You are on page 1of 10

Bahagian A

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang
betul.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat kekitaan?


A Semangat mementingkan diri sendiri
B Semangat cinta akan bangsa dan negara
C Semangat menghargai kaum masing-masing
D Semangat saling menghormati antara satu dengan yang lain

2. Mengapakah kita perlu mengamalkan semangat kekitaan?


A Untuk melahirkan masyarakat yang pintar
B Untuk melahirkan masyarakat yang huru-hara
C Untuk melahirkan masyarakat yang senang-lenang
D Untuk melahirkan masyarakat yang tidak berprasangka

3. Antara berikut cara memupuk perpaduan, kecuali


A bekerjasama
B berprasangka
C bertolak ansur
D hormat-menghormati

4. Apakah kesan kepada negara sekiranya keamanan dapat dicapai?


A Rakyat akan bertambah
B Negara akan sentiasa diancam oleh kuasa luar
C Ekonomi negara dapat berkembang dengan pesat
D Negara tidak akan mengalami kekurangan tenaga buruh

5. Apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan?


A Keadaan masyarakat yang kucar-kacir
B Kebebasan seseorang membuat keputusan
C Gabungan kelompok masyarakat tanpa mengira kaum
D Kebolehan masyarakat hidup dalam kaum yang berbeza

6. Kementerian Kebajikan Masyarakat memainkan peranan


A menyediakan kemudahan kepada masyarakat
B memberi perlindungan kepada golongan tertentu
C membanteras masalah sosial dalam kalangan remaja
D membuat penyelidikan untuk membanteras masalah sosial

7. Bagaimanakah Kementerian Kebajikan Masyarakat melaksanakan dasarnya?


A Mencegah jenayah di kawasan awam
B Memastikan keselamatan dan keamanan orang awam
C Menangkap kumpulan remaja yang terlibat dalam masalah sosial
D Memupuk semangat bantu-membantu dalam kalangan masyarakat

8. Antara yang berikut ialah badan-badan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, kecuali
1
A pihak polis
B rukun tetangga
C Persatuan Pengguna
D pasukan Bomba dan Penyelamat

9. Pihak manakah yang bertanggungjawab terhadap pengawasan kejiranan?


A Rukun tetangga
B Anggota tentera
C Bomba dan Penyelamat
D Persatuan Bulan Sabit Merah

10. Yang manakah antara berikut bukan gejala sosial?


A Vandalisme
B Gengsterisme
C Lumba haram
D Pengganguran

11. Rukun tetangga berada di bawah naungan


A Jabatan Perpaduan Negara
B Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya
C Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat
D Kementerian Perusahan dan Perhubungan Sosial

12. Apakah peranan masyarakat dalam menjaga keamanan negara?


A Menyertai kem Khidmat Negara
B Membantu pihak polis menangkap penjenayah
C Menyertai pasukan keselamatan secara sukarela
D Memberi maklumat kepada polis tentang kejadian jenayah

13. Bilakah Program Latihan Khidmat Negara ditubuhkan?


A 14 Februari 2004
B 15 Februari 2004
C 16 Februari 2004
D 17 Februari 2004

14. Mengapakah peranan anggota keselamatan sangat penting kepada masyarakat?


A Untuk menghapuskan kemiskinan
B Untuk membolehkan masyarakat bebas bergerak
C Untuk menjaga keharmonian masyarakat dan negara
D Untuk memberi bantuan semasa berlaku bencana alam

15. Yang manakah antara berikut berkaitan dengan program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat?
A Sayangi Nyawa
B Satu Kampung Satu Produk
C Katakan Tak Nak kepada Rokok
D Program Pembangunan Rakyat Termiskin

16. Apakah unsur-unsur yang dipercayai terdapat dalam persembahan makyung?


A Pemujaan terhadap laut
2
B Pemujaan terhadap alam
C Pemujaan terhadap pahlawan
D Pemujaan terhadap puteri raja

17. Antara berikut, yang manakah bukan warisan kesenian pelbagai kaum?
A Tarian
B Lakonan
C Permainan
D Alat muzik

18. Tarian kuda kepang dipercayai berasal dari


A Jawa
B China
C Filipina
D Thailand

19. Antara berikut ialah peralatan muzik yang terdapat dalam persembahan gamelan, kecuali
A saron
B rebab
C gambang
D gendang

