You are on page 1of 12

SULIT

EKONOMI ASAS
KERTAS 1
JULAI
2009
1 ¼ JAM

PRA SPM 2009


SMA DAERAH BATANG PADANG
TINGKATAN 5

EKONOMI ASAS
KERTAS 1
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi EMPAT PULUH soalan objektif

2. Jawab SEMUA soalan

3. Penggunaan kalkulator elektronik biasa dibenarkan

_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 0 halaman tidak bercetak

Lihat sebelah
SULIT
Jawab soalan-soalan berikut dan pilih jawapan yang betul.

1. Berdasarkan ilmu ekonomi,apakah rumusan anda?

A. Masalah kekurangan wujud kerana manusia tidak dapat menyusun kehendaknya yang banyak.
B. Masalah kekurangan wujud kerana manusia terlalu memilih.
C. Masalah kekurangan wujud kerana sumber yang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk
memuaskan semua kehendak manusia.
D. Masalah kekurangan wujud kerana masyarakat sangat mementingkan kebahagiaan di dunia.

Kereta Kelisa kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih


kereta Myvi yang memaksimumkan kepuasan.

2. Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu?

A. Seorang guru
B. Pemilik kilang kereta
C. Kementerian pengangkutan malaysia
D. Memenuhi kehendak dan keperluan diri

3. Antara berikut,yang manakah mengalami masalah kekurangan sumber?

І Buruh
II Udara
III Galian
IV Angin
A. I dan II C. II dan III
B. I dan III D. II dan IV

4. Dari pandangan ilmu ekonomi,usahawan tersebut telah melakukan

I pemilihan jenis barang


II penetapan bilangan barang
III pemilihan cara pengeluaran
IV penentuan corak agihan barang
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV
Seorang usahawan telah menetapkan dua buah
mesin kilangnya untuk mengeluar kerusi dan meja
bagi kegunaan sekolah-sekolah rendah di daerahnya.

5. Dalam sistem ekonomi kapitalis masalah asas ekonomi ‘apa yang harus
dikeluarkan ‘ ditentukan oleh

A. penggunaan faktor pada masa dulu C. Keputusan kerajaan


B. keperluan negara D. Corak perbelanjaan pengguna

6. Sistem ekonomi kapitalis sentiasa mengagungkan pengguna hingga mereka dianggap


sebagai raja. Mengapakah peranan pengguna begitu penting dalam sistem ini?

A. harga barang ditentukan oleh pengguna


B. pengguna menentukan keuntungan yang bakal dipeoleh
C. tanpa pengguna barang-barang tidak dapat dijual
D. pengguna mempunyai kuasa untuk membeli dan memilih barangan

7. Antara berikut, yang manakah merupakan persamaan antara sistem ekonomi kapitalis
dengan sistem ekonomi campuran

A. kebajikan rakyat diutamakan


B. agihan pendapatan lebih setara
C. pembaziran sumber ekonomi tidak berlaku
D. harga faktor pengeluaran ditentukan oleh mekanisme faktor

8. Antara berikut, manakah yang merupakan ciri-ciri sistem ekonomi campuran

I tiada campur tangan kerajaan


II individu tidak mempunyai kuasa keagungan
III agihan pendapatan menjadi lebih setara
IV cukai dan mekanisme harga menyelesaikan peruntukan sumber
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

9. En.Chong menyimpan RM5 000 dalam akaun simpanan tetap pada 1 April 2008. Beliau
diberi kadar faedah 4% setahun. Kirakan jumlah faedah En.Chong pada 30 Mac 2009.
A. RM200
B. RM150
C. RM100
D. RM50
Pendapatan boleh guna: RM 1,800
Belanja dapur : RM 300
Minyak kereta : RM 150
Cukai pendapatan : RM 50
Premium insurans : RM 100
Lain-lain perbelanjaan : RM 500

10. Butiran di atas adalah berkaitan pendapatan dan perbelanjaan Encik Zhaffian dalam bulan Januari 2008.
Berapakah jumlah tabungan dapat dibuat oleh Encik Zhaffian dalam bulan itu.
A. RM600 C. RM550
B. RM700 D. RM1,100

Jawatan Gaji

Eksekutif pemasaran RM2 000

Guru RM2 800

Pegawai bank RM2 500

11. Berdasarkan jadual di atas perbezaan upah mungkin disebabkan


I minat
II kemahiran
III kelayakan
IV bebanan tanggungjawab
A. I, II dan III C. 1, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

12. Apakah hubungan antara perbelanjaan penggunaan dengan pendapatan boleh guna
A. positif
B. negative
C. tidak tetap
D. tiada hubungan

13. Di antara berikut yang manakah tujuan kerajaan menggalakan kakitangan kerajaan mencarum
dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)

I. Untuk hari tua


II. Tujuan pembelian rumah
III. untuk melancong
IV. Untuk berbelanja
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
Butir-Butir RM

Diri RM 8000

Isteri RM 3000

Anak bawah umur 18 tahun RM 800 seorang

Anak di Universiti tempatan RM 3200 seorang

Anak di Universiti luar negara RM 1600 seorang

Perubatan ibu bapa RM 5000 maksimum

Caruman KWSP RM 5000 maksimum

Jadual 1
14. Berdasarkan jadual 1, jika Encik Hanafi mempunyai pendapatan sebanyak RM 30 000 setahun, berapakah
jumlah pelepasan cukai untuk 3 orang anak yang masih bersekolah.

