You are on page 1of 13

::CALENDAR HIJRAH

MUTIARA KATA


WAKTU SOLAT


Get Your Prayer Times Widget!
MALAYSIA BLOG


BLOGGERS MALAYSIA
::HUBUNGI KAMI

Kelab GPMS Cawangan UiTM Johor

Km.12, Jalan Muar,
85009 Segamat, Johor

gpmsdjohor@gmail.com

gpmsdjohor@yahoo.com

www.twitter.com/gpmsdjohor

gpmsdjohor@yahoogroup.com



ABOUT ME


GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau dikenali sebagai GPMS merupakan sebuah
persatuan yang menggabungkan pelajar melayu semalaysia. GPMS telah ditubuhkan pada
1948 dengan berlandaskan dengan 4 SEDAR : 1) SEDAR akan perlunya disatukan tenaga
sekalian pelajar melayu 2) SEDAR atas kemunduran kami dalam alam pengetahuan 3) SEDAR
akan kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa 4) SEDAR bahawa
maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak ditangan kami
VIEW MY COMPLETE PROFILE
::FACEBOOK BADGE

Gpms Uitm Johor

Create Your Badge
::TWITTER


GPMS UiTM Johor
gpmsdjohor
gpmsdjohor Ahli GPMS, kami GPMS UiTM Johor telah membuat satu yahoo group semasa
bengkel membuat blog...search kat yahoo group taip gpmsdjohor..
over a year ago reply retweet favorite
gpmsdjohor Kepada ahli GPMS UiTM Johor, segala maklumat tentang aktiviti, sila lawati di
blog kami yang baru.. www.gpmsdjohor.blogspot.com
over a year ago reply retweet favorite

Join the conversation
::JOIN US


Click to join gpmsdjohor

::SHOUTOUT!!!!



FOLLOWERS


::GPMS UITM JOHOR ON YOUTUBE





powered by

SATURDAY, 10 JULY 2010

LAPORAN KARNIVAL SUKAN ANJURAN RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA GPMS
LAPORAN KARNIVAL SUKAN ANJURAN RAKAN MUDA DENGAN KERJASAMA GPMS




TARIKH : 21 MAC 2010



TEMPAT:

PADANG UTAMA, UiTM JOHOR





ANJURAN:

RAKAN MUDA





TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN:

23 MAC 2010





Tajuk aktiviti : Karnival Sukan Anjuran Rakan Muda Dengan Kerjasama

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Tarikh : 21 Mac 2010

Tempat : Padang Utama, UiTM Johor

Penglibatan : Mahasiswa/i Universiti Teknologi Mara Johor





PENGENALAN


Karnival Sukan anjuran Rakan Muda dengan kerjasama GPMS merupakan salah satu aktiviti
bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara barisan exco dan ahli
kelab rakan muda serta GPMS. Penganjuran Karnival Sukan ini juga merupakan salah satu
wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara pelajar.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Karnival Sukan ini adalah dirancang bagi
menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara pelajar UiTM Johor.
Adalah menjadi harapan agar sambutan Karnival Sukan kali ini akan lebih meriah dan
berjalan lancar serta berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan:



Memberikan ruang kepada setiap pelajar termasuk barisan exco untuk melakukan aktiviti
bersama dalam pengisian masa yang terluang.
Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di
kalangan exco dan ahli kelab rakan muda.
Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan barisan exco
sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
2.0 LATAR BELAKANG

2.1 JAWATAN KUASA PROGRAM

Ketua Projek : Norzila bt. Musman

Pen.Ketua Projek : Asmida bt. Ahmad

Setiausaha : Atikah Husna binti Abdullah
Bendahari : Noorhafizah bt. Zainal

JK Teks Ucapan, Buku Program, : Mohd Azwan b. Musa

Perasmian dan Publisiti Muhammad Syarifuddin b. Mohamad Saridi

JK Pendaftaran : Norainil Hawa bt. Bahrin

Nur Syamimi bt. Mustapha Kamal

Noorul Idurrah bt. Kamarulzaman

JK Sukan dan Rekreasi : Ahmad Samir b. Hassan

Nora Shikin bt. Sulaiman

JK Sumbangan, Hadiah : Akmal Hadi bin Sulaiman

dan Cenderahati Mohd Amirul Hafizan b. Abd. Hamid

JK Logistik, Teknikal dan Peralatan : Mohamad Afizan b. Yahya

JK Kebajikan dan Kecemasan : Marelfira bt. Mahamud

JK Pengacara Majlis : Mohd Norirfan Amin b. Jaafar

JK Bacaan Doa : Khairil Shazwan b. Janis

JK Tugas-tugas Khas : Nor Hazirah bt. Hassan

JK Makanan : Siti Nooranisha bt. Saparuddin



2.2 TENTATIF PROGRAM



27 MAC 2010

08.00 pagi

Pendaftaran pelajar

08.30 pagi

Kehadiran para VIP jemputan

Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain
Pegawai Psikologi Unit Kaunseling, UiTM Johor
Merangkap penasihat ke-2 GPMS
08.35 pagi

