You are on page 1of 5

SULIT

EKONOMI ASAS
KERTAS 2
JULAI
2009
2 JAM

PRA SPM 2009


SMA DAERAH BATANG PADANG
TINGKATAN 5

EKONOMI ASAS
KERTAS 2
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi ENAM soalan

2. Jawab TIGA soalan di bahagian A dan SATU soalan di bahagian B

3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan

_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak

Lihat sebelah
SULIT

1
BAHAGIAN A : Jawab mana-mana TIGA soalan sahaja.

1. (a) Gambar 1 menunjukkan sejenis barang ekonomi.

Gambar 1

Jelaskan ciri-ciri barang tersebut. (5 markah)

(b) ”Pendapatan bulanan Encik Dahlan adalah RM3000, sedangkan setiap bulan dia perlu membuat
pelbagai perbelanjaan”. Terangkan bagaimana Encik Dahlan dapat menyelesaikan masalah tersebut.
(8 markah)

Negara Ciri-ciri Sistem Ekonominya

A Kerajaan dan pihak swasta sama-sama memiliki sumber ekonomi

B Semua keputusan ekonomi dibuat oleh badan perancangan kerajaan

(c) Nyatakan sistem ekonomi di Negara A dan B (2 markah)

(d) Jelaskan persamaan antara kedua-dua sistem ekonomi di Negara A dan B dalam menyelesaikan :
i. Apa yang hendak dikeluarkan (2 markah)
ii. Berapa yang hendak dikeluarkan (2 markah)
iii. Bagaimana hendak dikeluarkan (3 markah)
iv. Untuk siapakah dikeluarkan (3 markah)

2. (a) Jelaskan perbezaan antara upah wang dan upah benar. (6 markah)

Mak Munah : “Anda hanya akan memperoleh pendapatan sekiranya anda bekerja”

(b) Setujukah anda dengan pernyataan Mak Munah? Jelaskan. (9 markah)

(c) i. Apakah yang dimaksudkan dengan faktor pengeluaran.


ii. Individu yang memiliki faktor pengeluaran akan menerima pendapatannya. Terangkan (10 markah)

3. Soalan ini berdasarkan kepada maklumat di bawah.


2
Pendapatan dan Perbelanjaan Encik Iskandar setahun RM

Elaun pengangkutan 3 000


Elaun perumahan 5 200
Elaun pembedahan ibu 3 000

Maklumat tambahan
Pelepasan cukai yang dibenarkan

1. Diri sendiri RM8 000


2. Isteri RM5 000
3. Anak RM800 seorang
4. Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja ( KWSP ) 11%
5. Rawatan ibu bapa maksimum RM5 000

Kadar Cukai Yang Dikenakan Oleh Kerajaan

1. RM2 500 pertama 3%


2. RM2 500 kedua 6%
3. RM5 000 berikutnya 9%
4. RM10 000 berikutnya 12%

a) Encik Iskandar mempunyai seorang isteri dan empat orang anak yang masih
bersekolah. Gaji bulanan yang diterimanya ialah RM2 500 dan bayaran zakatnya
setahun ialah RM 400.
Hitung pendapatan boleh guna Encik Iskandar. (10 markah)

b) Bagaimanakah Encik Iskandar menggunakan pendapatan boleh gunanya. (6 markah)

c) Bagi memastikan Encik Iskandar dapat merancang perbelanjaan mengikut pendapatannya,


beliau perlu menyediakan belanjawan peribadi. Jelaskan langkah-langkah penyediaan
belanjawan peribadi tersebut. (9 Markah)

4. Soalan 4 (a) berdasarkan pernyataan berikut.

Harga daging telah meningkat daripada RM11.80 sekilogram kepada RM15.00 sekilogram bagi
tempoh Oktober 2007 hingga Disember 2008 kerana musim perayaan. Ini menyebabkan
penternak-penternak lembu dan kambing bertindak menambahkan pengeluaran daripada
30 000 kilogram daging kepada 42 000 kilogram, tetapi persatuan pengguna seperti FOMCA
telah membantah kenaikan harga tersebut dan menyeru masyarakat memulaukan daging.
Langkah ini telah dikritik oleh kerajaan kerana dikuatiri boleh menyebabkan penternak-
penternak lembu dan kambing kebimbangan dan bertindak mengurangkan pengeluaran
daging.

