Pada waktu ini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yangberlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perludibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumiterpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini. Kealpaan manusia telahmenjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakinmeningkat. Kepupusan flora dan fauna telah berada dalam zon kritikal dan ia perludiambil serius selagi masih ada masa.
Definisi
Menurut Kamus Bahasa Melayu edisi kedua (1996), flora membawa maksud‘tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa”manakala fauna pula bermaksud ‘seluruh binatang yang hidup di suatu tempat”.Kepupusan pula menurut Kamus Bahasa Melayu ialah ‘habis lenyap’. Kepupusanflora dan fauna boleh didefinisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhandan haiwan semulajadi dari muka bumi.Folio ini akan membincangkan tentang punca-punca kepupusan flora danfauna, kesan-kesan kepupusannya dan langkah-langkah yang dianggap sesuaiuntuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan contoh-contoh yang diselitkan melibatkannegara kita sendiri, Malaysia.
Punca-Punca Kepupusan Flora dan Fauna
Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada kepupusan flora danfauna sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009Page 2