You are on page 1of 21

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr.

Goh LH

PENGENALAN KEPADA KAJIAN

1. Konsep Kajian
Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang kajian. Kajian bukanlah sekadar
melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau
bagaimanapun, kajian boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan
ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik
merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang
terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang
bukan saintifik. Jadual 1 menunjukkan perbezaan ini.

Jadual 1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik
_____________________________________________________________________________
Bukan Saintifik Saintifik


Pendekatan am: Intuitif Empirikal

Pemerhatian: Tidak terkawal Sistematik, terkawal

Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased, objektif

Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaan Definisi yang jelas,
operational specificity

Instrumen: Kurang tepat, imprecise Tepat, precise

Pengukuran: Tiada keesahan atau Ada keesahan dan
kebolehpercayaan kebolehpercayaan

Hipotesis: Tidak dapat diuji (Untestable) Boleh diuji (Testable)

Sikap (Attitude): Uncritical, accepting Critical, skeptical

Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology. N.Y.:
McGraw-Hill, pp 7.

Oleh sebab itu, kajian boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan
kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, kajian
menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru.

Dalam konteks pendidikan pula, kajian boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk
memperoleh pengetahuan baru. Kajian pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan
usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru.

2 Perkembangan Kajian Pendidikan
Kajian pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice
menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice
mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran
mengeja.

Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam kajian. Dalam tempoh 1900-
1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun
1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh
Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet.

Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik
dalam kajian pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk
menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat Jika sesuatu benda wujud, ia
wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur. Ini telah
menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang
perlu bagi pelbagai aspek kajian pendidikan.

Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi kajian pendidikan berlaku dengan pesatnya
antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta yang membekalkan
alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian
(multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti
penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian.
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Usaha-usaha untuk menilai semula kajian pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuran
kajian pendidikan dibina melalui pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk kajian untuk
menghasilkan maklumat kajian yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap kajian
pendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam kajian
pendidikan bagi menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik.

3 Ciri-ciri Kajian
Kajian sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama,
iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.

3.1 Langkah-langkah logikal
Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.
Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/
menyelesaikan masalah/isu.
Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah.
Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
Membuat kesimpulan dan generalisasi.

3.2 Kajian perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan
keterangan induktif dan deduktif.
Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan
umum.
Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu
(fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.
Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan
khusus
Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP
semasa dia mengajar



Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

4 Jenis-Jenis Kajian
Terdapat pelbagai cara melaksanakan kajian berdasarkan tujuan atau matlamat dan kaedah yang
hendak digunakan untuk melaksanakannya. Berikut adalah antara jenis-jenis kajian yang biasa
digunakan oleh pengkaji:

4.1 Kajian Tinjauan (Survey research)
Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar
digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang
hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan
dalam kajian kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi
tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang
menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan.

Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji
perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas,
bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik
eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal
pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas.

4.2 Kajian Kes
Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu
dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam
sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang
menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. Kajian
kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam
lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi kajian
komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia
juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang
suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia
juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu
bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988). Pada
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk
menghuraikan bagaimana atau ` mengapa tentang sesuatu fenomena. Pemilihan
kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena
yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka
kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian
ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994)

Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes
Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh Whyte, 1943) dan, Kajian Kes Penerangan
(cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971). Salah satu
daripada jenis tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.
Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus.
Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam
dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks
khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang
untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai.

Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti
bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik,
lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua,
data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data
diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu.
Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir
sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

4.3 Kajian Reka bentuk Eksperimen
Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random
assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri treatment yang berbeza (rujuk
Rajah 1). Treatment merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan
(manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu
pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh
pembolehubah bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-
kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum
treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-
pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin.

Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik
padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri
yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi
teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak ciri
untuk dipadankan secara seimbang.

Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment).
Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin
kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak
berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara mengawal pembolehubah
kawalan dengan teknik ini dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of
extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka
penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables).
Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.

Kumpulan 1 Treatment 1

Agihan
Secara Perbandingan
rawak

Kumpulan 2 Treatment 2

Rajah 1 Reka-bentuk Eksperimen

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

4.4 Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)
Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas
pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya,
dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field
study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta
secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat
agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka
reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan
eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara
statistikal (statistical control).

Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam
"natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada
dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum
dan selepas treatment (rujuk Rajah 2). Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh
lakukan. Cuma treatment ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak
dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

Kumpulan 1 Pretest Treatment 1 Posttest

Covariate Perbandingan

Kumpulan 2 Pretest Treatment 2 Posttest
Rajah 2: Reka-bentuk Kuasi- eksperimen

4.5 Kajian Ex-pos Facto (After the fact)
Kajian ex-post facto berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang
sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:
Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of
independent variables because their manifestations have already occurred or
because they are inherently not manipulable.
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau
tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan
sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

4.6 Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi
sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri,
kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan
(Kemmis, 1988;42)

Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan,
seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri
dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988: 9)

Kajian tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar
pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, kajian
tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip khusus.

Kajian tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik
tentang masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat
memberikan pengetahuan dan kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan
langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara lingkaran
berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan
penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah
pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, kajian
tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses kajian tindakan, penyelidik bertindak
sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji
terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk
terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan
kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh.
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH


Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga
dipentingkan. Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan
yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan
hasil kajian. Kajian tindakan juga hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang
spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil
kajian tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk
menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah kajian dijalankan, perubahan
kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama
kajian tindakan.

Kajian tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan
yang menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan,
pelbagai aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan
bahan, penerapan kemahiran berfikir umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah
pelaksanaan. Di samping itu, kajian juga sesuai sekiranya masa yang boleh
diperuntukkan untuk kajian agak terbatas. Oleh sebab kajian bertumpu kepada suatu
aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat.
Kajian memerlukan peruntukan kewangan. Sebagai suatu kajian yang khusus tentang
suatu skop yang lebih kecil, kajian tindakan dapat berperanan apabila peruntukan
kewangan untuk kajian adalah terhad. Di samping itu, kajian tindakan juga sesuai
apabila usaha kolaboratif di kalangan guru diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina
kolaborasi antara guru.

Kajian tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri
penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan
untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap
amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya, kajian tindakan juga
bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri refleksi amalan kendiri
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat
dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman
dan kerjasama bagi menggalakkan kajian dengan guru dan, bukannya ke atas guru.

5 Tuntutan Ilmu dalam Kajian
Bila membuat kajian, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji.
Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan
kajian. Dapatan ini merupakan satu claim atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itu
benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claim tersebut? Penyelidik harus
memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam kajian,
iaitu keesahan dan kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian.

Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti
tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi
makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua
peringkat:

Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity.
Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity.

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan ada
hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect. Dengan demikian
sebelum kita membuat claim pastikan data yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim
yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali
ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data
yang ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi) dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus
bermakna claim itu harus dipercayai.

Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan
untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan
kebolehpercayaan data dan menjejaskan claim yang dibuat.
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH


Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan
rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data
yang dipungut tidak dipertikaikan.

6 Tujuan Kajian
Menurut Borg &Gall (1989), kajian mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang
kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), kajian dapat membantu
penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, tujuan membuat
kajian adalah berasaskan sebab-sebab berikut.

a. Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction).
i. Kajian dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena
yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam
sesuatu peperiksaan.

b. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement)
i. Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk
memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki
kelemahan yang ada.

c. Memberi penjelasan (explanation)
i. Kajian dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

d. Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)
i. Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam
membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
ii. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya.
Contohnya, Policy Makers.

e. Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

i. Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul.

7 Pendekatan Kajian Pendidikan
Dalam dunia kajian pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepada dua tradisi kajian, iaitu
kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Kajian kuantitatif adalah kajian di mana data yang
dikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam kajian kualitatif, datanya bukan dalam
bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-dua bentuk kajian ini adalah berasaskan
pendekatan saintifik dan berdasarkan pada data empirikal.

Strategi pemilihan tradisi kajian tersebut bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian.
Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan kepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh
dijalankan menggunakan kedua-dua tradisi kajian tersebut.

