Terapi kanak-kanak autisme
Cosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan suara memberi harapan barukepada kanak-kanak autisme.
ROBOT bernama Cosmo ini menjadi kawanhampir setiap hari kepada Kevin Fitzgeraldyang berusia enam tahun. Kevin adalahseorang kanak-kanak yang berdepan denganmasalah gangguan tumbesaran.Di dalam sebuah klinik di kawasan perumahan di Maryland, Amerika Syarikat,Kevin seakan-akan berasa ragu dengan usaha terbaru untuk merawat simptom-simptom autisme, serebral palsi dan pelbagai gangguan pembesaranmenggunakan robotik serta komputer kerja.Di klinik itu, dia duduk di atas sebuah kerusi untuk melihat robot setinggisetengah meter yang terletak di atas meja di hadapannya.Sambil menekan empat butang berwarna terang berhampiran kaki robottersebut, Kevin kemudian mengarahkan mesin itu berjalan ke arah monitor komputer. Sesekali, dia menjeling robot itu untuk mendapatkan semangat.Kevin menunjukkan tanda-tanda awal mengalami masalah pembelajaran ketikaberusia 18 bulan. Dia kemudiannya didiagnosis menghidap masalah tumbesarandispraksia."Saya berasa seakan-akan mendapat strok. Otaknya berfungsi, cuma tubuhnyatidak melakukan apa yang mahu dibuatnya," ujar ibunya, Patty Fitzgerald.Beberapa kemahiran tertentu seperti menyebut konsonan, memadankan sebabdan akibat atau memahami konsep relatif seperti apa yang lebih baik atau lebihcepat, menjadi amat sukar buat Kevin untuk menguasainya.Tetapi pada tahun lalu, android kecil berwarna biru dan kuning bernama Cosmoitu menawarkan sedikit harapan.Robot tersebut diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakantubuh, pengaktifan suara dengan panel empat butang itu meniru ciri kawalan.Cosmo turut direka untuk mengajar tingkah laku asas dan kemahiran fizikal.
KEHADIRAN Cosmomembuatkan sesi terapigangguan tumbesarankanak-kanak menjadi lebihmenarik.
Leave a Comment