20. Apakah gelaran yang diberikan kepada penyanyi utama dalam persembahan dikir barat?
A Penyanyi
B Tok dalang
C tukang karut
D Penglipur lara

21. Bilakah permainan tradisional dimainkan oleh masyarakat kampung?


A Semasa musim panas
B Semasa musim menuai
C Semasa musim tengkujuh
D Selepas berakhirnya musim menuai

22. Mengapakah permainan tradisional perlu dipertahankan?


A Untuk dijadikan bahan sejarah
B Untuk menjaga hati golongan tua
C Untuk tatapan generasi akan datang
D Untuk berbangga kepada masyarakat kuar

23. Permainan gasing sangat popular di negeri


A Johor
B Melaka
C Pahang
D Kelantan

24. Pada zaman dahulu, songket hanya layak dipakai oleh


A golongan pedagang
B golongan bangsawan

3
C golongan kebanyakan
D golongan bijak pandai

25. Objek yang digunakan dalam permainan batu seremban ialah


A guli
B bola
C getah
D serpihan kaca

26. Bagaimanakah bangunan bersejarah dapat dikekalkan?


A Membaik pulih bangunan lama
B Membiarkan bangunan tersebut
C Melarang sebarang aktiviti dalam bangunan tersebut
D Melarang orang ramai mengunjungi bangunan tersebut

27. Pada zaman dahulu, Muzium Diraja Kuala Kangsar dikenali sebagai
A Istana Diraja
B Istana Budaya
C Istana Hinggap
D Istana Kenangan

28. Penyataan berikut merupakan objektif penubuhan Istana Budaya, kecuali


A meningkatkan persembahan seni pentas
B meningkatkan mutu persembahan teater
C menarik kedatangan pelancong dari luar negara
D memupuk minat orang ramai terhadap persembahan seni pentas

29. Apakah kegunaan Balai Besar pada masa dahulu?


A Untuk sambutan perayaan
B Untuk golongan raja berehat
C Untuk majlis pertabalan raja
D Untuk menyambut kedatangan tetamu

30. Apakah fungsi kolam kepada masyarakat India?


A Meraikan sesuatu perayaan
B Menunjukkan unsur hiasan yang indah
C Menunjukkan kekreatifan masyarakat India
D Menyambut kedatangan tetamu sempena rumah terbuka

31. Pembinaan bonggol jalan di kawasan perumahan itu adalah untuk


A. mengelakkan kesesakan
B. memperlahankan kenderaan
C. memenuhi kriteria pembinaan jalan raya
D. mencapai matlamat kemalangan jalan raya

32. Cara mengurangkan kegiatan jenayah kawasan perumahan ialah


A. menghebahkan nombor telefon polis
B. menganjurkan kempen pencegahan jenayah
C. meminta polis berkawal di kawasan itu pada sepanjang masa

4
D. menyokong pembinaan balai polis di kawasan perumahan itu.

Gambar 1

33. Pilih pernyataan yang benar mengenai gambar 1 di atas?


A. Organisasi di atas adalah organisasi terbesar di Malaysia.
B. Memperjuangkan hak individu yang menjadi mangsa peperangan dan mangsa bencana alam.
C. Semua organisasi di atas memperjuangkan hak golongan teraniaya dan terpinggir di Malaysia.
D. Beberapa organisasi yang diwujudkan dengan kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya untuk
berkhidmat dengan masyarakat.

34. Pernyataan yang berikut benar tentang warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia, kecuali
A. Warisan kesenian dapat mencerminkan budaya bangsa
B. Warisan kesenian tidak perlu dikekalkan kerana memerlukan belanja yang besar
C. Warisan kesenian dapat menarik minat pelancong asing berkunjung ke negara kita
D. Warisan kesenian dapat dikekalkan dengan adanya kesedaranan penglibatan semua pihak

35. Tampura, geduk, erh-hu, sape dan pipa adalah sinonim dengan
I. Alat muzik tradisional
II. Muzik rakyat
III. Warisan kraftangan
IV. Tarian tradisional
A. I sahaja
B. II dan III
C. I,II dan III
D. I,II,III dan IV

36. Pilih pernyataan yang benar mengenai tarian tradisional di Malaysia.


A. Tarian Dabus menggunakan alat muzik seperti gendang, canang dan simbal.
B. Tarian Daling-daling diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, di Perak.
C. Tarian Singa dibawa masuk oleh kaun Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu lebih 90 tahun
dahulu.
D. Tarian Kuda Kepang terkenal di negeri Johor dan merupakan tarian warisan masyarakat Jawa
Malaysia.

