You are on page 1of 17

BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2014

1

TUGASAN 1
1.0 PENDAHULUAN
TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dan dianggap sebagai tingkah laku
manusia melalui ucapan. Teori Huraian Bahasa mengkaji hubungan bahasa dengan
jiwa manusia, jenis-jenis bahasa, bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan
oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur. Aliran kajian
tatabahasa yang terkenal membahagikan Teori Huraian Bahasa kepada empat iaitu
aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif serta fungsional.
Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung
kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut. Teori Pemerolehan
Bahasa mengkaji bahasa sebagai alat komunikasi dan perubahan bentuk bahasa yang
berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi dan bahasa berkeupayaan menyampaikan
maklumat tentang penuturnya. Eleman dalam struktur bahasa ialah semantik bukan
hubungan sintaksis dari segi struktur bahasa.

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling
berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini ,
apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang
kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling
berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa.
Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

2

sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan
yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Strategi adalah merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan
tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.
Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang dan
melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat
atau kejayaan.
Kaedah ialah rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu bahan
bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan yang
diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk
memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah
kaedah.
Teknik ialah taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang
segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.


BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

3

KOMPONEN PENGAJARAN
Komponen Pengajaran merupakan beberapa bahagian utama dalam
melengkapkan proses pengajaran seseorang guru. Tujuh komponen pengajaran yang
telah digariskan iaitu kemahiran induksi, kemahiran menerang, kemahiran menyoal,
kemahiran menguasai variasi rangsangan, kemahiran menggunakan papan tulis,
kemahiran mengelolakan bilik darjah serta kemahiran penutup.
Dalam tugasan ini, tinjauan bacaan berkaitan Teori Huraian Bahasa dan Teori
Pemerolehan Bahasa, strategi pengajaran bahasa dan komponen Bahasa, telah
dilakukan dengan memilih tiga bahan jurnal berikut :
i) Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun : Satu Tinjauan
(Mohd Rasdi bin Saamah)
ii) Pelaksanaan Penyerapan Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran
(Yahya Othman, PhD & Roselan Baki, PhD)
iii) Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu
: Kedah Pemerhatian. (Zamri Mahamod & Nor Razah Lim)










BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

4

2.0 PETA MINDA
JURNAL/ARTIKEL 1 :
Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun (M. Rasdi Bin Saamah)

Pendahuluan
Pertumbuhan Bahasa kanak-kanak, ada 3 komponen : sintaksis, fonologi &
semantik
Umumnya Kanak-kanak mulai menggabungkan 2 kata pada umur 2 tahun.
Peringkat sintaksis : kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat terdiri 2 atau
lebih kata.
Peringkat fonologi : pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada
kanak-kanak. Berinteraksi dengan ibu bapa melalui bunyi cooing dan
membabel
Peringkat semantik : kanak-kanak mula memahami maksud ayat ujaran
atau diterimanya.
Pada usia dua tahun, perkataan pertama kanak-kanak - dipanggil
holofrasa- menggunakan satu atau dua patah perkataan mudah dalam satu
masa.
Perkataan pertama kanak-kanak berbeza daripada sebutan perkataan
orang dewasa.
Usia 2 tahun, kanak-kanak mulai menggabungkan perkataan menjadi ayat.
Ayat pertama kanak-kanak tidak mempunyai tatabahasa - lebih banyak
menggabungkan rangkaian perkataan biasa.
Kreativiti berperanan pada peringkat awal pertuturan kanak-kanak.


BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

5




Kajian bahasa kanak-kanak -menarik minat ahli bahasa dan ahli
psikolinguistik - tujuan utama kajian berbeza-beza.
Antara pengkaji : Chomsky (1957), Brown (1965), Langaker
(1968), Burling (1970), MacNeil (1970), Slobin (1971), Fishman
(1970).
Kajian meliputi pelbagai aspek - yang mempengaruhi pemerolehan
& perkembangan bahasa kanak-kanak serta pengaruh
persekitaran.
Di Malaysia - kajian lebih umum - antara pengkaji ialah Mangantar
Simanjuntak (1983), Atan Long (1963), Zulkifley Hamid (1990),
Abdul Rasid Ali, Puteri Roslina Abdul Wahid (1999).
Kajian Mangantar (1990) - tentang pertumbuhan bahasa Melayu
oleh bayi Melayu - hasil dapatan sama dengan Clark (1973 ; 1977)
Perbezaan dalam kajian - bayi-bayi yang diamati tidak pernah
melalui peringkat penyempitan erti kata sepertimana berlaku
dalam pemerolehan semantik bahasa lain (bahasa Inggeris).
Kajian Lepas
Memerhati & melaporkan penghasilan bahasa kanak-kanak
berusia dua tahun atau lebih dari segi penerimaan dan
pengeluaran ayat.
Objektif Kajian
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

6



Metodologi
Kajian
#Kajian kes tentang pemerolehan
bahasa kanak-kanak dari aspek
penerimaan & pengeluaran
(fokus kepada penguasaan
tatabahasa rumus ayat)
Kaedah Pungutan Data
# Kaedah pemerhatian- rakaman
pertuturan SF dalam 2 situasi :
1) pertuturan SF dengan SK
2) pertuturan SF dengan bapanya
# Kaedah pengukuran -
(pertuturan berasaskan buku
bergambar) kiraan Min Panjang
Ujaran (MLU).
# Pertuturan subjek kajian -
ditranskrip mengikut sebutan &
dianalisis

Subjek Kajian
# Seorang Kanak-kanak
lelaki (SF)
-usia 2 tahun 3 bulan
# Rakannya (SK)
-usia 2 tahun 4 bulan
(Keturunan Melayu & bertutur
bahasa Melayu Kelantan)
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

7





DAPATAN KAJIAN
AYAT-AYAT BENTUK
PENGELUARAN

- MLU SF bagi kedua-dua set
rakaman/situasi adalah hampir sama
iaitu 3.12 (set 1) dan 3.10 (set 2)
- SF berada pada tahap/Fasa III -
peringkat peralihan ke arah
penggunaan bahasa orang dewasa.

# SK mempunyai MLU 2.39 - Fasa II -
MLU pada tahap rendah.
AYAT-AYAT BENTUK
PENERIMAAN
-SF memahami ayat-ayat didengari
(bahasa matetik & holofrastik).
-SF juga fahami ayat-ayat
mudah/ringkas (telegrafik).
-SF telah melangkah ke peringkat
bahasa transisi / mula menguasai ciri-
ciri bahasa orang dewasa.

# SK pula berada pada tahap rendah -
banyak ujaran tidak dapat difahami
maknanya.
Tahap pengunaan satu @ dua patah
perkataan (telegrafik)
Aspek ayat memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa
kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang dewasa.
Pertumbuhan bahasa kanak-kanak akan meningkat apabila didedahkan
dengan lebih banyak pengalaman disekeliling.
Penguasaan ayat bagi kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada
penguasaan fonologi dan semantik dalam sesuatu bahasa.
KESIMPULAN
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

8

JURNAL/ARTIKEL 2 :
Pelaksanaan Penyerapan Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran (Yahya Othman
& Roselan Baki)





PENDAHULUAN

Penyerapan dalam
pengajaran Bahasa
Malaysia (BM) meliputi
unsur : ilmu, nilai &
kemahiran bernilai
tambah.
Penyerapan penting
untuk tujuan
memantapkan
penguasaan
pembelajaran BM pelajar.

Matlamat penyerapan
bukan semata-mata
penguasaan bahasa tetapi
meliputi pembinaan diri
pelajar.

