• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 "LAGI-lagi fasal kencing manis. Tiada topik lainkah yang hendak dibincangkan.Jemulah. Asyik ulang perkara sama saja," keluh seorang teman apabila menyertaisembang-sembang minum petang beberapa hari sebelum Ramadan sambil memesanteh tarik lebih susu. Kata-katanya memang benar kerana isu kencing manis terlalu kerap diperkatakan,tetapi ia belum mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit ini,terutama di kalangan golongan sihat. Ramai masih beranggapan mereka tidak akan mendapat kencing manis, walaupun tahumempunyai risiko kerana ada ahli keluarga terdekat menghidap penyakit itu.Malah, ramai masih tidak bersedia mengubah gaya hidup dan pemakanan ke arah lebihsihat sebagai persediaan mengelak serangan kencing manis. Walaupun dikategorikan sebagai penyakit kronik yang lazim dengan catatan 1.2 jutapesakit di negara kita, kebanyakannya tidak sedar mereka menghidap kencing manishinggalah gejala penyakit menjadi buruk. Tahun ini saja, dianggarkan negara kita akan mencatat 650,000 kes baru. dan bilanganpesakit yang dirawat di hospital kerajaan akibat komplikasi kencing manis meningkat100 peratus daripada 21,872 pesakit pada 1995 kepada 41,375 pada 2005. Kencing manis adalah penyakit zaman moden yang paling nyata dan menjadi puncakematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10saat akibat kencing manis. Sehingga kini kira-kira enam peratus penduduk dunia atau lebih 230 juta orangmenghidap kencing manis dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 350 juta dalammasa 20 tahun jika gaya hidup sekarang masih dikekalkan. Antara komplikasi kencing manis mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil)seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakithilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkanrisiko kaki dipotong. Sementara komplikasi makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudahberlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular.Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). Ia mengakibatkan aliran darah ke kaki berkurangan dan melambatkan penyembuhanluka. Sel kaki yang tidak menerima bekalan oksigen (dari darah) akan mati danmembentuk gangren. Lebih membimbangkan, sakit jantung biasanya datang dalamsatu pakej bersama kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.
 
 Di kalangan pesakit kencing manis, 55 peratus kes kematian disebabkan komplikasikardiovaskular (jantung), paras gula tidak terkawal (13 peratus), kanser (13 peratus)dan penyakit lain (19 peratus). Lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis,lebih tinggi risikonya mendapat komplikasi penyakit. Semua komplikasi ini berpunca daripada kegagalan pesakit mengawal paras gula darahdan ini adalah cabaran paling besar dalam merawat kencing manis. Malah, ini jugasebabnya pesakit perlu bersikap proaktif dalam mengawal penyakit mereka, kataPerunding Endokrinologi, Profesor Datuk Dr Mafauzy Mohamed. Teras rawatan kencing manis kini ialah melalui penjagaan makanan dan bersenam,tetapi ramai pesakit memerlukan beberapa jenis ubat dengan mekanisme berbezasupaya dapat membantu menguruskan penyakit sampingan yang timbul. Meskipun mengambil ubat, dua daripada tiga pesakit masih tidak mencapai kawalanparas gula yang diperlukan. Ini sebabnya banyak kajian dilakukan untuk menghasilkanubat baru, termasuk pelancaran Januvia oleh Merck Sharp & Dohme yangmengandungi sitagliptin bagi mengawal paras gula dengan lebih berkesan. Menurut Perunding Endokrinologi, Profesor Chan Siew Pheng, sitagliptin yangbertindak sebagai perencat dipeptidyl peptidase-4 meningkatkan kemampuan tubuhuntuk mengawal paras gula dengan meninggikan keaktifan hormon inkretin dalambadan. Katanya, mekanisma tindakan baru ini melengkapkan kelas rawatan kencing manis lainuntuk digunakan secara bersendirian atau gabungan supaya komplikasi penyakit dapatdihindari, di samping meningkatkan kualiti hidup pesakit. 
 
TESTIMONI PENGGUNA
 Ibu saya pengidap kencing manis sejak umurnya awal 40-an lagi (sekarang 57 tahun)dan menjadi lebih serius sehingga terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari.Kakinya juga sudah tidak berasa, pandangan matanya kabur dan sering sesak dada,cepat penat dan pucat.Setelah mencuba BioVCO selama 2 minggu...beliau boleh menonton tv dan membacasurat khabar dengan jelas, mukanya lebih ceria dan boleh melakukan kerja-kerja rumahdengan bertenaga. Dulu bacaan untuk kandungan gula dalam darahnya melampaui 12TETAPI sekarang adalah 5.6
Pn. Zainidar 
Klang Selangor 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...