You are on page 1of 46

Pembinaan Persekitaran Bilik

Darjah Yang Mesra Budaya


Pengenalan
Pengurusan kelas yang mesra Budaya
penting supaya suasana pembelajaran
menjadi kondusif untuk murid.
Pengurusan Persekitaran Fizikal
Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses
mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli
untuk mencapai objektif organisasi atau
kumpulan dalam sesuatu gerakerja.
Ini termasuklah proses merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat
mencapai objektif ke arah pembinaan Modal
Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS.
Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan,
kemahiran merancang, kecekapan mengurus,
kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran
kaunseling dan mampu mengendalikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Lemlech (1988), menjelaskan pengurusan bilik
darjah sebagai orkestra dalam kehidupan.
Marzano (2003), menyatakan tindakan guru
dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali
ganda dalam pencapaian murid berbanding
dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum,
penilaian kerjasama antara guru dan
penglibatan masyarakat.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk
menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi
membantu perkembangan murid.
Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah
mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan
kebersihan.
Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan
suasana bilik darjah yang kondusif bermakna
guru telah berjaya membentuk Budaya
berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan
alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan
berkualiti yang melambangkan sebahagian
daripada keimanan.
Pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah
dirumuskan meliputi aspek keselamatan
termasuklah menyediakan peraturan dan amalan
bilik darjah.
Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling
dan Peraturan Sekolah. Antaranya mencakupi
amalan menepati masa, amanah, rasa
tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-
menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama.
Ruang dan pergerakan harus diurus supaya
lebih fleksibel.
Penyediaan ruang yang sesuai akan
memberikan keselesaan kepada murid ketika
belajar.
Aspek pencahayaan, pengudaraan dan
kedudukan murid juga akan mendorong murid
untuk memberikan tumpuan kepada proses
P&P.
Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi
Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan
menjadi perangsang dan membangkitkan minat,
sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran
mereka.
Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa
dalaman akan mengawal tingkah-laku murid.
Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran,
dll.
Peneguhan Positif penting untuk menambah
kebarangkalian gerak balas daripada murid.
Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut
aliran semasa tanpa kehilangan identiti.
Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai
minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi
kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka,
suka berjenaka serta menanggung konflik yang berlaku
dalam bilik darjah.
Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan
supaya mereka tidak sentiasa berada dalam
kebimbangan apabila berada dalam kelas.
Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah
dibina terlebih dahulu.
Guru mestilah mengamalkan kepimpinan
Demokrasi serta mengambil berat tentang
fisiologi dan akademik murid.
Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial
sesama mereka dalam aktiviti P&P.
Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami
emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan
orang lain.
Perkembangan kemahiran menyelesaikan
masalah mengembangkan Nilai Kendiri (Self-
Esteem) dan perasaan hormat-menghormati
di kalangan kanak-kanak.
Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan
diri, inisiatif persefahaman antara mereka
perlu diperkembang bila mereka sendiri
digalakkan membuat keputusan.
Perhubungan Antara Kelompok Etnik
Menurut Ralp Linton (1945),Kebudayaan ialah
segala yang dipelajari dan diulangi dalam
sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli
masyarakat.
Mesra Budaya ini merupakan Budaya yang
dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti
dan mereka mengiktiraf Budaya tersebut sebagai
suatu amalan murni bersama.
Perlembagaan Persekutuan perlu memahami
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak
setiap rakyat Malaysia.
Etnik adalah perkataan Yunani, iaitu ethnos
yang bermakna orang.
Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang
ditentukan menerusi perbezaan ciri Budaya
seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya.
Modul Hubungan Etnik yang diluluskan oleh
kabinet pada 2004 mewajibkan semua pelajar
Tahun Pertama mengikuti kursus Hubungan Etnik
di semua pusat pengajian tinggi.
Kontrak Sosial ialah persetujuan yang dicapai
antara pemimpin kumpulan Etnik Malaysia ketika
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
ketika merangka dan merumuskan Perlembagaan
Persekutuan tahun 1957.
Unsur tradisi itu dianggap faktor utama
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk
persefahaman ke arah perpaduan kerana unsur
tradisi ini sebahagian daripada Kontrak Sosial.
Modul Hubungan Etnik menyatakan 6 perkara
utama:
i. Perkara 8: Persamaan dan hak sama rata
dan pengecualian peruntukan itu dalam soal
agama, kedudukan istimewa orang Melayu.
ii. Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan
bersuara daripada menyentuh kedudukan
Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan Islam.
iii.Perkara 38: Kuasa Raja-Raja Melayu
menghalang Parlimen membuat undang-
undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja
Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan
Islam.
iv. Perkara 150 (6a): Kedudukan agama Islam,
adat istiadat Melayu, Bumiputera Sabah dan
Sarawak, kewargenegaraan meskipun dalam
darurat.
v. Perkara 152: Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan
hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.
vi.Perkara 153: Kedudukan istimewa orang
Melayu tanpa menafikan kedudukan etnik
lain.
Semua murid perlu memahami kesedaran,
kefahaman, akomodasi, saling menghormati
dan perpaduan.

Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada
kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan
teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain.
Sifat Akomodasi serta kesanggupan menerima
etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan,
adat-resam dan agama adalah penting sebagai
pembuka jalan kepada kerjasama dan
kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik
harmoni.

Interaksi lebih rapat antara kelompok dan etnik
yang berbeza boleh dijamin keutuhannya oleh
sikap saling menghormati dan menghindari
konflik dalam segala bentuk.
Perpaduan boleh wujud menerusi pendekatan
top-down atau bottom-up membabitkan
kerajaan, orang ramai, sektor swasta, dll.
Guru haruslah memilih tajuk pembelajaran
berkaitan kepelbagaian Budaya masyarakat di
Malaysia.
Orientasi Sosial di dalam bilik darjah menentukan
apa yang patut diamalkan serta perkara yang
tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah.
Setiap program serta aktiviti yang dilakukan
haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang
mampu mengguris perasaan mana-mana pihak.
Setiap Etnik perlu diberi peluang untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran.
Pengurusan Pengajaran &
Pembelajaran
Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah
yang berkesan supaya objektf pelajaran tercapai.
Guru berperanan sebagai pendidik,
pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai,
perancang, perunding dan pendorong ke arah
kecemerlangan murid.
Guru perlu merancang kurikulum, sukatan,
huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan
tambahan atau maklumat tambahan daripada
pelbagai sumber.
Prinsip utama pembelajaran adalah
meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan,
meluaskan tahap keintelektualan, kerohanian,
kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang
minat dan menghasilkan keseronokan.
Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah,
model, teknik dengan menggunakan kemahiran
berkomunikasi, interpersonal, bimbingan dan
kaunseling dalam proses P&P.
Guru perlu berperanan sebagai penggerak kepada
pembelajaran berpusatkan murid.
Guru perlu menjadikan pembelajaran semakin aktif,
Interaktif dan Konstruktif.
Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan lebih
berkesan berasaskan penggunaan Pendekatan
Koperatif dan Kolaboratif.
Kaedah pengajaran seperti ini memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan, latar belakang Budaya, campuran
jantina dan pelbagai Etnik bekerjasama dalam pasukan
kecil untuk mencapai matlamat yang sama.
Pelaksanaan aktiviti dapat dikawal mengikut
masa yang ditetapkan.
Guru juga boleh memberi murid ruang untuk
merehatkan minda (Brain Breaks) untuk
mengelakkan murid berasa bosan.
Pengurusan pembelajaran yang terancang
akan menjadikan murid lebih berani, yakin
dan berwibawa.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral adalah
Jabatan yang bertanggungjawab untuk
memperkenalkan dan menyelaraskan