Penggunaan kecerdasan
pelbagai dalam p&p BM
dapat mempertingkatkan
keupayaan bahasa pelajar.
Mengkaji persepsi sampel kajian berdasarkan pemahaman, persediaan
dan pelaksanaan terhadap aspek penyerapan dalam pengajaran BM.
OBJEKTIF KAJIAN
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

9







METODOLOGI
# Kaedah kajian : kaedah tinjauan secara deskriptif
# Pengumpulan data : melalui soal selidik
# Sampel Kajian : 60 orang guru BM sekolah rendah & menengah sekitar
Kajang, Cheras dan Seremban.
# Analisis Data : Secara inferens menggunakan min dan ujian t.
Dapatan kajian
menunjukkan sampel
kajian memahami
konsep penyerapan.
Kelemahan : Dari
aspek pendedahan dan
pelaksanaan unsur
penyerapan.
Penyerapan kecerdasan
pelbagai, masih pada
tahap sederhana.
DAPATAN
KAJIAN
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

10

JURNAL/ARTIKEL 3 :
Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu :
Kaedah Pemerhatian (Zamri Mahamod & Nor Razah Lim)






Tujuan penggunaan soalan - untuk guru menyampaikan kandungan pelajaran /
membantu pelajar mencapai keupayaan kognitif optimum / membolehkan
pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia ada & membandingkan maklumat
yang diperolehi / menggunakannya untuk penyelesaian masalah.
Dalam konteks P&P - penyoalan dapat menggalakkan interaksi guru dan pelajar
secara berkesan / dapat mencungkil pengetahuan pelajar & mengukuhkan
pelajaran yang disampaikan oleh guru.

PENGENALAN
Guru-guru kurang mahir dalam teknik penyoalan di dalam kelas
Guru lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional
Penyoalan guru pada aras kognitif rendah dan sederhana sahaja
Guru kurang menyerap aplikasi kemahiran berfikir
Ada sesetengah guru mengabaikan penggunaan kemahiran penyoalan
Aspek yang diabaikan guru ialah penglibatan pelajar dalam menyoal
PERNYATAAN MASALAH
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

11




TUJUAN KAJIAN
Untuk mengenalpasti teknik penyoalan guru Bahasa Melayu semasa proses P&P
di dalam kelas.
Untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan penyoalan dan kekerapan
penggunaan enam tahap kognitif Bloom.
Menemukan pola lingkaran soalan yang dikemukakan oleh guru-guru BM untuk
meningkatkan pemikiran pelajar semasa proses P&P.

KAEDAH KAJIAN
Kajian kes , berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dalam
proses pengumpulan data.
Borang bimbingan aras soalan kekerapan dan kemahiran penyoalan dibina oleh
pengkaji.
Senarai semak juga dibuat untuk memudahkan penyelidik menfokus dan
merekodkan tingkah laku yang dikehendaki sahaja.
Dua orang guru yang
mengajar Bahasa
Melayu
Guru 1:
berpengalaman 24
tahun
Guru 2:
berpengalaman 10
tahun
SAMPEL
KAJIAN
Instrumen Borang
bimbingan aras soalan
kekerapan dan kemahiran
penyoalan
INSTRUMEN
PEMERHATIAN
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

12







Data daripada borang dianalisis
Min daripada setiap kemahiran, aras dan bentuk soalan serta
lingkaran soalan diambil kira untuk dibuat kesimpulan
ANALISIS
DATA
Kekerapan menyoal oleh guru : guru yang dikaji
menggunakan kemahiran penyoalan pada tahap yang
sangat kerap. Tiada perbezaan kekerapan penggunaan
penyoalan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.
Terdapat beberapa komponen kemahiran penyoalan
yang terabai dalam proses P&P.
Aras Kognitif Bloom : soalan-soalan yang dikemukakan
oleh guru tertumpu pada aras rendah.
Lingkaran Soalan : Kedua-dua guru BM lebih banyak
menggunakan lingkaran soalan yang berkaitan dengan
tajuk yang dipelajari sahaja berbanding soalan berkaitan
individu atau persekitaran.
HASIL
KAJIAN
Kajian ini menunjukkan penyoalan merupakan proses yang penting dalam
P&P guru BM.
Guru-guru kerap menggunakan penyoalan, kemahiran penyoalan, aras
soalan dan lingkaran soalan dalam P&P.
Terdapat juga aspek kemahiran penyoalan, aras soalan dan lingkaran soalan
yang terabai dan kurang penekanan oleh guru-guru yang dikaji.
KESIMPULAN
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