37. Pilih pernyataan yang salah mengenai semangat kekitaan.


A. Semangat kekitaan ditunjukkan melalui identiti budaya, nilai masyarakat dan tingkah laku.
B. Semangat yang ada di dalam diri yang dikaitkan dengan masyarakat tempat individu tinggal.
C. Semangat kekitaan dipaksa melalui pelaksanaan undang-undang, tetapi tuntutannya jelas dapat
difahami bersama.
5
D. Semangat kekitaan mewujudkan badan-badan kebajikan, rukun tetangga, taska, pusat reakreasi
komuniti dan pusat tuisyen komuniti.

Gambar 2

38. Gambar 2 menunjukkan Filem Singapura Dilanggar Todak iaitu merupakan sebuah filem Melayu
yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1961. Filem Singapura Dilanggar Todak diterbitkan dalam
bentuk filem hitam putih tanpa warna. Antara berikut yang manakah pengajaran daripada cerita ini?
A. Menunjukkan kepentingan menghormati pendapat orang lain.
B. Pendapat tidak semestinya dinyatakan dengan cara berhemah.
C. Berani memperjuangkan pendapat sendiri biarpun mendapat tentangan.
D. Tidak boleh menerima pendapat orang lain biarpun pendapat tersebut adalah bernas.

39. Berikut adalah contoh unsur kesenian dalam mata wang. Padanan yang manakah adalah betul.
A. Mata wang lima puluh sen memaparkan wau sebagai simbol permainan tradisional rakyat
Malaysia.
B. Mata wang dua puluh sen memaparkan congkak sebagai simbol kraf tangan pertukangan rakyat
Malaysia.
C. Mata wang lima sen memaparkan rebana ubi sebagai simbol alat muzik tradisional rakyat
Malaysia.
D. Mata wang sepuluh sen memaparkan gasing yang merupakan simbol permainan tradisional rakyat
Malaysia.

Gambar 3

40. Pilih pernyataan yang salah berkaitan gambar 3 di atas ?


A. Dapat menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
B. Tujuan diwujudkan adalah untuk mengisi masa lapang golongan muda.
6
C. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni yang diterapkan.
D. Menyediakan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar Negara

Soalan 41 berdasarkan pernyataan di bawah.


 Sejenis alat tiupan
 Diperbuat daripada perak
 Mengeluarkan bunyi yang sayup
 Digunakan dalam istiadat istana, pertabalan dan hari keputeraan Sultan
41. Alat muzik di atas merujuk kepada
A. Gong
B. Nafiri
C. Serunai
D. Seruling

42. Permainan tibow ialah permainan tradisional yang popular dalam kalangan suku kaum
A. Iban
B. Kenyah
C. Melanau
D. Kadazan

43. Manakah alat-alat muzik berikut digunakan untuk mengiringi tarian zapin?
I. Rebab
II. Gambus
III. Gesekan biola
IV. Paluan gendang
A. I, II, dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Soalan 44 berdasarkan pernyataan di bawah.

 Tarian tradisi suku kaum Murut


 Kebiasaanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik
 Tarian diiringi irama bunyi dua batang buluh yang dilagakan serentak dengan kuat
44. Pernyataan di atas merujuk kepada tarian
A. Ngajat
B. Gambang
C. Tatanduk
D. Magunatip

45. Alat muzik yang berikut dimainkan dengan cara memukul rangka badan kecuali
A. sape
7
B. kesi
C. gong
D. angklun
Alat muzik ini dimainkan dalam istiadat pertabalan, hari
keputeraan sultan dan upacara sambutan diraja.
46. Namakan alat muzik di atas.
A. Nafiri
B. Seruling
C. Tempura
D. Angklung

47. Yang manakah antara berikut bukan kesan peperangan?


A. Negara huru-hara
B. Kehilangan nyawa
C. Pembangunan terancang
D. Kemusnahan alam sekitar

48. Mengapakah keamanan amat penting kepada sesebuah negara?


A. Untuk menjadikan negara lebih dikenali
B. Untuk menjadikan negara itu lebih dihormati
C. Supaya pemimpin disanjung oleh masyarakat
D. Agar rakyat selesa untuk tinggal dan melakukan aktiviti harian

