You are on page 1of 10

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013.

4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 176 176
KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB DI
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Siti Fatimah Saad

ABSTRAK

Kertas konsep ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pengajaran kemahiran menulis bahasa
Arab yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Arab di peringkat sekolah
rendah. Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh para
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berada selepas kemahiran
mendengar, bertutur dan membaca. Seseorang murid itu akan dikategorikan sebagai pelaar
cemerlang bahasa sekiranya telah dapat menguasai keempat-empat kemahiran tersebut. Turut
dibincangkan di dalam kertas konsep ini beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh guru
antaranya ialah langkah-langkah dalam mengajar kemahiran menulis kepada murid-murid.
Kaedah yang dibincangkan dalam kertas ini ialah kaedah latih tubi, kaedah tolak, tambah dan
kaedah Imlak. Tiga kaedah ini amat sesuai dilaksanakan kepada murid yang lemah. Gabungan
ketiga-tiga kaedah ini akan memberi impak yang baik kepada mereka. Penulis juga turut
mengutarakan beberapa cadangan untuk menggalakkan murid-murid lebih minat dan suka
kepada aktiviti menulis dalam pengajaran bahasa Arab.

PENDAHULUAN

Penulisan merupakan satu proses berterusan untuk memahami cara yang paling efektif dalam
berbahasa sebagai cara untuk berkomunikasi. Penulisan boleh menjadi satu cabaran, sama ada
menulis dalam bahasa ibunda masing-masing atau dalam bahasa kedua. Penulisan juga
meningkatkanpenguasaan bahasa kerana para pelajar mencuba pelbagai jenis perkataan batu,
ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak untuk berkomunikasi idea-idea mereka secara
lebih efektif dan untuk mempraktikkan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang dipelajari di
dalam bilik darjah. Menurut Zamri dan Mohamed Amin ( 2003 ), kemahiran menulis pelajar
ditingkatkan melalui kepelbagaian strategi kemahiran menulis. Strategi menulis yang pelbagai ini
dapat membantu para pelajar dalam aktiviti penulisan, terutamanya ketika peperiksaan.
Para pelajar menulis untuk satu jangka masa di dalam bilik darjah berdasarkan topik
yang diajarkan oleh guru mereka. Kemahiran menulis atau penulisan merupakan kemahiran
terakhir yang perlu dikuasai seseorang pelajar bahasa. Seseorang itu mungkin Berjaya dan
menguasai kemahiran bertutur dan membaca. Namun demikian apa yang ditutur dan ditulis
tidak akan berkesan jika tidak disampaikan dalam bentuk penulisan. Sokolik ( 2003 ) menyatakan
bahawa proses menulis saling berkaitan dengan kemahiran membaca dan bertutur dan tidak
dapat dipisahkan antara satu sama lain. Penulisan akan menjadi lebih baik sekiranya pembaca
atau penutur ( pelajar ) dapat menterjemahkannya dalam bentuk penulisan. Justeru, kemahiran
menulis ialah proses terakhir untuk seseorang itu meluahkan apa yang difikirkan, apa yang
dituturkan dan apa yang dibacakan dalam bentuk huruf-huruf yang dinamakan penulisan.
Di sekolah-sekolah, pengajaran kemahiran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang
terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.
Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului menulis tetapi ada kalanya kanak-
kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 177 177
sewaktu mereka menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidak elok kanak-
kanak disuruh menulis sebelum tahu membaca.

KEMAHIRAN MENULIS

Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berada selepas kemahiran mendengar, bertutur
dan membaca. Sokolik ( 2003 ) mendefinisikan kemahiran menulis kepada tiga kriteria, iaitu
seperti berikut :
1. Merupakan suatu tindakan fizikal dan mental.
2. Menulis adalah untuk meluahkan perasaan dan keinginan.
3. Suatu proses dan hasilan yang terbina daripada imaginasi, organisasi, draf, diedit dan
dibaca semula.
Muhammad Salim ( 2010 ) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai kemahiran yang
digunakan untuk tujuan berkomunikasi di tempat kerja, dalam situasi pendidikan dan untuk
tujuan kehidupan. Ab. Halim et al. ( 2010 ) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai satu
keupayaan pelajar membina dan mengarang ayat-ayat yang kompleks untuk melahirkan
perkara-perkara yang wujud di dalam minda mereka dengan menggunakan perbendaharaan
kata yang telah dipelajari sama ada melalui pembacaan teks ataupun memperolehnya daripada
kamus. Keadaan ini menggambarkan peningkaran penguasaan pelajar terhadap sesuatu bahasa
melalui kemahiran menulis. Malah menurut Azman Wan Chik ( 1994 ), kemahiran menulis
merupakan kemahiran yang sangat kompleks. Malahan menurut beliau lagi, kemahiran menulis
ini telah dipersetujui oleh ramai pendidik bahasa bahawa ia harus bermula hanya apabila
kemahiran yang lain sudah sebati dengan pelajar, terutama sekali pelajar-pelajar muda.

KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam
Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak semula
pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Berdasarkan Buku Panduan Am
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )( 2003 ), bahawa
setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalamann, tingkah
laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami konsep
pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran menulis
dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar. Pelabagai usaha telah dijalankan oleh KPM
bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program
kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis ( KIA2M ),
Program Literasi dan Numerasi ( LINUS ), dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (
PROBIM ).
Walaubagaimanapun, usaha sedemikian untuk pengajaran Bahasa Arab di sekolah
rendah tidak dijalankan. Tiada program khas yang dijalankan bagi mengatasi masalah murid yang
keciciran. Guru yang mengajar bahasa Arab itu sendiri yang perlu mempunyai inisiatif tersendiri
bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
Berbeza dengan bahasa lain, bahasa Arab mempunyai sistem tulisannya tersendiri.
Kebanyakan murid di sekolah rendah dapat mengetahui dan menghafal sesuatu kalimah dalam
bahasa Arab. Namun apabila diminta untuk menulisnya, terdapat banyak kesalahan ejaan yang
berlaku. Kesalahan ejaan di dalam penulisan akan mengakibatkan maklumat atau mesej yang
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 178 178
hendak disampaikan tidak tepat, lari dari maksud dan tidak boleh difahami. Ini adalah kerana
ciri-ciri ulisan Arab sangat memerlukan setiap ejaan ditulis dengan tepat bukan sahaja pada
bentuk huruf malah ketepatan juga perlu pada titik, simbol, syaddah dan lain-lainnya.

KESALAHAN-KESALAHAN BIASA DALAM TULISAN

Sekolah rendah merupakan peringkat asas pendidikan bagi seseorang individu. Tidak dinafikan
pada peringkat awal sebelum seseorang murid yang pandai menulis, sudah semestinya
melakukan kesalahan. Antara kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan yang belaku ialah :

Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
Jarak perkataan dengan perkataan selepasnya tidak seimbang, begitu juga dengan
kedudukannya, tegak dan condongnya.
Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.
Salah menulis huruf Arab sama ada boleh disambung atau tidak boleh disambung
Bentuk huruf Arab apabila berada di awal, di tengah dan dihujung perkataan
Tulisan huruf Arab sama ada di atas garisan mahu pun di bawah garisan.

KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB

Sebelum murid-murid diajar menulis, selalunya mereka telah dapat membaca. Sebagai
permulaan kepada kemahiran membaca, murid-murid perlulah diajar tentang huruf-huruf
bahasa Arab terlebih dahulu. Terdapat 28 huruf dalam bahasa Arab. Huruf-huruf ini boleh
dibahagikan kepada dua kelompok iaitu :

1. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain tetapi tidak pula boleh mencantumkan
huruf selepasnya. Terdapat 6 huruf yang bersifat demikian iaitu :
) (
2. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain sama ada di hadapan, di tengah atau
hujungnya iaitu 22 huruf baki daripada kelompok yang pertama.
) (

Selain dari itu, huruf-huruf Arab juga komplek kerana setiap huruf mempunyai sekuran-
kurangnya dua bentuk bergantung kepada kedudukannya dalam perkataan, iaitu sama ada
tunggal atau bercantum dengan huruf lain sama ada di awal, di tengah atau di hujung perkataan.
Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran kepada murid-murid iaitu dalam mengenal
pasti huruf atau menulisnya. Sebagai contoh :

