You are on page 1of 35

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya
berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti
yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan
pelbagai jenis kraf.
Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan.
Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk
bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache.
TEKNIK-TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan.
Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan,
luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang
digunakan.
Teknik Picitan
Teknik Lipatan
Teknik Potongan
Teknik Cantuman
Teknik Pembungkusan
Teknik Guntingan
Teknik Luakan
JENIS AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.
Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat
perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada
menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana
tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk
dan Membuat Binaan adalah seperti

- ARCA TIMBUL
-ARCA MOBAIL
-ARCA STABAIL
-ASEMBLAJ
-MODEL
-DIORAMA
-BONEKA
-TOPENG
-ORIGAMI
ALAT DAN BAHAN
Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan
Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin,
kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan
sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.
- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan
bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang
yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni
tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri.
Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .
TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang
setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang
kreatif. (Herbert Read (1958)
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan
menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa
terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.
Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton
filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan
berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan
pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan
tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat
strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.
2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang
akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.
Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing
dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih
banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan
sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan,
unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan
kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu
komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat tumbnail-print / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk
mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan
kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas
- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan
berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.
BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
ARCA TIMBUL
PENGENALAN
Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga
menyampaikan sesuatu mesej.
Sesetenga arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi
perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.
Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-
dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.
DEFINISI ARCA TIMBUL
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar
yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan
atau asemblaj.
ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI
-Kayu
-Plaster of paris
-Pahat
-Pisau
ARCA MOBAIL
PENGENALAN
Arca mobail lazimnya sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang
tergantung dan bergerak.
Arca mobail mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.
DEFINISI ARCA MOBAIL
Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya
berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori
oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan
pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti
arca mobail yang boleh terawang-awang.
ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI UNTUK MENGHASILKAN ARCA MOBAIL
-Plastik
-Dawai
-Bahan besi
-Plastik
-Span
CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA MOBAIL


ARCA STABAIL
DEFINISI
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang
kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan
tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi
dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-
bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu
siling.
Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek
membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan,
cantuman skru,paku atau gam.

ALAT DAN BAHAN
Bahagian tapak - Bahan besi, kayu, papan, plaster of paris.
Bahagian bergerak -Dawai, plastik dan etc
ARCA ASEMBLAJ
PENGENALAN
Bahan terbuang boleh digunakan semula untuk mencipta sesuatu menjadi kesatuan yang unik
dan menarik.
Selain dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru untuk dijadikan karya seni ianya
juga mampu memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam sekitar.
Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di
dalam diri murid-murid.
DEFINISI ARCA ASEMBLAJ
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara
perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada
himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan
kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik
yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.
MODEL
PENGENALAN
Objek sebenar ialah pengalaman tampak bagi murid-murid. Murid-murid lebih memahami sesuatu
yang dilihat daripada sesuatu yang didengar. Sukar bagi guru memasukkan objek sebenar yang
bersaiz besar seperti kereta untuk ditunjjukkan semasa sesi pengajaran. Oleh itu aktiviti membuat
model dapat menggalakkan pemahaman murid-murid sambil memberi peluang kepada mereka untuk
meningkatkan kreativiti.
DEFINISI MODEL
Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan
nisbahnya berbeza sama ada dibesarkan atau dikecilkan.
Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan dan
sebagainya.
ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN MODEL
Pelekat - Gam, dawai, skru, selotape.
Pemotong -Gunting, pisau.
Bahan binaan - Kadbod, kotak, bahan kutipan dan sebagainya.
DIORAMA
DEFINISI
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di
dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat
dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding
kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan
situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA
Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas.
Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod.
Pemotong- Gunting, pisau.
Pelekat- Selotape, gam, tali.
BONEKA
PENGENALAN
Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk
macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa
dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada
zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk,
maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang.
Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kadang digunakan
untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang
bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada
zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali
boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah.
DEFINISI BONEKA
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yangdigerak,lakonkan oleh pemain sama
ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau
objek ini dapatdijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-
adamenerusidialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
JENIS-JENIS BONEKA
BONEKA SARUNG TANGAN
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis
ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan
untuk menghidupkan anggota boneka.
BONEKA LIDI
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidi panjang diletakkan pada
badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya
dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.
BONEKA WAYANG KULIT
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat
tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang
satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas
skrin.Lididigoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
BONEKA TONGKAT
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di
bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan konsep wayang.
BONEKA BERTALI
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau
kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yangboleh bergerak.Semasa
digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota angota badan itu bergerak.
TOPENG
DEFINISI TOPENG
Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat
persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.
KEGUNAAN TOPENG
Digunakan dalam upacara keagamaan.
Digunakan di dalam teater persembahan.
Digunakan untuk menyembunyikan identiti.
Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

