Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
skrip

skrip

Ratings: (0)|Views: 3,136 |Likes:
Published by emma2103

More info:

Published by: emma2103 on Nov 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/01/2013

pdf

text

original

 
Panduan Menulis Skrip (Filem / Drama)
Posted by gerakalam - 2009/05/25 16:16 _____________________________________ 
Panduan Penulisan Skrip - Siri 1 Pengenalan Skrip adalah satu penulisan perjalanan sesebuah LAKON LAYAR. Ia menentukan arah tuju ke mana sesebuah cerita ituakan bergerak. Bermula dari titik pertama, titik pertengahan hinggalah ke titik akhir. Di dalam erti kata lain skrip adalahlakaran perjalanan hidup bagi watak dan sekitarnya di dalam sesebuah LAKON LAYAR. Apa itu LAKON LAYAR? Menurut Syd Field (1982) di dalam bukunya yang bertajuk SCREENPLAY : The Foundation Of Script-writing, LAKONLAYAR ialah cerita bergambar. Dari lakon layar ini, maka apabila ia divisualkan ia akan menjadi FILEM. FILEM itu pula merupakan medium visual yangmenceritakan sesuatu jalan cerita asas yang dramatik. Filem ini bergerak mengikut lakaran-lakaran jalan cerita yangtelah tercatat di dalam skrip. Oleh itu, dengan mudah kita boleh menyatakan bahawa filem yang baik itu terhasil dari skrip yang baik. Namun begituada juga skrip yang baik tidak dapat divisualisasikan dengan baik kerana pelbagai faktor. Tetapi pada asasnya mudah,skrip yang baik INSYAALLAH akan mampu membentuk sebuah suratan perjalanan hidup yang baik di dalam filem itu. Format Terdapat pelbagai jenis format penulisan skrip sama ada filem mahu pun drama tv. Bagi pendapat saya, kesemua formatini boleh digunakan. Terpulang kepada penulis, ibarat kata SIFU saya Abang Zulkifli M.Osman, “Kita tidak bolehmenyatakan format yang digunakan oleh seseorang penulis skrip itu salah. Terpulanglah mengikut keselesaan mereka,tapi sebaik-baiknya biarlah mengikut format yang standard” Namun bagi saya suka menggunakan format Screenplay FINAL DRAFT. Bagi saya ia lebih mudah dan berkesan. Olehyang demikian, saya ingin mencadangkan kepada penulis dan bakal penulis skrip agar mendapatkan software FinalDraft untuk memudahkan kerja anda…. * p/s: Betulkan jika saya silap di ruangan komen... Sama-sama kita belajar…Panduan Penulisan Skrip - Siri 2 Struktur Linear Lakon Layar Paradigma adalah sebuah model, corak dan skema konseptual. Di dalam erti kata yang mudah, paradigma adalah asaskebiasaan kepada sesuatu. Sebagai contohnya, ialah meja. Rata-rata kita mengetahui bahawa meja mempunyai empatkaki. Biar bagaimana pun bentuk meja tersebut, sama ada bulat, bujur, memanjang mahupun empat segi, kesemua mejasememangnya mempunyai empat kaki. Rata-rata kita telah diajar di sekolah konsep membuat karangan. Cikgu kita telah mengajar kita bahawa struktur yangperlu ada di dalam karangan itu adalah PENGENALAN, ISI dan KESIMPULAN. Ini adalah struktur bagi sesebuah cerita.Setiap cerita itu mesti ada konsep ini untuk melengkapkannya. Inilah struktur linear yang menjadi paradigma bagisesebuah cerita.Struktur Linear adalah asas yang menjadikan sesebuah cerita itu berdiri. Begitu juga dengan LAKON LAYAR. Di dalamsesebuah LAKON LAYAR struktur linear yang menjadi paradigmanya adalah PERMULAAN, KONFRONTASI danRESOLUSI. Ia adalah struktur yang tetap dan sememangnya tidak boleh diubah lagi. Di dalam keterangan di bawah saya akan menjelaskan konsep struktur tersebut dengan mengikut format ScreenplayFINAL DRAFT. Dengan menggunakan format ini, konsepnya sangat mudah. Anggaran perkiraan minit bagi setiap skripitu adalah SATU HALAMAN bersamaan dengan SATU MINIT. Andaikan durasi standard bagi sesebuah filem itu ialah 120 minit. Ini bermakna skrip anda haruslah mempunyai 120halaman. PERMULAAN Permulaan bagi sesebuah filem itu boleh diolah dengan pelbagai cara yang kita rasakan menarik. Pada kebiasaannyapermulaan ini akan mengambil masa 30 minit. Di dalam permulaan yang dikenali sebagai SETUP ini, menjaditanggungjawab kepada penulis skrip untuk melakarkan perjalanan pembukaan cerita yang menarik. Ini adalah untuk
Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam )FireBoard Forum Component version: NEW VERSION GOES HEREGenerated: 30 July, 2009, 16:47
 