instrumen yang dikehendaki oleh Pengurusan
Sekolah dan Jemaah Nazir.
Beberapa perkara penting yang dititikberatkan
dalam modul berkenaan iaitu hasil
pembelajaran, perkembangan P&P, penilaian,
rumusan, tugasan dan refleksi.
Pembinaan Modal Insan yang berkualiti
menjadi agenda negara sewajarnya dipupuk
dalam proses P&P.
Apabila seluruh potensi insan dimajukan
secara integrasi dan bersepadu, ia bakal
melahirkan insan berketrampilan yang mampu
menyumbang segala kebolehan untuk
kebaikan diri, masyarakat dan negara.
Pedagogi Releven Budaya dan
Kepelbagaian Kelompok
Pedagogi yang releven menggunakan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran
menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.
Menurut ahli Sosiologi, konsep Kebudayaan dikatakan
sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan
diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.
Menurut pandangan ahli Fungsionalisme, sekolah
dilihat berfungsi sebagai Proses Sosialisasi mendidik
kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat.
Modal Budaya merujuk kepada seseorang individu
yang mewarisi dan memperoleh keupayaan Bahasa
dan Budaya dari keluarga dan masyarakat.
Mengikut Kajian Pierce Bourdie (1930), ahli
sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian
persekoahan seseorang individu adalah berkait
rapat dengan latar belakang Kebudayaan ibu
bapanya iaitu tahap pendidikan ibu bapa.
Guru seharusnya memilih strategi, kaedah dan
teknik dalam pedagogi pendidikan.
Latihan penggunaan bahasa mampu
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di
kalangan murid bukan Melayu.
i. Kaedah Direktif- Murid belajar melalui
penerangan dan diikuti ujian kefahaman dan
latihan.
ii. Kaedah Mediatif- Guru menggunakan
bahan media dalam pembelajaran.
iii. Kaedah Generatif- Guru boleh menjana
idea murid.
iv. Kaedah Kontekstual- Murid mengaitkan
bahan P&P kepada situasi dunia sebenar.
v. Kaedah Metakognitif- Ia memberi peluang
kepada murid-murid memikirkan proses
pembelajaran, rancangan pembelajaran,
pemantauan dan penilaian kendiri tentang
tugasan yang diberi.
vi. Kaedah Kajian Luar/ Konteks Luar- Aktiviti
P&Pnyang dilakukan oleh guru di luar bilik darjah.
vii. Kajian Masa Depan- Murid-murid mengambil
bahagian dalam penciptaan masa depan.
viii. Kaedah Kooperatif- Diaplikasikan dalam
kelas yang mengandungi murid-murid dari
pelbagai Budaya supaya mereka dapat belajar
secara berkumpulan dalam keadaad harmonis.
ix. Kaedah Kolaboratif- Kerjasama erat di
antara dua pihak atau lebih. Murid berusaha
untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Pedagogi Kelas Bercantum
Kelas Bercantum diwujudkan apabila bilangan
murid dalam satu tahun persekolahan adalah
kurang daripada 15 orang.
Biasanya, di kawasan pedalaman dan terpencil,
Kelas Bercantum masih wujud untuk
menyediakan peluang pendidikan ke seluruh
negara.
Kelas Bercantum wujud apabila bilangan murid
tidak melebihi 145 orang.
Bilangan guru termasuk guru besar tidak
melebihi 5 orang.