Bacaan doa daripada Saudara Khairil Shazwan b. Janis

08.40 pagi

Ucapan

Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain
YDP Rakan Muda
Saudara Muhammad Izzat b. Muzammir
YDP GPMS
Saudara Akmal Hadi b. Sulaiman
09.00 pagi

Majlis Perasmian oleh Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain

09.15 pagi

Senam Aerobik yang diketuai oleh saudara Ahmad Samir b. Hassan

09.30 pagi

Acara sukan berlangsung

Futsal
Galah panjang
Bola beracun
Tarik tali
12.30 t/hari

Rehat

02.00 petang

Acara sukan bersambung

Rounders
Belon air
War game
05.00 petang

Penyampaian hadiah

06.00 petang

Bersurai



2.3 PENERANGAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN



Pada tarikh 21 Mac 2010 telah diadakan Karnival Sukan anjuran Rakan Muda. Unit Rakan
Muda telah berkerjasama dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenenjung (GPMS) dalam
menjayakan Karnival Sukan ini.

Program kami tidak bermula tepat pada masanya seperti yang telah dirancangkan kerana
peserta mulai ramai datang pada jam 9.00 pagi. Peserta yang hadir adalah seramai 36 orang.
Tetamu VIP kami juga, Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain tiba pada jam 9.00 pagi.
Setibanya VIP, kami memulakan program dengan bacaan doa daripada Saudara Khairil
Shazwan bin Janis. Program diteruskan lagi dengan ucapan daripada penasihat kedua GPMS,
Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain, YDP Rakan Muda, Saudara Muhammad Izzat b.
Muzammir, dan YDP GPMS, Saudara Akmal Hadi b. Sulaiman. Seterusnya program telah
dirasmikan oleh Cik Wan Noradila bt. Wan Mohd Zain.

Karnival Sukan dimulakan dengan senaman aerobic telah diketuai oleh saudara Ahmad
Samir b. Hassan. Kesemua exco bersama para peserta turut menyertai senam aerobic ini.

Setelah tamat senaman aerobic, acara sukan telah dimulakan dengan acara futsal lelaki dan
galah panjang perempuan. Acara futsal telah diadili oleh Mohd Amirul Hafizan b. Abd. Hamid
dan saudara Mohd Noor Irfan Amin b. Jaafar. Manakala galah panjang telah diadili oleh Aima
Syamimi bt. Mohamed Radzuan dan Noorul Idurrah bt. Kamarulzaman. Futsal lelaki telah
menghantar 4 pasukan termasuk pasukan exco. Perlawanan akhir diantara pasukan B dan
pasukan exco telah diadakan pada waktu petang dan dimenengi oleh pasukan B. Galah
panjang perempuan pula telah menghantar 5 pasukan termasuk pasukan exco. Galah
panjang telah dimenengi oleh Pasukan perempuan exco.

Kemudian acara diteruskan dengan permainan bola beracun lelaki dan bola beracun
perempuan. Pasukan lelaki dan perempun telah menghantar 4 pasukan termasuk 1 pasukan
dari barisan exco. Acara ini telah diadili oleh Atikah Husna binti Abdullah dan Nur Ezzati bt.
Enche' Omar. Dalam acara ini pasukan exco lelaki telah mendapat tempat pertama manakala
acara perempuan pula telah dimenangi oleh pasukan A.

Karnival sukan diteruskan lagi dengan galah panjang lelaki dan futsal perempuan sebelum
kami bersurai untuk berehat dan solat zohor di bilik masing-masing pada jam 12.45 petang
dan berkumpul semula pada jam 2.30 petang. Empat pasukan galah panjang lelaki telah
menghantar nama untuk penyertaan dan telah dimenangi oleh pasukan D dan disusuli oleh
pasukan barisan exco. Manakala futsal perempuan telah menghantar 3 penyertaan sahaja
dan telah dimenangi oleh pasukan C.

Acara sebelah petang telah bermula pada jam 2.40 petang dengan acara futsal lelaki separuh
akhir yang telah dimenangi oleh pasukan B dan disusuli oleh pasukan pasukan D. Setelah
berehat selama 5 minit acara diteruskan lagi dengan acara rounders campuran dengan
penyertaan 6 kumpulan. Acara ini telah dimenangi oleh pasukan E dan disusuli pasukan A.
Kemudian program diteruskan lagi dengan acara tarik tali lelaki dan perempuan setelah
berehat selama 5 minit. Pasukan tarik tali lelaki dan perempuan masing-masing menghantar
4 pasukan termasuk pasukan dari barisan exco. Separuh akhir tarik tali telah dimenangi oleh
pasukan C dan disusuli oleh pasukan barisan exco.