memberikan pemahaman kepada penonton berkenaan apakah cerita yang kita buat itu. Pada kebiasaannya, apabila kita menonton sesebuah filem itu kita akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untukmembuat penilaian sama ada kita suka sesebuah filem itu ataupun tidak. Apabila sesebuah filem itu bermula, pada 10minit yang pertama ini kita juga harus memperkenalkan WATAK UTAMA di dalam cerita itu dengan cara yang palingmenarik. Ini bertujuan untuk menarik minat penonton untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya. Pada akhir permulaan ini terdapat sebuah titik plot I. Titik plot yang pertama adalah pencetus kepada konflik yang akanberlaku berikutnya. Dalam erti kata lain titik plot yang pertama ini adalah satu insiden atau kejadian yang akanmenganjakkan filem ini untuk terus ke hadapan. Pada kebiasaannya ia berlaku pada minit / halaman yang ke 25-27.KONFRONTASI Ia merupakan bahagian yang paling besar di dalam LAKON LAYAR. Pada kebiasaanya terletak pada halaman 30hingga ke 90. Pada asasnya kita telah mengetahui bahawa asas dramatik di dalam filem itu adalah KONFLIK.Konfrontasi ini adalah konflik yang berlaku selepas tercetusnya titik plot yang pertama. Di dalam KONFRONTASI ini kita bertanggungjawab untuk meletakkan perjalanan konflik / plot utama / subjek dengancara yang penuh dramatik bersesuaian dengan konsep cerita yang kita bina itu. Harus tidak dilupa juga sub plot yangakan mewarnai perjalanan sesebuah filem itu agar ia menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Sekiranya kita terlalu tertumpu kepada plot utama sesebuah cerita di dalam penulisan kita, ini akan menjadikansesebuah filem itu amat membosankan penonton. Asasnya mudah, plot utama itu adalah sayur yang kita hendak masak.Sub plot pula adalah perencah atau bahan-bahannya. Jika tidak ada rencahnya manakan masakan kita itu menjadisedap? Setelah itu, kita akan bertemu dengan TITIK PLOT II yang pada kebiasaannya berlaku pada minit yang ke 85-90. TITIKPLOT II ini berfungsi sebagai pencetus kepada RESOLUSI. Senang kata biasa yang kita tengok dalam filem bila Si Heromendapat idea untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Hehehe…RESOLUSI Resolusi biasanya tercetus selepas TITIK PLOT II berlaku. Biasanya pada minit yang ke 90 hingga ke 120. Ini adalahkesimpulan kepada cerita. Kita harus memikirkan bagaimanakah sesebuah cerita itu berakhir. Persoalan yang selaludimainkan adalah apakah yang berlaku kepada watak utama? Garapan pengakhiran yang perlu dibuat haruslah mempunyai nilai dramatik yang baik. Ini bertujuan untuk memberikankesan yang mendalam kepada penonton. Sebaiknya pengakhiran sesebuah cerita itu haruslah sesuatu yang diluar jangkaan penonton.*Penerangan Namun begitu, apa yang saya terangkan di sini adalah paradigma biasa bagi sesebuah filem. Perlu kita ketahui juga,terdapat juga segelintir pengarah yang mengubah konsep ini. Sebagai contoh tentu kita pernah menonton drama VICEVERSA terbitan ACE MOTION PICTURES.Di dalam drama ini, Pengarahnya iaitu Aziz M.Osman telah menggunakan satu teknik yang dikenali sebagai Teknik NON-LINEAR yang bertentangan dengan konsep Struktur Linear biasa ini. Cerita di dalam drama itu juga dapat digarapdengan baik dan menarik. Bagi saya itu satu idea yang bijak dari Aziz M.Osman.*p/s: Betulkan jika saya silap… Kita sama-sama belajar…. Panduan Penulisan Skrip - Siri 3 SUBJEK Apa itu SUBJEK? Setiap kali kita ingin memulakan penulisan, apa yang terlintas difikiran kita? Jawapannya pastilahcerita apa yang kita nak buat. Seterusnya kita akan terfikir siapa watak di dalam cerita kita itu. Kemudian kita terfikir pulakenapa dan bagaimana ia berlaku. Akhir sekali kita akan memikirkan bila masanya ia berlaku. Di dalam pencarian SUBJEK, persoalan ini biasa berlaku dan sememangnya sering kali terlintas di dalam fikiran kita.Namun begitu, apa itu subjek? Adakah kita tahu? Ya, kita sebenarnya telah pun tahu apa itu subjek. Subjek ialah ceritaapa yang hendak kita tulis di dalam skrip kita. Ia sebenarnya memperihalkan tentang AKSI dan WATAK. Ia juga dikenalisebagai PLOT. Saya suka mengambil contoh sebuah filem arahan Mamat Khalid yang bertajuk ‘Zombie Kampung Pisang’. Jika kitamenonton file mini, apa subjek yang kita nampak. Subjeknya sangat jelas bagaimana Orang Kampung (WATAK)
Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam )FireBoard Forum Component version: NEW VERSION GOES HEREGenerated: 30 July, 2009, 16:47
 