13

3.0 ULASAN JURNAL/ARTIKEL
Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun : Satu Tinjauan
Berdasarkan jurnal ini, kajian telah dijalankan oleh Mohd Rasdi bin Saamah
mengenai pemerolehan atau pertumbuhan bahasa kanak-kanak yang berusia dua
tahun. Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis,
fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini tumbuh secara bersama-sama.
Pertumbuhan sintaksis bermula apabila kanak-kanak menggunakan ayat yang terdiri
dari dua kata atau lebih. Pada usia dua tahun kanak-kanak akan mula menggabungkan
dua kata. Bagi pertumbuhan fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi yang
bermakna bagi kanak-kanak seperti melakukan bunyi-bunyi tertentu (cooing) atau
membabel terhadap ibu bapa, menunjukkan komunikasi kanak-kanak kepada ibu
bapanya. Manakala peringkat semantik pula kanak-kanak faham maksud ayat yang
dikatakan atau diujarkannya dan ayat-ayat yang diterimanya.
Kanak-kanak menggunakan perkataan tunggal untuk membezakan seseorang
atau sesuatu benda dalam keadaan berbeza seperti menyebut ma untuk minta
didukung atau menunjukkan barang milik ibunya. Pada usia dua tahun kanak-kanak
mula gabung perkataan untuk menghasilkan ayat. Pada usia ini kanak-kanak tidak
mempunyai tatabahasa seperti orang dewasa tetapi mereka lebih banyak gabungkan
rangkaian perkataan biasa. Kreativiti memainkan peranan penting pada peringkat awal
pertuturan kanak-kanak.
Menurut Mangantar (1990) dalam kajiannya tentang pertumbuhan bahasa
Melayu oleh bayi Melayu mendapati kajiannya sama seperti kajian yang diperolehi oleh
Clark (1973; 1977) dalam teorinya yang disebut ciri semantik. Perbezaan yang ketara
dalam kajiannya ialah bayi-bayi yang diamatinya tidak pernah melalui peringkat
penyempitan erti kata sebagai biasa dilaporkan dalam pemerolehan semantik bahasa
lain, khususnya bahasa Inggeris.
Tujuan kajian yang dijalankan oleh Mohd Rasdi bin Saamah adalah untuk
memerhati dan menganalisis penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih dari
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