JENIS-JENIS TOPENG
Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata.
Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka.
Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala.
ORIGAMI
PENGENALAN
Origami ialah seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun.
Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagian-bahagian kertas hingga menjadi
bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang
diingini.
DEFINISI
berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga
membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan.
ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas.
ALAT DAN BAHAN
Kertas
Gunting
Pisau






















MENGENAL KRAF TRADISIONAL
PENGENALAN
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja
tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah,
murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1. ALAT DOMESTIK
2. ALAT PERMAINAN
3. ALAT PERTAHANAN DIRI
4. PERHIASAN DIRI (ORNAMENT)
5. BATIK
6. TEKAT
7. UKIRAN
8.TENUNAN
9. ANYAMAN
10. TEMBIKAR
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif,
corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf
yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.
ALAT DOMESTIK
PENGENALAN
Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini
alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai
nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian.
DEFINISI ALAT DOMESTIK
Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang
digunakan bagi memudahkan urusan seharian.
CONTOH-CONTOH BARANGAN DOMESTIK
Batu giling
Batu kisar
Tudung saji
Tudung rotan
Tudung saji mengkuang
Kukuran duduk dan kukuran silang
Dulang paha tembaga air mawar
Cerek tembaga

CONTOH-CONTOH GAMBAR BARANGAN DOMESTIK
Tudung saji
Batu pengisar
Kukur duduk
Kukur bersilang
Lesung batu
Cerek tembaga

ALAT PERMAINAN
PENGENALAN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai
permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini.
Di antara permainan itu termasuklah:
Congkak
Wau
Batu seremban
Sepak raga
Gasing
CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman
atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas
tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
LATAR BELAKANG CONGKAK

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana
yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh
Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000SM hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-
pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan
pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa
Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India
dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana
melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia,
congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang
berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang
di dalam tanah.
WAU
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-
penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan
di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
CARA PERMAINAN WAU
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seo
rang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik mela
wan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.
Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang juga
tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.
Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang,
kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan
pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari
sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
JENIS-JENIS WAU
Wau bulan
Wau jala budi
Wau kucing
Wau kenyalang
Wau barat
Wau daun
Wau burung





BAHAGIAN BADAN WAU
PROSES PENGHASILAN WAU
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju



