You are on page 1of 6

SULIT

EKONOMI ASAS
KERTAS 2
OKTOBER
2009
2 JAM

PRA SPM 2 TAHUN 2009


SMA DAERAH BATANG PADANG
TINGKATAN 5

EKONOMI ASAS
KERTAS 2
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas ini mengandungi ENAM soalan
2. Jawab TIGA soalan di bahagian A dan SATU soalan di bahagian B
3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan
______________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak

Lihat sebelah
SULIT

1
BAHAGIAN A : Jawab mana-mana TIGA soalan sahaja.

1. a) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah firma.

Syarikat EF Sdn Bhd


Modal : RM100 000
Rancangan : membuka kedai telefon bimbit atau kedai kasut

Terangkan bagaimana Syarikat EF Sdn Bhd menyelesaikan masalah ekonomi. (5 markah)

b) Cahaya matahari dan lampu jalan merupakan dua barang penting bagi kehidupan manusia. Namun
begitu,terdapat perbezaan antara kedua-dua jenis barang tersebut. Dari segi ekonomi, terangkan
perbezaan itu. (8 markah)

c) i. Dalam sistem ekonomi kapitalis, pengguna dianggap sebagai “raja”. Mengapa? (3 markah)

ii. Yang berikut merupakan maklumat Negara Y

NEGARA Y  Kerajaan berkuasa penuh dalam membuat keputusan ekonomi


Namakan sistem ekonomi Negara Y dan terangkan sistem ekonomi tersebut dalam menyelesaikan
masalah asas ekonomi. (9 markah)

2. a) Jelaskan maksud perkara-perkara yang berikut :


i. Potongan wajib (2 markah)
ii. Pendapatan boleh cukai (2 markah)
iii. Belanjawan peribadi (2 markah)

b) i. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran pindahan (1 markah)


ii. Terangkan tiga cara individu memperoleh bayaran pindahan (7 markah)

c) Jadual di bawah ini menunjukkan pendapatan individu, pendapatan boleh guna,


perbelanjaan penggunaan, tabungan dan potongan wajib

Pendapatan Pendapatan Perbelanjaan Tabungan (RM) Potongan Wajib


Individu (RM) Boleh Guna Penggunaan (RM)
(RM) (RM)

1000 800 600 (A) (B)

(C) 1000 (D) 300 200

2000 (E) 1000 400 (F)

2
i. Hitung nilai A, B, C, D, E dan F (3 markah)
ii. Nyatakan dan terangkan secara ringkas komponen potongan wajib (8 markah)

3. a) i. Nyatakan dan terangkan empat fungsi wang. (8 markah)


ii. Jelaskan fungsi bank pusat sebagai juruwang kepada kerajaan. (6 markah)

b) Maklumat yang berikut merujuk kepada situasi ekonomi sebuah negara.

Stok barangan berkurang


Kebanyakan harga barang meningkat
Huraikan empat cara bank pusat mengawal situasi ekonomi tersebut. (8 markah)

c) Jelaskan deposit semasa yang disediakan oleh bank perdagangan (3 markah)

4) a) Jadual menunjukkan pasaran bagi barangan.

Harga (RM) Firma A (unit) Firma B (unit) Individu X (unit) Individu Y (unit)

10 4 1 9 29

20 6 4 7 25

30 8 7 5 21

40 10 10 3 17

50 12 13 1 13

i. Hitung penawaran dan permintaan pasaran bagi barang tersebut. (5 markah)


ii. Dengan menggunakan skala 2cm mewakili RM10 pada paksi menegak dan 2cm
mewakili 5 unit pada paksi mendatar, lukis keluk permintaan dan penawaran pasaran
bagi barang M. (8 markah)
iii. Terangkan bagaimana keseimbangan pasaran barang dicapai. (5 markah)

b) i. Nyatakan pasaran yang terdapat dalam aliran pusingan pendapatan


dalam ekonomi dua sektor. (1 markah)
ii. Bezakan antara aliran wang dengan aliran fizikal. (6 markah)

5. a) Jadual di bawah ini menunjukkan Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran (RM juta)
pada tahun 2008

Akaun Semasa Imbangan Pembayaran (RM juta)

Eksport Import
Barangan
Pengangkutan 659143 559544
Perjalanan 24121 43223
Pendapatan Pelaburan 49000 20396
Pampasan pekerja 29870 48576
Urus niaga kerajaan 5654 6922
587 978
3
Pindahan semasa 1364 18785
Perkhidmatan lain 28413 42169

Jelaskan kedudukan akaun berikut :


i. akaun dagangan (2 markah)
ii. akaun perkhidmatan (2 markah)
iii. akaun pendapatan (2 markah)
iv. akaun semasa (2 markah)

b) i. Apakah maksud perdagangan antarabangsa? (1 markah)


ii. Berikan lima perbezaan antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan (10 markah)
antarabangsa.
iii. Terangkan tiga jenis imbangan dagangan (6 markah)

Bahagian B
[25 markah]

Bahagian ini wajib dijawab.


4
6. Syarikat Nusa Pesona pengedar barangan pengguna untuk pasaran tempatan.Antara barangan yang
paling laris ialah pinggan mangkuk dan minyak sawit.Nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi pinggan mangku
ialah 2.0 dan minyak sawit ialah 0.5.Berdasarkan pekali keanjalan harga permintaan barang tersebut, pihak
syarikat telah membuat keputusan menaikkan harga pinggan mangkuk dan menurunkan harga minyak sawit bagi
memaksimumkan untung.

Untuk menampung kekurangan bekalan minyak sawit tempatan Syarikat Nusa Pesona perlu mengimport
sebanyak 2000 tan metrik sebulan sama ada dari Thailand atau Indonesia.Di Indonesia harga 1 tan metrik ialah 80
000 rupiah dan di Thailand 3 200 baht.

Kadar pertukaran bagi kedua-dua adalah seberti berikut:

Ringgit Malaysia Mata Wang Asing

1.00 10 Baht Thailand

1.00 250 Rupiah Indonesia

Tarif yang dikenakan ke atas minyak sawit Thailand ialah 20% dan kos pengangkutan ialah 300 Baht
setiap tan metrik.manakal tariff yang dikenakan ke atas Indonesia ialah 18% dan kos pengangkutan ialah 6 500
Rupiah setiap tan metrik.

Syarikat Nusa Peosna melalui persatuan pengimport minyak sawit memohon kepada kerajaan supaya tarif
ke atas pengimport minyak sawit dikecualikan.Syarikat Nusa Pesona yakin akan mendapat kelulusan kerajaan
walaupun tindakan pengecualian tariff minyak sawit akan memberi pelbagai implikasi terhadap pengeluar tempatan
dan kerajaan.

Berdasarkan kes di atas jawab soalan berikut:

(a) Bagi mencapai matlamat memaksimumkan untung,Syarikat Nusa Pesona telah menaikkan harga
pinggan mangkuk dan menurunkan harga minyak sawit. Adakah anda setuju dengan tindakan
tersebut? (9 markah)

(b) i. Hitungkan kos pengangkutan minyak sawit dari Thailand dan Indonesia dalam sebutan Ringgit
Malaysia. (4 markah)
ii. Tentukan dari negara manakah Syarikat Nusa Pesona akan mendapat bekalan minyak sawit. Berikan
alasan anda. (4 markah)

(c) Perincikan kesan ke atas pengimport, pengeluar tempata, dan kerajaan jika permohonan persatuan
pengimport minyak sawit diluluskan oleh kerajaan. (8 markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

5
6

You might also like