Bentuk tunggal
Bercantum di awal
Bercantum di tengah
Bercantum di hujung

Begitu juga, dalam penulisan Arab terdapat perkataan-perkataan yang ditulis secara bercantum
seperti ( ia terdiri dari dua patah perkataan iaitu + ) tetapi pada masa yang sama
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 179 179
terdapat perkataan yang bila dibaca, ia seolah-olah satu perkataan tetapi sebenarnya dua patah
perkataan. Cara penulisannya pun ditulis berasingan. Sebagai contoh :
( )
Di samping itu, terdapat huruf bahasa Arab yang tidak mempunyai padanannya dalam
bahasa Melayu. Antara huruf tersebut ialah :
) (
Oleh itu, bagi murid yang pertama kali berjinak-jinak dengan bahasa ini, akan menghadapi
sedikit kesukaran dalam menyebut serta mengenal pasti bunyi huruf yang asing ini.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENGAJAR KEMAHIRAN MENULIS

Guru yang baik dan cemerlang mrupakan seorang guru yang bukan sahaja mementingkan
P&Pnya sahaja malah turut mengambil berat perkara yang berkaitan dengan P&P sebelum
sesuatu P&P itu dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah yag boleh diambil oleh guru
sebelum, semasa dan selepas mengajar. Iaitu :
Motivasi
Berikan kesedaran kepada murid-muridtentang tujuan pelajaran tulisan ketika sedang belajar
menulis.

Persediaan
Pastikan semua murid sudah bersedia untuk menulis. Periksan sama ada meja dan kerusi sesuai
atau tidak dengan murid-murid. Perhaikn dari segi bentuknya, tinggi rendahnya, jaraknya dari
murid-murid dan sebagainya.

Persembahan
Tunjukkan peringkat-peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di papan hitam. Sila
dapatkan perhatian murid. Tekankan mana-mana yang penting.

Pelaksanaan
Guru hendaklah melihat tulisan murid dan bagaimana mereka membuatnya. Semua peraturan
diikuti dengan baik dan tulisan dibuat dengan sempurna. Sekiranya terdapat murid yang tidak
mampu menulisnya dengan baik, pegang tangannya dan tunjuk cara yang betul.

Penilaian
Pilih kerja terbaik dan tunjukkan kerja itu kepada murid-murid lain. Galakkan mereka menulis
dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB

Menurut A. Kadir Hj. Ismail (1974) kaedah merupakan cara-cara yang diikuti oleh seseorang guru
untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid supaya mereka dapat mencapai kejayaan
dengan sepenuhnya, atau langkah-langkah yang diaturkan oleh guru sebelum ia masuk ke bilik
darjah untuk menjalankan tugasnya yang akan digunakan kepada murid-murid supaya mereka
menurut arahan dan perhatiannya. Guru telah menetapkan kaedah yang akan digunakan
terhadap murid-murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 180 180
tersebut nanti akan berjalan menurut kehendak guru. Guru juga akan dapat mengawal proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Ibnu Khaldun berpendapat kaedah-kaedah pengajaran merupakan teknik-teknik untuk
menyampaikan kandungan pengajaran kepada penuntut. Kaedah pengajaran ini hendaklah
sentiasa dikaji dan diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan pelajar
menerima bahan pembelajaran. Walau bagaimanpun, perubahan-perubahan itu hendaklah
mempunyai garis-garis yang dijadikan panduan. Ahmad Mohd. Salleh (1997) pula berpendapat
kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara
teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu pengajaran. Menurut Al-Qabisi, asas perkaedahan dalam pendidikan
dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pembahagian mata pelajaran, objektif setiap
mata pelajaran dan teknik dan pendekatan pengajaran.

1. KAEDAH LATIH TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yangdipelajari. Teknik
ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah yang
unik. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakannya sewaktu mengajar Rasullallah S.A.W
membaca ayat yang pertama turun. Baginda diajar membacanya berulangkali sehingga dapat
membacanya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah ini, iaitu yang
melibatkan corak pengajaran yang memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang
melibatkan lisan dan pergerakan otot.

1. Tujuan kaedah latih tubi

Murid-murid dapat menghafal perkataan-perkataan bahasa Arab dan mengingat huruf-huruf
dalam perkataan tersebut supaya apabila ditulis mereka tidak melakukan kesilapan. Secara tidak
langsung kaedah ini berkait rapat antara kemahiran membaca dan menulis.