A. RM25500 B. RM27600 C. RM2400 D. RM1200

15. Apakah kegunaan Perbelanjaan Peribadi

A. Membeli barangan tahan lama dan tak tahan lama


B. Membeli barangan kehendak
C. Melancong
D. Menabung

16. Yang manakah kepentingan belanjawan peribadi

I. Untuk Menabung
II. Untuk mengelakan inflasi
III. Untuk tujuan masa depan
IV. Untuk tujuan kecemasan
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. IV sahaja

17. Apakah objektif penggunaan isi rumah?

A. Membeli barang yang diingini


B. Memilih barang yang berkualiti
C. Membeli barang dengan kuantiti yang maksimum
D. Memilih barang yang memberi utiliti maksimum
18. Rajah 1 menunjukkan pergerakan B ke C di sepanjang keluk permintaan (DD).

Harga (RM)

Kuantiti

Pergerakan dari B ke C berlaku disebabkan

A kenaikan harga barang itu


B kejatuhan harga barang itu
C kenaikan harga barang penggenap
D kejatuhan harga barang penggenap

19. Jadual menunjukkan hubungan antara harga dan permintaan terhadap motosikal tempatan berjenama
Krissi bagi bulan April dan Ogos 2005.

Bulan Harga Seunit (RM) Kuantiti Diminta ( Unit )

April 2005 3 600 17 000

Ogos 2005 3 600 37 000

Faktor manakah yang mempengaruhi perubahan permintaan motosikal itu pada bulan Ogos 2005
berbanding bulan April 2005?

I Harga petrol telah meningkat


II Cukai motosikal import dinaikkan
III Pendapatan boleh guna individu merosot
IV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkan

A. I dan III C. II dan III

B. II dan IV D. I dan IV
20. Jadual menunjukkan permintaan komputer riba dari tahun 2004 hingga 2006.

Jumlah Permintaan

Tahun Harga Seunit (RM) Komputer Riba ( Unit )

2004 3 500 30 000

2005 3 000 50 000

2006 3 200 40 000

Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer riba apabila harga meningkat daripada
RM 3 000 kepada RM 3 200.

A. 3.00 C. 4.00

B. 3.75 D. 4.50

21. Kenaikan harga teh sebanyak 10% telah menyebabkan permintaan jatuh sebanyak 20%. Berapakah nilai
keanjalan harga permintaan teh?

A. 0.5 C. 5.0
B. 2.0 D. 15

22. Rajah 3 menunjukkan perubahan keluk permintaan barang S.

Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan keluk permintaan berubah dari DoDo ke D1D1?

I Peningkatan dalam cita rasa pengguna


II Peningkatan cukai ke atas barang S
III Pertambahan pendapatan pengguna
IV Kenaikan harga barang penggenap

A. I dan II C. II dan IV

B. I dan III D. III dan IV

23. Jadual di bawah ialah hubungan harga sesuatu barang dengan kuantiti diminta:
Harga (RM) Permintaan (Unit)

3 25

4 20

5 23

6 18

7 16

Berdasarkan perubahan harga dan permintaan dalam Jadual yang manakah bercanggah dengan hukum
permintaan?

A. Dari RM3 ke RM4 C. Dari RM4 ke RM5


B. Dari RM5 ke RM6 D. Dari RM6 ke RM7

24. Keanjalan harga permintaan adalah tidak anjal jika …

A. perubahan kuantiti melebihi perubahan harga


B. peratus perubahan kuantiti kurang daripada perubahan harga
C. peratus perubahan kuantiti melebihi peratus perubahan harga
D. peratus perubahan kuantiti kurang daripada peratus perubahan harga

25. Firma ialah satu unit ekonomi yang

A. merancang untuk mencapai kos minimum


B. merancang untuk mencapai untung maksimum
C. membekalkan faktor-faktor pengeluaran kepada isi rumah
D. menguruskan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

26. Jadual dibawah menunjukkan kos berubah Firma Z pada pelbagai tingkat pengeluaran.

Kuantiti ( unit ) Kos berubah (RM)

