You are on page 1of 6

A ( Tugasan 1)

Pendekatan Sosio Saintifik


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Sains
Kelas : 1 JUJUR
Masa : 80 minit
Bab / Tajuk : 3 / Udara di Sekeliling Kita
Isu sosio-saintifik : Pencemaran Udara
Pendekatan : Pendekatan Sosio Saintifik
Tema : Jirim dan Alam
Bidang Pembelajaran : Udara di Sekeliling Kita
Objektif Pembelajaran : Menganalisa Kesan Pencemaran Udara dan Menyedari Kepentingan untuk Mengekalkan Udara yang Bersih
Hasil Pembelajaran : Murid boleh:
1. menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara,
2. memerihalkan bagaimana kehidupan jika tiada udara bersih,
3. mencadangkan cara mengekalkan udara supaya bersih,
4. mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah boleh:
1. menerangkan maksud pencemaran udara,
2. menyenaraikan contoh bahan cemar udara,

3. menyenaraikan sumber bahan cemar udara,
4. memerihalkan kesan pencemaran udara.

Kemahiran berfikir : 1. Menganalisis (KBAT)
2. Menilai (KBAT)
3. Menjana idea (KBAT)
4. Mengesan kecondongan (KBAT)
5. Membuat kesimpulan (KBAR)
6. Menghubungkait (KBAR)
7. Mengitlakkan (KBAR)

Sikap saintifik dan Nilai : Berfikir secara rasional, memerhati, berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab terhadap alam sekitar, berfikiran
Murni kritikal dan analitis, luwes dan berfikiran terbuka
Sumber Pengajaran : (1) Rujukan : Essential Science Form 1 (Yeap Tok Kheng)
dan Pembelajaran (2) Alat : Meja (10), Kerusi (10)
(3) Bahan : -

Fasa / Langkah
/ Masa
Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Komunikasi dan Nota


Fasa 1
Permulaan

(Cetusan Idea)

(15 minit)





Keratan akhbar, Berita Harian
Online: Rujuk lampiran A

Pelajar dibahagikan kepada 6
kumpulan

Guru mengedarkan keratan akhbar
kepada setiap kumpulan.

Guru meminta idea daripada murid
tentang isu yang ingin dibincangkan.










Pada pendapat anda, apakah isu semasa
yang ingin kita bincangkan pada hari ini?
Jawapan: Pencemaran Udara


Murid diminta untuk menerangkan
maksud pencemaran udara,
menyenaraikan beberapa bahan
cemar udara, menyenaraikan
beberapa sumber bahan cemar udara
dan memerihalkan kesan
pencemaran udara.














Murid diminta memerihalkan kesan
pencemaran udara.
Apakah maksud pencemaran udara?
Jawapan: Pencemaran udara dalah
peningkatan bahan asing di dalam udara
yang mengakibatkan ketidakselesaan dan
menjejaskan kesihatan pada benda hidup.

Senaraikan bahan dan sumber bahan
cemar udara.
Jawapan:
1. Asap: Kilang perindustrian, ekzos
kenderaan bermotor, pembakaran
terbuka
2. Debu: Kilang papan, kuari, kilang simen
3. Karbon monoksida: pembakaran bahan
api fosil, asap ekzos kenderaan bermotor
4. Karbon dioksida: pembakaran bahan api
dan sampah sarap
5. CFC: tin aerosol, peti sejuk, alat
penyaman udara
6. Sisa radioaktif: reaktor nukear

Apakah kesan pencemaran udara kepada
oranisma hidup dan alam sekitar?
Jawapan: mengurangkan proses
fotosintesis, mengotorkan bangunan,
merosakkan peparu, mengaburkan
pandangan, kesan rumah hijau,
memusnahkan lapisan ozon, kanser,
kecacatan fetus



















Fasa 2
Perkembangan

(Penstrukturan
dan aplikasi
idea)

(55 minit)







Menghadkan Jumlah
Kenderaan Bermotor Bagi
Setiap Isi Rumah



Guru memberikan kad kepada setiap
kumpulan. 3 kumpulan mewakili
pencadang, 3 kumpulan lagi
mewakili pembangkang.
Guru memberikan tajuk kepada
semua murid.
Setiap kumpulan harus memilih 3
orang ahli bagi mewakili kumpulan
masing-masing.































Garis panduan hujah:
1. Pencadang:
- menyokong tajuk
- menerangkan implikasi kepada
persekitaran daripada tindakan
menghadkan kenderaan bermotor bagi
setiap isi rumah
- memberi alternatif lain kepada
penduduk di Malaysia selain
menggunakan kenderaan bermotor
- membuat kesimpulan
2. Pembangkang:
- menolak tajuk
- menerangkan kesukaran yang dihadapi
kepada pengguna kenderaan bermotor
daripada tindakan menghadkan
kenderaan bermotor bagi setiap isi
rumah.
- memberikan hujah mengapa alternatif
yang dicadangkan oleh pencadang tidak
relevan / tidak realistik untuk penduduk
di Malaysia buat masa ini.
- membuat kesimpulan


Murid mengambil tempat. 2 minit
diberikan kepada mereka untuk
menulis idea bagi hujah masing-
masing.
setiap murid diberikan masa 2 minit
untuk mengutarakan hujah masing-
masing di hadapan kelas.







Kemahiran berfikir: menganalisis, menilai,
menjana idea, mengesan kecondongan,
membuat kesimpulan, menguhubungkait,
mengitlakkan.




Fasa 3
Penutup

(Refleksi)

(10 minit)







Lampiran A

You might also like