2. Idea utama dan cara penggunaan :

Dengan menggunakan kaedah ini murid-murid dapat mengingat dan menulis perkataan yang
diajar oleh guru. Murid-murid perlu menyebut huruf-huruf dalam sesuatu perkataan secara latih
tubi.

3. Langkah-langkah penggunaan :

Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan guru-guru perlu meminta murid-
murid agar :
1. Menyebut perkataan yang diajar secara latih tubi
2. Latih tubi menyebut huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan yang diajar.
3. Berulang-ulang kali menyebutnya sehingga dapat menghafalnya
4. Setelah menghafalnya, minta murid-murid untuk menulis huruf-huruf yang terdapat
dalam perkataan berikut.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 181 181
5. Ini dapat memastikan tiada huruf yang tertinggal ketika menulisnya dan secara tidak
langsung dapat mengelakkan kesalahan ketika menulis perkataan tersebut.



4. Contoh Pelaksanaan :

Ketika mengajar kata bilangan 1. Murid-murid diminta menyebut secara latih tubi mengikut cara
atau arahan yang ditetapkan oleh guru.


( wau )
( alif )
( ha )
( dal )
1


( alif )
( sa )
( nun )
( alif )
( nun )
2

Teruskan pengajaran dengan kaedah latih tubi ini untuk topik-topik yang lain dan kaedah ini
amat berkesan kepada murid-murid yang lemah bahasa Arab terutamanya murid tahun satu.
Latih tubi ini juga boleh dilagukan untuk menarik lagi minta murid-murid.

2. KAEDAH TOLAK , TAMBAH

Pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah tidak dapat lari dari kaedah latih tubi
mengeja dan menyebut. Contohnya bilangan satu sehingga sepuluh, rata-rata murid tahun 1 di
semua sekolah rendah sudah menghafal kata bilangan tersebut. Cumanya apabila diminta untuk
ditulis, kebanyakannya melakukan kesalahan. Justeru strategi ini dibina untuk memudahkan para
guru untuk mengajar murid-murid menulis perkataan bahasa Arab yang diajar oleh guru
terutamanya murid-murid yang lemah.

1. Tujuan kaedah Tolak, tambah

Menyambung huruf-huruf bahasa Arab tunggal supaya membentuk perkataan mudah dalam
bahasa Arab.

2. Idea utama dan cara penggunaan :

Dengan menggunakan strategi tolak, tambah, murid-murid akan dapat menyambung huruf-
huruf bahasa Arab dan seterusnya dapat membentuk perkataan-perkataan serta menulisnya
dengan cara yang betul. Guru perlu meminta murid-murid agar mengingat enam huruf tolak ini.
Iaitu :

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 182 182




3. Langkah-langkah Pengajaran :

1. Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab tunggal yang diberikan.
2. Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut.
3. Letak tanda tolak ( - ) atau tambah ( + ) di belakang huruf-huruf tersebut. Jika huruf
tersebut merupakan salah satu daripada enam huruf tolak, maka tulis tanda ( - ) di
belakangnya. Dan sekiranya huruf itu selain daripada enam huruf tersebut, sila tuliskan
tanda tambah ( + ) di belakangnya.
4. Huruf tolak ( - ) maksudnya tidak boleh bersambung manakala huruf tambah ( + )
maksudnya boleh bersambung.
5. Sekiranya huruf-huruf bahasa Arab tunggal itu adalah huruf tolak, maka minta murid
anda ikut arahan berikut. Iaitu :






6. Sekiranya huruf-huruf hijaiyyah tunggal itu adalah huruf tambah, maka minta murid
anda ikut arahan berikut. Iaitu :








7. Huruf yang terakhir sekali tidak perlu diletakkan samada tanda tolak ( - ) atau tambah ( +
).

4. Contoh Pelaksanaan :
Sambungkan huruf-huruf hijaiyyah tersebut supaya membentuk kalimah.

1.
2. Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab tunggal yang diberikan.
3. Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut.
-
-
-
-
-
-
-
1. Tulis semula huruf itu.
2. Angkat pensil.
3. Tulis huruf selepasnya.
1. Tulis huruf tersebut.
2. Sambungkan dengan huruf selepasnya.
3. Panjangkan ke kiri
4. Jangan biarkan ekor huruf itu turun ke bawah garisan
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 183 183
4. Letak tanda tolak ( - ) atau tambah di belakang huruf-huruf tersebut. Murid hanya perlu
ingat enam huruf ini sahaja. Huruf-huruf selain daripada enam huruf tersebut, letakkan
tanda tambah ( + ) di belakangnya.



