Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysiayang berkuatkuasa31 Ogos 1957, dan digubal olehSuruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut
tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukanraja-rajaMelayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agongdaripada kalangan Raja-Raja
Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan BahasaMelayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.
Sejarah penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan penyertaanSabah,Sarawak ,danSingapura ke dalamMalaysia, di mana dalam perlembagaan itu
telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua undang-undang yang wujud di Sabah danSarawak sebelum menyertai Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September, 1963.
Parlimen
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Parlimen, atau badan
perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan.Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga menjalankan kuasa mengikutPerlembagaan. Oleh kerana ia merupakan undang-undang tertinggi, maka
KeluhuranPerlembagaan
ini dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.Prinsip ini menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakatmenerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, ataukemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan, fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini.Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda,miskin atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendakimenghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu, serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Ini bertujuan supayarakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar, tidak lagi ungkit-mengungkittentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang merupakan penduduk asal di negara ini,sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telahdigubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak dinegara ini. Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak bolehdipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu, atau mana-mana pihak lagi.Perlembagaan Negara Malaysia juga telah menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukansosio-ekonomi rakyat negara ini.
Leave a Comment
alat menyelesaikan masalah