menangani permasalahan kampung mereka yang diserang Zombie (AKSI). Namun begitu, memikirkan SUBJEK ini sebenarnya adalah satu perkara mudah kerana kita boleh mendapatkan subjekini dari mana-mana seperti melalui pembacaan, menonton berita, pengalaman diri, pengalaman rakan dan sebagainya.Apa yang menjadikan ianya sukar ialah bagaimana kita ingin menggarap subjek ini dengan elemen-elemen dramatisuntuk menjadikan ia menarik. Ini yang selalu membelenggu pemikiran penulis. Kebanyakan penulis mengetahui tentang apa yang hendak mereka tulis ini di dalam keadaan samar-samar. Inimenjadikan mereka sering kali terhenti apabila sampai di separuh jalan. Kemudian mereka akan merasa putus asa danterus berhenti menulis. Sebab itu amat penting kita membuat lakaran subjek kita dahulu. Buat storyline yang akan menjadi panduan supaya kitatahu apa yang hendak kita tulis. Jika kita nak mudah, kita boleh menggunakan kaedah graf atau peta minda. Lakukanikut kreativiti kita sendiri. Ketahui subjek kita dengan jelas kerana jika kita tidak tahu cerita apa yang kita hendak buat, kita nak mengharapkansiapa lagi untuk mengetahuinya? WATAK Di dalam melakarkan subjek, WATAK merupakan satu elemen penting yang perlu ada di dalam subjek itu. TanpaWATAK, subjek tidak akan lengkap kerana kita memerlukan WATAK dan AKSI untuk melengkapkan subjek. Rata-rata kita telah tahu apa itu watak, kerana kita adalah watak di dalam hidup kita dan merupakan satu watak di dalamdunia ini. Di dalam menghasilkan skrip, sebagai seorang penulis, tanggungjawab kita ialah MEMBINA WATAK yangakan memainkan peranan di dalam LAKON LAYAR kita. Kita perlu memahami watak utama di dalam cerita kita. Saya suka mengambil contoh di dalam filem arahan MamatKhalid yang berjudul MAN LAKSA. Ini adalah contoh yang paling mudah. Soalannya siapakah WATAK UTAMA di dalamfilem itu? Tentulah Man Laksa yang utama, seterusnya kita lihat pula watak-watak yang terlibat di dalam filem tersebutdan bagaimana mereka memainkan peranan mereka. Cuba kita kenal pasti setiap watak-watak yang muncul di dalamfilem tersebut. Perlu kita ingat di sini bahawa di dalam usaha kita membina watak di dalam cerita kita, perkara yang paling asas ialahkita perlu kenali watak tersebut dan bagaimana sikap serta pengetahuannya. Segalanya perlu logik dan seelok-eloknyaberkaitan dengan cerita. Jangan sekadar kita membina watak itu mengikut kesukaan kita. Kita lihat pula contoh di dalam filem BULI arahan