14

dua tahun dari segi penerimaan dan pengeluaran ayat. Kajian kes yang dilakukan ini
melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dirujuk sebagai SF berusia 2 tahun 3 bulan
dan rakannya SK berusia 2 tahun 4 bulan yang berketurunan Melayu, bertutur dalam
bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa ibundanya.
Kaedah pungutan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dengan
menggunakan rakaman pertuturan SF dan rakannya, SK serta rakaman pertuturan SF
dengan bapanya (AB). Kaedah pengukuran yang digunakan adalah berasaskan
mengenal gambar (picture identification). Instrumen kajian pula menggunakan Buku
Bergambar Awal. Kajian kes mengenai pemerolehan bahasa kanak-kanak berusia dua
tahun ini dilakukan dalam dua situasi atau disebut sebagai set 1 dan set 2. Pertuturan
subjek kajian dalam kedua-dua set ditranskripkan mengikut sebutannya.
Dalam rakaman set yang pertama, subjek kajian diletakkan dengan rakannya SK
di dalam sebuah bilik dan diberikan sebuah buku bergambar dan rakaman set yang
kedua subjek kajian diletakkan bersama bapanya (AB) menggunakan instrumen yang
sama. Semua ujaran SF yang diperoleh melalui rakaman diberi transkripsi dalam ejaan
fonemik dalam bentuk ortografik. Segala ayat-ayat yang didapati dalam dialog
dikategorikan dalam dua bahagian iaitu ayat yang difahami (receptive) dan kedua, ayat-
ayat yang dihasilkan melalui ujaran yang dikeluarkan (productive). Kedua-dua jenis ayat
tersebut dianalisis dari segi bentuk dan masalah pemahaman. Oleh kerana fungsi
bahasa adalah lebih penting dari sistemnya, maka analisis dilakukan berpusat kepada
maksud yang disampaikan oleh SF dengan melihat kepelbagaian cara yang digunakan.
Ayat dalam bentuk ujaran adalah ayat yang diujarkan oleh SF dan diterima oleh
orang lain. Pada permulaan kajian, pengkaji mendapati SF berada pada Fasa
Peralihan. Ayat yang dikeluarkan terdiri daripada pola satu kata, dua kata dan tiga kata
atau lebih. Menurut Hymes (1971), kanak-kanak belajar secara bertahap-tahap melalui
interaksi sosial yang disebut sebagai kebolehan komunikatif. Pengkaji mendapati unsur-
unsur bahasa matetik adalah dominan pada SF. Bagi ayat-ayat bentuk pengeluaran
tersebut, SF menggunakan bahasanya untuk memberikan nama atau menyebut benda-
benda, berdasarkan pengalaman hidup dunianya atau dengan mengagak-agak.
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

15

Berdasarkan contoh yang pertama SF banyak menggunakan ayat pola, dua kata
daripada jenis Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN
+FK) dan Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA). Menurut Braine (1976) perkataan
seperti ini dipanggil sebagai kata paksi. Pengkaji mendapati SF banyak menggunakan
perkataan ni (ini) digabungkan dengan kata nama lain seperti ni ajah (Ini gajah). SF
didapati dapat menyebut nama-nama binatang yang diketahuinya dalam dialek bahasa
pertamanya, berdasarkan pengalaman input orang dewasa atau melalui pendedahan
secara autentik atau visual. Walau bagaimanapun SF tidak dapat menamai binatang
yang tidak pernah dilihatnya dan telah mengeneralisasikan binatang-binatang tersebut
sebagai boh (lembu). SF menunjukkan perbezaan yang jelas pada ayat-ayatnya.
Subjek kajian, SF menggunakan ayat-ayat dengan tiga pola iaitu kata tunggal, dua kata
dan tiga kata seperti abah nak abit (abah nak keluar). Selain itu ujaran SF dapat
difahami melalui tekanan suara untuk menunjukkan sifat SF ingin tahu dan memerlukan
jawapan daripada orang yang berinteraksi dengannya. Bahasa pertuturan SF didapati
mula berubah daripada bentuk matetik kepada bahasa orang dewasa.
Ujaran SF menggunakan ayat-ayat yang lebih bermakna dan mempunyai ciri
linguistiK orang dewasa yang terdiri daripada makna semantik, tatabahasa leksikal dan
fonologi seperti abah ano ayi. abah? (abah, mana lori, abah?) yang jelas menunjukkan
ayat tanya yang digunakan dalam tatabahasa pertuturan orang dewasa. Menurut
pengkaji lagi, SF juga berjaya mengaitkan pengalamannya dengan menyatakan
bahawa dia pernah menaiki kereta api ke Kuala Lumpur bersama keluarga. Ciri-ciri dan
masalah pemahaman ayat-ayat produktif SF didapati pada usia 2.3 tahun, sudah mula
meninggalkan bahasa matetik atau holofrasa. Namun, bahasa yang digunakan SF
bercampuk-aduk antara ayat berbentuk telegrafik dan ayat pragmatik.
Berdasarkan kajian Mohd Rasdi, dua set rakaman pertuturan pengiraan Min
Panjang Ujaran (MLU) bagi SF dan rakannya SK, menunjukkan SF sudah berada pada
peringkat peralihan penggunaan bahasa orang dewasa berbanding SK, ini kerana SF
lebih banyak didedahkan kepada dunia luar. SF dapat memahami soalan yang
dikemukakan oleh bapanya secara berintonasi dan dibantu oleh isyarat atau visual.
Menurut Asmah (1986), salah satu dorongan bagi manusia untuk menggunakan bahasa
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

