Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ciri Perbezaan Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

Ciri Perbezaan Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

Ratings: (0)|Views: 1,692 |Likes:
Published by hilmi1881
Pebezaan malayan union dan persekutuan tanah melayu
Pebezaan malayan union dan persekutuan tanah melayu

More info:

Published by: hilmi1881 on Nov 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/05/2012

pdf

text

original

 
3.0 SEJARAH MALAYAN UNION (1946) DAN PENGGUBALAN PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948)
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan usaha awal pihak British merancang menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai ‘jajahan Takluk (Koloni)Britain’ sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke II, melalui rancangan pembentukan Malayan Union.
3.1 Penubuhan Malayan Union
Pada 10 Oktober 1945 kerajaan Inggeris mengemukakan Kertas Putih untuk melaksanakansatu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Kesatuan Malayan di Tanah Melayu. Sir Harold Mac Michael dilantik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu.Bagaimanapun perancangan British sebenarnya telah dibuat seawal 1942 apabila Britishmenubuhkan “Unit Perancangan Tanah Melayu” di United Kingdom. Unit perancangantersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar GeneralRalp Hone Hone (Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 50;http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union). Pada bulan Januari 1946 kerajaan Inggerismeluluskan perlembagaan Malayan Union. Malayan Union mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis;dan Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) manakala Singapura menjadi tanah jajahan berasingan (Ja’afar Onn 2007: 1).Antara sebab Malayan Union diperkenalkan adalah seperti berikut (Mardiana Nordin danHasnah Hussiin 2005:51-52, Zaid Ahmad et.al 2006: 50):1. untuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu2. untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan menyeragamkan pentadbiran di bawah Malayan Union3. untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu4. untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.5. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu memberi kerjasama denganJepun sebelum ini. Malayan Union dianggap dapat mengurang dan mengawal kuasa orangMelayu.
3.1.1 Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan yang hebat daripada orang Melayu menyebabkan Malayan Union kemudiannya
 
dibubarkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
3.1.2 Penubuhan UMNO
Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn Ja’far telah mengadakanmesyuarat tergempar untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh bandar utama seperti diJohor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Star. Kongres ini juga seterusnya mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentinganorang Melayu pada 11 Mei 1946. Kongres juga mengisytiharkan perjanjian-perjanjian Sir Harold Mac Michael adalah tidak sah dan mendesak Malayan Union dimansuhkan.
4.0 CIRI-CIRI PERBEZAAN MALAYAN UNION 1946 DAN PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Terdapat perbezaan yang jelas antara Malayan Union dengan Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada keduanya.
4.1 Ciri-ciri Malayan Union
Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah (Mardiana Nordin dan HasnahHussiin 2005:52; Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 51; Zaid Ahmad et.al2006: 47-48):1. Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis MesyuaratPersekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.2. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan MajlisKerja.3. Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihatGabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai satu gelaran dan merekahanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam Islam dan adat resam Melayu.4. Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu diberikankepada:a. Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu atauSingapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberikerakyatan b. Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union. Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan.5. Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:a. Mereka yang bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu semasa permohonan dibuat b. Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayuc. Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Unionatau Singapura.6. Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai tanah jajahan Inggeris dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan.Kesimpulannya, cadangan pembentukkan Malayan Union ini jelas merugikan masyarakatMelayu terutama dari segi kerakyatan melalui prinsip jus soli. Malayan Union kemudiannyamendapat tentang hebat daripada orang Melayu dan sebahagian kecil sahaja dari orang bukanMelayu. Antara sebab-sebab penentangan ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin2005:52-53):a. Kehilangan kedaulatan raja-raja b. Pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang Melayu
 
yang akhirnya menjejaskan ekonomi dan politik mereka serta hak istimewa Melayu jugaterancam.c. Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayud. Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak disukai.Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan.
4.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union kemudiannya mendapat tentangan hebat orang Melayu daripada seluruhTanah Melayu bermula dari Johor hingga ke utara tanah air. Respon daripada penubuhanMalayan Union ini juga UMNO kemudiannya ditubuhkan pada 11 Mei 1946, bukan sahajamenentang Malayan Union tetapi juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Namun pihak British tetap isytiharkan Malayan Union pada 11 April 1946 namun dipulaukan oleh orangMelayu. Melihat kepada penentangan yang hebat itu Inggeris akhirnya membubarkanMalayan Union kerana yakin tanpa sokongan orang Melayu ia tidak akan berjaya. MalayanUnion kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.4.2.1 Penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946Bulan Julai 1946 kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Antara ciri jawatankuasa ini ialah:a. terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British b. Jawatankuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yang bolehditerima oleh orang Melayuc. British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947- terdiri daripadaorang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk dapatkan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.4.2.2 Ciri-ciri Perlembagaan PersekutuanPersekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Antara ciri-ciri PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu 1948 ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005: 54-55;Zaid Ahmad et.al 2006: 50-51):1. Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalamPersekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dandibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahlitidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiridaripada:a. 14 ahli rasmi b. 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeric. 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinangd. 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat MajlisMesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di Tanah Melayudan telah bermastautin selama 8 – 12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah bermastautinselama 15 tahun . Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun danmempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.7. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.8. Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British dan kuasa

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Niezha Ija liked this
Aunee Azrina liked this
Aunee Azrina liked this
Kamal Omr liked this
Kamal Omr liked this
Sasha Mano liked this
Sasha Mano liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->