You are on page 1of 2

A.

Pendekatan Penjelasan Nilai


Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan
rakan-rakan. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan
kesedaran emosi dalam pembentukan dan perkembangan set nilai-nilai
seseorang individu. Dengan pendekatan ini, nilai-nilai tidak diberikan kepada
pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau memberikan nilai kepada
sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu tidak boleh
dipaksa menerima satu-satu nilai. Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan
individu. Teras kepada andaian ini ialah pelajar seharusnya dihormati sebagai
individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai yang sedia ada.
Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka anggap
sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh
digunakan sebagai panduan hidup.
ara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi
tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut!
1. Proses memilih:
"a# memilih se$ara bebas
"b# dari pelbagai pilihan yang sedia ada
"$# menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan
2. Proses menghargai:
"a# mengharagi setiap keputusan yang telah diambil
"b# menyatakan se$ara terbuka
3. Proses bertindak:
"a# bertindak ke atas keputusan yang telah diambil
"b# sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih se$ara berterusan dalam
kehidupannya.
Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru
berperanan sebagai seorang %asilitator atau pembimbing. &uru perlu
menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak
kepada mana-mana pelajar. 'asalah akan timbul sekiranya keputusan
pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat 'alaysia. (ntuk
mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan
ini dengan pendekatan lain "seperti analisis nilai# supaya lebih membimbing
pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan
negara.
Kelebihan Pendekatan Penjelasan Nilai
). membantu pelajar untuk menyedari dan mengidenti%ikasi nilai-nilai
mereka sendiri serta nilai-nilai orang lain.
*. membantu pelajar supaya mereka mampu berkomunikasi se$ara
terbuka dan jujur dengan orang lain, berhubungan dengan nilai-nilainya
sendiri.
+. membantu pelajar supaya mereka mampu menggunakan se$ara
bersama-sama kemampuan ber%ikir rasional dan kesedaran emosional,
untuk memahami perasaan, nilai-nilai dan pola tingkah laku mereka
sendiri.
,. 'emberi penghargaan tinggi kepada pelajar sebagai individu yang
mempunyai hak untuk memilih, menghargai dan bertindak berdasarkan
nilainya sendiri.

You might also like