• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
1
Khamis, 2009 November 05
MENGAPA PERANG MASIHBERLANGSUNG SELEPAS MERDEKA
Perwakilan PKM dalam Perundingan Baling
Ramai orang mengakui bahawa PKM melancarkan peperangan terhadap kerajaan penjajahBritish untuk kemerdekaan pada tahun 1948. Akan tetapi ada yang mempersoalkanmengapa PKM masih meneruskan peperangan setelah negara mencapai kemerdekaan padatahun 1957. Rundingan Baling diadakan atas inisiatif PKM. Akan tetapi rundingan itu gagalkerana Tunku telah memaksakan syarat-syarat yang tidak menasabah, dan tidak adil iaitumengharuskan PKM menyerah diri dan harus ditahan terlebih dahulu. Sungguhpun begitu,PKM menganggap perundingan itu tidak dapat mencapai hasil kerana Malaya masih dikuasaipenjajah British.Untuk menjelaskan persoalan di atas, maka saya paparkan Surat Kenyataan JawatankuasaPusat PKM yang dikeluarkan pada 5 Mac 1956.
 
2
SURAT KENYATAAN PKM BERKENAAN DENGANKEADAAN SEKARANG
PKM telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana telahmenjelaskan tujuan parti kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dankeamanan di Malaya serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalampertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiardengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruhnegeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksnakan kemerdekaan tanah air.Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikanperlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malayasanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat,Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasukorang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batangtubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlahdikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulankami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yangmemaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidakmunasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidakdapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itutidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh Britishsebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yangberkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengahtolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidakpun mendapat kemerdekaan,Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telahdibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negerikita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaiatu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpansebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskanpeperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawanorang-orang Malaya”.PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyatseluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial Britishyang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan diMalaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yangberpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akansemakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...