Seterusnya karnival sukan diteruskan lagi dengan acara "war game"yang melibatkan
semangat berpasukan tidak kira kepada para peserta ataupun barisan exco yang bertugas.
Permainan ini telah dibahagikan antara exco dan juga para peserta kepada 2 kumpulan
untuk menjadi tentera komunis dan tentera Malaya.Senjata yang digunakan dalam
permaianan ini ialah air yang dibungkus didalam plastik jernih.Maka, jika pihak lawan
berjaya membaling dan mengenakan ketua pihak satu lagi dengan bungkusan air itu, seluruh
pasukan itu dianggap kalah.motif utama pasukan yang satu lagi ialah ambil baldi yang
diletakkan dalam gol pihak lawan.oleh itu, setiap pasukan begitu bekerjasama untuk
mempertahankan ketua masing-masing dan memasang strategi untuk memenangi
permainan ini. Dalam permainan ini pasukan tentera Malaya telah memenanginya kerana
berjaya menyerang jeneral pasukan komunis. "War game" merupakan acara terakhir kami
untuk mengeratkan dan menguatkan lagi tali silaturahim serta semangat kerjasama antara
kami semua.

Sebelum program bersurai, Cik Wan Noradila telah menyampaikan hadiah kepada para
peserta yang telah memenangi acara yang dipertandingkan hari tersebut.Para peserta yang
hadir agak berpuas hati dengan acara yang dimainkan.Seterusnya, program bersurai pada
jam 6.20 petang.



2.4 BILA DAN DIMANA AKTIVITI DILAKSANAKAN

Segala aktiviti yang dijalankan di sekitar Padang Utama, UiTM Segamat. Aktiviti telah
dijalankan tepat jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 6.20 petang.


3.0 HURAIAN DAN PENILAIAN: PESERTA

Tindak balas amat memberangsangkan bagi program Karnival Sukan Anjuran Rakan Muda
dengan Kerjasama GPMS, tidak kira sama ada dari pihak peserta mahupun petugas yang
menjaga segala aktiviti ini berjalan lancar. Semua pihak berpuas hati dengan segala aktiviti
yang dijalankan. Objektif kami untuk bersantai dan bergembira antara exco dan para peserta
tercapai. Para peserta berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini akan dijalankan lagi pada
masa akan datang untuk merapatkan hubungan antara kami. Semua peserta kelihatan
gembira bukan kepalang apabila segala aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan
ceria, gembira dan lancar. Akhir kata, segala penat lelah dalam menjayakan program ini
mendapat tindak balas yang baik daripada para peserta

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Segala aktiviti yang dijalankan telah mencapai objektifnya. Konsep perlaksanaan program
iaitu yakin ceria bersama rakan muda berjalan dengan lancar. Dari segi perjalanan program,
semua berjalan dengan lancar kecuali program tidak dapat dijalankan seperti masa yang
telah ditetapkan akibat beberpa hal yang tidak dapat dielakkan.Seterusnya, program ini
telah membentuk nilai-nilai kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara exco
rakan muda, GPMS dan para peserta. Aktiviti seperti rounders, futsal, tarik tali dan banyak
lagi telah menyumbang kepada semangat kerjasama ini. Para petugas telah menjalankan
tanggungjawab masing-masing dengan jayanya. Aktiviti- aktiviti ini telah membentuk
semangat kerjasama dan nilai muhibbah antara kami.



5.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI

Program ini banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua
pihak.Walaubagaimanapun, ia masih lagi dengan aktiviti- aktiviti yang dapat mengeratkan
hubungan antara para exco dengan peserta. Antaranya adalah masa main war game
walaupun tidak mengenali satu sama lain para exco dan peserta bekerjasama dan
bergembira dalam mengalahkan pihak lawan masing-masing. Selain itu, masa selama 1 hari
adalah sudah cukup untuk para peserta dan exco untuk melepaskan kepenatan setelah
penat belajar dalam masa selama 5 hari. Cuma tidak berpuas hati kerana masa terlalu terhad
untuk kami terus mengenali satu sama lain Seterusnya, antara aktiviti yang lebih menarik
adalah rounders, tarik tali, futsal, bola beracun dan banyak lagi. Ini dapat mencambah nilai-
nilai kerjasama dan muhibbah antara para peserta dan exco.

You might also like