16

ialah memberi nama atau jenama label tentang apa yang dilihat pada persekitarannya.
Apabila bapanya AB menanyakan Itu apa?. SF dapat memberikan jawapan dengan
betul disokong pula dengan gambar objek tetapi adakalanya SF cuba menggunakan
groping untuk visual yang tidak dikenali. SF dapat memahami ayat-ayat yang
didengarnya serta mudah faham jika mendengar ayat yang mudah dengan merujuk
kepada benda atau pengalaman yang konkrit. Ternyata SF sudah mula menjalani
proses pemerolehan bahasa secara penerimaan selama lebih dari dua tahun. SF lebih
banyak menguasai tatabahasa dan juga sudah ada keupayaan berbahasa (language
competence).
Sebagai kesimpulannya, pengkaji merumuskan bahawa aspek ayat memainkan
peranan penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan
bahasa orang dewasa. Menurut Mohd Rasdi, kajiannya mendapati analisis ujuran bagi
SF memperolehi MLU 3.12 dalam set 1 dan MLU 3.10 dalam set 2 dan merumuskan
bahawa SF berada pada tahap normal dalam perkembangan penguasaan bahasa
kanak-kanak. Sebaliknya SK, rakan SF, didapati berada pada tahap penguasaan
bahasa yang lebih perlahan dan rendah walau pun berusia lebih tua satu bulan
daripada SF.
Berdasarkan jurnal yang dipilih ini, saya mendapati bahawa jurnal ini amat
bersesuaian dikaji dari segi pembelajaran kajian pertumbuhan bahasa kanak-kanak.
Beberapa cadangan yang dapat saya berikan bagi meningkatkan pertumbuhan bahasa
kanak-kanak yang berusia dua tahun dari segi pengiraan Min Panjang Ujaran (MLU)
ialah dengan mendedahkan kanak-kanak kepada lebih banyak pengalaman di sekeliling
sejak dari kelahirannya dengan bimbingan yang betul daripada ibu bapa. Secara
keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek ayat memainkan peranan
penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa
orang dewasa. Penguasaan ayat juga tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan
fonologi dan semantik dalam sesuatu bahasa. Analisis menunjukkan SF menunjukkan
satu tahap normal dalam perkembangan penguasaan bahasa kanak-kanak berbanding
SK. SF lebih banyak menggunakan ayat-ayat satu kata dan dua kata. SF telah cuba
menggunakan ayat yang berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan bergantung
BMM3117-KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2014

17

kepada fungsi yang hendak disampaikan. Walau bagaimanapun, SF masih terikat
dengan bahasa matetik dan telegrafik dan lebih mudah memahami ayat-ayat yang
didengarnya jika masih di dalam ciri-ciri penyederhanaan dan motherese.


4.0 RUJUKAN
BAHAN INTERNET :
1) http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft Word - Bahasa Kanak-Kanak
Jurnal IPGMTAA.pdf
2) http://www.medc.com.my/medc/journals/vol3/4. PELAKSANAAN PENYERAPAN
KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN.pdf
3) http://www.ukm.my/jpbm/pdf/51-65_Zamri,NorRazah_UKM.pdf
4) http://tugasan2u.blogspot.com/2013/08/panduan-membuat-ulasan-jurnal.html

BUKU :
Tuan Jah Tuan Yusof. (2010). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

You might also like