You are on page 1of 2

SUSUN SEMULA DAN SALIN KARANGAN UCAPAN DI BAWAH INI.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang baik di sekolah
ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar sejak
mula kami tahu membaca, menulis, dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi
yang guru-guru taburkan tidak mampu kami balas.
Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon
kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini, sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan
yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada.
erima kasih kepada uan !engerusi "ajlis, yang berusaha uan Guru Besar, guru-guru penolong
kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid tahun
enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dalam
majlis ini.
Sekian, terima kasih.
#arapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di sekolah
menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan
kami. $ika ada kelapangan, pasti kami akan datang lagi men%iarahi guru-guru di sini.
Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari terakhir kami menjadi murid Sekolah
Kebangsaan Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alam persekolahan menengah pula.
Selama enam tahun di sekolah ini, banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan.
#adirin sekalian,

You might also like