Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia bukanlah sepertimana yang digambarkan dalam fiksyen sains filem dantelevisyen yang pernah kita tonton. Konsep penerokaan angkasa lepasMalaysia lebih menjurus kepada usaha memperkembangkan bidang-bidangtertentu dalam industri aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yanglebih luas kepada bidang penyelidikan alam cakerawala. Dengan kata lain,sebagai peserta baru dalam bidang ini, Malaysia sedang mencari masadepannya ke arah menjadi pemain utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya,MEASAT-1 pada bulan Januari 1996 dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya, ia telah membuka ruang serta akan merancakkan lagi bidang kajian sains angkasa di negara ini. Pada masa yang sama ia turutmembenihkan bibit-bibit kesedaran di kalangan orang ramai tentang industriaeroangkasa.Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermulasemenjak tahun 1990-an lagi dengan pembinaan kompleks Planetarium Negaradan penubuhan Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di Jabatan PerdanaMenteri. Menjelang Julai 1995, BAKSA telah diletakkan di bawahKementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk memantapkan lagi peranannya membantu kemajuan sains dan teknologi di Malaysia.Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya,TiungSAT-I, pada bulan September 2000. Satelit berkenaan hasil daripadaProgram Latihan dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey yangmelibatkan Surrey Satellite Technology Ltd. (SSTL) dan AstronauticsTechnology Sdn. Bhd. (ATSB) dari Malaysia. Kehadiran satelit mikro itu diorbit bumi memberi ruang bagi Malaysia meneroka angkasa secara lebih giatlagi.Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia(1997) membuktikan kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasalepas. Dengan adanya pelan terancang ini industri aeroangkasa akan dapatdimajukan secara lebih efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan negara.Komitmen kerajaan dalam membangunkan industri aeroangkasa kian jelasdengan penubuhan Agensi Angkasa Negara (AAN) pada bulan Julai 2002.Agensi ini berperanan besar dalam menghadapi era globalisasi yangmenekankan kepentingan dasar langit terbuka. Antara lain, menurut KetuaPengarah AAN, Prof Datuk Dr. Mazlan Othman, Malaysia perlu mempunyaisatelitnya sendiri yang mengorbit khatulistiwa agar masalah-masalah berkaitandengan geografi dan pertahanan negara dapat ditangani secara berkesan.Penubuhan AAN adalah suatu usaha menggembleng idea tenaga pakar tempatan untuk menjayakan penerokaan angkasa lepas. Di samping
Leave a Comment
WOW
SANGAT BAIK