Seseorang guru akan mengajar lebih daripada satu
tahun persekolahan secara serentak dalam kelas
bercantum.
Guru menjalankan P&P secara berkumpulan.
Murid dari pelbagai kebolehan dikelompokkan dalam
kumpulan yang dibina.
Guru juga boleh menggunakan kaedah perbincangan.
Kaedah perbincangan kelas serta perbincangan dalam
kumpulan kecil digalakkan.
Guru perlu bijak menggunakan pengajaran kerana
terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri
murid.
Sosiolinguistik
Sosiolinguistik berasal daripada gabungan
sosio dan linguistik.
Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi
dengan Linguistik.
Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang
membincangkan dan menyusun teori-teori
tentang perhubungan masyarakat dan bahasa
yang dituturkan dalam komunikasi seharian.
Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik
adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang
terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil,
fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok,
sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi
bahasa.
Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan
seperti perbezaan bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris,
Arab, dll.
Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian
kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-
ciri gramatika, dll.
Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang
mutlak dan abstrak.
Bidang ini memberi pengertian umum,
rasional dan empirikel serta bersifat umum
(Soekanto, 1982).
Linguistik memiliki rumus-rumus yang
menjelaskan sistem, rasional, empirikel,
kenyataan struktur, penggolongan dan rumus
bahasa.

Kita menilai orang bukan hanya dengan apa
yang dituturkan oleh seseorang tetapi juga
bagaimana kedengarannya bahasa yang
diucapkan.
Timbulnya kesedaran baru dalam kalangan
ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak
boleh dipisahkan antara Perilaku Bahasa dan
Perilaku Sosial (Loveday, 1982).

Ahli linguistik Antropologi berpendapat
bahawa Bahasa dan Kebudayaan sebagai
keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu)
(Fishman, 1968).
. Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi
sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian.
. Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor
sosial seperti bahasa dialek, bahasa
pembakuan, perancangan bahasa, dll.
Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa
terhadap masyarakatnya.
Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai
masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang
wujud dalam masyarakat, dll.
Dell Hymes (1962), bahasa yang digunakan
seharian dalam perbicaraan melalui telefon,
bergurau, berbual kosong, dll dikenali sebagai
Etngrafi pertuturan (The Ethnography of
Speaking).
Kesemua yang dibincangkan tadi dapat
disimpulkan dalam 4 perkara:-
i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan sosial
tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual
ataupun statistik tetapi pada kenyataannya
dibangunkan dalam Proses Interaksi. Ahli
Antropologi menganalisis cerita dongeng, cerita
rakyat, teka-teki dan upacara keagamaan yang
terdapat dalam sesuatu masyarakat lama.
ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-
norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi
perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang
dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan
gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas
Atasan masyarakat Inggeris.
iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan
maklumat sosial bermula daripada bahasa loghat,
pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil
(1974), menunjukkan perbezaan sosial orang
Inggeris yang berasal dari Norway.
iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam
politik juga menjadi sasaran kajian
Sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie
Francaise secara rasmi menentukan apa yang
boleh diterima atau tidak dalam bahasa
Peranchis.
Pemurnian bahasa Jerman sewaktu
pemerintahan Nazi pernah diakukan sebagai
satu eksploitasi bahasa.
Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit
putih di New Zealand.
Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.
Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa pribumi ke
dalam kurikulum sekolah di negara-negara Afrika.
Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa
Nasional Indonesia seperti yang dinyatakan dalam
Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan
hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai
bilangan penutur yang jauh lebih ramai daripada
bahasa Melayu.

Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme dan
Multilingualisme adalah juga penting dalam
kajian sosiolinguistik.
Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada
kelompok-kelompok minoriti di pelbagai
negara.
Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam
amalan meminjam perkataan asing.

Konferens pertama Sosiolinguistik
berlangsung di University of California di Los
Angeles pada tahun 1964.
Salah satu hasil daripada konferens
dirumuskan oleh Dittmar (1976).
i. Identiti Sosial Penutur
ii. Identiti Sosial Pendengar dalam komunikasi
iii.Lingkungan sosial tempat peristiwa
perbicaraan berlaku.
iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial.
v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur.
vi. Tingkatan ragam linguistik.
vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan
sosiolinguistik.
. Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris digunakan dengan meluasnya.
. Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan kedua-
dua bahasa tersebut sebagai alat komunikasi dan
berinteraksi dalam pelbagai situasi secara rasmi dan
tidak rasmi.

You might also like