You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II

LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,


13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PROGRAM CANTIKNYA TULISANKU 1


LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NUR ANATI BINTI AZIZAN
PROGRAM : PISMP JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM CANTIKNYA TULISANKU
TEMPOH PELAKSANAAN : 11, 15 DAN 16 JULAI 2013

OBJEKTIF:
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1) Meningkatkan motivasi diri murid-murid pemulihan dan memperkukuhkan
sifat-sifat keberanian dan yakin diri di kalangan murid-murid itu sendiri.
2) Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan terlibat dengan aktiviti
sekolah agar mereka tidak merasa disisihkan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
Tarikh Peserta Tempat
11 Julai Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Kelas Pemulihan
15 Julai
16 Julai


REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Sepanjang bertugas sebagai naib pengerusi, saya mendapati tugasan
ini tidaklah begitu membebankan. Hal ini disebabkan saya mempunyai
ahli-ahli jawatankuasa yang sangat komited dengan tuas masing-
masing. Tambahan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru pembimbing kami iaitu, Puan Sazalinee Binti Ghazali yang
banyak membantu dan membimbing kami dalam menjayakan

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,
13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PROGRAM CANTIKNYA TULISANKU 2

pertandingan ini. Tanpa beliau, mungkin kami tidak dapat menjayakan
pertandingan ini dengan jayanya. Dengan adanya beliau, segala
urusan berkaitan dengan kertas kerja dan bahan-bahan pertandingan
dapat diuruskan dengan mudah. Oleh itu, saya bersyukur yang tidak
terhingga kerana mendapat guru pembimbing yang banyak memberi
tunjuk ajar dan membantu kami dalam menjayakan pertandingan ini.
Selain itu, faktor pengurusan yang cekap dan efisyen banyak memberi
masa yang secukupnya untuk saya menjalankan tugas. Syabas saya
ucapkan kepada pengerusi program, guru pembimbing dan rakan-
rakan ahli jawatankuasa yang lain.

Dari aspek kebaikan kepada murid, saya dapati murid sangat
berminat dengan aktiviti yang dijalankan. Kekuatan ini berpunca dari
sikap guru-guru yang penyayang dan sentiasa memberi sokongan
kepada murid untuk menyertai pertandingan ini. Walaupun tugasan
yang diberikan kepada murid nampak mudah di mata murid aliran
perdana, bagi anak-anak pemulihan ini, tugasan ini sangat mencabar.
Berkat sokongan guru, saya dapati murid berjaya menyiapkan tugasan
sebaik mungkin dan berasa berpuas hati terhadap hasil yang diberikan.
Oleh itu, dapat saya katakan bahawa kekuatan projek ini berjaya
membantu mencapai objektif pertandingan ini.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Sewaktu menjalankan projek ini, semuanya berjalan lancar. Namun
terdapat kelemahan dari segi pengurusan murid-murid. Anak-anak
pemulihan sangat berbeza sikapnya dengan murid-murid kelas aliran
perdana. Kesabaran yang sangat tinggi diperlukan dalam menguruskan
murid-murid ini. Program ini merupakan satu pertandingan yang
melibatkan penulisan murid. Jadi ada di antara murid-murid ini yang
tidak mahu menulis, mereka juga mengambil masa yang lama untuk
menyiapkan hasil penulisan mereka. pada waktu ini, saya memainkan

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,
13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PROGRAM CANTIKNYA TULISANKU 3

peranan yang penting dalam memujuk mereka untuk meneruskan
usaha mereka.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

di masa akan datang, jika saya ingin menjalankan pertandingan seperti ini, saya
akan cuba menyediakan bahan penulisan yang dapat menarik minat murid untuk
menulis. Hal ini bertujuan agar mereka tidak berputus asa dan semangat dalam
meneruskan pertandingan.

KESIMPULAN :

Secara keseluruhannya, projek ini sangat memberi makna kepada saya. saya tidak
pernah terfikir untuk jalankan pertandingan seperti ini kepada murid-murid
pemulihan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing kerana
sumbangan dan idea beliau banyak membantu kami dalam menjayakan projek ini.
Pengalaman dan ilmu baru ini akan saya manfaatkan apabila saya menjadi bakal
guru pemulihan kelak.

You might also like