BATU SEREMBAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan
gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua
hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk
bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana
sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain
hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Menentukan Giliran.
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi
mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama,
kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di
atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang
tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600
tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji
kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan
menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan,
manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan
gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain
sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam.
GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada
satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya
dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang
dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang Kayu tersebut
akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.
Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter
panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
CARA BERMAIN GASING
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970,
permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang
lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem
permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran
memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Melilit tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking.
Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak
terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan
memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat
membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak
mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada
tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain
selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari
kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan
dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan.
Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan
menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk
memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan
meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan,
kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau
tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.
Melilit gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu
kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain
gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih
kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan
bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja
meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca.
Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian
bahu gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk
melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah
melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga
hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke
bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang
tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua
orang.
Memusing gasing
Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang betul akan
menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini,
langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring,
meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan
sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara
mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di
hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun,
gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing
ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari
sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan
badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain
memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat
tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran
dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing
terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak
gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum
dilepaskan.
Memangkah gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan
hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak
dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga
pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.
Pangkah totok
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing
mestilah di paras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada
bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan
keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang
sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.
Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak
atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah
sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada
kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh
memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis
gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper.
Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.
Pangkah layang
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan
memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan
kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran
selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk
gasing.
Pangkah tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan
pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah
tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke
bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing
concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.
Mengangkat gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk
menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran
dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan
kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah
bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu
ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat
gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang
berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam
keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang
digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan
dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.
ALAT PERTAHANAN DIRI
Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada
serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-
majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.
CONTOH-CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI
-Keris
-Lembing
-Perisai
-Golok
ALAT PERHIASAN DIRI
Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat melayu
lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan
masyarakat melayu hingga kini. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam
majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah
diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.
JENIS-JENIS ALAT PERHIASAN DIRI
Dokoh - ialah perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat
daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan pemakaian baju
kebaya.
Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat daripada
logam (emas dan tembaga).
Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul supaya
tampak lebih menarik.
Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai oleh kaum
wanita.
BATIK
SEJARAH BATIK
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi la
gi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tet
api kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.
Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau
menulis titik-titik.
Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.
Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun
1770-an lagi.
Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan
Terengganu.

JENIS-JENIS BATIK
BATIK LUKIS
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan
kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

BATIK SKRIN
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.Hanya
kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di
atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain
putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji.
Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik
yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
BATIK PELANGI
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja- kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan
menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan
kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
BATIK BLOK
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak.
Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam.
Proses ini dilakukan berulang ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah
selesai.
Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan
di atas kain tersebut.
ALAT DAN BAHAN
Canting- Mecanting batik
Kain putih - Melukis batik
Berus- Menyapu warna
Lilin- Bahan untuk mecanting batik.
Damar- Bahan untuk mecanting batik.
Sodium silikat-mematikan warna
Kuali- Merebus kain
Dye batik-mewarna batik
MOTIF BATIK
Motif geometri
Motif flora
Motif fauna
Motif isen
BAHAGIAN BATIK
TEKAT
PENGENALAN
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke
atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain
baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal
kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman
dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan
sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri
Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan
oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat
perada.
FUNGSI TEKAT
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di
kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di
kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.
Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan
yang rapi apabila digunakan.
PERANAN INSTITUSI ISTANA
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-
pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat
benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang
pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan
kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan
menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan
pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang
terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang
sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung,
kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada
masyarakat tempatan dan pelancong luar.
JENIS-JENIS TEKAT

1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas
keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi
mempulur di atas kain baldu.
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam
dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat
gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa.
Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup
pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
PROSES MENEKAT
Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis
kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang
digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.

Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang
dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan.
Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur
daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang
terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat
ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti
merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu
pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai
pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang
matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain
dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah
ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya
batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan
kemas.
Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman
benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau labuci.
TENUNAN
PENGENALAN
Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri
kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai
keunikan tersendiri dan ekslusif.
SEJARAH SONGKET
1. Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah lagi menarik.
2. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan
tenunan tempatan.
3. Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
4. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata
atau kedudukan seseorang.
5. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas
serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
6. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa
sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
7. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan
memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg,
bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
8. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu.
Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya sera cara menenun itu sendiri
memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar
hingga ke hari ini.
MOTIF
1. Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.
2. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.
Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang
sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.
1. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-
bungaan.
2. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak
geometric.
3. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau
susunan bercorak.
4. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.
5. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).
TENUNAN BUNGA PENUH
corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi
keseluruhan kain.


SUSUNAN BUNGA TABUR
corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga
yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan
pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

SUSUNAN BERCORAK
susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.


PROSES MENENUN SONGKET
ALAT DAN BAHAN
Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak,
peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum
culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga
songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.