Afdlin Shauki. Bagaimana karektor yang ada pada watak utama iaituNordin, dari segi fizikal, gaya, cara, sikap dan segalanya yang ada pada dia jelas menunjukkan bahawa Nordin di dalamfilem itu adalah seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri dan sememangnya wajar diBULI. Kenapa Afdlin Shaukitidak meletakkan watak Nordin itu sebagai seorang yang macho lagi gagah perkasa? Sebab orang yang macho dangagah perkasa, ada ke sesiapa yang berani nak buli? Inilah yang digelarkan sebagai LOGIK WATAK. Jadi, sebelum kita melakar terus cerita kita, pembinaan watak ini tidak harus kita ketepikan kerana Watak inilah yangakan memainkan Aksi untuk membentuk Subjek. Terdapat dua jenis watak iaitu Protagonis dan Antagonis. Protagonis adalah watak baik dan Antagonis pula adalahwatak jahat. Filem BULI adalah salah satu filem yang jelas perbezaan watak Protagonis dan Antagonisnya. Begitu jugadengan filem Man Laksa. Cuba tonton filem ini semula dan lihat bagaimana mereka memainkan watak mereka. Jika kita ingin membina watak cuba kita kaji tiga perkara penting di dalam watak terdahulu. 1) Profession - Apakah pekerjaannya? Pekerjaan mestilah bersesuaian dengan cerita kita. Sebagai contoh di dalamfilem BULI, Nordin bekerja sebagai seorang programmer di Syarikat IT. Kenapa? Kenapa Afdlin tidak memperkenalkanNordin sebagai seorang yang bekerja di bidang lain? Jawab sendiri setelah kita melihat filem ini sekali lagi.2) Personal - Adakah watak tersebut masih bujang? Atau pun telah berkahwin? Lihat sekali lagi di dalam filem MANLAKSA, kenapa MAN LAKSA masih bujang? Sebab apa Mamat Khalid tidak meletakkan Man Laksa sebagai seorangyang dah berkahwin.3) Peribadi - Apakah sifat-sifat yang ada di dalam diri watak? Pada masa lapang, apa yang gemar dilakukan oleh watak?Adakah dia suka mengumpul setem? Kalau ya, apa kaitannya dengan cerita yang kita buat itu? Kita lihat pula filem ‘BaikPunya Cilok’ arahan Afdlin Shauki. Apa hobi watak utama di dalam cerita tersebut dan cuba kita fikirkan, apa kaitannyafaktor peribadi watak di dalam filem tersebut.
Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam )FireBoard Forum Component version: NEW VERSION GOES HEREGenerated: 30 July, 2009, 16:47

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
ppismpjulai2009 liked this
Bob Bol liked this
San Chong liked this
Alvinka_82 liked this
Anna Mujahadah liked this
cintaalaqsa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->