Kajian kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-
angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai angkubah tersebut ialah persekitaran/ latar
belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika
dilihat dari sudut kajian kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara
seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden
kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang
berkaitan.

Kajian kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian
(hipotesis) dengan menggunakan angkubah-angkubah tertentu manakala kajian kualitatif
merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami
sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya kajian kualitatif tidak bermula dengan
pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah.

7.1 Pemilihan Pendekatan Kajian
Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan
kajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk
menjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

digunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan
kajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan
kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yang
berkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut.

a. Kajian Kuantitatif
i. Menguji teori
ii. Melihat hubungkait angkubah
iii. Menerang fenomena dari segi sebab penyebab
iv. Membuat ramalan

b. Kajian Kualitatif
i. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya
ii. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
iii. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang
dipilih
iv. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam
v. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data
kajian)

7.2 Perbezaan ciri-ciri kajian kuantitatif dan kajian kualitatif
Jadual 2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan
pendekatan kualitatif.

Jadual 2 Perbezaan Ciri-ciri Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif

PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF
Istilah yang berkaitan
dengan pendekatan
Eksperimental
Hard data
Perspektif luaran
Empirikal
Etnografi
Kerja lapangan
Soft data
Symbolic Interaction
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Positivist
Fakta sosial
Statistik
Etic
Perspektif dalaman
Naturalistic
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
Phenomenological
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
Emic
Konsep utama Pemboleh ubah
Mengoperasi Definisi
Kebolehpercayaan
Hipotesis
Kesahan
Kesignifikanan statistik
Replikasi
ramalan

Makna
Pemahaman sejagat
Definisi situasi
Kehidupan harian
Pemahaman
Proses
Rundingan
bertujuan praktikal
pembinaan sosial
Grounded Theory
Gabungan teori Structural
functionalisim
Realism, Positivism
Behavioralisme
Logical Empiricm
Systems Theory
Symbolic Interaction
Ethnomethodology
Phenomenology
Budaya
Idealisme
Gabungan Akademik Psikologi
Ekonomi
Sosiologi
Sains politik
Sosiologi
Sejarah
Anthropologi
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Matlamat Menguji teori
Memperjelaskan fakta
Perihalan statistik
Hubungan antara
pemboleh ubah
Ramalan
Membina konsep
Memerihal realiti
pelbagai
Grounded Theory
Meningkatkan
pemahaman
Reka bentuk Berstruktur
Ditentukan lebih awal
Formal
Spesifik
Prosedur kajian yang
terperinci
Terbuka kepada
perubahan
Fleksibel
Umum
Membuat tekaan
terhadap cara kajian
Penulisan cadangan
kajian
Panjang lebar
Terperinci dan jelas
fokusnya
Prosedur spesifik dan
terperinci
Tinjauan bahan kajian
yang mendalam
Ditulis sebelum data
dipungut
Menyatakan hipotesis

Ringkas
Spekulatif
Mencadangkan bidang
kajian yang hendak
dikaji
Ditulis selepas
mendapat sebahagian
daripada data
Tinjauan bahan kajian
tidak mendalam
Pernyataan pendekatan
yang umum
Data Kuantitatif
Koding boleh dikira
Kiraan dan ukuran
Pembolehubah yang
boleh didefinisikan
Statistik
Diskriptif
Dokumen peribadi
Nota kerja lapangan
Gambar
Pendapat perseorangan
Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Sampelan Besar
Berstrata
Kumpulan kawalan
Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal pengganggu
pembolehubah
Kecil
Tidak mewakili
populasi
Persampelan teoritikal
Teknik / kaedah Eksperimen
Tinjauan
Temubual berstruktur
Kuasi eksperimental
Pemerhatian
berstruktur
Set data
Permerhatian
Mengkaji pelbagai
dokumen dan artifak
Pemerhatian turut serta
Temubual tidak
berstruktur
Hubungan dengan
responden
Jangka pendek
Hubungan tidak akrab
Mengekalkan status
sebagai penyelidik dan
responden