TEKNIK DAN PROSES
Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan
dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah
melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

1. Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan
pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu
darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat
daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan
diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

2. Menganing
Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan
ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau
seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang
losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek.
Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk
Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya,
proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada
jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu
disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi
kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya.
Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.
5. Menghubung
Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal
pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang
losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar
dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit
benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang
digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek
Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara
menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki.
Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima,
setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini
disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek
dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada
setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang.
Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila
selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun
agar menjadi kain songket.
8. Menenun
Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan
kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk
menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang
atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif
yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula
dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran
dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.
UKIRAN KAYU
PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam
masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat melayu
terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan
sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan
melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.
SEJARAH PERKEMBANGAN

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan
sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-
pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang,
kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah
kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang
itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan
Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu
digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang
lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi
catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan
mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta,
Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari
turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran
negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah
berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan
seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah
didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak.
Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur,
dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan
simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan
bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah
istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir
yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri. b. Ukiran Bunga TimbulUkiran ini
tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot,
mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya
sama seperti ukiran tebuk.
c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak
nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.d.
LarikMelarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat
dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada
ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.d. Ukiran Kayu HanyutUkiran
ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini
hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan
dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang
terdapat dalam sungai.
TOKOH-TOKOH UKIRAN
1.Encik Latiff bin Long
Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang
mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan
tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih
tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima
pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi
pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat
pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di
Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka
bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
2. Tuan Haji Wan Su bin Othman
Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya
sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu.
Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran
kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di
Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.
ANYAMAN
PENGENALAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini.
Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah
masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni
anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak
panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali,
akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi
usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan,
paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada
fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi
bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada
tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk
anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar
istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756
hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman
daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang
baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun
lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang
melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam,
petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya
dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar.
Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-
bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau
menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk
ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak.
Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak
dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif.
Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan
unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan
digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain
anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai
atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang.
Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang
dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang
telah lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan
mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk
bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat,
potong wajik dan sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha
untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman.
Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya
tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini
wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan
bersama.

Zaman dahulu menganyam tikar, Sunyi menyepi desa terpinggir, Seni anyaman haruslah diajar,
Jangan tinggal sebutan dibibir. Buluh muda mudah dilentur, Buat ampaian penyidai jala, Semangat
juang belum luntur, Seni anyaman jangan dilupa.
DEFINISI ANYAMAN
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan
satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi,
rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan
dan lembut.
ALAT DAN BAHAN
1.ROTAN
Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.
Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk. Rotan,
buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau alat-alat
menangkap ikan
2.POHON MENGKUANG
Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak belukar atau
kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi daripada
pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika dibandingkan
dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan
keras.
3.BULUH
Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh gading.
Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara tradisional buluh
akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu minggu. Tetapi kini cara
yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya. Namun
begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan menarik.
TOKOH ANYAMAN
Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat
penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang
telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama
dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih
aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
LAIN-LAIN TOKOH
Cik siah Jumaat dari Terengganu (mencipta kelarai sambas).
Hjh Asiah Bt Salleh (mencipta motif tapak harimau)
Hjh Semek (mencipta kelarai mak meh)
Esah bt Said (mencipta kelarai sisik kelah)
Dayang Aisah (mencipta kelarai bunga)
TEMBIKAR
PENGENALAN
Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat.
Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian,
dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik
merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-
bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.
a) Alatan memasak
Manusia Zaman Batu Pertengahan iaitu Mesolitik atau dikenali sebagai Zaman Hoabinh wujud pada
sekitar 11 000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar daripada tanah liat.