(a) i. Hitungkan keanjalan harga penawaran dan tafsirkan keanjalan tersebut. (5 markah)

ii. Nyatakan faktor-faktor yang dikemukakan dalam petikan di atas yang mempengaruhi
penawaran daging. (2 markah)

iii. Selain faktor-faktor yang anda nyatakan di dalam (b) (ii), terangkan faktor lain yang
mempengaruhi penawaran daging. (6 markah)

(b) Jadual 1 menunjukkan penawaran jam tangan kanak-kanak oleh dua buah firma, Seng
Huat dan Xin Xin.

3
Harga (RM) Kuantiti ditawar oleh Kuantiti ditawar Penawaran
Seng Huat (unit) oleh Xin Xin (unit) pasaran (unit)

10 3 2
20 6 4
30 9 6
40 12 8
50 15 10

Jadual 1

i. Lengkapkan kolum penawaran pasaran bagi jam tangan kanak-kanak. (2 markah)

ii. Dengan menggunakan skala 1 cm: RM 10 pada paksi harga dan 1 cm:5 unit pada
paksi kuantiti, lukiskan keluk penawaran pasaran. (5 markah)

iii. Terangkan pembentukan keluk penawaran pasaran yang anda lukis.


di (a) (ii) (5 markah)

5. Rajah di bawah menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada Keluaran Negara
Kasar pada tahun 1960 dan 2004.

Peratus Sum bangan pelbagai Sektor Ekonomi kepada KDNK


60 Malaysia

50

40
sektor utama
30
sektor kedua
20 sektor ketiga

10

Tahun 0
1960 2004

(a) Sumbangan sektor manakah yang semakin menurun kepada KDNK negara. (1 markah)

(b) i. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan struktur ekonomi negara seperti
yang ditunjukkan dalam rajah di atas. (8 markah)

ii. Huraikan kesan yang timbul akibat daripada perubahan tersebut. (10 markah)

(c) Pada tahun 1960an Malaysia menghadapi banyak masalah kerana ekonominya terlalu
bergantung pada sektor utama. Terangkan masalah-masalah tersebut. (6 markah)

BAHAGIAN B : Soalan ini wajib dijawab. (25 Markah)

4
Badul, seorang usahawan ingin menggunakan ramai buruh secara bandingan dalam mengusahakan aktiviti
pengeluaran beliau di Negara X. Akan tetapi, penggunaan buruh di Negara X adalah mahal, maka Badul pun
menukar kaedah pengeluarannya dengan menggunakan lebih banyak mesin.

Badul telah mendapatkan maklumat daripada kawannya bahawa di Negar X, upah buruh adalah dua kali ganda
lebih tinggi dari Malaysia. Misalnya, bagi seorang kerani akaun biasa, gaji bulanan purata adalah dalam linkungan
RM1 200 hingga RM1 600 dan bagi mereka yang mempunyai kelulusan ijazah, gaji bulanan purata adalah antara
RM 3 000 hingga RM4 000.

Mengikut kawannya lagi, buruh di Negara X kerap mogok atau bersepanduk untuk menuntut upah yang lebih
tinggi. Baru-baru ini satu demonstrasi telah dijalankan oleh pekerja-pekerja di sector perkilangan supaya upah
mereka dinaikkan 20% memandangkan harga purata barang bagi kebanyakan barang telah meningkat.

Badul berasa bersyukur tinggal di Malaysia kerana kos buruh di Malaysia adalah tidak setinggi Negara X dan buruh
tidak mogok untuk menuntut upah yang lebih tinggi. Di Malaysia, kerajaan sentiasa memastikan buruh dijaga dan
menetapkan upah minimum untuk sesetengah pekerjaan.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.

(a) i. Apakah masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh Badul? Jelaskan. (4 markah)

ii. Nyatakan kaedah pengeluaran asal dan kaedah pengeluaran baru yang Badul ingin tukarkan. (2 markah)

iii. Pada pendapat anda, mengapakah kaedah pengeluaran baru yang ingin Badul tukarkan jarang digunakan
dalam negara yang mundur? (2 markah)

(b) i. Bagaimanakah upah buruh di Negara X ditentukan? (8 markah)

ii. Berikan empat faktor yang menyebabkan upah berbeza antara individu di Negara X? (4 markah)

(c) Apakah sebab ekonomi yang mendesak buruh menuntut upah lebih tinggi di Negara X? (5 markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like