Empati
Menekankan unsur
kepercayaan
Kesamarataan
Hubungan mesra
Responden sebagai
rakan
Mengutamakan
keobjektifan
Alat Kajian Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Skor ujian
Alat perakam suara
Transciber
Penyelidik bertindak
sebagai alat kajian
Analisis data Deduktif
Dilaksanakan selepas
Berterusan
Model, tema dan konsep
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

pungutan data
Statistikal

Induktif
Analisis bersifat
induktif
Constant Comparative
method
Permasalahan dalam
menggunakan
pendekatan
Mengawal pemboleh
ubah yang lain
Terlalu rigid
Kesahan

Mengambil masa
panjang
Kesukaran menyaring
data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji
responden yang besar
jumlahnya

(Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52)

8 Proses Kajian
Tanpa mengira apakah kaedah kajian yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam
aktiviti kajian yang agak sama. Secara amnya sesuatu kajian melibatkan 5 langkah asas seperti
dalam Jadual 3:

Proses Asas

Proses Catatan
Mengenal pasti focus/
isu/masalah

Pernyataan masalah kajian
Persoalan kajian /hipotesis
Definisi istilah
Tinjauan literatur
Kerangka konsep kajian

Bacaan awal dan tinjauan
awal yang luas perlu
dilakukan untuk memahami
isu /focus/masalah yang ingin
dikaji atau difahami.
Perbincangan dan pemikiran
perlu fokus, khusus dan
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

perinci atau didefinisikan
sendiri
Pembinaan kerangka konsep
menentukan skop kajian dan
akan memudahkan
perbincangan kelak.

Merancang strategi kajian
Metodologi kajian
-rekabentuk kajian
-persampelan
-instrumentasi
-prosedur kajian
-kaedah analisis data

(Langkah 1 & 2 terkandung
dalam kertas cadangan
kajian)
Komponen perancangan
adalah standard dan boleh
berubah mengikut jenis
kajian atau rekabentuk yang
dibina.
Rekabentuk kajian harus
berpotensi menjawab semua
persoalan dan hipotesis
kajian dengan menyakinkan.


Melaksanakan strategi
Melaksanakan kerja lapang
mengikut rancangan sambil
mengumpul data

Prosedur kajian mungkin
perlu diubahsuai mengikut
reality dan keadaan kerja
lapang
Pengumpulan data harus
mengikut prosedur yang tepat
dan sah

Mengumpul dan Analisis
data
Data dikumpul, disusun dan
dianalisis mengikut kaedah
analisis yang sesuai

Pengumpulan dan
penyusunan sebaik-baiknya
setelah dikumpul semasa
kerja lapang. Data dianalisis
mengikut kaedah yang
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

dikenal pasti.
Membuat intepretasi.

Membuat kesimpulan /
generalisasi
(Mereflek)
Membuat taksiran dan
kesimpulan
Menjawab soalan kajian
Membincangkan implikasi
dapatan kajian
Mencadangkan tindakan atau
kajian lanjutan

Kesimpulan harus
berdasarkan dapatan kajian
sahaja

Rajah 3 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan proses kajian secara
keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan komponen-komponen yang biasanya terdapat
dalam cadangan kajian (proposal) atau laporan kajian. Urutan ini juga merupakan langkah-
langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu kajian. Anak panah
yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalam amalan biasa, proses kajian tidak
semestinya mengikut urutan yang tetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan
mengambil kira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasa merancang sesuatu
kajian.


Pernyataan Masalah
kajian

Hipotesis atau
Persoalan kajian





Definisi
Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Istilah


Instrumentasi




Sampel
Tinjauan
Bacaan

Prosedur/
Rekabentuk





Analisis
Data

Laporan



Rajah 3: Proses Kajian

Rujukan
Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. 1980. Rethinkng Case Study: Notes from the Second
Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular. Norwich,
U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia.

Borg, W. R. & Gall, M. D. 1989. Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York &
London: Longman

Orientasi Guru Tingkatan Enam / Dr. Goh LH

Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An Introduction to
Theory and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon

Kemmis, S. (1988). Action research. Dalam Keeves, J.P.,ed., Educational research, Methodology
and measurement, (m.s. 42-49). Oxford: Pergamon Press.

McNiff. J. (1994). Action research: principles and practices. London: Routledge.

Stake, R. E. 1994. Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of
Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247.

Yin, R. 1994. Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage.

You might also like