Masyarakat Zaman Mesolitik ini tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di
Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderam
Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan
harian mereka.
Pada Zaman Neolitik yang wujud kira-kira 5 000 tahun dahulu, orang Neolitik mengalami cara hidup
yang lebih teratur. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di
Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis.
Pada zaman ini terciptanya alat-alat tembikar seperti periuk, belanga dan bekas air yang dihiasai
ukiran.
Masyarakat Neolitik menggunakan alat-alat daripada tembikar di dalam kehidupan seharian mereka.
Penyelidikan ilmiah telah dibuat oleh ahli kaji purba di beberapa tempat di Pahang Darul Makmur
seperti Kota Tongkat di Jerantut, Gua Kecil di Raub, Sungai Selinsing, Sungai Tembeling dan
beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang.
Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan mendiami negeri Pahang Darul
Makmur dan tinggal di gua batu dan gunung-ganang. Manusia zaman batu adalah kumpulan yang
mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia.
Manusia Melayu Proto mendiami Semenanjung Malaysia dan pulau Nusantara dalam lingkungan 3
000 atau 2 000 tahun sebelum Masehi. Serpihan tembikar yang dipercayai oleh ahli sejarah
digunakan sebagai alatan memasak masyarakat pada zaman itu telah ditemui di kawasan ini.
b) Ritual atau Keagamaan
Seramik terawal yang dijumpai dan digali di bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini
berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua
barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan
api sederhana.

Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara
pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata
pengebumian. Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada
mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu
pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah
kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan
seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat.
Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang
khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya
dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan
manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Kesemua artifak hasil penggalian
merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut
diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya.
c) Candi
Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil di Sungai Petani, Kedah. Usaha cari gali
iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu
terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil.Dr. Lamb berpendapat pemujaan di situ adalah
jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat
dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia, kesan-
kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu
adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitannya dengan
adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang di tengah-tengahnya
adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu.

Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang
tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat
memberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh
dibawa pulang ke muzium.
d) Perhiasan diri

anting-anting
Pada Zaman Batu Baru (Neolitik) yang wujud 5 000 tahun dahulu, mereka mula membuat alat
perhiasan diri seperti gelang tangan. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua
Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di
Perlis.
Kegunaan Sekarang
a) Aksesori fesyen dan hiasan
Pemakaian gelang tangan dan rantai manik yang diperbuat dari tanah liat. Aksesori manik tembikar ini
memberikan suatu impak menarik kepada si pemakai. Rantai kunci dan tanglung yang diperbuat dari
tembikar juga menjadi pilihan menarik masa kini.
b) Ikon hiasan dalaman
Penggunaan tembikar sebagai salah satu ikon hiasan dalaman yang semakin digemari. Hiasan
tembikar yang diubahsuai ini menghiasi sudut rumah, dinding pejabat dan dijadikan sebagai lampu
selia dan lampu tidur.
JENIS-JENIS TEMBIKAR
( a ) Geluk
Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air.
Geluk mempunyai hias dari motif yang kecil dan ringkas.
( b ) Buyung
dibentuk tanpa bahagian kaki.
Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong, Perak.
Umunya Buyung mempunyai bahagian leher dan badan.
Permukaannya dibiarkan licin tanpa dihias.
Saiznya besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh
( c ) Jambangan
berfungsi sebagai tempat meletak bunga.
Saiznya boleh mencapai sehingga 0.6m 0.9m ( tinggi ).
Bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan seperti labu.
( d ) Labu
diilhamkan daripada buah labu.
Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.
Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air.
Corak hiasan labu berkonsepkan alam sekitar dan berbentuk geometri.
( e ) Bekas Perasapan / Bekas Bara
digunakan untuk membakar kemenyan terutamanya dalam kepercayaan magis.
Digunakan dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu.



JENIS-JENIS MOTIF
( a ) Motif Ragam Hias
berunsurkan geometri terdiri daripada garisan, titik, bentuk yang berunsur garis.
( b ) Motif Geometri
Garisan berselang-seli
Siku keluang
Titik tahi lalat
Bentuk potong wajik
Garisan berkotak
Garisan tulang ikan
Pucuk rebung dll.
( c ) Motif Gayaan Organik
sulur kakung
Bunga cengkih
bunga pecah lapan
Bunga lawang
.Tampuk manggis

You might also like