49. Apakah tanggungjawab anda terhadap kempen yang dianjurkan oleh kerajaan?
A. Mendiamkan diri sahaja
B. Menolak mentah-mentah
C. Menyokong kempen berkenaan
D. Melihat sambutan orang lain dahulu

50. Apakah perkara utama yang menjadi asas untuk menghormati orang lain?
I. Menyenangi perasaannya
II. Akui kebolehan orang lain
III. Hormati perbezaan orang lain
IV. Menerima pendapat orang lain
A. I dan II
B. II dan III
C. II,III dan IV
D. I,II,III dan IV

51. Berikut ialah langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada ancaman penyakit Influenza A
(H1N1) kecuali
A. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
B. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

8
C. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah segera mendapatkan rawatan di
hospital.
D. Tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan sesiapa sahaja serta mengambil langkah
kawalan dan pencegahan dari mendekati orang lain.

52. Warisan seni bina lama dapat membantu negara memajukan bidang
A. Teknologi
B. Perdagangan
C. Pelancongan
D. Pembangunan

53. Permainan tradisional patut dikekalkan untuk kepentingan generasi akan datang kerana permainan ini
I. Tidak memerlukan kos yang tinggi
II. Dapat menguji kebijaksanaan pemain
III. Memerlukan kawasan permainan yang luas
IV. Dapat mengeratkan silaturahim antara pemain
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II, dan III
D. I, II dan IV

54. Apakah peranan generasi muda untuk mengekalkan warisan kesenian tanah air?
I. Mengagungkan hasil seni negara-negara lain
II. Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan warisan
III. Meminati warisan tertentu yang menepati citarasa sendiri
IV. Berbangga dengan kekayaan warisan kesenian tempatan
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

55. Bagaimanakah pihak tertentu dapat menarik perhatian remaja untuk meminati warisan kesenian
pelbagai kaum?
A. Mengadakan jualan murah barangan kraf tangan
B. Mengadakan pameran kesenian di tempat awam
C. Mengadakan aktiviti yang melibatkan remaja secara langsung
D. Mengedarkan risalah tentang warisan kesenian kepada remaja

56. Mengenali tarian, seni muzik, permainan dan seni bina pelbagai kaum dapat memupuk semangat
_________ dalam kalangan rakyat negara kita.
A. Patriotik
B. Kesukanan
C. Perpaduan
D. Perjuangan

57. Mengapakah warisan kesenian di negara kita patut dikekalkan selama-lamanya?


A. Warisan kesenian akan meninggikan moral generasi muda
B. Warisan kesenian ialah khazanah negara yang tidak ternilai
C. Warisan kesenian akan menghiburkan generasi yang akan datang
D. Warisan kesenian berupaya bersaing dengan kecanggihan teknologi

9
58. ____________ialah tarian tradisional masyarakat Kadazan di negeri Sabah.
A. Sape
B. Dabus
C. Sumazau
D. Ulik Mayang

59. Sekolah anda akan menganjurkan lawatan ke sebuah perkampungan tradisional Melayu. Apakah yang
mungkin dapat anda perhatikan di sana?
I. Hasil lukisan warga tua
II. Alat permainan tradisional
III. Koleksi album tradisional
IV. Seni bina rumah tradisional
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

60. Antara yang berikut, yang manakah permainan tradisional?


I. Tingting
II. Seremban
III. Rebut negeri
IV. Untai getah
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………. …………………………….. …………………….


(NOOR ASSMAIEY OSMAN) (PN. MASTURA MAAROP) (CIK HAWA BABA)
Guru Mata Pelajaran Ting 2 Ketua Panitia Guru Kanan Sains Kemanusiaan
Pend. Sivik & Kewarganegaraan Pend. Sivik & Kewarganegaraan
SKEMA JAWAPAN PENILAIAN 2 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2009

1 D 11 A 21 D 31 B 41 B 51 D
2 D 12 D 22 C 32 B 42 C 52 C
3 B 13 C 23 D 33 D 43 C 53 D
4 C 14 C 24 B 34 C 44 D 54 D
5 C 15 D 25 A 35 A 45 A 55 C
6 B 16 B 26 A 36 D 46 A 56 C
7 D 17 B 27 D 37 C 47 C 57 B
8 C 18 A 28 C 38 A 48 D 58 C
9 A 19 C 29 C 39 A 49 D 59 B
10 D 20 C 30 D 40 B 50 C 60 D

10

You might also like