20 300

40 400

60 450

80 500

Andaikan kos tetap Firma Z ialah RM800 pada tingkat keluaran berapakah kos purata paling
rendah ?
A. 20 unit B. 40 unit C. 60 unit D. 80 unit
27. Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan peningkatan penawaran kereta
nasional ?
I Penemuan teknologi baru
II Penurunan cukai jalan
III Penurunan harga kereta nasional
IV Penurunan kos bahan mentah yang diimport

A. I, II, dan III C. 1, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

28. Antara berikut, yang manakah benar untuk kos tetap ?

I kos tetap ialah pembayaran terhadap penggunaan input tetap


II kos tetap tidak berubah secara langsung dengan tingkat output yang dikeluarkan
oleh sesebuah firma
III kos tetap merupakan kos yang mesti ditanggung oleh firma walaupun output
kosong
IV kos tetap hanya wujud dalam jangka masa pendek saja
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

29. Perbezaan utama antara pengeluaran jangka pendek dengan pengeluaran jangka panjang
Ialah
I kewujudan input tetap
II kemampuan firma mengubah output
III pengeluaran secara berterusan
IV semua input boleh berubah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

30. Apakah objektif utama sesebuah firma?

A. Memaksimumkan keuntungan
B. Meningkatkan taraf hidup
C. Maksimumkan keuntungan dan taraf hidup
D. Semua tidak berkaitan

31. Manakah antara berikut bukan cara bank pusat mengatasi masalah
inflasi?
A. Meningkatkan cukai tak langsung
B. Menaikkan kadar faedah pinjaman
C. Menaikkan kadar rizab berkanun bank perdagangan
D. Menjual surat jaminan kerajaan kepada bank perdagangan

32. Peranan syarikat insurans kepada pembangunan ekonomi Negara ialah

A. memberi pinjaman kepada pemegang polisi


B. menerima deposit daripada orang perseorangan
C. memberi perkhidmatan perlindungan kewangan
D. membiayai projek-projek pelaburan dan pembangunan

33. Semasa inflasi, bank pusat akan mengetatkan syarat sewa beli.
Apakah kesan tindakan tersebut kepada pengguna?
I Kadar faedah yang rendah dikenakan atas pinjaman
II Ansuran bulanan dibayar lebih tinggi
III Wang pendahuluan dibayar lebih tinggi
IV Ansuran dijelaskan dalam tempoh lebih panjang

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
34. Antara berikut, keadaan yang manakah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan kesemua wang caruman?
I En. Halim telah diberhentikan kerja
II En. Siva telah meninggal dunia
III Puan Siti berhijrah ke Australia
IV En. Liew disahkan telah hilang upaya oleh doktor panel KWSP

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

35. Pernyataan berikut merupakan sumbangan institusi kewangan bukan bank terhadap
negara kecuali
A. menggalakkan pelaburan C. mengurangkan pinjaman luar negara
B. meningkatkan guna tenaga D. mengawal kestabilan nilai mata wang
36. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah institusi kewangan bukan bank

 Premium ahli digunakan untuk membayar pampasan


 Ahli boleh membuat pinjaman

Namakan institusi kewangan itu.

A. Syarikat Insurans
B. Syarikat Kewangan
C. Lembaga Tabung Haji (LTH)
D. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

37. Diandaikan kerajan telah memutuskan untuk meningkatkan kadar caruman KWSP bagi
majikan dan pekerja.
Antara berikut yang manakah kesan daripada tindakan kerajaan tersebut?
I Kadar inflasi meningkat
II Jumlah tabungan orang ramai meningkat
III sumber pinjaman dalam negeri meningkat
IV Pendapatan boleh guna isi rumah meningkat

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
38. Antara berikut yang manakah bukan kelebihan yang didapati daripada perkhidmatan
Lembaga Tabung Haji?
A. Simpanan dijamin oleh kerajaan
B. Pulangan atas pelaburan adalah tetap
C. Zakat dibayar bagi pihak penyimpan
D. Deposit dilaburkan ke bidang-bidang yang halal

39. Antara berikut yang manakah bukan tujuan kerajaan menjual surat jaminan kepada
orang ramai dan juga institusi kewangan?
A Mengurangkan tekanan kemelesetan ekonomi
B Mengurangkan peredaran wang dalam ekonomi
C Mendapatkan pinjaman wang daripada masyarakat
D Mengurangkan permintaan orang ramai dalam ekonomi
40. Antara tindakan kerajaan berikut, yang manakah sesuai untuk membendung inflasi?

I Menangguhkan projek-projek pembamgunan yang mewah


II Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam
III Kerajaan menaikkan kadar duti import, cukai eksais dan cukai jualan
IV Kerajaan menambahkan pemberian subsidi dan memberi bantuan kewangan
kepada penganggur

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like