5. Guru perlu ingatkan murid-murid perkara-perkara ini.
1. Tulis huruf dan angkat pensil. Tulis pula huruf . Pastikan huruf
ditulis di atas garisan dan ingat huruf ini bertanda tambah maksudnya boleh
disambungkan dengan huruf selepasnya iaitu huruf . Kemudian sambungkan
pula huruf dengan huruf . Maka terbentuklah :



2. KAEDAH IMLAK

I ml a k b er maks ud pembac aan dengan s uar a yang l ant ang s es uat u sumber
(perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Kaedah imlak melibatkan dua kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara
mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan dan ayat
yang dibacakan oleh guru. Kaedah imlak berlaku selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini
memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Guru mengatur setiap
kata-kata yang diungkapkan dan murid menulis setiap kata-kata yang didengarinya. Guru
seharusnya menggunakan kaedah ini setiap kali di penghujung proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui adakah tercapai objektif P&P pada
hari tersebut.


KESIMPULAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam
P&P bahasa. Walaupun kemahiran ini berada ditingkat kemahiran yang terakhir, namun
kemahiran ini juga sama kepentingannya dengan kemahiran lain. Justeru para guru perlu
mengambil berat cara bagaimana untuk mengajar kemahiran ini dengan lebih berkesan. Ketiga-
tiga kaedah yang dibincangkan dalam kertas kerja ini diharap dapat membantu guru-guru bagi
memantapkan lagi pengajaran mereka dalam bahasa Arab terutamanya dalam kemahiran
menulis bahasa Arab. Ketiga-tiga kaedah ini juga dapat digunakan oleh guru-guru untuk
mengajar murid-murid yang lemah. Bukan sahaja kaedah yang diutamakan, guru juga perlu
mengambil berat perkara-perkara lain yang berkaitan dengan diri pelajar itu sendiri. Selain itu,
penulis juga menyarankan beberapa cadangan lain untuk menggalakkan murid-murid menulis
dengan baik antaranya ialah :
1. Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik.
2. Tulisan atau hasil kerja murid-murid yang difikirkan baik hendaklah dipamerkan di papan
kenyataan kelas.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 184 184
3. Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah dibetulkan melalui contoh-
contoh yang baik daripada guru.
4. Tulisan guru hendaklah baik dan kemas sebagai contoh.
5. Tulisan di kad-kad, di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk yang sama
supaya dapat dicontohi oleh murid-murid.


RUJUKAN

Abdullah Al-Amin Al-Namiy. 1994. Kaedah dan pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abdul Manan Ali. 2005. Bistari Jawi 4 Jam Kaedah Mananiyyah. Kuala Terengganu : Akademi Al-
Marbawi.

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah di luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1):112

Ahmad Mohd. Salleh 1997. Pendidikan islam: Fassafah, pedagogi dan metodologi. Fajar Bakti
Sdn. Bhd., Shah Alam.

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1):6787

Ghazali Yusri Abd Rahman. 2005. Kemahiran menulis tulisan Arab di kalangan pelajar-pelajar
UiTM : Kelemahan dan cara mengatasinya. Projek Penyelidikan, Universiti Teknologi
Mara.

Kamarudin Husin. 1988. Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan ). Petaling Jaya : Longman (M) Sdn.
Bhd.

Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi Pembelajaran Bahasa. Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Kamarul Shukri Mat The. 2008. Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan
pelajar sekolah menengah. Ringkasan Penyelidikan Siswazah, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Panel Penyemak Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka Karyawan Tamu Yayasan Warisan Johor.
2002. Pandai Jawi. Shah Alam : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Strategi pembelajaran bahasa pelajar sekolah
menengah. Jurnal Bahasa, 3(2): 263-319.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June
2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 185 185

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2010. Strategi
Pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris Pelajar Cemerlang : Inventori Strategi Belajar
Cara Belajar Bahasa .Bangi : Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like