, semua peralatan dan perkakasan yang lengkap perlu dibekalkan. Peralatan dan perkakasan tersebutdipastikan berada dalam keadaan yang baik. Semasa kerja pemasangan dilakukan pula, langkah-langkah keselamatan mengikut ”standard ISO” perlu diikuti. Teknik yang dilakukan juga hendaklah tertib agar kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan sebarang masalah dapat dielakkan daripada berlaku. 
51
 
Langkah-langkah keselamatan yang dilakukan
Semua orang perlu mematuhi dan mengamalkan langkah-langkah keselamatandalam setiap kerja teknikal yang dilakukan. Langkah-langkah keselamatan perludiambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan denganelektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan.Tindakan-tindakan itu seperti berikut:
1.
Memakai gelang pembumi sebagai alat anti-statik untuk menyahcaskan elektrostatik yang ada pada tangan yang berfungsi bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada komponen elektronik yang digunakan. Rajah 4.2.1.i Gelang PembumiRajah 4.2.1.ii Pemakaian gelang pembumi
52
 
2.
Lapik getah (rubber mat) digunakan di tempat kerja atau pakaikasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutanelekrik. Rajah 4.2.2
3.
Pena ujian (test pen) digunakan sekiranya perlu untuk mengujialat-alat elektrik setelah dipasang.Rajah 4.2.3
4.
Kad-kad litar diawasi dari kerosakan elektrostatik (staticelectricity). Rajah 4.2.4.i Rajah 4.2.4.ii 
53
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more